Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 June 2004

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia II

Kejutan Mas sudah mempunyai dua cahayamata memang mengejutkan semua pihak termasuk para pelajar Akademi Fantasia. Siapa pun tidak menyangka “gadis” periang dan hebat sense of humournya merupakan seorang ibu tunggal yang gigih membela nasib dua orang anaknya.

Petang itu, kedua ibu-bapa Mas dan dua orang cahayamatanya ada bersama untuk Imbasan Akademi Fantasia bersama Aznil. Nur Fazilah dan Mohd Fazil serta datuk dan neneknya telah diberitahu oleh pihak Astro untuk sama-sama menjayakan kejutan buat Mas pada hari Khamis.

Mereka tentunya bersyukur dan bernasib baik kerana dalam ramai-ramai keluarga mereka terpilih untuk berada di atas pentas bersama Mas.

Menurut mereka, ada perbezaan dari segi kematangan, ketabahan hati apabila melihat perkembangan anaknya di televisyen setiap hari tanpa terlepas satu episod sekali pun. Lebih-lebih lagu dua orang cahayamata Mas yang hanya berpeluang melepaskan rindu dengan menonton persembahan ibu mereka di skrin televisyen.

Mereka dapat melihat Mas begitu gigih ingin memperbaiki dirinya. Anak-anak Mas mungkin sukar untuk mengerti tentang objektif pemergian ibu mereka ke Kuala Lumpur. Beberapa kali diterangkan oleh datuk dan nenek mereka. Yang perempuan mungkin boleh mengerti tetapi agak sukar bagi si bongsu untuk mengerti. Sesekali apabila rindu, Aman ingin masuk ke dalam peti televisyen untuk bersama ibunya.

Kita sebagai penonton tentunya dapat memahami kesedihan yang dialami oleh mereka. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu mengambil masa hampir 45 minit melalui penerbangan. Ibu Mas beberapa kali menasihatkan Mas agak berani untuk mencuba hidup di luar dari Tawau. Beliau tidak mahu Mas masih terkongkong di Tawau.

Mujur perhubungan rapat antara ibubapa Mas dan anak-anaknya memudahkan segala perjalanan Mas untuk mengejar impiannya untuk menjadi bintang di Kuala Lumpur untuk menyara kehidupan kedua-dua anaknya. Itulah pengorbanan seorang ibu demi untuk keluarganya dan kedua-dua anaknya.

Kali pertama Mas memberitahu kepada penonton tentang kedua anaknya ialah sewaktu aktiviti melukis yang menjadi tugasan mereka. Mas melukiskan keluarganya serta dua anaknya. Sewaktu menceritakan tentang lukisannya di confession camera, air matanya jatuh. Para pelajar lain menenangkan beliau walaupun masing-masing sebenarnya terkejut dengan keadaan tersebut.

Melihat perkembangan Mas, mereka mengatakan Mas dapat menyesuaikan dirinya dengan pelajar lain. Kehidupan ibubapa Mas juga turut berubah dengan ketiadaan Mas apabila terpaksa menggaji orang gaji untuk menggantikan kerja-kerja Mas.

Mas berkahwin pada umur 15 tahun di tahun 1997. Tahun ini beliau akan berumur 23 tahun. Sikap Mas yang periang menjadikan beliau ramai kawan di Tawau. Beliau seorang yang mudah menangis terutamanya apabila ditegur oleh kakaknya. Ini secara tidak langsung menjadikan beliau seorang yang tabah, berani dan ingin memperbaiki dirinya.

Bersama Rozina Aziz
Tangisan penting dalam Astro RIA. Emosi penonton memberi inspirasi kepada setiap rancangan. Akademi Fantasia II lebih mencabar kerana perjalanan rancangan ini sudah diketahui oleh para penonton. Konsep rancangan telah diketahui oleh para pelajar. Tangisan bukan sekadar untuk meraih simpati ataupun strategi tetapi ia turut boleh memberikan kesan negatif kepada undian pelajar.

Pelajar Akademi Fantasia II nampak lebih berbakat dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka. Tangisan pelajar wanita terjadi kerana tekanan yang mereka hadapi sewaktu di Akademi. Ia amat mencabar untuk pelajar yang tinggal di Akademi dan juga memikirkan tentang penyingkiran mereka kelak.

Pembahagian pelajar jelas tidak mengikut kenegerian. Ia berlaku secara kebetulan. Begitu juga dengan ras bangsa. Walaupun tiada bangsa India dan Cina tetapi terdapat ras bangsa dari Sabah dan Sarawak.

Program saingan seperti Audition oleh ntv7, Malaysian Idol oleh 8.tv, Who Will Win oleh ntv7, Bintang RTM oleh RTM setidak-tidaknya dapat menyerikan industri hiburan tempatan agak dapat lebih maju di masa akan datang. Beliau melihat ia sebagai satu saingan yang sihat. Saya mengharapkan saingan sihat ini terus diterima oleh penonton rancangan-rancangan berkenaan. Peminat-peminat rancangan tersebut seakan-akan bersaing dan sering mencaci-cerna tentang saingan mereka di Forum.

Bersama Vince
Kejutan yang diterima oleh para pelajar adakah memberi apa-apa faedah kepada pelajar. Secara tidak langsung akan menguji keupayaan pelajar untuk mengekalkan prestasi persembahannya

Menurut Vince, pelajar Akademi Fantasia II lebih berbakat dan mereka sudah bersedia untuk segala kemungkinan di Akademi Fantasia.

Kehidupan mereka perlu lebih natural. Tetapi mereka lebih menumpukan terhadap kamera. Cinta dalam AF memang perlu kerana penonton menyukainya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Saingan kali ini lebih sengit. Dan beliau berbangga kerana berada di angkatan yang pertama. Pengalamannya lebih hebat. Fenomenanya lebih asli.

Apakah perubahan yang akan berlaku minggu hadapan setelah para pelajar dan penonton mengetahui yang Mas seorang ibu tunggal. Apa yang pasti, hujung minggu hadapan akan ada penyingkiran pelajar. Itu yang pasti.

Di akhir segmen Imbasan, kita dapat melihat Kaer dan Mas berbual di ruang tamu. Kaer menasihati Mas tentang soal rezeki yang telah Allah tetapkan untuk mereka di sini. Kaer menasihatkan Mas agar tidak terlalu sedih. Setiap manusia telah dilahirkan sempurna. Adegan ini menunjukkan kematangan fikiran yang ada pada Kaer. Dalam usia yang muda tetapi kata-kata semangatnya untuk Mas amat matang dan di luar kemampuan seseorang yang berumur 19 tahun.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger