Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 17 June 2006

Untuk Blogger, Jemputan Sahaja

Ini merupakan jemputan buat para blogger di Malaysia untuk mendekatkan diri mereka dengan majlis bertaraf antarabangsa di mana mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed merupakan penjana idea untuk majlis tersebut - Perdana Global Peace Panel Session (Sesi Panel Keamanan Global Perdana) pada 21 Jun, 9.30 pagi hingga 1.30 petang.

Majlis tersebut akan disusuli dengan Kuliah Umum Kemanan Global Perdana (Perdana Global Peace Public Lecture) pada 22 Jun yang akan dibuka kepada orang awam.

Ia merupakan dua komponen utama dalam Forum Keamanan Global Perdana yang bertemakan “Criminalise War. Stop World War IV”.

Mewakili pihak penganjur, TVSmith dan Jeff Ooi dengan rendah hati ingin menjemput rakan-rakan blogger untuk menghadiri majlis eksklusif tersebut pada 21 Jun yang terhad untuk 20 tempat duduk berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Sewaktu sesi perbincangan tertutup yang akan dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir, blogger yang turut serta akan diberikan layanan VIP untuk mengikuti ucapan lima (5) penceramah utama yang akan membentangkan kertas kerja mereka di Forum Perdana Keamanan Global 2005 yang akan membincangkan tajuk berkenaan dengan Perang Dunia Keempat.

Pembentang Kertas Kerja :

Mr Denis Halliday, Former United Nations Assistant Secretary General
Mr. Hans-Christof Von Sponeck, Former United Nations Assistant SecretaryGeneral
Dr Helen Caldicott, Founder & President, Nuclear Policy Research Institute (NPRI)
Professor Francis A Boyle, Professor of law, University of Illinois School of Law
Professor Dr Michel Chossudovsky, Professor of Economics, University of Ottawa

Temanya merupakan “Building An Action Plan for the Global Network for Peace”, dan akan diberikan perhatian di Kuala Lumpur Initiative to Criminalise War.

Ia akan diadakan di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya (peta)

Pada 22 Jun, Tun Dr. Mahathir selaku Pengerusi Forum Keamanan Global Perdana akan menyampaikan ucaptama di Kuliah Umum di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.

Jika anda berminat, sila hantar email ke jeffooi.screenshots@gmail.com dan cc kepada TVSmith di tvsmith@gmail.com dan sultanmuzaffar di sultanmuzaffar@gmail.com dengan menulis “Perdana Global Peace Forum” sebagai tajuk email. Ini akan memudahkan kerja-kerja penganjur untuk menyediakan makan tengahari dan lain-lain keperluan logistik. Kami mengharapkan maklumbalas dari pihak anda sebelum 12.00 tengahari, Isnin, 19 Jun 2006.

Semua blogger yang mendaftar untuk menghadiri majlis tersebut pada 21 dan 22 Jun tidak semestinya menulis mengenai majlis tersebut, namun ianya dialu-alukan.

Ia merupakan satu usaha untuk mewujudkan satu rangkaian blogger di Malaysia dalam satu majlis bertaraf antarabangsa dan memperolehi pandangan berkenaan pergerakan keamaanan global.

PEACE dan jumpa anda di sana.

Permalink : Jeff Ooi

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger