Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 05 May 2004

Parti Imbasan Akademi Fantasia ntv7
1 Mei 2004
Televisyen Airtime Services
Shah Alam

Saya dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis siaran langsung ini yang diadakan di studio Televisyen Airtime Services oleh salah seorang kakitangan ntv7. Saya hadir dengan harapan yang menggunung tinggi untuk melihat perkembangan terkini dua belas orang bekas pelajar Akademi Fantasia. Saya sendiri tidak faham, ini parti apa. Ada ciri-ciri ianya merupakan sebuah parti private Akademi Fantasia anjuran ntv7.

Ini kali pertama saya bertemu dengan 12 orang bintang ciptaan Akademi Fantasia tidak seorang pun terkecuali. Ini juga merupakan kali pertama saya bertemu dengan Vince dan Azizi. Malam itu jugalah merupakan malam yang melengkapkan saya sudah bertemu dengan semua bintang. Seperti biasa saya akan mendapatkan Adi, Sahri, Atie, Nija, Liza dan Azza yang saya sudah kenali sebelum ini. Malam tersebut Khai agak dingin mungkin kerana album beliau yang tidak mendapat ulasan yang baik dari saya. Vince tiba bersama Vanessa dan Linda Jasmine. Saya menegur beliau. Pada waktu ini beliau tidak mengetahui siapa saya. Saya juga berkesempatan untuk bertemu Adli. Sewaktu siaran langsung, Adli duduk di Theaterette kerana tidak sihat.



Kedudukan sebelum Konsert
Pelajar Paling Menyerlah
Liza, Rosma, Khai

Pelajar Paling Cool dan Sporting
Khai, Adi, Vince

Pelajar Paling Ceria
Adi, Khai, Vince

Pelajar Paling Emosional
Atie, Nana, Rosma

Medley I
Vince (Living La Vida Loca)
Sahri (Save The Best For Last)
Nija (Bunga Tanjung)
Rosma (I Will Survive)
Burn (Gerimis Mengundang)
Adi (Ops I Did It Again)



Pemilihan lagu pada Medley I agak baik. Kesesuaian lagu diambil kira. Kepelbagaian genre lagu juga sedikit sebanyak memberi kelainan kepada persembahan Medley I. Tetapi sayangnya agak sukar pendengar untuk membuang imej sesuatu lagu tersebut. Kita sudah biasa mendengar Nana menyanyikan lagu I Will Survive dan aura Nana begitu kuat dengan lagu tersebut. Lagu Save The Best For Last terlalu rendah untuk Sahri. Bunga Tanjung cuba memberikan kelainan kepada Nija. Rosma agak baik dengan lagu I Will Survive. Persembahan diakhiri dengan showmanship yang hebat oleh Adi dengan lagu Ops I Did It Again. Hanya showmanship sahaja, vokal masih boleh diperbaiki. Pergerakan bebas beliau di atas pentas agak menarik.

Medley II
Azizi (Aladdin)
Nana (Sonata Musim Salju)
Atie (Tingting)
Khai (Aku Cinta Kau Dan Dia)
Azza dan Liza (Sekuntum Mawar Merah)
Flying Without Wings



Medley II bermula dengan Aladdin. Penderaan ke atas Nana dengan lagu Sonata Musim Salju amat menyedihkan. Beliau sewajarnya diberi peluang kedua dengan lagu Halaman Cinta dan bukannya terus didera. Atie dengan Tingting tidak perlu diulas begitu juga Khai dengan lagu Aku Cinta Kau Dan Dia. Khai juga perlu menghapuskan aura Adifashla pada lagu ACKDD itu. Azza dan Liza sebenarnya tidak banyak melakukan yang terbaik untuk lagu Sekuntum Mawar Merah.

Saya harus meminggirkan soal nyanyian kerana tidak ada satu persembahan pun yang benar-benar memukau kecuali beberapa buah persembahan yang biasa. Jika ini hasilnya setelah setahun mereka meninggalkan Akademi, pihak pengurusan iaitu Astro dan Maestro perlu melakukan sesuatu demi menjaga nama baik Akademi Fantasia.

Ada beberapa sebab mengapa ini berlaku. Pertamanya lagu yang tidak sesuai dengan pelajar. Pemilihan lagu dibuat sekadar tangkap muat. Apakah perlunya Nana didera sekali lagi untuk menyanyikan lagu Sonata Musim Salju ? Sebuah parti sebegini lebih sesuai dijadikan tempat untuk berseronok dan mempamerkan hasil yang terbaik lalu hasilnya biarlah yang mampu memberikan impak kepada penonton. Bintang AF hanya diberi beberapa minit untuk membuktikan kepada penonton bahawa mereka sebenarnya layak digelar Bintang Akademi Fantasia. Sewajarnyalah masa tersebut dipergunakan untuk memberikan persembahan yang lebih bermakna dan menimbulkan kesan yang mendalam kepada penonton. Akibatnya nanti bukan kecil kepada perkembangan karier mereka kelak.

Penampilan mereka sebagai artis nampaknya sudah semakin bergaya. Mereka tampil dengan pakaian-pakaian yang agak menarik. Pada pandangan mata saya, apa yang ditampilkan sudah cukup menarik. Baju Atie, khabarnya ditaja. Baju macam filem The Last Samurai. Penampilan Nija agak berani mati. Saya agak terpaku melihatkan style yang ditampilkan oleh beliau. Gabungan kebaya dan jeans biru, gaya “kebarock” seperti kata Aznil.


Khai (Benarkah Dia)
Rupanya bila sudah dengar banyak kali barulah lagu ini terasa agak sedap telinga mendengarnya. Ini adalah antara persembahan yang terbaik malam tersebut. Tidak banyak bahagian yang dapat diperdengarkan tetapi sudah cukup memadai untuk membuat penilaian. Gabungan persembahan bersama rakan-rakan yang lain menjadikan lagu ini lebih bertenaga.

Pemenang Anugerah

Nurlizawaty Mohd. Ismail, 23, atau Liza (34.7 % undian SMS)
Pelajar Paling Menyerlah


Mohd. Khairul Nizam Mohd. Wahi, 25, atau Khai (22.8% undian SMS)
Pelajar Paling Cool dan Sporting


Nurul Hana Che Mahzan, 20, atau Nana (49.5% undian SMS)
Pelajar Paling Emosional



Adi Fashla Juraimi, 26, atau Adi (35.9% undian SMS)
Pelajar Paling Ceria




Vince (Mengapa Harus Cinta)
Saya hanya berpeluang mendengar lagu ini dinyanyikan oleh Vince pada bahagian korus. Tidak banyak yang dapat didengar kerana kesuntukan masa. Bezanya lagu ini amat indah susunan muziknya dan vokal Vince juga amat baik untuk lagu ini.

Jangan Pisahkan (Bintang AF)
Lagu penutup ini benar-benar menyentuh perasaan. Di penghujung lagu tersebut, dua belas bintang Akademi Fantasia kelihatan menitiskan air mata. Gembira ? Sedih ? Hanya mereka yang tahu. Hubungan persahabatan yang telah terjalin hampir setahun tentunya memberikan seribu makna lantas mereka sukar dipisahkan sesama sendiri mahu pun dengan peminat-peminat Akademi Fantasia itu sendiri. Tidak akan ada dua Vince, Khai, Adi, Sahri, Rosma, Liza, Atie, Nija dan lain-lain di Akademi Fantasia II kelak. Nama mungkin sama tetapi perwatakan jelas ada bezanya.

Saya suka memetik kata-kata Vince sewaktu ditemuramah oleh seorang wartawan hiburan akhbar tempatan, “Bagi saya ini bukan satu pertandingan. Kami di AF menganggap di antara kami semua sebagai adik-beradik. AF bukan cabaran yang sebenar.”

“Cabaran yang sebenar adalah di luar sana apabila kami melangkah kaki ke dalam industri muzik yang sebenar sebagai penyanyi,” jelas Vince.

Cabaran yang sebenarnya adalah yang berada di luar sana. Vince dan Khai bernasib baik kerana telah berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan memiliki sebuah album rakaman baru yang boleh mereka banggakan. Dan cabaran tersebut tidak terhenti di situ buat mereka. Bagi bintang yang lain tentunya mereka harus lebih gigih mencipta tapak untuk terus berjaya dan bukannya mengambil endah hal yang remeh-temeh. Buat Bintang AF yang lain, terokailah dunia seni ini kerana dunia seni Malaysia ini walaupun kecil tetapi banyak lagi yang belum diterokai. Biar glamor dengan bakat bukan glamor dengan kontroversi.

Setelah selesai siaran langsung, saya berkesempatan untuk bertemu dengan hampir kesemua Bintang Akademi Fantasia. Saya duduk menjamu selera bersama Sahri yang leka melayan SMS peminat dan Adi yang sesekali menutup telinga kerana takutkan belon yang terbang berhampiran dengan kipas. Vince datang menghampiri meja kami. Itulah kali pertama kali saya berbual dengan Vince. Beliau seorang yang peramah dan rendah diri. Saya sendiri tidak menyangka yang beliau membaca weblog saya. Sebelum beredar Vince sempat berkata sesuatu kepada saya, “you do look like.......”. Adi menyampuk, “baju je kot !” Memang dia dengki. Hahahahhahaha !

Terima kasih kepada beberapa sahabat yang menjadi mangsa panggilan telefon saya untuk menunjukkan panduan jalan. Empat kali saya pusing-pusing Shah Alam, Glenmarie dan Subang Jaya sebelum sampai ke lokasi yang sebenarnya.

Nota: Gambar akan diupload kemudian. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger