Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 10 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 01-07 dan 01-08

Kelas Nada Suara Siti Hajar : Mendongak Itu Bongkak
Bubbling Anding masih keras dan tidak betul. Cikgu Siti Hajar menerangkan tentang bagaimana tubuh berfungsi untuk menghasilkan vokal yang baik. Bahagian tubuh yang diterangkan adalah rongga suara. Pergerakan tubuh badan penting dan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan sesuatu bunyi dengan betul. Oleh sebab itu, apabila menyanyi, showmanship perlu ada makna dan sebab mengapa dilakukan bukan sekadar kelakuan.

Bahagian belakang leher merupakan antara bahagian tubuh yang agak penting juga. Seseorang penyanyi perlu berada di dalam keadaan selesa untuk menghasilkan persembahan yang baik.

Mereka Tunjuk Belang
Karisma seorang ketua amat penting terutamanya dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan. Seperti tarian, kerjasama dan bertukar pendapat merupakan tunjang utama untuk membuat keputusan. Karisma Bob yang bertindak untuk memperbetulkan koreografi tarian seakan tidak diendahkan oleh rakan-rakannya yang lain.

Bob cuba untuk memberikan pendapatnya. Beliau bukan besar kepala atau ingin melihat pendapatnya diterima, tetapi memandangkan karismanya kurang dan kredibilitinya seakan dipertikaikan oleh rakan sendiri. Kata putus tidak dapat dicapai.

Langkah Adam berbisik kepada Bob merupakan satu jerat yang akan memerangkap diri sendiri. Dalam berkumpulan, Adam sewajarnya melontarkan pendapatnya secara bistari dan bukannya berbisik. Fitri yang tidak senang dengan tingkahlaku Adam, dengan jelingannya telah menegur perbuatan tersebut. Sekali lagi karisma Fitri tidak diendahkan oleh Adam. Tiada ucapan maaf dari Adam. Sebenarnya bukan sahaja Bob yang cuba untuk tunjuk belang, tetapi kesemuanya. Fitri juga mahu menunjukkan harga dirinya. Zahid lebih banyak memandang rendah keupayaan Bob secara tersirat dari tingkahlakunya. Kaer banyak berdiam diri dan mengambil langkah selamat untuk beliau.

AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php

Anding dan Edlin
Saya tidak faham dengan Edlin. Dari awal asyik menangis sahaja. Katanya beliau menangis kerana memikirkan mereka akan berpisah. Berpisah ke mana pun. Kalau pun beliau terkeluar dalam Konsert III, mereka akan bertemu kembali setelah selesai Konsert Final. Berpisah apanya ? Dah tentu mereka sudah tandatangan kontrak untuk tiga tahun. Alasan sedih kerana berpisah adalah alasan yang tidak masuk akal.

Sidang Meja Makan II
Kenapa II ? Bukan I. Sidang Meja Makan I ada di dalam Akademi Fantasia I. Di Akademi Fantasia II juga ada Sidang Meja Makan. Sewaktu di meja makan, Bob dan Farah berbual-bual tentang Kaer. Kata Bob, Kaer mempunyai vokal yang bagus. Farah kata, Kaer mempunyai lenggok yang tersendiri serta trendy. Mereka juga turut ternanti-nanti kehadiran Puan Fatimah.

Bersama Puan Fatimah
Setelah hampir 3 hari tidak bertemu dengan Puan Fatimah, beliau kembali untuk bertemu dengan para pelajar. Beliau bertanyakan tentang kehidupan mereka di Akademi selama beberapa hari ini. Mas tidak menggunakan peluang yang ada untuk memberitahu masalah yang telah dihadapi olehnya sebaliknya menceritakan hanya yang baik-baik sahaja. Jika beliau tahu tentang strategi, beliau sudah mengadu nasibnya dimarahi Cikgu Fauziah Nawi.

Kaer lagi. Beliau berpeluang untuk bercerita tentang kehidupannya sebelum AF dan selepas AF. Sekali-sekala kedengaran beliau berbahasa dalam bahasa Inggeris. Beliau harus ingat, berbahasa Inggeris adakalanya akan menjerat diri sendiri. Hidup di dalam Akademi Fantasia perlulah bersederhana. Tidak lebih, tidak kurang.

Kelas Tarian Corrie
Tidak ada yang menarik dalam tarian Nurul dan Bob. Saya lebih tertarik dengan nyanyian Cikgu Siti Hajar di penghujung rancangan ini.

Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php

Kelas Nada Suara Siti Hajar : Seandainya Masih Ada Cinta
Saya melihat perubahan dalam diri Farah. Ada peningkatan dari hari semalam. Persembahan vokalnya semakin baik. Dengan bantuan Cikgu Siti Hajar, ekspresi dan mesej lagu tersebut dijelmakan dengan baik oleh Farah. Beliau membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Namun demikian, beliau perlu lebih sedikit memperbaiki nyanyiannya di bahagian korus.

Fitri juga nampak perubahan. Lagu tersebut agak monotonous dan rendah. Vokal yang benar-benar mantap amat diperlukan untuk mencantikkan lagu tersebut. Ekspresi dan penyampaian beliau diperbetulkan untuk mengindahkan lagu tersebut.

Nurul pula mendapat ilmu baru tentang teknik pernafasan yang betul dalam nyanyiannya. Nampak lebih merendah diri dan memohon bantuan guru untuk memperbetulkan nyanyiannya. Saya puji sikap sebegini.

Nada Tinggi
Kaer sekali lagi mendapat perhatian kamera hari ini. Minus-one lagu Januari agak tinggi dan beliau meminta diturunkan ½ key. Dengan minus-one baru, beliau menyanyikan lagu tersebut di hadapan Pengetua. Persembahan vokal beliau agak mantap. Tetapi sayangnya pergerakannya masih kaku. Beliau perlu memperbaiki showmanshipnya. Diharapkan agar beliau memohon pendapat Cikgu Siti Hajar untuk menjelmakan ekspresi lagu tersebut. Walaupun saya sudah merasakan persembahan vokal beliau bagus tetapi beliau masih tidak berpuas hati. Banyak beat yang kosong. Tiada masalah mengubah tone lagu tersebut. Teknik pernafasan perlu dipanjangkan agar banyak ruang kosong dapat diisi dengan vokal.

Confession Camera
Hari ini confession camera dipasang. Di peringkat awal, Kaer dan Edlin hanya bercakap di hadapan cermin tanpa mengetahui sebenarnya cermin tersebut ialah one-sided mirror. Di belakangnya ada kamera. Setelah dipasangkan, pelajar perempuan berbicara di hadapan kamera dan diikuti dengan pelajar lelaki di meja makan.

Saya sebenarnya suka dengan perwatakan Mas yang agak blur dan selamba. Beliau cuba untuk menjadi dirinya sendiri.

Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti

Ular Lari Lurus
Setelah kita diperkenalkan dengan kuku kaki kakakku dan makan putu dengan sepupu, hari ini kita diperkenalkan dengan ular lari lurus. Setengah pelajar tidak boleh menyebut huruf r dengan betul. Sewaktu ujian, Kaer telah didenda kerana telah menyebut perkataan hancur. Memulakan sesuatu dengan negatif tentunya bukan permulaan yang baik.
Kita dapat melihat persembahan lakonan dari Zahid, Edlin dan Linda. Ketiga-tiga mereka berbakat besar dalam bidang lakonan. Zahid gemar beraksi selamba dan pergerakannya banyak mengundang ketawa. Zahid berkebolehan untuk menjadi penghibur serba-boleh. Selain menyanyi beliau juga boleh berlawak. Edlin walaupun kelihatan mengada-ada tetapi karektor wataknya jelas. Beliau berjaya menghidupkan wataknya sambil melontarkan dialognya dengan yakin.

Yang paling menarik tentunya Linda. Beliau dapat mengundang simpati penonton dan boleh bertukar emosi dalam sekelip mata. Saya suka dengan lakonan beliau.

Improvisasi lagu Cuti Cuti Malaysia oleh pelajar lelaki agak melodrama. Salah satu cara pihak penerbitan menutup rancangan ini adalah dengan menyiarkan klip nyanyian pelajar juga para guru. Menarik.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger