Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 September 2005 0 komen


Album Launching Adam - Tak Tahu
Grand Ballroom
Hotel Maya, Kuala Lumpur

Pelancaran Album Adam bertajuk Tak Tahu telah berlangsung dengan suasana yang agak eksklusif di Ballroom Hotel Maya, Kuala Lumpur. Pertama kali menjejakkan kaki ke hotel tersebut yang mempunyai rekaan dalaman yang hebat dan bersesuaian dengan konsepnya yang bercirikan sebuah resort urban butik. Saya telah ke majlis tersebut bersama seorang kawan media dan kemudiannya Juan Danza dan Klubbkidd menyertai saya. Sempat juga saya bertemu dengan Keluarga Adam yang terbang dari Kota Kinabalu, Sabah, keluarga Kapten Misman, Feeda dan Hanis iaitu Presiden dan Naib Presiden Adam Fan Club Malaysia serta beberapa kawan yang lain.

Pada malam tersebut turut dilancarkan Laman Web Adam yang dikendalikan oleh KRU. Saya merasakan ini bakal mengelirukan para peminatnya. Pihak Adam Fan Club Malaysia harus berbincang dengan pihak KRU Music untuk saling bertukar-tukar link antara satu sama lain agar peminat tidak keliru dengan kedua-dua website yang ada. Maklumat-maklumat di antara dua website tersebut juga perlulah selari dan tidak berlaku kekeliruan kepada peminat di masa akan datang. Satu website harus bertindak sebagai perantara Adam dan peminatnya manakala yang lagi satu boleh dijadikan portal komuniti untuk peminatnya.


Menariknya kejutan yang dilakukan untuk melancarkan album Adam apabila ditampilkan tenaga-tenaga pengajar dari Akademi Fantasia 2 yang membawa kek hari lahir Adam dan album beliau ke dalam dewan. Pengetua Ramli MS, guru Seni Persembahan Puan Fauziah Nawi, guru Motivasi Dr Sher Kawi, pakar tatarias Puan Mahani dan guru Nada Suara Puan Siti Hajar antara yang hadir di majlis tersebut. Pada saya ia merupakan satu moment di majlis tersebut yang agak touching untuk melihat reunion antara anak murid mereka dan tenaga pengajarnya. Lebih-lebih lagi dalam situasi anak murid mereka telah berjaya melahirkan sebuah album untuk para penggemar Akademi Fantasia. Ia merupakan hari menuai hasilnya setelah 10 minggu berada di Akademi Fantasia dan hampir setahun sebagai bintang Akademi Fantasia.

Secara jujurnya, Adam bertuah kerana kesanggupan KRU melaburkan wang mereka untuk membeli Adam dari Maestro Talent. Seperti yang pernah saya ucapkan sewaktu di Gathering Pertama Adam Fan Club setahun yang lalu. Inilah masanya untuk Adam melombong setiap pengalaman adik-beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry yang sememangnya bijak merancang perniagaan mereka. Adam harus menjadi seorang bintang yang bijak dalam memikirkan tentang masa depannya sendiri.

Ya benar, KRU bukanlah nama besar dalam bidang muzik. Nama mereka tidaklah begitu gah dalam menghasilkan album-album yang bermutu lagi berkualiti besar. Bukan sekadar itu sahaja yang perlu Adam kaut sewaktu masanya dengan KRU, tetapi juga bakat mengendalikan perniagaan serta mempelbagaikan perniagaan mereka yang jarang-jarang ada dalam minda sebilangan besar artis tempatan tetapi ada pada kumpulan KRU.


Antara lagu yang termuat dalam album berkenaan adalah lagu Tak Tahu yang kini menjadi lagu popular yang sering dimainkan di corong-corong radio. Turut dimuatkan ialah lagu remix Terhangat Di Pasaran (duet bersama KRU) serta Haruskah iaitu lagu yang pernah menjulang nama Adam sebagai pemenang Tempat Ketiga di Akademi Fantasia 2. Selain daripada itu lagu Menggapai Bintang yang kini dinyanyikan solo oleh Adam turut dirakamkan semula.

Single kedua dari album ini bertajuk Jatuh merupakan sebuah lagu balada yang tentunya akan menjadi kesukaan para peminat wanitanya, Ku Bertanya merupakan sebuah lagu yang berkonsepkan unplugged yang agak minima penggunaan muziknya dan lagu Walaupun lebih berkonsepkan nostalgia KRU era Awas. Antara lagu rancak rakaman baru yang turut dimuatkan dalam album ini ialah Sana Sini, Seri Satu Sama dan Keliru. Lagu-lagu tersebut bakal menyerlahkan lagi kehebatan Adam dalam bidang tarian.

Sempat juga berbual dengan Pengetua Ramli MS dan beliau turut bertanya tentang email yang saya hantar kepada Editor Bintang Popular Berita Harian berkenaan artikel dalam kolum Aspirasi beliau. Sekali lagi saya menyatakan artikel-artikel sedemikian yang perlu diarkibkan di dalam laman web Bintang Popular dan bukannya gossip-gossip artis. Apa faedahnya menyimpan gossip-gossip artis di dalam server dan membuang artikel Aspirasi Ramli MS ?

Selesai majlis, beberapa kawan-kawan dari ASTRO termasuk Rozina Aziz, Aznil Hj Nawawi dan rakan-rakan media telah melakukan tour di sekitar hotel serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di hotel tersebut oleh pegawai pemasaran. Sememangnya rekaan dalaman Hotel Maya amat menakjubkan sekali. Kami dibawa melawat ke setiap jenis bilik yang ada di Hotel tersebut, kolam renang, bilik spa, kemudahan bilik videoconference dan Sky Lounge yang mengadap Zouk. Speechless !

Foto Majlis Album Launching Adam - Tak Tahu boleh didapati di Fotopages SM.

Entri oleh sultanmuzaffar 27 September 2005 0 komen

Dari Studio 1 - Akademi Fantasia 3

Saya ketinggalan untuk menyaksikan Dari Studio Satu Mawi yang dirakam pada hari yang sebelumnya. Tidak sanggup untuk menunggu terlalu lama. Siangnya saya ada temuramah bersama sisipan Ikon Berita Harian tentang blog. Sempat pulang ke rumah sebelum bergerak ke ASTRO. Perancangan telah dibuat untuk ke sana bersama Elkapitan. Bertemu di perkarangan TPM kerana ada orang itu yang tidak pernah menjejakkan kaki ke ASTRO dan tidak tahu jalan ke sana. Ini kiranya macam lawatan sambil belajar untuk beliau. As usual, Klubbkidd dan Juan Danza tiba selepas kami tiba.

Pertama kali saya bertemu Atavader, orang kuat Yazer Fan Club dan juga Kak Hanim dari Fan Club Amylea yang sudi menegur sebelum persembahan konsert dimulakan.

You To Me Are Everything oleh Aidil dan Kefli
Kedua-dua mereka perlu pergi kelas tarian semula. Koreograf tarian yang cuba ditampilkan tidak menarik langsung. Sebuah lagu yang agak enjoy tidak dipersembahkan dengan baik. Saya seakan-akan terpinga-pinga. Mungkin kerana terkasima dengan koreograf mereka. Nampak agak serabut apabila mereka bergerak seiringan dalam rentak lagu. Lagu You To Me Are Everything semacam agak asing kepada penonton dan mungkin juga penonton tidak menghafal liriknya. Lalu persembahan mereka jadi agak membosankan.

Doa Buat Kekasih oleh Yazer dan Ekin
Dengan bantuan peminat yang memberikan album gambar mereka berdua, menjadikan persembahan lagu ini lebih bermakna. Ekin nampak selesa dengan lagu ini begitu juga Yazer. Ada chemistry yang baik antara mereka berdua. Persembahan vokal mereka juga bersesuaian dan dipersembahkan dengan baik sekali. Lagu tersebut juga agak tidak asing pada telinga penonton maka penonton turut sama memeriahkan persembahan mereka apabila turut menyanyi bersama-sama.

Ku Berserah oleh Amylea
Amylea harus lebih menyampaikan lagu tersebut secara lebih jujur. Nampak begitu fake sehingga kesedihan lagu tersebut tidak berjaya disampaikan dengan baik. Amylea harus membawa perasaannya kepada penonton. Penonton terhibur apabila beliau membawakan nada tinggi dengan baik. Yang lebih pelik, baru hari ini saya perasan yang nyanyian Amylea agak tersekat-sekat. Saya akui apabila nada tinggi Amylea menyampaikannya dengan baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

Persamaan oleh Akma dan Reza
Sebuah persembahan yang menarik. Akma dan Reza selesa untuk bergerak di atas pentas. Persembahan vokal mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Saya melihat ada chemistry yang baik juga antara mereka. Penguasaan pentas Akma dan Reza juga boleh saya sifatkan agak cemerlang. Ini berbeza dengan Kefli dan Aidil yang hilang arah apabila berdua di pentas. Akma dan Reza tahu untuk bergerak dan memilih ruang kosong untuk diisi. Inilah yang dikatakan persembahan yang sedar diri.

Something Stupid oleh Fuad dan Elliza
I’m doing something else. Yes. Membaca lirik di skrin teleprompter. Pada sesi rakaman Dari Studio Mawi juga khabarnya teleprompter dipasang. Jangan nanti sehingga musim Konsert Akademi Fantasia 4 pun menggunakan teleprompter. Sekali lagi, lagu asing menjadikan persembahan sesuatu yang membosankan.

Untuk Terakhir Kali oleh Marsha
WOW ! Ini kali pertama saya dengar Marsha memberikan persembahan vokal yang paling bertenaga. Baru mendapat semangat dari seseorang mungkin. Takder maknanya !! Saya suka dengan gaya persembahan Marsha yang nampak lebih matang dari sifat semulajadinya. Bila mula sahaja persembahan, beliau seakan-akan menjadi orang lain. Cara beliau memandang penonton juga terus berubah. Selepas ulangan yang kedua, persembahannya lebih bertenaga. Marsha mengeluarkan seluruh perasaannya terhadap lagu tersebut. Saya tidak nafikannya, Untuk Terakhir Kali adalah persembahan terbaik pada malam itu.

Hati Yang Terluka oleh Felix
Mengikut kata Elkapitan, ia merupakan sebuah pilihan lagu yang kurang sesuai. Saya mengatakan lagu ini sesuai cuma cara nyanyian Felix yang tidak kesampaian. Lagu ini merupakan lagu balada yang baik tetapi sayangnya gagal disampaikan oleh Felix dengan penuh penghayatannya. Kalau Felix boleh lagi selamba membawakan lagu ini tentunya lebih menarik dan senang untuk mendekati penonton melalui lagu ini. Lagu ini sebuah lagu lama, maka menjadi satu tugas yang lebih berat untuk Felix merapatkan jurang perbezaan antara penonton dan lagu tersebut. Pada saya, Felix tidak dapat berhubung dengan penonton melalui lagu ini.

When You Believe oleh Amy dan Idayu
Saya tahu kedua-dua mereka meminati Mariah Carey. Pemilihan lagu ini sekadar menguatkan tanggapan mereka bakal menjadi penyanyi copycat. Saya lebih mengharapkan sebuah persembahan yang lebih hebat dan lebih asli daripada lagu tersebut. Tidak saya nafikan persembahan vokal mereka begitu menyerlah dalam lagu ini, lebih-lebih lagi Amy yang jarang dapat kita dengar kehebatan vokal beliau sejak dalam Akademi Fantasia. Idayu dapat dilihat amat selesa dengan lagu ini. Jika digandingkan lagi pasangan ini tentunya dapat menghasilkan sepasang duet yang mampu memberikan persembahan vokal yang cemerlang.

Aduh Saliha oleh Mawi
Dalam keadaan yang lebih santai dan bukan pertandingan saya semakin menyukai dengan lagu ini. Aduh Saliha merupakan sebuah lagu yang begitu catchy dan senang lekat di minda penonton. Apa yang saya perasan, susunan lagu ini sering diubah-ubah mengikut keadaan. Secara tidak langsung, lagu ini sebenarnya sedang melalui proses evolusi dalam memantapkannya sebagai sebuah lagu yang lebih berkualiti. Mawi harus lebih bersedia untuk itu. Beliau kena sentiasa peka. Ulangan kali kedua, teleprompter dipadamkan kerana ia sebenarnya mengganggu tumpuan Mawi. Lirik yang terpapar di teleprompter adalah lirik yang verbatim. Adakalanya adlib yang dilakukan oleh Mawi dibuat tanpa dirancang dan beberapa baris lirik tidak dinyanyikan oleh Mawi. Ia merupakan satu langkah wajar kerana ia mengganggu tumpuan Mawi.

You're The One I Want oleh Bintang Akademi Fantasia 3
Penuh pentas dengan bintang Akademi Fantasia. Bila sudah penuh, maka jadi lebih serabut. Koreograf yang direka tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan seseorang yang cuba mencari tumpuan dengan gaya niggernya. Tiada yang menarik dalam persembahan ini kecuali…ooooooo.

Khabarnya rakaman ini akan disiarkan sempena Tahun Baru 2006. Nantikan siarannya di ASTRO Ria.

Nota : Album Adam selamat dilancarkan di Hotel Maya pada jam 9 malam tadi. Kejutan yang ditampilkan untuk sama-sama melancarkan album Adam benar-benar membuatkan saya sedikit terharu. Tunggu ulasan saya esok petang atau malam. Esok malam ada Gathering bersama Yazer FC pula. Sabar ya...

Entri oleh sultanmuzaffar 26 September 2005 0 komen


1st Annual Gathering & Adam's Birthday

Seperti tahun-tahun yang sudah, saya akan berasa senang apabila berada di aktiviti yang dianjurkan oleh Adam Fan Club Malaysia. Saya mengikuti perkembangan Adam Fan Club sejak ia mula ditubuhkan. Saya turut mengikuti cabaran yang mereka hadapi. Pelbagai dugaan datang merintang, tetapi mereka tetap utuh berdiri di belakang Adam. Adam Fan Club merupakan satu contoh fanclub yang tidak lari dari masalah. Saya boleh menganggap ia sebagai satu model untuk saya jadikan contoh. Keazaman mereka untuk terus menyokong Adam, saya puji. Kesungguhan Adam dalam membina namanya juga saya puji. Fan club datang dan pergi. Peminat juga datang dan pergi. Selamat Ulangtahun yang Pertama dan semoga Adam Fan Club Malaysia akan terus bertapak dalam industri hiburan tempatan.
Puisi ini ditulis oleh Zeti, salah seorang peminat Adam yang hadir di majlis tersebut.

ADAM The Prince of Heart

Let me tell you a story
About a boy that me and you could never get enough with
He’s cool, cute and yeah he’s charming all right
With the beautiful smile of his
He’s melting every girl’s heart

Let’s go down to the memory lane
When he first caught our attention
Remember the time when he sang his way to our heart with Jangan Lafazkan ?
Then he continued to capture our mind and soul with the ever sweet Kerna Dia and tear kerking Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
He brought the house down with his fanciful and superb dance moves in Gerhana and Tipah Tertipu
I don’t know about you guys but I always had tears in my eyes whenever I listen to his version of Keroncong Untuk Ana
He’s still continue dancing and this time its Smooth Criminal and the evergreen Kasih
Though he “mengalirkan air mata” and claimed that “dah bertahun-tahun nyanyi lagu rap”
He make P.Ramlee proud in Bila Larut Malam
Final night, he didn’t give KRU a bad name when he amazingly delivered Ooh La La and nailed it with Haruskah

Does he stop there ?
Not in million years
He’s back with Terhangat Di Pasaran, special collabo with the brothers
And he’s still bouncing with the new track Tak Tahu
And guess what ?
There’s more to come

I often had people asked me, what’s up with him ?
The easiest question ever and I like to quote him “senang je
Despite his brilliant dance moves and voice like the angels
It is the small details that make people fall for him
Like for example, “ingat tak mase dia cium dahi Aziz Satar time Konsert ke-9?
Then bila die kissed dahi Ummi mase birthday Ummi ?
Mase die check-chek rambut kat cermin then Ummi marah ?
And bile KRU datang muka die yang berseri-seri, macam happy sangat !
Not only his talent that caught our eyes
But the things that he did that really makes him extra special and adorable
And the boy I’m talking about is none other than our beloved birthday prince, Adam !!!

To Adam
This is something for you
Out there people are still talking about world
But not me and the rest of us here
Because to us you’re still the one
The only thing that we hope from you
Is for you to stay the same and not letting us down
Remember ! When you are at your highest high
Always try to look down
Coz then only you can put your feet on the ground
Don’t worry when you are at your lowest low
We are going to be there for you InsyaAllah
You know why ?
Coz Baby We Do Love You So !!!

Copyright Controlled
MSZETI 2005®

AJK AFCM

Happy Birthday 22Bintang Akademi Fantasia 15

Peminat Adam

Nota : Hari ini merupakan hari pelancaran album solo terbaru Adam di pasaran. Tahniah di atas kejayaan berganda untuk Muzik Video Pilihan dan Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan di Anugerah ERA yang berlangsung baru-baru ini.

Book Launching "Main-Main Cinta"
Date : 29th September 2005
Time : 2 - 4 pm
Venue : Rumah Universiti, Universiti Malaya
Penampilan khas oleh Adam dan tayangan "The Making of Main Main Cinta"

Foto Gathering Adam dan Kefli boleh diperolehi di Fotopages SM. Ulasan Dari Studio Satu Akademi Fantasia 3 akan dikemaskinikan pada malam hari. Buat sementara ini silalah baca ulasan Sekadar Media Picisan dahulu.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 September 2005 0 komen

Who Will Be The Next Malaysian Idol ?

Grand Finale Malaysian Idol 2

8.32 malam
Ketibaan Jaclyn Victor, Juara Malaysian Idol. Ketibaan Zaf, Damian dan Lah dari kumpulan V.E. Ini sahaja bintang yang mampu naik ke Genting Highland.

8.40 malam
Nora menyatakan untuk menjadi juara Malaysian Idol seseorang itu harus pertamanya mempunyai bakat, keduanya personaliti dan yang ketiga x-factor serta karisma.

8.45 malam
Pencipta lagu single Malaysian Idol 2 Mimpi iaitu Pot Amir dari kumpulan Innuendo tiba. Antara “bintang-bintang” lain yang hadir menyaksikan Grand Finale Malaysian Idol ialah kumpulan Flop Poppy, Juwita Suwito, Ezlynn, Pop Shuvit, Ahmad Izham Omar dan salah seorang Datuk yang juga Pengerusi 8TV.

9.02 malam
Pop Yeh Yeh
Sebuah persembahan yang tidak begitu memukau dari bekas bintang Malaysian Idol sebelum mereka memperkenalkan finalis Malaysian Idol musim kedua. Pilihan lagu yang tidak cukup untuk diingati.

9.21 malam
Mimpi oleh Daniel 5/10
Pertama kali saya mendengar single pemenang Malaysian Idol. Tiada yang menarik. Sebuah lagu yang melodinya agak biasa. Mungkin kerana nyanyian Daniel pada malam tersebut agak berterabur. Melodi lagu tersebut seperti sebuah pop Indonesia yang agak rancak dan ada pengaruh rock. Falsetto Daniel kurang kemas. Nyanyian Daniel kurang bertenaga dan tidak bermaya. Kedengaran agak sumbang pada beberapa bahagian. Pada pandangan saya, Daniel gagal membawakan perasaannya ke dalam lagu tersebut lalu menyebabkan hubungannya dengan penonton tidak dapat dirasai.

Saya terbaca di forum yang mengatakan Mimpi versi Daniel lebih menyerlah dari Nita. Agaknya semua telinga manusia di Malaysia ini sudah menjadi telinga Roslan Aziz ataupun Fauziah Latiff agaknya. Saya tidak faham apa yang menjadi ukuran penilaian mereka. Nyanyian Daniel untuk lagu Mimpi jelas hancur. Saya juga tidak menyalahkan susunan lagu lagu tersebut yang dikatakan tidak memihak kepada vokal Daniel. Cukup untuk saya katakan nyanyian Daniel ibarat finalis pertandingan talentime Bintang Kecil RTM.

9.34 malam
Berhenti Berharap oleh Nita 7.5/10
Bagus sekali persembahan Nita pada malam tersebut dengan lagu Berhenti Berharap. Lagu tersebut merupakan pilihan juri. Lagu tersebut dapat menyerlah kelebihan range vokal yang ada pada Nita. Lontaran vokal Nita agak kemas dan penghayatannya bagus. Nita menyampaikan lagu tersebut dari note rendah ke note tinggi dengan baik sekali. Saya nampak Nita begitu selesa di atas pentas dan nampak begitu berkeyakinan tinggi menyampaikan lagu tersebut. Lagu Berhenti Berharap memang sebuah lagu yang sukar kerana setiap fikiran akan terarah kepada Siti Nurhaliza, Sheila on 7 atau paling tidak kepada Kefli di Akademi Fantasia. Saya akui persembahan vokal Nita tidak sehebat Siti Nurhaliza untuk lagu ini, penghayatannya tidak sehebat Kefli dan karismanya belum cukup untuk menyaingi Sheila on 7. Dalam waktu yang singkat dan tempoh lagu yang pendek, Nita telah melakukan yang terbaik untuk lagu tersebut. Untuk pusingan yang pertama, Nita mendahului Daniel.

9.50 malam
Heaven Knows oleh Daniel 7.3/10
Sebuah persembahan yang bagus dari Daniel. Lagu Heaven Knows sememangnya lagu tema dari Daniel maka tidak hairanlah sekiranya beliau berjaya membawakan lagu ini dengan baik dan ia adalah lagu pilihan Daniel. Saya menyukai penyampaian beliau yang agak sederhana tetapi berjaya menghubungkan penonton dengan nyanyiannya. Persembahan vokal Daniel juga bagus. Falsettonya agak kemas dalam lagu ini berbanding lagu Mimpi. Kalau dengan lagu ini beliau digelar King of Falsetto saya boleh terima juga tetapi saingan Vince masih lagi di dalam industri hiburan. Ada perubahan besar tahap keyakinan beliau dalam lagu Mimpi dan Heaven Knows kerana keyakinan beliau untuk lagu ini lebih menyerlah. Keyakinannya menyebabkan lontaran vokal beliau lebih kemas. Kurangnya dalam persembahan ini ialah penguasaan pentasnya yang kurang. Daniel tidak cuba untuk memberikan keadilan kepada semua peminatnya.

10.02 malam
Big Spender oleh Nita 8/10
Nita mencipta kehangatan dengan lagu Big Spender yang mana lagu tersebut adalah pilihannya. Saya menyukai gaya Nita membawakan lagu tersebut. Keyakinannya tinggi dan showmanshipnya hebat. Nita menyampaikan lagu tersebut dengan perwatakan yang kena dengan tema lagu tersebut. Penguasaan pentasnya kemas dan beliau memberikan penghayatan yang terbaik untuk lagu tersebut. Kelebihan Nita ialah style Nita yang cemerlang. Kalau Daniel menggunakan lagu Heaven Knows yang memang menjadi lagu temanya, Nita juga telah menggunakan lagu Big Spender yang juga merupakan lagu temanya. Nita memang benar-benar selesa dengan lagu tersebut. Setiap pergerakan Nita di atas pentas mewakili perasaan dan penghayatannya. Itulah kelebihan yang menjadikan persembahan lagu itu nampak begitu menarik. Setelah pusingan kedua, Nita masih mendahului Daniel.

10.16 malam
Angin Malam oleh Daniel 7/10
Kelebihan Daniel untuk lagu ini ialah beliau menyampaikan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Sekali lagi penguasaan pentasnya tidak mencapai standard yang saya inginkan. Beliau tidak menyampaikan lagu tersebut kepada seluruh peminatnya. Nampak tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyerlahkan bakatnya. Persembahan vokalnya untuk lagu tersebut juga baik. Falsettonya juga agak kemas. Penghayatan Daniel untuk lagu ini adalah biasa sahaja. Paul Moss menyatakan terdapat masalah shot kamera yang agak berterabur. Memang saya akui perkara tersebut. Ia perlu dibuat penilaian kerana hanya melalui kamera, Daniel berinteraksi dengan penonton di rumah. Sekiranya arahan kamera kacau-bilau, tentunya nyanyian yang bagus tidak akan dapat dinikmati oleh penonton di rumah.

10.27 malam
Mimpi oleh Nita 9/10
Nita memukau penonton dengan lagu Mimpi. Tenaga yang diserlahkan dalam lagu ini begitu hebat. Lagu tersebut sememangnya dicipta untuk beliau. Persembahan vokal beliau cemerlang dan jelas hebat dan bertenaga. Kelebihan Nita apabila menguasai pentas dengan baik dan menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Walaupun tidak sehebat sewaktu Jac membawakan lagu Gemilang, ia tetap sebuah persembahan yang hebat. Walaupun forumer di Malaysian Idol bersifat in-denial dan tidak mahu menerima kehebatan Nita, saya tetap mengatakan bahawa persembahan Mimpi versi Nita jauh lebih hebat dari Daniel. Sata perkara yang saya sedar tentang Nita setelah menonton persembahannya ialah kedudukan pembesar suara yang sering benar menutup mulutnya dan juga sebahagian mukanya. Saya rasa Nita perlu belajar cara meletakkan pembesar suara dengan betul. Setelah pusingan ketiga, Nita bakal saya nobatkan sebagai Juara. Ia pilihan saya.

10.45 malam
Kau Di Hatiku / You’ll Be In My Heart oleh Daniel & Nita 5/10
Memang sukar untuk memilih lagu yang sesuai untuk dua finalis yang mempunyai range vokal yang berbeza. Maka tidak dapat tidak, salah seorang harus menjadi mangsanya. Tiada yang indahnya pada persembahan lagu ini. Sebuah persembahan yang tidak cukup untuk diingati.

Pilihan Saya
Saya meletakkan kejuaraan Malaysian Idol menjadi milik Nita sekiranya dinilai dari aspek persembahan. Namun demikian, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku kerana pilihan terletak di tangan penonton. Kes yang sama berlaku kepada Akademi Fantasia. Menurut Paul Moss, tugas beliau sebagai juri Malaysian Idol adalah untuk mencipta sebuah budaya pop dalam industri muzik tempatan. Maka ini secara tidak langsung seakan kenyataan yang Malaysian Idol juga merupakan sebuah rancangan realiti tv berkonsepkan populariti. Sebenarnya semua rancangan realiti tv yang ada di Malaysia ini berkonsepkan populariti. Saya mengharapkan segala yang terbaik untuk Nita !

Nota : Update terkini pada jam 11.00 pagi
Ulasan Lain :
Nickxandar
Editorial dari Official Website Malaysian Idol
Terkini : Sabtu, 9.50 malam Daniel dinobatkan sebagai Juara Malaysian Idol menerima 68% undian berjumlah 1.2 juta SMS. Tahniah !

Entri oleh sultanmuzaffar 22 September 2005 0 komen

Panel Khalayak Filem Satu Diskusi Awal
Isnin lepas saya jadi panel forum “Khalayak Filem Satu Diskusi Awal” anjuran Persatuan Mahasiswa UKM dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Turut bersama saya ialah Mamat Khalid dan Fadz. Mamat Khalid semua yang orang tentu ingat ialah kemunculan beliau sebagai pengkritik di salah satu Konsert Akademi Fantasia dan yang orang sukar untuk ingat ialah beliau merupakan seorang penulis lakonlayar untuk Puteri Gunung Ledang. Fadz pula merupakan pemilik blog tontonfilem yang memang terkenal dengan ulasan filem, apa sahaja jenis filem.

Saya diminta untuk menjadi panel hanya pada hari Sabtu. Menjadi panel bidan terjun ! Sukar untuk saya menolak permintaan seorang pelajar yang sedang dalam keadaan buntu angkara pelbagai masalah yang melanda projek beliau. Saya sudah masak juga dengan karenah birokrasi pihak pengurusan universiti yang tentunya lebih menyulitkan kelancaran projek tersebut. Lalu saya katakana ya kepada beliau dan dalam waktu yang sama saya harus juga mencari mangsa untuk bersama-sama saya. Dua nama yang terbayang di fikiran saya pada waktu itu, tidak lain dan tidak bukan ialah Nizam Zakaria dan Fadz. Mujur Fadz juga seperti saya yang sukar untuk menolak permintaan orang.

Dalam waktu yang singkat saya harus membuat persediaan. Mujur juga buku Sinema dan Penontonan di Malaysia milik Fadz ada dengan saya waktu itu. Sempat juga saya selak untuk bacaan secara umum. Tiba harinya, Fadz dan Mamat Khalid paling banyak meluahkan pengalaman yang mereka lalui kepada para pelajar yang hadir pada hari tersebut. Umum juga mengetahui bagaimana saya sememangnya sukar untuk memberikan tumpuan atas satu kerja yang perlu dilakukan secara dalam keadaan yang mendesak. Lebih-lebih lagi ia perlu dilakukan secara langsung. Tidak banyak yang dapat saya kongsi bersama para pelajar melainkan fungsi blog untuk memberikan penilaian jujur tentang sesuatu filem dan juga fungsi blog untuk menarik golongan muda menonton filem Melayu.

Sebagai khalayak filem, apa yang ingin anda tonton dalam sesebuah filem ?
Suka untuk saya petik tulisan kiriman Kamal dari filemkita.com berkenaan persoalan tersebut. Kata beliau, penonton inginkan sebuah filem yang JUJUR. Iaitu :

@tak nak sesuatu yg terlalu dibuat-buat
@tak nak sesuatu yg meniru-niru
@tak nak sesuatu yg mengada-ngada
@tak nak sesuatu yg menunjuk-nunjuk
@tak nak sesuatu yg perasan bagus
@tak nak sesuatu yg cuba mengaut untung secara mudah
@tak nak sesuatu yg mengajar

Apa lagi yang penonton inginkan ?

Salon : Aiskrim dan Time Travel Machine
Entahlah. Tak tahu nak cakap apa. Kalau Fadz bercerita tentang keindahan GSC One Utama dan jamuan selepas tontonan, saya memilih untuk bercerita tentang satu adegan dalam filem ini yang memaparkan Pierre Andre dan Chelsia Ng (dua orang yang layak dinamakan sebagai pelakon yang boleh berlakon dalam filem ini) bermain permainan sewaktu zaman kita kanak-kanak. Mereka bermain tali skipping, tudung botol, tiup kayu aiskrim dan tingting kapal terbang. Saya pernah main tiup kayu aiskrim. Masa tersebut zaman sekolah rendah. Kita ada kayu aiskrim yang paling bertuah dan yang paling ringan. Tidak cukup dengan itu, kita akan buat corak-corak ganas atas kayu aiskrim tersebut. Selalunya kayu aiskrim itu akan menang dan kayu itulah yang paling bertuah kononnya.

Adegan lain yang mengingatkan saya untuk dijadikan bahan blog ialah jika anda ada time travel machine, tahun yang manakah yang ingin anda kembali semula ? Saya mahu kembali ke zaman sekolah menengah di MRSM Beseri Perlis. Entahlah, saya suka zaman tersebut. Dua tahun di sekolah tersebut ajar saya banyak perkara. Kalau boleh, saya mahu ulang ambil Sijil Pelajaran Malaysia. Nak study betul-betul dan nak score power-power !

Anda ingin kembali ke zaman yang mana ?

Dalam perjalanan pulang, saya dan Fadz berbual panjang. Banyak topik yang dibualkan. Yang paling menarik ialah tentang subtext di Imbasan Akademi Fantasia. :)>:) Saya memang suka berbual dengan Fadz pasal dia banyak ilmu dan juga naif. Banyak perkara juga yang mengejutkan beliau. Terima kasih kerana menghadiahkan saya buku tullisannya yang bertajuk Jian. Saya memang suka baca fiksyen sains Melayu walaupun tidak banyak yang berkualiti. Fadz minta saya beri ulasan tentang tulisannya. InsyaAllah.

Dewa Datang Lagi ?
Khabarnya Dewa akan bertandang lagi ke Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan konsert. Penganjurnya adalah mereka yang pernah menganjurkan Gala Merdeka Musical Fashion Show. Lebih menarik, Farah Malaysian Idol bakal menjadi artis pembuka persembahan untuk Dewa. Bila ya ? Tunggulah, saya akan update perkembangan perancangan dari mereka.

Mengejar Matahari
Apin memang benar "orang lain boleh aja datang dan pergi, tapi yang namanya sahabat sejati akan selalu ada di hati. Dan buat gue, Damar, Apin dan Dino, adalah matahari yang sebenarnya. Mereka selalu ada dan tidak pernah pergi." ......Selamat Hari Lahir !

So, ada dua persoalan untuk dibincangkan iaitu apa yang penonton inginkan dalam sesebuah filem dan dengan time travel machine, anda ingin kembali ke zaman yang mana ? Sila berikan komen anda. Jauhkan jawapan perbincangan anda daripada perkataan Mawi, Akademi Fantasia, Daniel, Malaysian Idol dan yang sewaktu dengannya.

Entri oleh sultanmuzaffar 18 September 2005 0 komen

Daniel dan Nita ke Grand Finale Malaysian Idol !

No wonder lah Adam kalah untuk Artis Harapan Pilihan, semua peminatnya mengundi untuk Daniel rupanya. :)

Kalau tahun lepas, Grand Finale saya sibuk mengadap PC sambil mendengar televisyen. Tahun ini saya rasa saya tidur agaknya. Tak pun saya pergi Pasar Malam. Masa Result Show, saya akan ke Adam Fan Club 1st Anniversary & Birthday Celebration. Ironik pulak rasanya.

Agaknya bagaimana pula dengan TsuDaniel ? Mesti lagi hebat gelombangnya.

Mengharapkan kemenangan Daniel sebagai Malaysian Idol 2 pada minggu hadapan dan semoga World Idol diadakan semula pada musim ini. Bolehlah kita melihat Daniel di World Idol pula. Barulah World ! :)>:)

Nota : Sesekali blog tentang Malaysian Idol pula. Ubah angin. Please read between the lines !

Komen Finalis MI2 : Daniel

"Saya rasa macam tidak percaya apabila terpilih ke final MI2. Malah, saya juga macam tidak perasan bahawa saya sudah sampai ke final."

"Saya yakin boleh menjadi juara MI2 kerana saya mempunyai kelebihan daripada segi muzik berbanding Nita."

"Ini kerana, saya mempelajari bidang muzik peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM)."

"Orang kata saya mempunyai mutu suara yang baik dan saya juga mendapat gelaran King Of Falseto."

"Tetapi kalau gagal menjadi juara MI2 saya mungkin akan sambung belajar di USM. Ini kerana, saya telah mengambil cuti empat hingga enam bulan kerana mahu menyertai MI2," kata Daniel.

SMS VOTE DANIEL ke 33722
SMS UNDI DANIEL ke 33722

Nota : Perrrghhhhh...King Of Falseto !!!

Entri oleh sultanmuzaffar 17 September 2005 0 komen

'Good Man' Gone Wild !
Mack Zulkifli pula menjadi sasaran 'Good Man'. Dunia siber semakin dipenuhi sang pengecut yang berselindung di sebalik nama Anonymous.

Sample of what other bloggers think
from The Malay Mail

Najmi Nordin of senikami.blogspot.com said: "Bloggers have to draw the line when it comes to comments from the public. Every piece of writing posted in the blog comes with risk and responsibility."

"Some of the comments posted are commendable, but some are vulgar but these are personal responses to issues raised in the blog. However sending malicious and seditious messages is wrong."

Muzaffar Mustapha of sultanmuzaffar.blogspot.com said: "Errant Internet users can blatantly misuse the weblog as a tool for spreading hatred. Those who use the weblog should respect one another. However, posting destructive messages could invite animosity."

Badrul Hashim of badrulaftersix.blogspot.com said: "Weblog is generally meant for good use as it promotes collective minds. However, seditious and malicious messages should not be allowed."

Azura Md Khir of waiem.blogspot.com said: "Bloggers should monitor their blogs as it is also their home."
Anugerah ERA 05
Tema : Fun & Funky !

Rekaan Pentas
Saya suka dengan corak rekaan pentas yang telah direka pada tahun ini. Dari jauh memang ia nampak kecil tetapi agak bersesuaian dengan konsep persembahan. Paparan LED yang diletakkan di permukaan pentas agak menarik walaupun idea tersebut pernah dibawakan di dalam beberapa anugerah MTV. Bilangan ruang untuk feratik nampaknya di tambah tahun ini dan semakin menyempitkan ruang untuk aktiviti lain. Empat terlalu banyak, tiga sudah cukup memadai rasanya. Lagipun kehadiran feratik pada tahun ini tidak semeriah kehadiran mereka pada tahun-tahun lepas. Penglibatan mereka dalam persembahan tidak begitu banyak juga di dalam kamera. Tatacahaya yang ditampilkan pada tahun ini nampak ada perbezaan.

Audio
Berlaku sedikit masalah audio yang sedikit sebanyak mengganggu perjalanan dan kelancaran majlis. Sebagai sebuah produksi yang sudah begitu biasa dengan lokasi iaitu Stadium Putra Bukit Jalil, masalah sebegini harus dielakkan.

Sketsa Apek
Menampilkan Apek untuk mengikat tumpuan penonton merupakan satu idea yang cemerlang. Apek telah berjaya dalam setiap sketsa yang dipersembahkan. Bersesuaian dengan model iklan untuk DIGI, ia sekaligus merupakan promosi kepada penyedia talian komunikasi tersebut. Idea-idea yang ditampilkan juga merupakan pengenalan kepada segmen-segmen siaran yang ada di ERA.

Pengacara
Siapa yang mampu menyangkal kehebatan Aznil Hj Nawawi dalam mengacarakan majlis. Digandingkan dengan Linda Onn, pasangan tersebut telah menghidupkan suasana malam itu dengan lebih segar. Jika Aznil berperang tentang jantina dengan Sarimah dalam Juara Lagu, kali ini Aznil berperang dengan Linda tentang pengacara TV dan penyampai radio. Konti radio diwujudkan untuk memberi laluan kepada penyampai lain untuk muncul menghebahkan persembahan artis dan turut menampilkan beberapa artis sebagai tetamu undangan.

Persembahan Pembukaan Ferhad (Kasih Berubah), Exist (Jesnita), Misha Omar (Bunga Bunga Cinta), Ziana Zain (Bukan)
Saya suka dengan persembahan pembukaan ini yang menampilkan bekas pemenang Anugerah ERA sejak edisi pertama hingga keempat. Ferhad bermula baik dengan lagu Kasih Berubah dan tetap menampilkan gaya persembahan yang sama. Exist dengan lagu Jesnita agak biasa, begitu juga dengan Misha Omar dengan lagu Bunga Bunga Cinta. Persembahan vokal Misha tidak sehebat sewaktu di Juara Lagu. Ziana Zain menutup persembahan pembukaan dengan lagu Bukan dengan menampilkan persembahan vokal yang mantap.

Penyampai : Awal Beat TV & Ezlynn
Artis Harapan Pilihan
Saya Undi : Farah
Yang Telah Menang : Zahid
Tidaklah mengejut sangat. Lagipun ia adalah pilihan peminat, bukannya juri. :)

Lagu Pop Pilihan
Saya Undi : Seindah Biasa - Siti Nurhaliza
Yang Telah Menang : Elegi Sepi - Azharina
Keputusan ini mengejutkan saya juga kerana populariti Siti Nurhaliza seakan sudah pudar. Lagipun badi kategori ini memang tidak begitu menyebelahi Siti Nurhaliza sejak kebelakangan ini. Mungkinkah kemenangan lagu Elegi Sepi ada kemungkinan dengan Elliza ?

Konti : Nana

Persembahan Sharifah Zarina & Aidil AF3 (Langit Ke Tujuh)
Saya rasa selepas ini mata tentunya tertumpu kepada bakat Sharifah Zarina yang telah menampilkan persembahan vokal yang hebat dalam persembahannya. Persembahannya nampak begitu menarik dengan bantuan Aidil AF3 yang telah mengiringi persembahannya dengan iringan piano. Sungguh klasik. Namun demikian, kamera tidak banyak memberikan fokus kepada Aidil.

Konti : Kiran & Khairil

Persembahan Ahli Fiqir (Angguk Angguk Geleng Geleng)
Sebuah persembahan yang bertenaga dari Ahli Fiqir dengan lagu Angguk Angguk Geleng Geleng. Konsep persembahan nampak begitu seronok dengan menampilkan badut-badut di atas pentas dan lontaran belon-belon udara memeriahkan lagi persembahannya.

Penyampai : Alam & Sharifah Amani
Artis Inggeris Tempatan Pilihan
Saya Undi : V.E.
Yang Telah Menang : V.E.
Ini telah membuktikan yang Too Phat telah memberikan laluan baru kepada V.E. untuk mengambil alih takhta mereka. Sekiranya V.E. ditampilkan dengan konsep urban yang boleh diminati oleh semua golongan, pasti nama mereka akan terus kekal dalam ingatan peminat.

Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
Saya Undi : Siti Nurhaliza / M.Nasir
Yang Telah Menang : KRU/Adam
Tidak begitu mengejutkan kerana populariti lagu tersebut sememangnya hangat. Dengan menggunakan konsep realiti tv, lagu tersebut sentiasa lekat pada fikiran penonton. KRU dan Adam bertuah kerana mendapat dua kelompok pengundi yang meminati mereka. Populariti M.Nasir dalam Akademi Fantasia dan populariti Siti Nurhaliza masih tidak mampu untuk mengalahkan KRU/Adam. Ajaib !

Konti : Halim Othman

Persembahan Jamal Abdillah (Bunga Pujaan & Gadis Melayu)
Saya kira ini antara persembahan yang saya tunggu-tunggu. Persembahan vokal Jamal merupakan asset paling utama dalam persembahannya. Beliau telah menampilkan persembahan vokal yang bagus untuk lagu Bunga Pujaan. Sebuah lagu balada menjadi begitu indah penyampaiannya. Malangnya lagu Gadis Melayu nampak beliau agak semput dan tersekat-sekat. Jamal Abdillah berjaya memikat dengan penampilan gaya persembahan yang bagus untuk menarik perhatian penonton.

Penyampai : Serena & Farah AF2
Irama Global Pilihan
Saya Undi : Lagu Rindu - Siti Nurhaliza
Yang Telah Menang : Erti Hidup - Dayang Nurfaizah
Populariti lagu Erti Hidup yang agak popular sejak akhir-akhir ini turut memainkan peranan yang penting. Lagu tersebut naik dengan mendadak sejak Juara Lagu yang lepas. Ini berbeza dengan populariti Lagu Rindu yang hanya terletak pada nama Siti Nurhaliza.

Lagu Nasyid Pilihan
Saya Undi : Yalla Beena - Rabbani & Yasin
Yang Telah Menang : Aku Tanpa Cintamu - Mirwana & Jay Jay
Ramai juga pelajar Universiti yang menyokong kerjaya Mirwana. Sejak kemenangan mereka pada Anugerah ERA edisi lepas, nama Mirwana semakin meninggalkan kesan kepada penonton.

Konti : Farah Fauzana & Felix
Tak Nak ! Nak Akma jugak !

Persembahan Mawi (Aduh Saliha)
Sebuah persembahan yang menarik dari Mawi. Tidak banyak perubahan yang dibawa oleh Mawi kerana lagu tersebut masih segar dalam ingatan penonton. Mawi telah menyampaikan lagu tersebut dengan cemerlang walaupun kelihatan agak terkawal pergerakannya. Antara persembahan paling baik pada malam itu.

Konti : Nila Kurnia

Persembahan Adam (Tak Tahu)
Apa sudah jadi dengan Adam ? Adam sememangnya seorang yang pandai menari dan showmanship yang ditampilkan oleh Adam amat cemerlang. Walaupun persembahannya banyak meniru gaya Michael Jackson. Malangnya persembahan vokal Adam amat mengecewakan saya. Nyanyian tidak begitu konsisten dan staminanya amat lemah dalam membawakan lagu yang agak rancak.

Penyampai : Adlin Aman Ramlee & Marsha
Video Muzik Pilihan
Saya Undi : Awan Yang Terpilu - Ning Baizura
Yang Telah Menang : Terhangat Di Pasaran - KRU/Adam
Terhangat Di Pasaran juga layak untuk menerima anugerah ini kerana penghasilan video klip ini juga dibuat dengan baik. Tema yang dibawa juga amat relevan dengan situasi masa sekarang. Tahun depan boleh lah Tak Tahu pula dicalonkan dan menang kategori yang sama.

Pilihan Kaki Wayang ERA
Saya Undi : Sepet - MHZ Films
Yang Telah Menang : Sepet - MHZ Films
The voters have spoken ! Kali ini peminat filem tempatan telah bersuara dan memilih calon mereka yang layak untuk kategori ini. Apa kata Raja Azmi ?

Konti : Kiran

Persembahan Jaclyn Victor (Di Bawah Pohon Asmara)
Dalam banyak-banyak lagu Jac di dalam album sulungnya, hanya lagu Gemilang dan lagu Di Bawah Pohon Asmara sahaja yang menjadi kesukaan saya. Saya suka dengan lagu ini kerana liriknya yang agak catchy. Namun demikian, tidak ramai yang mengetahui tentang lagu ini. Persembahan vokal beliau tidak dinafikan sememangnya mantap pada malam itu.

Penyampai : Saidatul Erma & Cat Ruffedge
Lagu Rock Pilihan
Saya Undi : Mungkin Nanti - Peterpan
Yang Telah Menang : Mungkin Nanti - Peterpan
Saya sangat bersetuju lagu ini menang untuk kategori ini.

Band Pilihan
Saya Undi : Dewa
Yang Telah Menang : Spider
Tidaklah mengejutkan saya sangat kerana Spider juga popular.

Konti : Rostam

Persembahan Man Kidal & Friends (Tiada Lagi Kidungmu, Kenangan Bersamamu & Seruan)
Sayang sekali masalah audio mencacatkan sedikit persembahan rock yang hebat ini. Bermula dengan lagu Tiada Lagi Kidungmu, Nash telah membawakan lagu ini dengan baik sekali. Kenangan bersama Lefthanded terus diimbau apabila meneruskan persembahannya dengan lagu Kenangan Bersamamu. Lagu Seruan mengalami masalah audio dan telah merencatkan perhatian penonton untuk terus terhibur dengan persembahan Nash dan rakan-rakannya. Kehebatan Man Kidal sememangnya tidak boleh dinafikan. Petikan gitarnya merupakan kekuatan utama persembahan pada malam itu.

Konti : Nila Kurnia

Persembahan Siti Nurhaliza (Debaran Cinta, Kau Kekasihku, Balqis & Seindah Biasa)
Membawakan konsep yang sama sewaktu di Anugerah Industri Muzik yang lepas, Siti Nurhaliza membawakan medley rangkaian lagu-lagunya dalam susunan muzik yang baru. Kali ini nampaknya Siti Nurhaliza mempersembahkan lagunya tanpa diiringi orkestra yang diketuai oleh Ramli MS sebaliknya diiringi dengan minus one. Sedikit cacat pada persembahannya kerana tidak menggunakan orkestra, namun demikian ia tetap sebuah persembahan yang hebat. Siti Nurhaliza semakin berani untuk bergoyang dan persembahan pentasnya semakin matang dan berani. Transformasi Siti Nurhaliza jelas dapat dilihat dalam persembahannya. Susunan muzik untuk lagu Balqis benar-benar mengejutkan dan merupakan satu usaha yang bagus.

Penyampai : Fahrin, Nora Danish & Umie Aida
Anugerah Seni ERA
Yang Telah Menang : M.Nasir
Sebuah anugerah yang disampaikan tepat pada masanya. M.Nasir sewajarnya diiktiraf jasa beliau sebagai seorang anak seni yang telah menaikkan taraf industri muzik tempatan. Saya lebih suka sekiranya anugerah ini disampaikan di penghujung rancangan kerana ia adalah sebuah pengiktirafan. Paling tidak pun, selepas Artis Pilihan SMS DIGI dan Anugerah Carta ERA diumumkan.

Artis Pilihan SMS DIGI
Yang Telah Menang : Mawi
Nama anugerah pun Artis Pilihan SMS. Siapa lagi yang akan menang kalau bukan Mawi. Kehangatan Akademi Fantasia masih terasa dan untuk menghabiskan sisa-sisa kredit SMS yang tinggal, maka undian wajar diberikan kepada Mawi. Anak muda dari Kulai ini telah mencipta pelbagai kejutan di dalam industri sejak lulus dari Akademi Fantasia. Ini merupakan anugerah pertama beliau oleh industri muzik kepadanya.

Penyampai : Zahid, Felix, Yazer & Amylea
Anugerah Carta ERA
Yang Telah Menang : Mungkin Nanti - Peterpan (10 minggu)
Saya tidak kisah siapa pun yang menang, tetapi saya suka dengan penyampainya. Gaya Felix yang selamba amat menggeletek hati penonton. Sifatnya yang selamba mengundang ketawa.

Persembahan Mel C (Next Best Superstars)
Tidak ada apa yang menarik dibawakan oleh Mel C dari United Kingdom. Lebih menarik sekiranya ditampilkan Peterpan. Kehadiran Mel C hanya sekadar untuk mempromosikan album barunya. Persembahan pada malam itu akan lebih bermakna sekiranya Peterpan membawakan lagu Mungkin Nanti ataupun berduet dengan Spider untuk rangkaian lagu-lagu kumpulan Spider.

Penyampai : Linda Rafar, Diana Rafar & Sham Kamikaze
Vokal Lelaki Pilihan
Saya Undi : Anuar Zain
Yang Telah Menang : Anuar Zain
Siapa lagi yang layak ? Adam ? No !! No !! Zahid ? No !! Vince perlu mengukuhkan namanya di dalam industri muzik tempatan dahulu sebelum boleh untuk meraih anugerah ini. Kedudukan namanya masih agak goyah di hati penonton.

Vokal Wanita Pilihan
Saya Undi : Siti Nurhaliza
Yang Telah Menang : Siti Nurhaliza
Tiada dua, tiada tiga, hanyalah Siti Nurhaliza !!

Persembahan Gerhana Ska Cinta (Senyuman Ragamu), Too Phat & Siti Nurhaliza (Dua Dunia)
Persembahan penutup Anugerah ERA pada tahun ini tidak begitu menyengat seperti persembahan legenda rock beberapa tahun dahulu. Gerhana Ska Cinta terlalu mentah untuk ditampilkan sebagai persembahan penutup dan persembahan mereka sekadar ala kadar. Lagu Senyuman Ragamu tidaklah begitu baik dinyanyikan oleh mereka. Kehadiran Too Phat juga seakan mengumumkan kembalinya Malique bersama mereka selain usaha mempromosi single terbaru mereka bersama Siti Nurhaliza bertajuk Dua Dunia.

Post Award Party
Pulang awal kerana sudah menjadi Meet The Fans Party pula. Terlalu sesak untuk bergerak. Tahun ini ia bukan merupakan sebuah party eksklusif yang hebat seperti tahun lepas. Walaupun dibuat di tempat yang lebih besar, kawalan keselamatannya tidak begitu ketat. Balik awal lebih bagus. :)

Entri oleh sultanmuzaffar 14 September 2005 0 komen

Gathering Di Mana-Mana

Selalunya selepas musim Akademi Fantasia saya sibuk memenuhi jemputan dari pihak kelab peminat untuk ke majlis gathering yang telah dirancangkan oleh mereka. Gathering pertama yang saya hadir ialah Gathering bersama Adi, Sahri, Atie dan Nija di Holiday Villa Subang. Di situ saya pertama kali mengenali Dream, Izrin, Hakim dan Badrul. Bila Neil Amstrong pertama kali menjejakkan kaki di bulan beliau ada berkata “one giant leap for mankind”, maka gathering tersebut merupakan “one giant leap for SM as well”. Dulu-dulu masa ingin menganjurkan gathering bintang Akademi Fantasia memang sukar kerana tempat perlu dirahsiakan kerana takut ada yang gatecrash. Saya teringat bagaimana pihak penganjur gathering tersebut terpaksa menelefon salah seorang fanatik Khai meminta agar para peminat fanatik Khai tidak gatecrash majlis tersebut. You still remember tak ? hahahaha

Itu cerita Akademi Fantasia I, sewaktu Akademi Fantasia II terlalu banyak gathering yang perlu saya hadiri. Ia bermula dengan Fitri yang mana gatheringnya diadakan semasa musim Akademi Fantasia masih belum tamat. Umum mengetahui bagaimana saya seringkali memberikan komen-komen pedas terhadap Fitri. Angkara komen-komen pedas yang datang dari saya sekadar diletakkan di blog telah menyebabkan seorang peminat Fitri menghantar surat pembaca ke Bintang Popular dan mengatakan sultanmuzaffar seorang talam dua muka. Banyak juga panggilan telefon yang saya terima kerana nama tersiar di sisipan Berita Minggu tersebut. Saya tetap menganggap ia sebuah publisiti yang baik untuk saya. Saya mengambil teguran tersebut yang datang dari seorang peminat yang terlalu obses dan begitu emosi dengan Akademi Fantasia. Oh ya ! Saya menang cabutan bertuah sewaktu gathering tersebut dan hadiah tersebut telah saya jadikan hadiah untuk Anugerah Pakaian Berseri di Gathering Gengjurnal.net. Saya tidak guna pun hadiah tersebut sebaliknya saya hadiahkan kepada orang lain.

Gathering Bersama Adam menyusul setelah tamatnya musim Akademi Fantasia. Saya menerima jemputan dari Alia dan diminta untuk berucap pada petang tersebut. Ia merupakan gathering pertama yang saya perlu memberikan ucapan. Secara jujur memang saya nervous. Adam pun seperti Fitri, antara pelajar yang tidak begitu mendapat sokongan saya sewaktu mereka di Akademi Fantasia. Dan di gathering Adam, saya diminta berucap. Something weird kan ? Badrul menyarankan kepada saya agar memakai bandangan. Saya terima cadangan tersebut. Konon-konon nak nampak cool !

Kalau ingin bercerita tentang semua gathering tentunya banyak. Selepas itu Kaer, Anding, Farah dan Rosma. Dari situ saya mengenali pelbagai ragam manusia dan menempuh pelbagai jenis pengalaman baru. Rencam hidup itulah yang mematangkan manusia.

Adakalanya dendam Akademi Fantasia dibawa-bawa sehingga selepas musim Akademi Fantasia. Apa faedahnya ? Apa untungnya bila Pengetua Ramli MS tidak dijemput ke gathering Mas semata-mata kerana beliau pernah membaling pen kepada Mas. Seorang yang berpangkat guru telah dinafikan haknya untuk sama-sama meraikan kejayaan anak muridnya. Ini yang amat menyedihkan. Bukan mahu mengungkit untuk menambah luka tetapi sekadar menjadi peringatan kepada mereka untuk melangkah ke hadapan.

Setelah Mawi selesai menjayakan Malam Seribu Kenangan bersamanya serta Aidil dan Reza, rakan-rakannya yang lain turut tidak mahu ketinggalan. Saya akan berada di Gathering Kefli, Akma dan Yazer. Jom lah ramai-ramai !

Kefli
Gathering Bersama Kefli
Tarikh : 17 Sept 2005
Tempat : The Manhattan, Fish Market (restaurant) in SOGO, KL
Masa : 12pm - 5.30pm
Kos : Seperti di bawah,

1) Semua Ahli Berdaftar (iaitu mereka yang telah mengisi borang, membayar RM35 dan mendapat merchandise ), bayaran adalah sebanyak RM40 seorang.
2) (Untuk mereka yang belum mendaftar, mereka bolehlah mengisi boring keahlian dan membayar RM35. Pihak penganjur akan memberikan merchandise pada hari tersebut.)
3) Untuk Ahli Berdaftar yang berumur kurang dari 12 tahun, bayaran adalah sebanyak RM30 seorang. Hendaklah diiringi oleh seorang dewasa. (maksima 2 orang). Setiap pengiring dikenakan bayaran sebanyak RM40. Pengiring tidak diwajibkan menjadi ahli FCOK.
4) Untuk Bukan Ahli bayaran adalah sebanyak RM50 seorang.

Sila pastikan bayaran untuk Gathering dibuat kepada Bendahari FCOK sebelum 14 September 05 kepada :

Nor Azwana Binti Hamid
Maybank Current Acct
5140 11721 231

Sila email slip bank-in berserta nama penuh anda, nombor telefon dan boring keahlian (kepada yang belum mendaftar) kepada : bendahari_fcok@yahoo.com

Nota : Sila simpan slip bank-in kerana anda dikehendaki menunjukkan slip tersebut bersama ID untuk masuk ke majlis tersebut.

Tempat adalah TERHAD kepada 50 tempat. Cepat ! Daftarlah Sekarang ! Praaapp !!!

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Blog Kak Aidid

Akma
Akma's Gathering
Tarikh : 30 September 2005
Tempat : Mega View Banquet Deck, KL Tower
Masa : 8.30 malam
Tema : Biru & Putih
Kos : RM65 seorang

Bayaran boleh dibuat kepada Noor Aishah Abdullah (AMBank) 2110010115636 atau Mohd Haidir Yussuf (BCB) 12230009632054 dan menghubungi Aishah di 017-3337211 ataupun Sariyah di 012-2260401

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Akmakonnichiwa Fan Club

Yazer
Malam Apresiasi Bersama Yazer
Tarikh : 28 September 2005
Tempat : Tropicana Golf & Country Club
Hari : Rabu
Masa : 8:00 malam - 11 :00 malam

Khabarnya telah ditutup untuk sebarang penyertaan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Yazer Fan Club

Ekin
One Sweet Day With Ekin
Tarikh : 17 September 2005
Tempat : Rahsia Bistro, Jalan Ampang
Masa : 1 - 4 petang
Kos : RM50 seorang

Tempat adalah terhad kepada 60 orang sahaja.

Persembahan exclusive dari Ekin dan turut menampilkan beberapa bintang AF dan personaliti lain.

Anda boleh membawa hadiah peribadi untuk Ekin memandangkan kita adakan majlis ini sempena Sambutan Hari Jadi Ekin yang ke 21.

Disamping itu, semua yang hadir perlu membawa sekotak Ribena perisa Blackcurrant ATAU Coklat Kit Kat sebagai buah tangan untuk Ekin.

Cara Tempahan :
Sebarang pertanyaan atau tempahan hubungi :
Haida 013 3895960 atau Ely 019 2667680

atau bank in terus duit ke RHB BANK.
No Akaun 21205900237187 atas nama ETERNALLY EXTREME ENTERPRISE

Setelah duit di bank in, sms butiran berikut ke salah satu no diatas:
1. Nama Penuh
2. Jumlah Tempahan
3. No Telefon utk dihubungi
4. No Slip Bank
seterusnya simpan slip bank sebagai tiket anda.

Nota : Masih ingat yang saya mencari Ungku Rafizal dalam entri yang terdahulu ? Pada hari yang sama saya menerima satu email yang menyatakan beliau kenal dan akan cuba untuk mendapatkan maklumat tentangnya. That's the beauty of having a blog yang dibaca oleh ramai orang. Secara tidak sedar ada di antara kita yang mengenali kawan-kawan yang telah lama tidak kita temui. Sudah jadi blog Jejak Kasih pula.

Entri oleh sultanmuzaffar 13 September 2005 0 komen

Bagaimana Cara Kita Melihat Sesuatu

Suka untuk saya berkongsi dengan pembaca saya tentang dua jenis penulis ulasan ini. Bukan untuk dibuat perbandingan tetapi sekadar untuk melihat sejauh mana dan sedalam mana pemikiran manusia itu berbeza-beza.

Kedua-dua artikel menceritakan tentang perjalanan cerita dari filem Janji Joni.

Sisipan artikel yang pertama ini telah ditulis oleh Dah Depan Mata: Pertaruh JANJI JONI, UNGU VIOLET di FFAP50 yang tersiar di Harian Metro.

Tapi saya tidak melihat ada keistimewaan ceritanya. Tapi ada yang kata Janji Joni berjaya sebagai ‘adventure road movie’ yang menarik dan menguji kreatitivi pengarahnya.

Apa yang dipaparkan adalah renteten peristiwa yang berlaku kepada Joni sepanjang anda menonton satu filem. Sebabnya, Joni (Nicholas) menjadi penghantar filem dan dia begitu komited dengan kerjanya hingga tidak pernah gagal dengan tugasnya.

Bagaimanapun nasibnya agak malang hari itu untuk memastikan sambungan filem sampai ke panggung pada masa ditetapkan. Bermula dengan motosikalnya dicuri orang ketika dia membantu orang tua melintas jalan, Joni terperangkap dengan drama menyambut kelahiran anak pemandu teksi itu. Dia juga pengsan ketika dalam bilik bersalin.

Apabila sedar, dia terus berlari untuk memastikan barang yang dihantar tepat pada masanya. Kali ini dia terperangkap di tengah penggambaran filem dan dia diperlukan sebagai pelakon ekstra. Kemudian dia bertemu gadis yang meminta tolong dan dia cuba membantu.

Sekali lagi dia ditipu apabila gadis itu mengambil begnya. Dia mengejar gadis itu untuk mendapatkan begnya. Dia berjaya mencarinya dengan bantuan adik gadis itu. Sekali lagi dia terjebak. Kali ini dia diperlukan sebagai pemain dram untuk sesi uji bakat kumpulan gadis itu sebagai ganjaran mendapatkan begnya.

Kisahnya tidak habis di situ. Dalam perjalanan mendapatkan begnya (sudah dijual kepada seorang seniman), mereka dikejar oleh mereka yang pernah menjadi mangsa gadis itu.

Akhirnya, Joni mendapat begnya selepas diuji seniman itu. Untuk segera sampai, Joni naik ambulans. Sekali lagi terjebak dengan pertelagahan pesakit dan rakan-rakannya hingga Joni keluar dan terus berlari dan berlari. Tapi, dia terlewat. Menarik? Entahlah.

Agak mengejutkan juga apabila filem ini turut menjadi taruhan Indonesia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-50 (FFAP50) yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 September hingga 1 Oktober ini bersama filem Ungu Violet.

Apakah dua filem ini mewakili filem terbaik di Indonesia atau kerana ia ditayangkan di sini, lalu dipertandingkan? Filem ini menjadi kebanggaan Indonesia apabila menang di Anugerah MTV Indonesia Movie (MIMA) pada 5 Ogos lalu.

Janji Joni menang Filem Terbaik manakala Ungu Violet (Filem Pilihan). Nicholas dan Dian dipilih peminat untuk Aktor/Aktres Pilihan manakala Aktor/Aktres Pembantu Pilihan untuk Fauzi Baadilla (Tentang Dia) dan Mariana Renata (Janji Joni).

Apakah FFAP50 setaraf MTV saja? Saya difahamkan, karyawan Indonesia ada menghasilkan filem berat seperti GIE, Novel Tanpa Huruf R, Mengejar Matahari, Brownies, Virgin, Rindu Kami Padamu atau Banyu Biru. Semuanya tidak ditayangkan di sini.
Sisipan artikel yang kedua telah ditulis oleh Tontonfilem : Janji Joni- Now This Is What I Call A Film! yang tersiar di blog beliau dengan nama yang sama.

Joko mainkan 'reference' ini lagi pada beberapa babak waktu Joni mengejar filemnya. Babak pertama adalah perjumpaan dengan pemandu teksi (ingat filem Taksi?) Jaka.S (nota: "Jack Ass, get it?"- Azwan) yang dilakonkan oleh Barry Prima. Di sini Joko mahu membawa penonton mengingati seniman hebat ini juga waktu filem aksi Indonesia hangat di pasaran, si Arnold Schwazenager Indonesia yang popular sebagai Jaka Sembung, juga sejarah filem Indonesia kerana filem-filem aksinya memang mendapat sambutan hangat waktu (Jaka.S) 80-an. Bila isteri Jaka.S mahu melahirkan anak, Jaka.S mahukan nama Joni. Babak ini menonjolkan 'kelahiran' filem (pra-produksi) serta ideanya dan juga bermulanya perjalanan Joni.

Kemudian Joni bertemu sutradara filem seks yang dilakonkan oleh Ria Irawan, membawa kita sekali lagi pada satu zaman 'filem-filem seks' yang melanda Indonesia dengan ampuh (yang paling banyak dibuat waktu filem indonesia mula menurun kehebatannya bermula zaman 90-an. Imuda dan Nia Zlkarnain pernah berganding dalam filem sebegitu). Babak ini juga punya 'reference' pada pelakon dan kru filem, rencah pertama dalam pembikinan filem, atau dipanggil 'produksi'.

Kemudian Joni bertemu dengan budak-budak jalanan, membawa kita pada sebuah lagi zaman filem Indonesia, zaman filem-filem penghayatan kelas bawah (lihat Kemelut Hidup, Bernafas Dalam Lumpur, Bibir Mer, Taksi, dan setentunya Daun Di Atas Bantal). Di sini, Joni bersama si pencuri bermain kugiran underground untuk seketika, 'reference' pembikinan filem dalam 'lagu latar' (filem ini, secara sengaja membawa kita latar lagu-lagu soundtrack underground pemuzik Indonesia).

Selepas itu, Joni bertemu dengan seorang ahli mistik (lakonan hebat Sujiwo Tejo dari Kafir), yang juga seorang yang menyoal Joni dalam pembagai mantik falsafah, sebelum pita filemnya perlu dibakar. Di sini, Joko membawa kita pada zaman filem-filem 'supernatural' Indonesia (kalau dilihat, filem Indonesia dan Malaysia tidak perlu konsep realisme magik, kerana secara zahirnya, perkara roh dan alam adalah satu dalam budaya kita, maka kita punyai filem 'supernatural' atau 'spiritual' yang tidak perlu didefinasikan sebagai 'tahyul' atau 'fantasi', dna kita kena bangga dengan itu), termasuklah bomoh-bomoh, hantu-hantu dan wali-wali (Dari Dukun Lintah hingga ke Jelangkung). Ia juga, seperti kata Azwan, secara falsafahnya menyindir
filem-filem seni (kerana lelaki ini menyimpan barang untuk pameran seni) yang
dibuat oleh pembikin filem Indonesia (kerana Joni terpaksa menjawab dengan betul jika tidak mahu filemnya dibakar- secara halusnya, filem yang kita lihat ini dibakar!). Ia juga memberi 'reference' pada waktu 'menyunting', di mana pengarahnya (di sini Joko dan si ahli mistik, juga simbolisme pada Tuhan filem ini, yang Menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk 'anak-anak'nya) dan penyuntingnya akan lihat mana bahagian filem yang perlu dipotong dan mana yang perlu dibiarkan.

Dan akhirnya, Joni bertemu dengan seorang produser yang sedang sakit, nazak kerana salah membuat penilaian (reference pada rencah terakhir pembikinan filem, si pemberi wang untuk belanja membuat filem) tentang sebuah filem yang sedang di pawagam.
Berdasarkan pendapat saya, kedua-dua artikel penting dalam memberikan gambaran jelas tentang filem tersebut. Penerimaan pembaca terhadap kedua-dua artikel tersebut tentunya berbeza. Saya boleh menganggap tulisan dari akhbar Harian Metro sebagai bacaan ringan dan sekadar untuk suka-suka tetapi menganggap tulisan dari blog Tontonfilem sebagai bacaan berat dan memerlukan penelitian utama untuk mendapat gambaran jelas tentang filem tersebut.

Bukan bertujuan untuk merendah-rendahkan kredibiliti penulis artikel pertama tetapi apa yang beliau nampak hanyalah permukaan filem tersebut. Ini berbeza dengan penulis kedua yang melihat dengan lebih dalam dari pelbagai sudut filem tersebut.

Komedi di sebalik pekerja filem oleh A.Wahab Hamzah

Yang mana satu pilihan kita ?

Dalam perkembangan lain, industri perfileman tempatan boleh menarik nafas lega apabila filem Pontianak Harum Sundal Malam II telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk Maya Karin dan Sinematografi Terbaik di Estepona Fantasy and Terror Film Festival di Sepanyol. Filem versi 'rough cut' yang telah dibawa secara tergesa-gesa oleh penerbitnya ke sana telah menambat hati panel juri. Bayangkan versi 'rough cut' telah mampu untuk membuka mata panel juri dan memberikan kemenangan kepada filem tersebut. Bagaimana pula nanti penerimaan penonton di Malaysia terhadap versi sepenuhnya di sini ?

Siap dengan suntingan yang lebih sempurna, adunan warna yang lebih baik, adunan bunyi yang lebih berkualiti, saya tidak terkejut jika hasilnya menjadi lebih hebat. Mampukah Pontianak Harum Sundal Malam II berjaya di bumi sendiri ? Panel juri Festival Filem Malaysia bukan boleh kira sangat. Macam-macam boleh berlaku.

Sudah lama saya cari website filem Melayu yang lebih berkualiti dan serius pembuatannya macam website filem Janji Joni, Ungu Violet, Sepet sekadar menyebut beberapa nama. Saya jumpa dalam Pontianak Harum Sundal Malam II. Check it out !

Entri oleh sultanmuzaffar 11 September 2005 0 komen

Reminiscence !

20 tahun yang lalu, 1985 (Saya berumur 11 tahun)
1. Sedang sibuk belajar untuk Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Exam penting yang pertama saya ambil. Masih hairan sehingga kini kenapa Sejarah dan Geografi mesti digabungkan.
2. Sibuk meronda kampung dengan basikal BMX dan lepak atas flat Kg. Kastam dengan Bacang dan Lobo. Siapa ada basikal BMX dulu kira macam hero kampung. Set-set anak Penghulu dalam filem Melayu lama.
3. Masuk Jawi (hahahahhaha, macam ler orang lain kisah pun !!)
4. Berjinak-jinak dengan komputer walaupun budak-budak lain sibuk main bola dan sepak takraw.
5. Mendapat keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (4A1B), setahun kemudian pihak Kementerian Pelajaran menghubungi menyatakan ada kesilapan pada keputusan peperiksaan tersebut (5A). YAY !! I got my first computer !!

15 tahun yang lalu, 1990 (Saya berumur 16 tahun)
1. Saya mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran (8A)
2. Saya menjejakkan kaki ke MRSM Beseri, Perlis dengan nombor matrik 90020. Kitorang berangan dulu panggil Semadong High. Konon-konon macam high school kat US. Air kat sekolah tu macam air kapur yang boleh menyebabkan rambut kejung. Landmark sekolah ini ialah Bukit Gondol yang berhantu.
3. Berulang-alik ke Arau dengan kabin Ekspres Langkawi. Best woo tidur dalam kabin keretapi. Bergoyang-goyang. Paling frust bila ada banjir di hadapan. Kena tukar naik bas di Kampar dan sambung semula perjalanan dengan keretapi.
4. Menyertai Demonstrasi Aman menentang Perang Teluk di MRSM Beseri. Terima kasih kepada Cikgu Azli Rahman (kini Dr. Azli Rahman) yang mengajar tentang erti kebebasan bersuara dan demonstrasi aman kepada kami. Kini beliau berada di Columbia University, New York City. Artikel "Learn from Perlis school kids" tulisan beliau yang tersiar di Malaysiakini bercerita tentang demonstrasi tersebut.
5. Mendapat kawan baru bernama Hasmizol Hashim(kini berada di Intel LA, US), Ungku Rafizal Ungku Abdul Kadir(lost contact. siapa yang kenal dan tahu di mana Gobotz berada, sila hubungi saya), Feisal Musa(menyiapkan Doctorate di Brisbane). Kami menjadi kawan rapat.

10 tahun yang lalu, 1995 (Saya berumur 21 tahun)
1. Mula kenal apa itu Internet. Seluruh dunia di depan mata. No Google masa tu.
2. Sibuk chatting di mIRC. Heaven gila bila tahu how to chat. Dulu guna BBS kejap then baru guna mIRC. Sekarang, saya tidak tahu bagaimana nak start mIRC.
3. Sibuk download gambar. Please don't ask gambar apa.
4. Ambil subjek Data Structure (satu subjek paling killer dan mesti pass untuk ambil subjek seterusnya)
5. Gemar ponteng kelas pagi untuk masuk ke Lab Macintosh. Lab Apple merupakan lab paling canggih dan tak ramai orang berani sentuh komputer Mac. Maka lab akan kosong selalu.

5 tahun yang lalu, 2000 (Saya berumur 26 tahun)
1. Berjaga di ofis pada 1 Januari 2000 untuk Team Y2K. Bosan betul tunggu serangga yang tak muncul-muncul.
2. Menjadi Ketua Multimedia Developer untuk Projek MUET CD. CD MUET tersebut sudah lama siap tapi tidak dijual. Ada berkotak-kotak kat stor. Jom Blame the Marketing people !
3. Berpindah ke bangunan yang lebih hebat di Segitiga Emas Kuala Lumpur. Dapat partition berlatar-belakangkan Twin Tower KLCC.
4. No life ! Hanya programming dan coding. Kira otai lah dulu.
5. Zaman kemuncak dalam bidang programming dan coding. Selepas itu, sudah malas untuk buat programming lagi. Otak sudah berkarat.

3 tahun yang lalu, 2002 (Saya berumur 28 tahun)
1. Menggunakan blog untuk pertama kali pada 26 Februari 2002. Dah dekat 4 tahun saya blogging rupanya.
2. Semakin seronok dalam dunia blog.
3. Bebas untuk bercerita tentang apa sahaja di blog.
4. Terlibat dengan ProjectX untuk sistem pertahanan ketenteraan Malaysia. Separuh jalan. Dengar cerita projek tersebut sudah siap dan boleh digunakan. Boys ! Can I handle your mouse ? Please open Google !
5. Otak sudah tepu dengan programming. Makro Excel sampai sudah tak dapat-dapat.

Tahun lepas, 2004
1. Muncul kali pertama di ASTRO untuk Imbasan Akademi Fantasia 2
2. Semakin seronok dalam dunia blog. More and more kawan baru. More and more pengalaman baru. Saya sungguh bertuah kerana mendapat sahabat-sabahat, kawan-kawan, musuh-musuh baru kerana Akademi Fantasia. Yang jujur, yang oportunis, yang hipokrit, yang talam dua muka, yang happening, yang kecoh dan pelbagai macam jenis lagi.
3. Berpeluang untuk menonton rough cut Sepet atas jemputan Yasmin Ahmad dan ditemubual untuk rancangan Melodi. Sepet akhirnya dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM18.
4. Menerima Anugerah Weblog Terbaik dari Geng Jurnal
5. Terlibat dengan satu projek tanztheater bertajuk OPS Ophelia : Sabuah Fesyen Opera

Tahun ini, 2005 (Saya berumur 31 tahun)
1. Sekali lagi muncul di TV untuk Imbasan Akademi Fantasia.
2. Masih lagi fanatik Akademi Fantasia.
3. Bertukar tempat kerja buat pertama kali setelah 7 tahun berada di UNITAR.
4. Masih merahsiakan tempat kerja yang dipilih.
5. Dapat makin ramai kawan dari pelbagai latarbelakang. Apabila ada yang bertanya apa yang saya dapat dengan mengikuti AF selama tiga musim. Saya jawab, saya dapat ramai kawan baru dan berkongsi pengalaman yang berbeza. Wang ringgit akan datang kemudian.

Tahun depan, 2006 (Saya berumur 32 tahun)
1. Berharap kerjaya baru ini akan lebih menjanjikan perjalanan karier yang lebih cerah.
2. Mengumpul lebih banyak pengalaman...
3. Mengumpul lebih banyak kawan...
4. Mengumpul lebih banyak wang...
5. dan wang...

10 tahun dari sekarang (Saya berumur 41 tahun) – Insya Allah
...

diinspirasikan dari blog MakAndeh, dan saya merasakan setiap orang patut melakukannya kerana kita dapat mengimbau kembali kenangan-kenangan lama kita sambil kita melangkah ke hadapan.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 September 2005 0 komen

Blog Sahabat Akademi Fantasia
Pada musim sulung Akademi Fantasia, saya merupakan blogger yang pertama menyediakan blog untuk peminat Akademi Fantasia mendapatkan persepsi yang berbeza tentang Akademi Fantasia.

Tetapi hari ini, telah berkembang blog-blog yang bercerita tentang Akademi Fantasia seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Mereka membawa pandangan yang berbeza tentang Akademi Fantasia untuk dikongsi bersama dengan jutaan peminat rancangan tersebut. Tidak semua blog bercerita tentang Akademi Fantasia secara seratus peratus. Blog Badrulaftersix contohnya, turut bercerita tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan Akademi Fantasia.

Badrulaftersix : http://badrulaftersix.blogspot.com/

Kali pertama saya bertemu Badrul adalah sewaktu Majlis Gathering bersama Adi, Sahri, Atie & Nija di Holiday Villa Subang. Ia berlaku setelah musim Akademi Fantasia 1 selesai. Mengikut senioriti, beliau antara personaliti berkaitan Akademi Fantasia yang terawal saya jumpa. Oleh itu, ulasan tentang blognya saya letak paling atas walaupun…Kami menjadi bertambah rapat sejak Akademi Fantasia 2 bila mana beliau sering memberikan komen-komennya sewaktu musim tersebut.

Selepas ini, blog beliau akan saya jadikan rujukan penting kepada saya untuk blog di masa akan datang.

Satu lagi perkara yang ingin saya kongsi dengan pembaca saya ialah satu kenyataan dari Badrul tentang saya waktu kali pertama kami bertemu di Subang. First impression terhadap saya menurutnya ialah beliau ingatkan saya bisu pada mulanya. Memang Gathering AF1 tersebut merupakan gathering pertama melibatkan bintang AF yang saya pergi. Memang agak culture shock ketika itu. Maka saya tidak banyak bercakap. Memang selalu pun tidak banyak bercakap. Saya selalu simpan quote tersebut sebagai perisai paling utama kepada mereka yang sering mengecap saya seorang yang sombong apabila pertama kali bertemu. Kiranya macam testimonial penting untuk saya.

Klubbkidd : http://klubbkidd.blogdrive.com/

Blog Klubbkidd ini memang agak daring gaya bahasanya. Cara beliau menyampaikan apa yang beliau rasa adalah secara tanpa berselindung. Kalau mahu dimaki atau dicerca, beliau akan melakukannya tanpa segan silu. Beliau menjadi dirinya tanpa perlu untuk bermuka-muka. Itulah Klubbkidd.

Pertama kali saya jumpa beliau adalah sewaktu Konsert Siti Fantasia Tour di belakang pentas. Dari tugas profesional beliau, kami banyak mendapat maklumat tentang Akademi Fantasia. Maka beliau merupakan antara salah seorang yang sering memberi maklumat tentang Akademi Fantasia. Sewaktu saya bercuti di Sydney dan Gold Coast, beliau sering berutus SMS dengan saya untuk menceritakan perkembangan terbaru Akademi Fantasia. Waktu tersebut merupakan hari pendaftaran pelajar di hotel serta majlis perkenalan dengan pihak media.

Membaca blog beliau semacam mendengar beliau bercakap secara berdepan. Sama saja tiada bezanya. Kali pertama dapat berbual dengannya apabila di Kenduri Roti Canai Zahid. Tidak banyak yang dapat dibualkan kerana beliau sedang sibuk dan saya pula sedang allergic crowd yang terlalu ramai. Saya dinner di Pizza Hut bersebelahan malam itu.

Juan Danza : http://juandanza.blogdrive.com/

Kali pertama saya bertemu Juan Danza adalah sewaktu Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 2 di Stadium Putra Bukit Jalil. Kami banyak bercerita tentang Zahid dan dari situ saya mula mengenali Zahid. Oleh kerana banyak acara yang saya ikut saya telah bertemu dengannya, maka saya semakin mengenalinya dengan lebih rapat.

Untuk Akademi Fantasia 3, beliau merupakan penyokong kuat Mawi sejak dari awal sewaktu Majlis Perkenalan dengan Pihak Media lagi. Sehingga hari ini beliau masih setia menyokong Mawi dan usaha tersebut saya kagum. Menjadi Penasihat Mawi FC merupakan semacam satu dejavu yang datang kembali apabila pada musim lepas, Klubbkidd merupakan Penasihat untuk Za8 FC. Berbekalkan pengalaman yang dicurahkan oleh Klubbkidd, Juan Danza memikul amanah yang diberikan dengan berkesan walaupun adakalanya agak personal. Beliau seorang yang berpendirian teguh terutamanya terhadap komen-komen berkenaan Mawi. Ada juga kami bertikam lidah untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Tetapi kami cukup matang untuk menerima komen-komen tersebut dan tidak menyimpan dalam hati.

Khabarnya beliau akan dijemput untuk menjadi salah seorang panel di Diablog 4. Saya menyokong cadangan tersebut kerana pandangan beliau akan dapat dikongsi para hadirin yang akan hadir kelak. Mesti penuh Diablog 4 nanti dengan penyokong Mawi dan juga penyokong Azhan Jusoh.

Elkapitan : http://fantasiaakademi.blogspot.com/ dan http://senikami.blogspot.com/
Saya bertemu kali pertama dengan beliau sewaktu Konsert 5 Akademi Fantasia di Dataran Putrajaya. Kami bergerak sekali ke sana. Maklumlah ada perkelahan terhebat yang diadakan sempena konsert tersebut. Ramai juga yang hadir dan rata-rata tidak ramai yang mengenalinya pada hari tersebut. Selepas beberapa kali pertemuan, nampaknya perhubungan Elkapitan dan juga kawan-kawan saya semakin rapat. Secara jujur, blog beliau merupakan rujukan saya apabila tidak berkesempatan menonton diari selain saya turut membuat pautan kepada blognya untuk entri-entri yang kosong. Pada peringkat permulaan kewujudan blog tersebut, Juan dan Klubbkidd menyangkakan ia merupakan blog samaran yang saya buat untuk lebih menyampaikan pendapat saya secara lebih terbuka tanpa dikenali pembaca. Motifnya kerana sultanmuzaffar sudah dikenali dan saya tidak begitu terbuka menyatakan pendapat saya, maka saya perlu membuka sebuah blog samaran. Dan blog tersebut merupakan jawapannya. Berkali-kali saya cuba meyakinkan Juan dan Klubbkidd yang Elkapitan dan sultanmuzaffar merupakan dua orang yang berbeza.

Selesai Akademi Fantasia, beliau bertukar ke blog Sekadar Media Picisan untuk bercerita tentang Post-Akademi Fantasia. Sebenarnya, beliau mempunyai sebuah blog berbahasa Inggeris yang bercerita tentang komen sosial yang meliputi pelbagai topik di Undergrounduate. Di blog Inggeris tidak banyak komen dari pembaca, tulis pasal Akademi Fantasia baru banyak komen, katanya.

Javard : http://javardkent.blog-city.com/
Kecil sungguh dunia ini. Bila kali pertama saya email beliau sewaktu musim Akademi Fantasia 2 selepas tertarik dengan ulasan-ulasan beliau, saya benar-benar terperanjat. Beliau membalas email saya dengan email pejabat beliau. Email pejabat beliau sama dengan email pejabat saya. xxxx@unitar.edu.my !!! Terus saya buka HRIS dan cari jabatan mana. Saya merasa sedikit selesa dan alang-alang sudah terlalu dekat, kami berjumpa. Banyak juga yang kami bualkan terutama tentang Akademi Fantasia. Apa lagi topik yang boleh membuatkan saya bercakap selain topik AF.

Ada sekali beliau menyiapkan soalan wawancara untuk saya jawab. Katanya mahu buat kajian tentang Akademi Fantasia. Topik meliputi tentang pengaruh blog dalam kehidupan sosial.

Salah seorang pelajar beliau ialah Tontonfilem ! Tak sangka UNITAR melahirkan banyak juga blogger yang terkenal dalam bidang masing-masing.

Maman : http://mamanview.blogspot.com/
Mula-mula membaca komen tentang Akademi Fantasia di blog Maman agak menyakitkan hati kerana apa yang diperkatakan oleh beliau ada benar belaka. Ada juga yang terasa. Komen-komen beliau agak berbau provokatif tetapi itulah kebenarannya. Sekurang-kurangnya membaca blog beliau dapat membuka satu lagi cabang pemikiran yang ada untuk lebih menerima pandangan orang lain seperti beliau. Ia secara tidak langsung dapat melatih pemikiran saya agar tidak terlalu terburu-buru mengatakan yang saya benar belaka. Di dalam bidang blog, komen sebegini amat penting untuk membuka pandangan seseorang agar tidak terlalu terkongkong dalam tempurung diri sendiri.

Tersebut adalah blog yang sering saya layari untuk ilmu-ilmu Akademi Fantasia sepanjang berlangsungnya Akademi Fantasia juga setelah selesainya musim Akademi Fantasia. Blog lain bukannya saya tidak baca tetapi tiada cerita yang boleh saya kaitkan dengan saya.

Sejak kebelakangan ini ada usaha-usaha cuba melaga-lagakan kami. Percayalah, usaha anda itu sia-sia kerana ia tidak akan merosakkan persahabatan kami walaupun kami mempunyai pandangan yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Nota : Sewaktu bercuti, saya sempat menonton KL Menjerit 1 dan Gila Gila Pengantin Popular. Filem Malaysia. Saya menyukai kedua-duanya sebagai sokongan kepada industri perfileman Malaysia. KL Menjerit 1 terlalu perlahan dan lakonan yang kurang mantap. Gila GIla Pengantin Popular sebuah cerita yang menarik tetapi aspek suntingan menyebabkannya terlalu lama dan membosankan.

Entri oleh sultanmuzaffar 07 September 2005 0 komen

Pertemuan
Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada di antaranya yang tidak mengikut seperti apa yang saya rancangkan. Saya berani mengambil risiko ini dan perlu menanggung kesannya. Namun ini jalan yang saya pilih.

Segala perbincangan dasar telah pun berlangsung dengan baik. Segala cadangan yang saya kemukakan akan perlu saya catatkan untuk panduan di masa akan datang. Seperti yang telah dibincangkan, saya amat bersetuju dan selesa dengan deskripsi tugas yang telah diberikan.

Mengapa saya tidak memilih Programming adalah kerana saya akan hanya menggunakan skil kreativiti saya di sana. Mengapa pula saya tidak memilih Komunikasi Korporat adalah kerana saya masih sayangkan ilmu Teknologi Maklumat yang saya ada. Maka saya memilih…

Menjadi Nostradamus Anugerah ERA 05
Ini pilihan saya yang telah saya undi. Undian telah pun ditutup. Mungkin juga pilihan saya tidak menepati pilihan orang ramai. Tetapi itulah yang saya undikan. Saya letak yang saya telah undi dan yang saya rasa mungkin akan menang dan mungkin tak akan menang.

Artis Harapan Pilihan
# Adam
# Ahli Fiqir
# Farah
# Syarifah Zarina
# Zahid
Saya Undi : Farah
Yang Mungkin Menang : Adam
Yang Tak Mungkin Menang : Syarifah Zarina

Artis Inggeris Tempatan Pilihan
# Gerhana Ska Cinta & Too Phat
# Juwita Suwito
# Reshmonu
# Too Phat
# V.E.
Saya Undi : V.E.
Yang Mungkin Menang : Too Phat
Yang Tak Mungkin Menang : Juwita Suwito

Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
# Ahli Fiqir
# Far East
# KRU/Adam
# Siti Nurhaliza/ M.Nasir
# Zahid/Adam/Farah
Saya Undi : Siti Nurhaliza / M.Nasir
Yang Mungkin Menang : KRU/Adam
Yang Tak Mungkin Menang : Far East

Vokal Wanita Pilihan
# Dayang Nurfaizah
# Farah
# Liza Hanim
# Siti Nurhaliza
# Ziana Zain
Saya Undi : Siti Nurhaliza
Yang Mungkin Menang : Siti Nurhaliza
Yang Tak Mungkin Menang : Liza Hanim

Vokal Lelaki Pilihan
# Adam
# Anuar Zain
# Vince
# Zahid
# Zainal Abidin
Saya Undi : Anuar Zain
Yang Mungkin Menang : Anuar Zain
Yang Tak Mungkin Menang : Zahid

Band Pilihan
# Dewa
# Exists
# Peterpan
# Spider
# Sheila On 7
Saya Undi : Dewa
Yang Mungkin Menang : Peterpan
Yang Tak Mungkin Menang : Exists

Lagu Nasyid Pilihan
# Aku Tanpa Cintamu – Mirwana & Jay Jay
# Bacalah – Raihan
# Cinta Pertama – Far East
# Dari Tuhan – Raihan & Awie
# Yalla Beena – Rabbani & Yasin
Saya Undi : Yalla Beena - Rabbani & Yasin
Yang Mungkin Menang : Mawi (hahahaha)
Yang Tak Mungkin Menang : Felix (hahahha)

Irama Global Pilihan
# Binafsha - Waheeda
# Dari Kejauhan - Nurulhidayah
# Erti Hidup - Dayang Nurfaizah
# Kembali Bersatu - Brothers/Yasin/Waheeda
# Lagu Rindu - Siti Nurhaliza
# Nazam Berkasih - Syura
# Panggilan - Waheeda
# Tombo Ati - Opick
Saya Undi : Lagu Rindu - Siti Nurhaliza
Yang Mungkin Menang : Binafsha - Waheeda
Yang Tak Mungkin Menang : Tombo Ati - Opick

Lagu Pop Pilihan
# Dayang Sayang Kamu – Dayang Nurfaizah
# Dekat Di Hati – Liza Hanim
# Elegi Sepi – Azharina
# Seindah Biasa – Siti Nurhaliza
# Tiada Lagi Tangisan – Aishah
Saya Undi : Seindah Biasa - Siti Nurhaliza
Yang Mungkin Menang : Seindah Biasa - Siti Nurhaliza
Yang Tak Mungkin Menang : Dekat Di Hati - Liza Hanim

Lagu Rock Pilihan
# Aku, Dia & Kamu – D-VA
# Buat Sang Puteri – Spider
# Cinta Dewa Dewi - Spider
# Mungkin Nanti – Peterpan
# Nazraku – Spider
Saya Undi : Mungkin Nanti - Peterpan
Yang Mungkin Menang : Mungkin Nanti - Peterpan
Yang Tak Mungkin Menang : Buat Sang Puteri - Spider

Video Muzik Pilihan
# Awan Yang Terpilu – Ning Baizura
# Erti Hidup - Dayang Nurfaizah
# Kini – Feminin
# Seindah Biasa – Siti Nurhaliza
# Terhangat di Pasaran – KRU /Adam
Saya Undi : Awan Yang Terpilu - Ning Baizura
Yang Tak Mungkin Menang : Kini - Feminin
Yang Mungkin Menang : Seindah Biasa - Siti Nurhaliza @ Terhangat di Pasaran – KRU /Adam

Pilihan Kaki Wayang
# Gangster - Tayangan Unggul
# Puteri Gunung Ledang – Enfiniti Productions
# Sembilu 2005 – Skop Productions
# Senario XX – Grand Brillance
# Sepet – MHZ Films
Saya Undi : Sepet - MHZ Films
Yang Mungkin Menang : Puteri Gunung Ledang - Enfiniti Productions
Yang Tak Mungkin Menang : Sembilu 2005 - Skop Productions

Artis Pilihan SMS DIGI
Mawi

Anugerah Carta ERA
Siapa pilihan anda ?

Anugerah Seni ERA
Siapakah tokoh seni yang wajar diiktiraf tahun ini ?

Masih belum puas dengan Mawi ? Di sini ada koleksi foto di Malam Seribu Kenangan Bersama Mawi di PWTC Kuala Lumpur.

Entri oleh sultanmuzaffar 06 September 2005 0 komen

Majlis Penyerahan Kereta Suzuki Swift Akademi Fantasia 3

No. Plat masih belum difikirkan

Kepenatan berada di PWTC untuk Malam Seribu Kenangan Bersama Mawi masih belum hilang. Tidur jam 2 pagi dan terjaga jam 3 pagi. Terus mata tidak boleh menikmati malam lagi. Sempat juga mengemaskinikan blog untuk acara tersebut.

Pagi Isnin, bangun seperti biasa. Sebuah lagi hari Isnin yang sama seperti hari Ahad. Kalau begini berterusan bukankah indah. Sementara ada waktu senggang ini, harus saya gunakan sebaik yang mungkin.

Semalam di PWTC sudah jumpa Mawi, hari ini jumpa lagi. Kalau Mawi penat, saya lagi penat. Sementara menunggu tetamu VIP tiba di Gazebo Subang, sempat juga saya mengalas perut di sana. (makan dalamlah hendaknya…) Acara hari ini merupakan Majlis Penyerahan Suzuki Swift untuk Juara Akademi Fantasia 3 iaitu Mawi bertempat di DRB Hicom. Majlis bermula sekitar jam 12 tengahari.

Setibanya di Ruang Legar DRB Hicom, majlis masih belum bermula. Makanya tidak ada salahnya jika terlewat menantikan tetamu VIP di Gazebo sebentar tadi. Tetamu VVIP dari Balai Berita NSTP juga masih tidak kelihatan. Hanya tiba setelah majlis bermula. Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut.

Antara bintang Akademi Fantasia yang hadir pada tengahari itu ialah Mawi, Felix, Amylea, Marsha, Yazer dan Akma. Dengan pakaian serba putih yang menjadi konsep untuk bintang Akademi Fantasia, bintang lelaki nampak kurang menyerlah. Yazer dan Felix kelihatan seperti budak pejabat. Mawi pula kelihatan seperti hendak ke masjid. Berbanding bintang perempuan, yang nampak lebih menyerlah. Putih adalah konsep warna yang sukar untuk nampak menyerlah lebih-lebih lagi untuk lelaki. Jom pi shopping !!

Kereta Suzuki Swift 1.5 liter berwarna hitam telah pun bertukar tangan. Warna hitam menjadi pilihan Mawi kerana ia adalah warna kegemarannya. Apabila ditanya oleh salah seorang wartawan hiburan tentang signifikan warna hitam tersebut. Mawi tersenyum dan menjawab ia adalah warna pilihan saya. Wartawan-wartawan Malaysia semacam suka mengumpan Mawi dengan soalan-soalan berbentuk “leading question” yang jawapan pada fikiran mereka sudah tersedia. Paling tidak pun, mereka mengharapkan jawapan yang mereka ingin dengar untuk dikorek lagi dari dalam isi hati Mawi.

Tengahari tersebut turut diserikan dengan persembahan dari bintang Akademi Fantasia dengan lagu Hati Ini Telah Dilukai oleh Amylea, Akma, Marsha, Yazer dan Felix. Mawi perlu direhatkan walaupun ada permintaan. Saya faham dan mahu beliau berehat. Tidak dengar Mawi menyanyi pun tidak mengapa, asalkan dia dapat berehat.

Seterusnya bintang lelaki iaitu Felix, Yazer dan Mawi membawakan lagu Pupus. Lagu terakhir dari Mawi ialah lagu Nourel Ain walaupun permintaan mengharapkan beliau membawakan lagu Aduh Saliha. Cukup-cukuplah dengan lagu tersebut. Situasi diri Mawi tidak begitu mengizinkan untuk beliau membawakan lagu tersebut.

Sebelum Sidang Media : Senyum

Selesai persembahan, kami beredar ke sidiag akhbar bertempat di Laman Puteri. Susulan dari sidang akhbar di PWTC semalam, banyak soalan yang dikemukan menjurus kepada personaliti Mawi yang dikatakan semakin lupa diri. Banyak laporan akhbar yang menyebut tentang sifat tersebut. Walaupun tidak diperjelaskan secara lanjut, tetapi artikel-artikel tersebut adalah berkenaan Mawi. Apabila ditanya sama ada beliau sedar tentang perkara negatif tersebut, Mawi menjawab sebagai manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan dan beliau memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.

Sidang akhbar ini memberikan satu kejutan buat saya. Bintang Akademi Fantasia tidak membaca laporan-laporan yang telah ditulis tentang mereka. Apakah mereka hanya membaca yang baik-baik sahaja. Apakah masa terlalu singkat sehingga tidak punya banyak masa untuk membaca. Apakah mereka hanya diberikan keratan akhbar yang sekadar memuji mereka tetapi bukan keratan yang memberikan komen negatif ?

Saya menganggap ini sebagai satu yang di luar jangkaan saya sendiri. Mereka tidak membaca. Situasi ini jika dibiarkan terus berlaku, akan membataskan usaha kita untuk melahirkan seniman yang berilmu. Dua artikel penting yang harus mereka baca yang telah disiarkan pada minggu lepas ialah artikel Jom Semuka bertajuk “Apabila masuk AF3, semua dah jadi lalai”, iaitu wawancara dengan Cikgu Siti Hajar dan juga penulis tamu Aspirasi Ramli MS tentang “Tidak ramai artis mampu sebut perkataan dengan jelas, tepat”. Masa untuk membaca sebenarnya boleh dicari. Sementara dalam perjalanan menuju ke lokasi acara, sementara menunggu giliran membuat persembahan. Semuanya terletak kepada kemahuan diri sendiri.

Peminat di DRB Hicom

Berbalik kepada soal sidang akhbar, tumpuan utama pada tengahari itu ialah Mawi. Soalan banyak berkisar sekitar kereta, hadiah, orang tersayang, lesen memandu serta perubahan sifatnya. Itu isu hangat yang sering diperkatakan sekarang.

Saya turut berada di dalam sidang akhbar di PWTC yang jelas menaikkan sedikit kemarahan Mawi sehingga ditegur oleh CEO Maestro Talents iaitu Freddie Fernandez. Hari ini kejadian tersebur diulas di dalam Harian Metro.

Siti Nurhaliza, Bintang Akademi Fantasia dan Hotlink On Tour

Selesai sidang akhbar, kami bergegas pula ke Pan Pacific Glenmarie untuk Sidang Media Hotlink Tour - Fenomena Masa Kini. Lebih mengejutkan apabila majlis turut dihadiri oleh superstar Siti Nurhaliza. Bintang Akademi Fantasia sudah selalu bertemu. Sekali sekala dapat bertemu dengan Siti Nurhaliza apa salahnya.

Berjimatlah selagi boleh, sementara bintang masih berkelip...

Suasana untuk majlis ini agak lebih santai dan lebih eksklusif. Dalam sebuah bilik yang sederhana besar, majlis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan. Tujuan utama majlis tersebut diadakan adalah untuk melancarkan Hotlink On Tour - Fenomena Masa Kini bersama Siti Nurhaliza, ZChen, Mawi dan Bintang Akademi Fantasia 3. Ia akan bermula di Lumut dan menampilkan kesemua bintang Akademi Fantasia 3. Konsert ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada penonton untuk melihat artis kesayangan mereka secara lebih dekat dan berinteraksi melalui program-program yang telah diatur.

Felix : Duit kemenangan bolehlah pergi shopping baju !

Selain daripada itu, majlis penyerahan cek kemenangan di Akademi Fantasia turut diadakan. Yazer telah menerima RM3,000, Marsha RM4,000, Amylea RM5,000, Felix RM10,000 dan Mawi merupakan penerima paling banyak dengan jumlah RM26,000. Penyerahan cek telah dilakukan oleh Miss Chee Loo Fun, selaku General Manager & Head of Prepaid Marketing. Sebelum bermulanya sidang media ini, Kefli, Yazer dan Felix telah menghiburkan para hadirin dengan lagu Pupus. Selesai majlis penyerahan cek, bintang Akademi Fantasia mendendangkan lagu Jangan Pisahkan di hadapan para hadirin. Pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan majlis tersebut. Persembahan bintang juga tidak begitu memberangsangkan. Lebih-lebih lagi ia dipersembahkan di hadapan Siti Nurhaliza. At least, tunjukkan yang bintang Akademi Fantasia benar-benar serius dalam bidang ini. Bintang perempuan membawakan lagu Asmara.

Nantikan kemunculan Dua Dunia bersama Too Phat

Sidang Media kali ini tertumpu kepada Siti Nurhaliza. Sedap mata apabila dapat melihat Mawi berehat sebentar dari menjawab soalan-soalan dari pihak wartawan. Siti Nurhaliza diajukan pelbagai isu tentang hubungannya dengan pihak media yang kini semakin renggang dan ada unsur-unsur pilih kasih. Selain daripada itu, Siti Nurhaliza turut mengumumkan kerjasama beliau dengan Too Phat untuk single bertajuk Dua Dunia yang akan diedarkan dalam masa yang terdekat ini.

Marsha dan Akma

Masa yang tersedia banyak dihabiskan dengan berbual-bual dengan bintang Akademi Fantasia. Marsha seperti biasa telah di”conquer” oleh seorang blogger tersebut. Oleh itu, saya ambillah apa yang ada iaitu Akma. Bersama Akma, saya banyak memberikan update kepada beliau tentang Jiwang United yang semakin parah nampaknya. Saya sempat menasihatkan beliau agar menghargai usaha-usaha yang telah dibuat oleh mereka kerana mereka benar-benar sedang parah dipanah asmara. Mereka itulah yang begitu menyayangi Akma. Banyak juga yang dibualkan tetapi kebanyakannya “off record”. Tersipu-sipu Akma apabila mendengar usikan-usikan Klubbkidd. Kefli banyak melayan peminat-peminat perempuannya begitu juga dengan Yazer.

Oleh kerana Klubbkidd telah membawa kami ke majlis tersebut, maka saya melancarkan kempen untuk mengundi Klubbkidd kerana beliau mengharapkan undian tersebut.

Foto selebihnya boleh dilihat di sultanmuzaffar Fotopages. Buat masa ini, lawatlah Sekadar Media Picisan dahulu. Undilah untuk beliau juga.

Jom Bikin Filem bersama Afdlin Shauki
Pernah terbaca lanjutan projek hilang akal Afdlin Shauki ? Jika belum, anda boleh membaca tentangnya di sini. Saya turut membantu dalam projek ini. Buat masa ini, sudah ada dua hosting yang nampaknya sesuai untuk projek ini. Kebetulan, kedua-dua hosting hadir untuk menaja weblog saya. Memandangkan saya sudah ada hosting penaja, maka saya menggunakan peluang yang ada untuk Afdlin Shauki. Tawaran mereka hanya meletakkan banner sahaja. Itu tidak sukar untuk dilaksanakan.

Buat masa ini perbincangan melalui email telah dilakukan dengan Afdlin sendiri. Afdlin harus mendapatkan nama yang sesuai untuk projek tersebut. Cadangan yang saya berikan ialah www.jombikinfilem.com dan www.projekhilangakal.com. Tidak tahu sama ada cadangan saya itu diterima atau pun tidak. Anda ada cadangan lain yang lebih sesuai ? Sila kemukakan di ruangan Pendapat Anda. Mana tahu jika cadangan anda diterima, nama anda akan terpapar di dalam kredit filem tersebut. :)

Setelah nama hosting diperolehi, maka saya akan memulakan kerja saya untuk merangka portal yang ingin dibuat. Saya mahu membantu industri perfileman Malaysia. Inilah usaha saya untuk melihat industri perfileman Malaysia berkembang dan mendapat sokongan yang sewajarnya dari semua pihak.

Treatment Detektif oleh Hassan Muthalib
Saya memperolehi satu dokumen treatment sebuah filem bertajuk Detektif dari Hassan Muthalib. Saya diminta untuk memberikan komen kritis tentang treatment tersebut. Saya sudah baca separuh sambil membayangkannya di dalam kepala perjalanan cerita filem tersebut. Sebuah filem yang menarik dengan tema hitam berkonsepkan noir. Itu berdasarkan pemerhatian fikiran saya. Saya akan guna masa terluang yang ada untuk meneliti perjalanan cerita dalam filem ini yang bakal disiapkan. Dalam waktu yang sama harus merangka rekabentuk baru untuk blog sendiri yang sudah hampir dua tahun tidak ditukar wajahnya.

Esok Hari Penentuan
Doakan agar segalanya berjalan dengan lancar. Saya begitu mengharapkan ia berakhir dengan kegembiraan. Apakah cuti panjang ini akan berakhir kelak ?

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger