Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2006

Diari Akademi Fantasia 05 05 & 06

Antara yang menarik perhatian saya dalam Diari hari ini :

Lotter macam biasa dah keluarkan personalitinya sejak hari pertama dalam Akademi. Lawak-lawak meniru gaya orang memang telah Lotter lakukan sejak dari Prelude lagi. Memang pecah perut bila tengok Lotter tiru gaya Cikgu Kevin.

Diddy pula dah pandai main kejar-kejar dengan kamera. Eh ! Apsal ulasan blog ni dah jadi macam tulisan kat Website Rasmi dah ni ? (ketawa). Satu perkembangan yang menariklah untuk ditonton. Sekurang-kurangnya ada juga lah air-time dia untuk kamera.

Biarlah Rahsia versi Farhan. Entah kenapa saya rasa macam tak cukup lemak. Kurang manis dan kurang perisa segala-galanya. Mungkin ini baru hari ketiga dan belum hari persembahan konsert. Farhan sememangnya seorang playa yang bijak bermain permainan Akademi Fantasia. Dalam Diari Farhan tidak tunjuk sepenuhnya kekuatan dia, tapi sewaktu Konsert Farhan meletup. Walaupun ada silap, Farhan pandai melindungi kesilapannya. Hasilnya, semua orang beri tepukan gemuruh. Sempat juga saya main-main SMS dengan si dia (ketawa lagi panjang) tentang lagu Farhan Biarlah Rahsia. Secara jujur terlalu awal untuk dinilai tetapi sekadar pemerhatian pertama yang boleh saya katakan, saya kurang menyenanginya. Boleh ke Farhan buat ramai penonton menangis Sabtu ini ?

Haziq berlatih semua lagu kawan-kawannya. Apa rasionalnya ? Setengah orang akan melihat ia sebagai membuang masa. Setengah orang akan melihat ia sebagai usaha menunjuk-nunjuk. Saya melihat ia sebagai satu usaha Haziq untuk membuang lenggok asli dalam nyanyiannya. Bila dia berlatih menggunakan banyak lagu moden, maka akan lebih memudahkan dia untuk membuang lenggok asli yang tidak perlu yang selalu dia gunakan dalam lagu-lagunya. Saya anggap ia satu latihan intensif untuk Haziq dan bukannya menunjuk-nunjuk atau mahu membuang masa.

Salima dapat 90% ok dari Cikgu Ajai ! Kalau nak bandingkan Salima dengan Diddy dalam sesi latihan yang sama, saya lebih suka nyanyian Diddy dengan lagu Biarlah Betul. Eh ! Biar Betul ! Ada tenaga yang disalurkan dengan betul dalam lagu Biar Betul itu berbanding lagu Because Of You. Apa yang Salima nyanyikan pun saya tidak faham apa. Sekurang-kurangnya Diddy saya dengar juga sepatah-sepatah lirik yang disampaikan. Bila nampak Salima tersipu-sipu malu bila dapat markah 90% saya teringat kepada seseorang yang tersipu-sipu malu bila dikatakan tidak pandai senyum. (ketawa tak henti-henti) So sweet kan ! I will never forget that moment !

Dalam pada itu, kedudukan peratus terkini memang mengagumkan saya. Farhan sudah naik melonjak ke tangga pertama dan bersaing dengan Faizal untuk dua tempat teratas terkini dalam minggu ini. Ia merupakan satu perkembangan yang sihat. Saya melihat pengundi Akademi Fantasia sudah mampu menilai persembahan pelajar yang bagus untuk duduk di tempatnya. Walaupun sentimen undian personaliti masih menebal, tetapi itulah AF. Eh ! Macam promo Ramli Sarip pulak. Tetapi harus diingat, pengundi tahun ini cenderung untuk mengundi hanya pada hari Konsert. Jaga-jaga, jangan sampai tersilap langkah.

Oleh kerana semalam saya tak blog, sebenarnya saya teringin sangat nak bermain dengan robot R2D2 kepunyaan Dr.Fazley. Macam best pulak robot tu.

Tahukah anda hits blog ini pada bulan Jun 2006 hanya sekadar 100,600 berbanding pada Jun 2005 iaitu sebanyak 250,000. Kita tengok apa jadi selepas World Cup, harap-harap ada perubahan.

Dalam perkembangan lain, masih ada ruang-ruang kosong untuk peminat Akademi Fantasia yang ingin hadir menonton Konsert dan memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar kegemaran mereka. Kepada yang berminat untuk menonton dan tidak malu untuk membuat bising dan menyediakan banner untuk mereka, anda bolehlah emailkan butiran lanjut dan pelajar kegemaran anda kepada saya di muzaffar_mustapa@astro.com.my.

Ulasan Lain : SeniKami

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger