Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-02

Kritik Diri Sendiri
Ini adalah yang paling sukar kita lakukan. Tidak semua mampu mendedahkan keaiban diri sendiri. Tetapi di Akademi Fantasia ia perlu. Zarina mengakui ada bahagian yang flat dan beliau sebenarnya boleh melakukan yang lebih baik. Tetapi menurut pandangan Ramli MS apa yang dipersembahkan sudah betul Cuma Zarina tidak yakin dengan kebolehannya.

Edlin pada beberapa bahagian telah terlupa lirik. Staminanya agak jatuh. Beliau juga agak gugup. Adam mengakui kurang memberi perhatian kepada sebutannya. Sebutannya tidak jelas. Di masa akan datang beliau akan mempertingkatkan mutu vokalnya. Tariannya juga masih boleh diperbaiki.

Bob mengakui pernafasannya di peringkat awal agak baik tetapi agak mendatar dan kurang memberi kesan. Nurul telah mencuba yang terbaik. Kerisauannya jelas terpancar yang beliau takut melakukan kesilapan.

Zahid ada masalah tempo dan pada bahagian low pitch vokal beliau agak tenggelam. Kaer menghadapi masalah counting dan kerana kesilapan tersebut beliau telah terlupa lirik. Emosinya sedikit terganggu apabila melihat keluarganya di bawah.

Mas mengakui persembahannya tidak sebaik yang diharapkan. Ada berlaku lari tempo sedikit. Beliau seronok kerana pertama kali menyanyi dengan pakaian yang cantik. Beliau perlu mempelajari teknik memegang pembesar suara lagi.

Farah mengakui persembahannya paling teruk. Di fikirannya terbayang tentang step yang telah beliau pelajari untuk lagu tersebut. Emosinya terganggu dan tidak bertenaga. Anding akan cuba memperbetulkan kesilapannya. Beliau akan cuba untuk mengurangkan perasaan gugup di pentas.

Fitri mengakui persembahan beliau adalah persembahan paling buruk di kalangan pelajar. Vokalnya agak tenggelam. Staminanya kacau. Nampak benar beliau tercungap-cungap. Linda ada sedikit perasaan over-confident dan telah merosakkan persembahannya. Semangatnya kuat tetapi telah tersasar. Beliau mengakui tiada perasaan gugup. Satu kenyataan yang agak arrogant. Sukar untuk kita mencari penyanyi yang tidak gugup sebelum membuat persembahan.

Nampak perubahan yang agak besar berbanding dengan Konsert I. Perubahan-perubahan positif ini wajar diambil kira dan perubahan negatif boleh diperbaiki.

Lagu Baru
Kaer – Kenanganku oleh Jeffrydin
Zahid – Bila Resah oleh Anuar Zain
Fitri – Ku Petik Bintang Bintang oleh Kenny Remy Martin
Edlin – Kau Dan Aku oleh Ning Baizura
Linda – Leaving On The Jet Plane oleh Peter, Paul & Mary
Mas – Seksis oleh Anita Sarawak
Adam – Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta oleh Flybaits
Zarina – My Immortal oleh Evanescence
Anding – Slumber oleh OAG
Bob – Tanya Sama Itu Hud Hud oleh M.Nasir
Nurul – Seri Dewi Malam oleh Dato Sharifah Aini
Farah – Janji Manismu oleh Aishah

Permulaan humming sebagai mendapatkan melodi lagu tersebut merupakan cara yang bagus. Setidak-tidaknya mereka dapat mendalami melodi lagu tersebut. Edlin dan Farah humming lagu masing-masing. Linda yang amat seronok(over-confident) mendapat lagu tersebut, perlu mendendangkan lagu tersebut dengan hanya petikan gitar secara unplugged. Sebuah lagu yang agak sukar untuk Bob. Beliau perlu menyanyi, bercerita dan menyanyi. Vokal perlu dilenggokkan. Kta Ramli MS, pada satu bahagian, off key pun tidak mengapa. Zahid menganggap lagu tersebut agak sukar lebih-lebih lagi ia adalah lagu Anuar Zain.

Linda amat sukakan lagu tersebut. Lagu tersebut pernah dinyanyikan sewaktu sesi ujibakat. Fitri berharap akan melakukan yang terbaik Sebuah lagu balada yang agak menarik untuk Fitri. Kekuatan vokal beliau boleh dieksploitasi untuk lagu ini.

Edlin menyukai lagu ini walaupun mencabar. Lagu dendangan Ning Baizura sememangnya sukar. Sedar atau tidak, sekali lagi Anding menerima lagu dari kumpulan yang membawakan konsep alternative rock seperti Sheila on 7, Flop Poppy dan yang terbaru dari OAG. Saya takut benar jika persembahan Farah akan diiringi dengan lakonan dari para penari latar. Lebih-lebih lagi konsep yang sama pernah dibawa oleh Aishah dalam Juara Lagu. Aksi membawa beg dan membawa diri benar-benar menyiksa mata. Harap Farah tidak terbawa dengan persembahan sebegitu.

Nurul perlu menyanyikan lagu kegemaran ibunya. Beliau berharap akan memberikan persembahan yang terbaik. Zarina tidak pernah menyanyikan lagu Inggeris dan berharap akan dapat memberikan persembahan yang terbaik. Adam mengakui lagu tersebut agak mencabar. Liriknya agak panjang.

Mas gembira kerana mendapat lagu Seksis. Sebuah lagu attitude. Kita sering melihat Mas jujur dengan perwatakannya. Lagu Seksis perlu didendangkan dengan penuh attitude. Lihat sahaja Anita Sarawak. Persembahan beliau amat hebat. Kaer berjanji akan memberikan kelainan pada lagu generasi pop yeh yeh itu. Beliau mula mendapat lagu yang agak rancak. Beliau perlu menari.

Ramalan Kejutan:
1. Kemunculan Jeffrydin, setelah Sanisah Huri mempunyai komitmen lain sewaktu Nurul mendendangkan lagu beliau di Konsert I. Sebagai penghargaan kepada penyanyi generasi dahulu.
2. Semangat Anding perlu dinaikkan lagi dengan kemunculan OAG sebagai penyanyi latar.

Itulah Akademi Fantasia, setiap pelajar akan diuji dengan pelbagai rentak lagu. Suka atau tidak suka, mereka perlu melakukan tugasan tersebut. Yang pasti seorang pelajar pasti tersingkir hujung minggu ini. Pilihan saya untuk Finalis ialah Linda, Kaer dan Zahid. Dua tempat lagi persaingannya masih terbuka.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger