Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 04 July 2006

Diari Akademi Fantasia 06 03 & 04

Apalah yang akan jadi bila Faizal sendiri dapat lagu Inggeris pada minggu depan atau minggu lagi depan atau lagi depan. Dia bukan sahaja tidak berkemampuan untuk menyanyi lagu Inggeris malah tidak pandai membaca dalam Bahasa Inggeris. Sebutannya satu-satu terpaksa diperbetulkan. Memang nampak benar Faizal bermasalah dengan lagu bonus tersebut. Sewaktu kawannya berlatih, dia sekadar melihat liriknya. Kalau kawan-kawannya bijak memancing, memancing undi maksud saya mereka sepatutnya menggunakan peluang ini untuk membantu Faizal. Saya sudah nampak kelibat Farhan dan Diddy cuba untuk membantu.

Hari ini nampak seperti hari makan di Akademi. Selepas timbang berat badan, ada sesi makan lagi dan lagi. Tidak cukup spaghetti, coklat pula diberikan. Orang nak bagi hadiah, takkan nak tolak. Dah orang nak beri, takkan kita nak tolak. Atau dengan kata lain, dah sponsor cari kita, bukan kita yang cari sponsor. Macam pernah aje ku dengar frasa tersebut.

Menuju Puncak khabarnya akan berubah corak. Apakah kerana Salima sudah tiada maka tarian boleh diubah ? Kita tengok sahaja hasilnya hujung minggu ini. Kalau sama saja, maka Salima bukan puncanya. Seblum ini pun saya sering melihat Salima antara tunjang utama tarian Menuju Puncak. Kalau boleh saya andaikan kelesuan Menuju Puncak adalah kerana lesunya semangat berpasukan dalam peribadi pelajar musim ini. Mungkin juga.

Nyanyian pelajar kalau dilihat berdasarkan persembahan hari ini nampak macam menarik. Lotter mungkin mampu memberikan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan. Itu pun berdasarkan gerak dan aksinya di atas pentas. Mutu vokal belum boleh untuk saya nilai.

Diddy nampak bersahaja dengan lagu Airmata Kasih. Penghayatannya mula keluar dan itu yang saya mahu lihat agar Diddy dapat tarik perhatian penonton dengan permainan emosinya dalam lagu tersebut. Tidak ramai yang tahu bahawa lagu tersebut merupakan lagu nyanyian ibunya sendiri. Secara tidak langsung sudah terjalin hubungan emosi antara Diddy dan lagu tersebut tanpa disedari. Diddy hanya perlu menggunakan peluang tersebut sebaiknya.

Waktu pertama kali Farhan mendapat lagu Kopi Dangdut, ramai juga yang mempertikaikan keupayaan Farhan untuk bergelek. Saya tidak melihat kejanggalan Farhan untuk bergelek dalam lagu tersebut. Ia nampak lebih natural dan mengalir dalam lagunya dengan baik. Pendek kata gelekan dan nyanyiannya terjalin dengan begitu serasi sekali. Itu baru latihan. Apa pula kelainan yang akan ditampilkan oleh Farhan nanti.

Muzik Video Biarlah Rahsia
Wow ! Dari segi kosmetik, memang muzik video tersebut telah berjaya menangkap perhatian saya. Menurut Siti Nurhaliza, tiada jalan cerita dalam muzik video tersebut dan hanya sekadar beauty shots. Sayang sekali. Mungkin Siti juga mengambil jalan selamat untuk tidak mengarang cerita Biarlah Rahsia untuk dimasukkan ke dalam muzik video tersebut. Ianya akan hanya sekadar mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran peminat-peminatnya mahu pun penonton dari kalangan orang awam. Komen saya cuma satu sahaja iaitu pergerakan kamera yang terlalu pantas sedikit sebanyak mengurangkan mood lagu tersebut. Kalau lebih perlahan tentunya akan lebih menangkap dan penonton akan dapat menghayati setiap bait lirik yang dinyanyikan oleh Siti. Dengan menggunakan khidmat pengarah yang sama, maka idea serta konsepnya tidak banyak berbeza. Saya menunggu hasil muzik video seterusnya iaitu Bisakah yang menggunakan khidmat pengarah filem pendek Malaikat Di Jendela dan Bukak Api iaitu Osman Ali.


A NIGHT OF HOPE WITH KAER
Tarikh : 29 Julai 2006 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : J.W.W Marriot Kuala Lumpur
Tema : Hitam dan Putih (Cantik, Menarik, Menawan, Vogue)
Makanan : Chinese Style ( 1 table : 10 orang sahaja)
Bayaran : RM60.00 (Untuk 100 ahli kaeratics yang berdaftar sahaja) selebihnya akan dikenakan bayaran normal RM 150.00

(APA TUNGGU LAGI.!!!! TEMPAT ADALAH TERHAD. KAMI MENGENAKAN CHARGE YANG CUKUP MINIMUM)

Untuk makluman semua, Objektif malam amal ini dijayakan adalah untuk mencari sumbangan serta memperkenalkan RUMAH TITIAN KASEH kepada masyarakat umum. Disamping itu juga, kami tidak melupakan insan-insan malang di Yogjakarta Indonesia. Sumbangan melalui bayaran aktiviti akan disumbangkan sebahagiannya. Selain itu juga, malam amal ini menjadi satu medan untuk Kaer bertemu dengan peminatnya yang setia menyokong kerjayanya dulu kini dan selamanya.

Malam amal ini akan dimeriahkan dengan :
1. Performance live dari Kaer .... diiringi oleh live band oleh Jenny Chin...with backup vocals + dancers..
2.Pengacara majlis yang cun n meletups.. FARAH FAUZANA in the house...LAYAN.........
3. Decoration stage dan dewan dengan Tema Hitam dan putih yang memikat kalbu
4.Cabutan bertuah untuk tetamu yng bertuah pada hari tersebut
5. 30 peminat bertuah dapt bermesra dan berjumpa in person with kaer selepastamat malam amal
6. Goddie bags yang amat menarik cetusan ilham dari Kaer sendiri
7. Jualan Produk-produk KAEREKA (cuision cover)

TARIKH TUTUP : 14 Julai 2006

Sebarang pertanyaan bolehlah terus di E-mail pada Zarul(zafi240781@yahoo.com) atau Alang alangros79@yahoo.com atau Kak Norli norli_matnoh@yahoo.com ! Cepat tau... jangan lambat...Nantikan performance Kaer's solo show live in J.W.W MARRIOT Kuala Lumpur

Untuk pembayaran pula, anda bolehlah berhubung terus dengan : Kak Liza : 019-3464156
Method pembayaran : Maybank (akaun no : 1140 5788 9524)
Sila bank in kan pembayaran anda. Kemudian faks kan salinan slip bank anda atau e-mail pada kak liza ke faks : 03-21619199/03-21619199/ yusmaliz@lion.com.my

Kalau sesiapa yang terasa nak baca iklan di atas versi karangan blog, silalah ke blog BadrulAfterSix. Nampak benar saya ini seorang yang pemalas. Mata dah kuyu dah ni. Katil dah memanggil-manggil. Esok kerja macam biasa dan buat rutin biasa. :)

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger