Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 10 March 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 06-01 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Roobs ?

Jika diberi pilihan, beliau ingin menggunakan nama Roobs sebagai nama glamour beliau tetapi memandangkan beliau telah lebih dikenali dengan nama Burn sudah cukup memadai. Pada mulanya beliau tidak mengetahui yang pertandingan ini menggunakan SMS 100%. Katanya undian melalui SMS membuatkan beliau sedikit gusar dan semuanya bergantung kepada populariti seseorang pelajar.

Living La Vida Loca merupakan lagu yang menjadi ingatan kepada Burn. Lagu tersebut memang agak sukar dan beliau banyak tersenyum untuk menutup kelemahan pada persembahan lagu tersebut. Terus terang, hanya 15% sahaja koreograf yang diajar oleh Cikgu Linda yang digunakan oleh beliau sewaktu persembahan lagu tersebut. Kegugupan menyebabkan semua step beliau lupa.

Imbasan Akademi Fantasia 06-02

Tetamu : Roobs Lagi !

Penyerapan semula Liza ke dalam Akademi selepas Konsert I dianggap adil kepada Burn kerana dalam masa satu minggu tidak banyak yang boleh dipelajari. Sekiranya Burn yang tersingkir tentunya ia merupakan satu yang tidak adil kepada beliau kerana beliau telah diuji dengan lagu yang sukar pada minggu pertama dan kebolehan sebenar beliau tidak dapat dilihat oleh penonton.

Lagu yang paling sukar pada beliau ialah lagu Sabar Menanti nyanyian asal Broery Marantika. Intro lagu itu macam lagu rumah hantu. Penampilan Ruffedge sedikit sebanyak mencantikkan persembahan tersebut. Namun demikian beliau tetap berkeyakinan tinggi yang lagu Sabar Menanti merupakan persembahan terbaik beliau. Kasih Berubah beliau masih tidak memberikan 100%.

Beliau dan Vince pernah menjadi penyanyi latar untuk persembahan Ferhad pada AIM 2001. Burn mengenali Vince di gereja pada umur sekitar 13 tahun. Mereka pergi ke gereja yang sama. Oleh yang demikian, hubungan beliau dengan Vince sudah rapat semenjak kecil lagi. Beliau perlu menyesuaikan diri dengan yang lain dalam waktu yang sama.

Penampilan Ruffedge tidak mengganggu persembahan Burn. Beliau lebih konfiden dengan lagu tersebut. Lagu tersebut agak perlahan dan beliau boleh explore vokal beliau untuk lagu tersebut.

Nana dan Vince sering menduduki carta teratas setiap minggu sebelum Konsert mungkin kerana personaliti mereka. Vince contohnya seorang yang kelakar dan comel ? Nana pula agak berbeza di antara pelajar-pelajar perempuan yang lain. Lebih kecoh dan lebih open. Personaliti beliau agak happening.

Apabila mendapat lagu Sephia nyanyian Sheila On 7 beliau agak seronok. Tetapi apabila mendengar susunan baru lagu tersebut agak berbeza dengan susunan asal lagu tersebut. Susunan baru lebih banyak pause dan beliau tidak biasa dengan arrangement tersebut.

Aznil memberi contoh, Rosma, Nana dan Atie berjaya melalui halangan kesukaran lagu-lagu yang mereka terima dengan menangis. Kenapa Burn tidak menggunakan taktik yang sama. Beliau merasakan menangis bukan jalan terbaik untuk menyiapkan diri untuk persembahan. Nana hanya hendak lagu yang beliau suka.

Ahad merupakan hari meratapi pemergian seorang pelajar. Kebiasaannya hanya kemas-kemas bilik dan duduk lepak. Laundry akan datang seminggu sekali dan housekeeping dibuat sehari sekali.

Fenomena yang berlaku di luar Akademi Fantasia tidak pernah mereka sangkakan. Tiada akhbar atau sebarang perhubungan dengan dunia luar. Sepatutnya pelajar sekiranya cerdik boleh mengetahui apabila penaja mula masuk mencurah-curah untuk mempromosikan barangan mereka. Hanya sekali apabila pada hari Sabtu sewaktu mereka ke UPM untuk Konsert mereka melihat pada jam 2 petang sudah ramai orang beratur untuk masuk ke Dewan Percubaan.

Burn dikatakan tidak mengambil serius dan menggunakan peluang yang diperolhi bersungguh-sungguh. Dalam satu klip beliau dikatakan bermain-main. Sebenarnya ia berlaku kepada semua orang Cuma klip Burn yang dipertontonkan kepada umum.


Imbasan Akademi Fantasia 06-03

Tetamu : Lagi Lagi Roobs Lagi

Beliau menyertai koir sejak berumur 13 tahun bersama Vince. Cikgu Adnan memberi peluang kepada beliau untuk mencuba mempelbagaikan setiap lagu yang dipersembahkan. Setakat ini beliau bersetuju dengan cara Cikgu Adnan mengendalikan kelas beliau. Lagu Living La Vida Loca beliau ada terpengaruh dengan Ricky Martin.

Burn akan bercerita dengan Vince tentang segala masalah yang beliau hadapi. Burn mempercayai Vince. Burn tidak akan meminta pertolongan sekiranya Burn rasa mereka tidak layak memberi komen. Lebih-lebih lagi Burn merasa tersisih di dalam kelas tarian. Dalam kelas tarian, mereka seperti berada di dunia asing. Masing-masing buat kepala sendiri. Mereka tidak kisah tentang orang lain. Kalau kau tak pandai lantaklah kau kat situ.

Burn memang tidak berapa gembira apabila kelas tarian. Mereka akan membuat lawak dengan tarian Burn. Burn sebenarnya mempunyai masalah tempo. Agak sukar untuk menari sekiranya tidak tahu tempo. Ini berbeza dengan Vince. Vince walaupun tidak pandai menari tetapi beliau tahu tempo. Koreograf untuk lagu Menuju Puncak Burn lebih konfiden kerana persembahan ramai-ramai dan jika berseorang tahap keyakinan itu agak berkurangan.

Dalam dua kelas yang memerlukan kreativiti, Burn agak terkebelakang. Beliau tidak bagus dalam seni kreatif. Kad Hari Bapa sebenarnya tidak memberikan apa-apa makna kepada Burn. Bapa beliau meninggalkan keluarga pada usia 40 hari dan secara tidak langsung tidak melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai bapa.

Jika diberi pilihan Burn ingin berlakon. Di dalam kelas lakonan beliau masih malu-malu dan tidak menunjukkan yang sebenar. Atie merupakan pelakon terbaik di dalam kelas dan ada harapan untuk menjadi pelakon terbaik satu hari kelak. Beliau lebih ceria dan agak kelakar. Menangis ? Bukan lakonan. Ia sememangnya sifat semulajadi beliau.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger