Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 10 June 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 4
oleh Nizam Zakaria



“Mak, mak kat rumah, jangan makan hati! Diorang ni semua anak saya!” Kata Puan Ogy Nawawi ke arah kamera yang baru dipasang di dalam Akademi Impiana. Para pelajar Akademi Impiana memeluk guru mereka ini dengan erat. Walaupun zaman sekolah dulu, mereka ini bila berhadapan dengan guru mereka sendiri muka satu-satu macam ayam berak kapur...

“Mak? Dia cakap pasal hem ke? Hem nak makan hati buat apa?” Ujar Gundutz tak puas hati seperti merungut-rungut kepada Timah.

“Eh, dia bukan cakap pasal kau lah pondan!” herdik Timah. “Dia cakap pasal wanita tulin yang digelar ibu, khususnya kepada ibu para peserta.”

“Eleh... Hem bergurau pun tak boleh. Tak koser lah ko Timah. Berapa haribulan ni? Ermmm, pompuan ni tengah datang bulan ler ni!”

“Molot ko tu jaga sikit yer!” Timah menjeling. Kalau boleh dia mahu menutup telinga agar dia tidak perlu mendengar Gundutz membebel, tetapi kalau ditutup nanti tak dengar pula apa yang berlaku di kaca TV. Dia hanya menutup telinga ketika rancangan Akademi Impiana ini berehat seketika untuk menyiarkan pesanan penaja. Ketika montaj Gastro dimainkan, tiba-tiba volum TV menjadi kuat sampai nak pecah speaker TV dibuatnya. Banyak kali Timah melatah-latah ketika perkara ini berlaku.

**


Perbualan Kakak Besar dan Abang Besar tentang kriteria pemilihan pelajar Akademi Impiana pada awal tahun ini:

Abang Besar: You dah tengok laporan kajian yang kita terima mengapa para penonton pilih Terence sebagai pemenang pertama, Khairi pemenang kedua dan Aizizi pemenang ketiga?

Kakak Besar: Dah, but very funny kan? I mean, we never expected that Aizizi will go that far. You know, he's not good looking, in fact he looks like Seal minus the hunky body and with a jinjang haircut. He's a lelaki lembut when lelaki lembut is such a big issue back then. Tapi dia boleh kalahkan pelajar-pelajar lain! This is amazing kan?

Abang Besar: Mungkin penonton pilih pemenang according to their talents. This is unexpected, I know. But I've seen weirder things happened.

Kakak Besar: Sejak bila pulak these students are talented? I thought we chose them because they are neither here nor there. Ye lah, kalau talented sangat, sure dah masuk Bintang RTM or they already got a recording contract, kan? But you know lah, the contestants are chosen based on their looks or lack of it. Jenis yang senang emosi, sentimental, can cry on cue, can easily crack under-pressure, manja, and the last person on earth you think can become a singer. Ye lah, just look at Nini and Fatie, if they can sing, then I must be Mariah Carey!

Abang Besar: Well, remember we thought that in the beginning, Aizizi will be voted out? Kita pilih dia pun sebab itu, kan? So what's left in the end are people who can really jual SMS. Tapi dia masih boleh dapat tempat ketiga without the cat, the “bunga-bunga cinta” with pelajar perempuan and “I'm the token non-Malay, so please vote for me” factor. I think it's amazing that he had lasted that long!

Kakak Besar: That's not amazing. What's more amazing are the number of votes we are getting from East Malaysia, especially Sabahans. You tentu perasan teks SMS dalam saluran 15 tu semua penuh dengan bahasa Sabah dan Sarawak that nobody understand but them.

Abang Besar: You know what? Maybe it's a good idea kalau kita dapatkan separuh dari pelajar AI dari Sabah dan Sarawak. Just think about it! Lagik banyak SMS yang boleh kita jual nanti. I can already picture the winners... Peserta pertama Sabahan, kedua Sabahan...

Kakak Besar: Idea yang bagus tu. Might as well, lah kan? Lagi banyak SMS kita jual, lagi banyak bonus kita tahun ni. I can't wait to go to Paris again this year!

**


Kelas Puan Siti Hawa dimulakan seperti biasa dengan latihan vokal. Para pelajar mengikut segala arahannya dengan tekun. Beliau memberitahu para pelajar tentang fungsi anatomi kotak suara dan bagaimana pergerakan tubuh dapat menghasilkan suara yang dikehendaki.

Selepas selesai penjelasan diberi, para pelajar di suruh menyanyi satu persatu. Diharapkan mereka dapat menggunakan tunjuk ajar yang diberi untuk menyanyi dengan lebih baik lagi.

Dara diminta untuk menyanyikan lagunya, “Seandainya Masih Ada Cinta oleh Dayang Nurfaezah”. Dara nampaknya boleh menyanyikan lagu ini dengan baik dan khusyuk.

Fyrul dan Boboy memerhatikan Dara dengan satu pandangan yang kosong. Tumpuan mereka lebih kepada lagu yang dinyanyikan Dara. Boboy dan Fyrul masing-masing merasakan bahawa sepatutnya, lagu seperti ini harus diberikan kepada mereka, bukan lagu-lagu nyanyian Harvey Malaiholo dan Hail Amir yang dirasakan terlalu janggal untuk dinyanyikan mereka.

“Macam mana nak nyanyi ni? Selalunya kalau aku pergi karaoke dengan budak-budak fashion designer ni kitaorang nyanyi lagu Siti, kalau tak pun lagu Dayang atau lagu Misha. Bagi aku lagu Siti atau Dayang kan best? Baru boleh feeling sikit!” Cetus Fyrul dalam hati. Dia menguraikan rambutnya yang ikal mayang itu ke belakang.

“Bestnya kalau dapat nyanyi lagu Dayang. Ini tidak, disuruhnya aku nyanyi lagu Hail Amir. Tak adil betul!” Boboy mendengus di dalam hati. “Lepas tu si Lina Yasmin pulak macam sengaja nak pekenakan aku suruh bukak step menari pecah lobang ala-ala Citrawarna gituh. Eh bencilah! Ni mesti ada konspirasi nak jatuhkan aku. Tak boleh jadi ni!”

Bibir Boboy dan Fyrul bergerak-gerak ketika Dara sedang berlatih. Kini mereka bersama-sama menyanyikan lagu Dayang Nurfaezah yang sering dinyanyikan mereka dengan sepenuh jiwa raga di masa-masa kelapangan mereka sendiri dengan penuh perasaan, jiwa dan raga...

**


“Jangan suka mendongak bila menyanyi... mendongak itu tandanya bongkak!” Kata Puan Siti Hawa tanpa menujukan kata-katanya itu kepada sesiapa. Gundutz dapat melihat wajah Indra yang jelas terkebil-kebil ketika Puan Siti Hawa meluahkan kalimah-kalimah ini.

“Sessuatuh sangat kalau nyanyi dongak-dongak ni.” Gundutz mencebikkan mulutnya ke kiri. “Dah biaassseer lah tu! Ala-ala karaoke der dongak dalam gelap gituh.” Ujar Gundutz kepada Timah. Dilihatnya Timah sekadar berdecit. Entah dia dengar entah tidak kata-katanya ini.

Gundutz tidak banyak bercakap buat beberapa detik, sehinggalah dia melihat Dara menyanyikan lagu kegemarannya. Dia menilik wajah Fyrul dan Boboy. Gundutz paling benci dengan kedua-dua pelajar ini. Lebih-lebih lagi kepada Boboy yang boleh berkongsi saiz seluar dan baju dengannya itu.

“Ko tengok muka ponen dua ekor ni... Over kan?” Ujar Gundutz sambil berpeluk tubuh.

“Apa yang over? Biasa jer aku tengok.” Sambut Timah dengan nada yang garang.

“Tuh... Tengok muka Fyrul dengan Boboy. Macam nak terliur kan? Very der peponen over nak nyanyi lagu betina. Ala-ala meronta-ronta jiwa nak nyanyi lagu Dayang.”

“Isk ko ni. Gila lah. Kalau dah jantan tu nyanyi lagu jantan lah. Bukan macam kau, pergi audition nyanyi lagu Siti. Lepas tu satu dewan audition terdiam macam ada malaikat lalu. Buat malu aku jer masa tu. Nyesal aku ikut kau pergi audition!”

“Hello, suara hem vassst tau! Tak macam suara diorang!” Gundutz melawan balik.

“Yezzzasssk... Suara kau memang vasst teramatz kan?” Timah bersuara seperti mahu memerli.

“Tahu pon. Lagik nak tanya-tanya!”

“Badan macam tong minyak... Bila nyanyi suara kepit kau tu sebijik macam Siti. Macam mana tu? Siapa nak jawab? Nasib baik hari tu takde orang yang sakit jantung tau! Kalau tak, tentu ada yang mati sebab ingatkan Siti dah disumpah jadi Shrek!”

“Vavis kau Timah! Pandai-pandai jer panggil orang Shrek. Kau tu apa? Ratu Minah Rempit Daerah Pandan Indah ke?”

“Apa-apa aja lah pondanz. Nak panggil aku Ratu Minah Rempit ke, Ratu Sundal lorong belakang mati versi Edisi Siasat ke. Suka kau. Asalkan kau bahagia dan asalkan aku dapat tengok AI ni hari-hari kat rumah kau!” Ujar Fatimah, kemudian dia menggunakan isyarat tangan menyuruh Gundutz diam kerana kini giliran Puan Ogy Nawi pula mengajar para pelajar.

Di kaca TV, Fatimah dapat melihat Puan Ogy sedang mengajar para pelajar menyebutkan beberapa ayat yang mengelirukan. Di antaranya adalah kalimah: “Ular Lari Lurus”.

“Sebut betul-betul! Ular Lari Lurus. Bukan Ularre Larrie Lurrusse!” Puan Ogy menjerit-jerit. “Bukan mataharie, bukan merrah!”

“Haiyoh, very der style adik-adik sebut ayat kan?” Ucap Gundutz. Kemudian dia ketawa berdekah-dekah mendengar beberapa orang peserta yang tidak dapat menyebut ayat yang diberikan kepada mereka dengan betul.

“Kan hem dah cakap. Kalau adik-adik tu, tetap adik-adik kan? Walau nak cover macam mana pun, harus pecah lobangs bila kena sebut ayat-ayat ada huruf “r” ni. Molot kalau dah biasa melolo, harus sebut huruf “r” berterabur!” Gundutz mencuit bahu Timah. Tetapi Timah tidak menjawab. Dia lebih tekun membuat latihan sebutan ayat yang diberikan oleh Puan Ogy. Mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca mentera...

**


Indra dapat melihat bahawa Adlina sedang menangis. Adlina duduk di tempat yang strategik - betul-betul di hadapan cermin di mana terdapat kamera untuk merakamkan tangisannya itu. Indra memandang ke kanan dan ke kiri. Nampaknya, rakan-rakan yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Mereka semua nampaknya dah muak dengan perangai Adlina yang kuat menangis.

“Indra pun emosional jugak.” Kata Indra dengan jujur kepada Adlina. “Serius I akan menangis, I will cry!” Ujar Indra apabila ditanya Adlina jika beliau akan menangis apabila rakannya akan disingkirkan kelak.

“Tapi kita akan berpisah selepas itu!” Adlina merengek lagi. Kalau boleh dia mahu Indra mencari tisu Prime lantas mengesat air matanya, tetapi Indra hanya duduk sambil memeluk lututnya sendiri. “This is not fare. We are so close to each other now!” ujar
Adlina, walaupun beliau cukup mengerti bahawa sebaik sahaja beliau telah dipilih menjadi pelajar Akademi Impiana, beliau perlu menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Gastro. Dalam masa 3 tahun ini, beliau akan terus bersama rakan-rakan pelajar dengan mengadakan konsert Hari Merdeka, konsert pertunjukan amal, konsert Menuju Angkasa AII2 (Akademi Impiana Indonesia 2) bersama AI2, konsert Reunion dan entah berapa ratus lagi konsert yang telah dirancangkan untuk mereka dari awal. Adlina cukup sedar tentang hal ini. Adlina juga sedar tentang beberapa taktik yang digunakan sebilangan pelajar AI1 mendapatkan undi dari penonton. Di antaranya, para pelajar perempuan hanya perlu banyak menitiskan air mata. Dengan cara ini, penonton akan bersimpati dan akan terus mengundi mereka.

“Alah, kenapa you sedih. Nanti lepas konsert finale kita semua akan diketemukan kembali!” Ujar Indra. Kemudian buat seketika, dia berfikir tentang segala-galanya yang terpaksa dilaluinya selepas konsert terakhir AI2, seperti menyertai rancangan TV yang tak masuk akal 'Celoteh Bersama Izwan Ali' yang memerlukannya dia menjawab soalan-soalan kontroversi seperti: “Betul ke you dengan Adlina ada skandal?” Atau setidak-tidaknya, menjawab soalan-soalan dari wartawan-wartawan hiburan tempatan yang akan menanyakan soalan yang sama beribu-ribu kali: “Bila lagi Indra nak kahwin?” Fikir Indra di dalam benak fikirannya; mungkin awal-awal lagi dia perlu berlatih menjawab soalan-soalan bodoh yang bakal diterimanya dengan sebaik mungkin agar dia tidak membuat kesilapan menjawab soalan wartawan ala Ning.

“Tapi kita semua dah rapat sangat!” ujar Adlina beria-ia. Sebelum ini, anak jiran sebelah rumahnya yang dikenali sejak kecil dan bersekolah di sekolah rendah yang sama dengannya pun tidak pernah mahu dirapatinya. Tiba-tiba kini, mahu pula dia beritahu kepada penonton bahawa dia tak sanggup berpisah dengan para pelajar Akademi Impiana yang baru dikenalinya tidak sampai seminggu itu. “I tak sanggup berpisah dengan you all!”

Adlina terus menangis. Air matanya meleleh-leleh. Dia mahu menang. Kalau untuk menang dia terpaksa menangis air mata darah pun dia sanggup.

**


“Haiyoh adik-adik buat koreografi sendiri!” ujar Gundutz apabila dia dapat melihat pelajar-pelajar lelaki sedang berlatih menari. Dia nampak seronok. Lebih-lebih lagi apabila dia dapat melihat bahawa Boboy tidak dapat mengikuti langkah tarian. Boboy berdiri kaku dan jelas dari wajahnya, beliau nampak seperti tidak puas hati dengan sesuatu.

“Dah apa kena dengan ponen chub ni nok?” Ujar Gundutz dengan keningnya terkerut seribu.

“Dia tak tahu ikut step kot.” Timah membuat spekulasi sendiri. Tetapi lebih lama dia menonton lebih jelaslah kepadanya situasi sebenar yang sedang berlaku.

Rupa-rupanya, Boboy tidak puas hati tentang kedudukan ketika beliau sedang menari. Didapatinya, kedudukannya tidak selari dengan pelajar-pelajar yang lain. Dia cuba mengarahkan pelajar-pelajar lain agar mendengar pendapatnya.

“Haiyoh si gemuk ni. Dia hengat dia ratu ke boleh arah-arah orang!” Gunduz menempik kuat. “Dia hengat dia Lina Yasmin ke, nok?”

“Tu lah kan?” Timah bersetuju dengan pendapat Gundutz, kerana dia sendiri tidak suka dengan boboy. “Kalau si Boboy ni jadi peserta Survivor, haruslah ramai-ramai dah lama pakat nak buang dia siang-siang!”

“Nok, haruslah masa dia tercegat tadi dia cakap dalam hati: 'kau hengat semata-mata aku gemuk korang boleh letak aku mana-mana ke?'”

“Kau memang suka tukar-tukar skrip orang kan? Dulu kau bukak VCD Cinta Berlemak, kau tutup volume TV lepas tu kau buat dubbing kau buat sendiri, kan? Kau feeling-feeling kau Ferra Farizah gituh!” Timah sengaja mengusik.

“Eh betul lah nok! Macam dalam filem Cinta Berlemak tu lah. Kalau gemuk jer harus disisihkan gituh. Hem kesian jugak dengan si Boboy ni. Ala-ala dapat position tak perlu der letak belakang-belakang der jauh dari kamera gituh. Yang lain semua nak joget depan kamera! Very der konspirasi kan? Harus lah peponen ni semua dah pakat siang-siang!”

“Eh, Azam dengan Boboy berbisik lah. Apa yang diorang bisikkan tu agaknya ya?” Ujar Timah. Matanya tekun ke kaca TV.

“Hem rasa, Azam suruh Boboy tu diam. Dia tentu kata, 'sabar ler sikit, nanti ponen tu melenting, satu sen pon tak guna occay!'” ujar Gundutz tanpa sedikitpun matanya terkerlip. “Tak kosser lah diorang ni nok. Setahu hem, ponen jer yang bisik-bisik macam ni tau! Lagik sessuatuh kalau diorang dok bisik-bisik masa belajar menari. Tak perlu sangat tau! Dia hengat apa... Diorang ni semua adik-adik dok belajar menari untuk buat show kat Blue Bar ke?”

“Jangan berbisik depan orang. Sensitif tau!” sergah Fyrul sambil cuba sedaya mungkin untuk mengawal dirinya agar tidak bercekak pinggang ataupun kelihatan dengan pergelangan tangannya terkulai lembut sepertimana yang biasa dilakukannya sebelum menjadi pelajar Akademi Impiana.

“Hah tengok... kan Fyrul dah marah-marah!” Getus Timah nampak risau.

Fyrul menjeling tajam ke arah Boboy. Dan Boboy pula masih tidak mahu berganjak dari kedudukan yang dirasakan sesuai untuknya. Keadaan menjadi semakin tegang.

Gundutz menoleh ke arah Timah. Dia mendapati Timah sedang menggigit kuku. Timah hanya berhenti menggigit kuku apabila Azam menjernihkan keadaan dengan menjelaskan mengapa dia perlu berbisik-bisik kepada Boboy tadi...

Segala yang dipaparkan dan dikisahkan di sini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada yang kena mengena dengan sesiapa jua, samada yang masih hidup, ataupun yang telah mati ataupun yang glamor.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger