Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 October 2006 0 komen

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Dibacakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Mencari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

Seorang "Mencari Damai Abadi", seorang lagi "Melayu Mudah Lupa". Seorang "aku cari bukan harta bertimbun-timbun", seorang lagi "Dulu bangsanya teriak". Elok sangatlah tu !

Jasa negarawan ulung Tun Dr.Mahathir meletakkan Malaysia di peta dunia tidak akan dilupakan. Jasa Pak Lah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpenjara sia-sia juga tidak akan dilupakan.

Entri oleh sultanmuzaffar 24 October 2006 0 komen

Datuk Siti Nurhaliza !

Sinar Syawal semakin bergemerlapan buat Siti Nurhaliza. Baru dua bulan bergelar Datin setelah mengahwini Datuk Khalid Mohamed Jiwa, kini Siti Nurhaliza bakal bergelar Datuk apabila dikurniakan darjah kebesaran dari negeri kelahirannya, Pahang. Belum betah mulut para wartawan dan peminat memanggilnya Datin, kini gelaran baru melekat pada namanya, Datuk Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut menjadikannya artis paling muda menerima gelaran tersebut dan sudah tentu akan terpahat dalam The Malaysia Book Of Records.

Tuah Siti Nurhaliza…Jasanya dikenang negara. Kalaulah dikurniakan pingat oleh Kerajaan Persekutuan bukankah lebih bagus. :)

Entri Terpilih : 2006

Entri oleh sultanmuzaffar 23 October 2006 0 komen

  1. Pelajar Baru Akademi Fantasia 2006
  2. Tirai Akademi Fantasia 2006
  3. Konsert Prelude Akademi Fantasia 2006
  4. Diari Akademi Fantasia 01 01 & 02
  5. Diari Akademi Fantasia 01 03 & 04
  6. Diari Akademi Fantasia 01 05 & 06
  7. Diari Akademi Fantasia 01 07 & 08
  8. Diari Akademi Fantasia 01 09 & 10
  9. Konsert 01 Akademi Fantasia 2006
  10. Diari Akademi Fantasia 02 01 & 02
  11. Diari Akademi Fantasia 02 03 & 04
  12. Diari Akademi Fantasia 02 05 & 06
  13. Diari Akademi Fantasia 02 07 & 08
  14. Diari Akademi Fantasia 02 09 & 10
  15. Konsert 02 Akademi Fantasia 2006
  16. Diari Akademi Fantasia 03 01 & 02
  17. Diari Akademi Fantasia 03 03 & 04
  18. Diari Akademi Fantasia 03 05 & 06
  19. Diari Akademi Fantasia 03 07 & 08
  20. Diari Akademi Fantasia 03 09 & 10
  21. Konsert 03 Akademi Fantasia 2006
  22. Diari Akademi Fantasia 04 01 & 02
  23. Diari Akademi Fantasia 04 03 & 04
  24. Diari Akademi Fantasia 04 05 & 06
  25. Diari Akademi Fantasia 04 07 & 08
  26. Diari Akademi Fantasia 04 09 & 10
  27. Konsert 04 Akademi Fantasia 2006
  28. Diari Akademi Fantasia 05 01 & 02
  29. Diari Akademi Fantasia 05 03 & 04
  30. Diari Akademi Fantasia 05 05 & 06
  31. Diari Akademi Fantasia 05 07 & 08
  32. Diari Akademi Fantasia 05 09 & 10
  33. Konsert 05 Akademi Fantasia 2006
  34. Diari Akademi Fantasia 06 01 & 02
  35. Diari Akademi Fantasia 06 03 & 04
  36. Diari Akademi Fantasia 06 05 & 06
  37. Diari Akademi Fantasia 06 07 & 08
  38. Diari Akademi Fantasia 06 09 & 10
  39. Konsert 06 Akademi Fantasia 2006
  40. Diari Akademi Fantasia 07 01 & 02
  41. Diari Akademi Fantasia 07 03 & 04
  42. Diari Akademi Fantasia 07 05 & 06
  43. Diari Akademi Fantasia 07 07 & 08
  44. Diari Akademi Fantasia 07 09 & 10
  45. Konsert 07 Akademi Fantasia 2006
  46. Diari Akademi Fantasia 08 01 & 02
  47. Diari Akademi Fantasia 08 03 & 04
  48. Diari Akademi Fantasia 08 05 & 06
  49. Diari Akademi Fantasia 08 07 & 08
  50. Diari Akademi Fantasia 08 09 & 10
  51. Konsert 08 Akademi Fantasia 2006
  52. Diari Akademi Fantasia 09 01 & 02
  53. Diari Akademi Fantasia 09 03 & 04
  54. Diari Akademi Fantasia 09 05 & 06
  55. Diari Akademi Fantasia 09 07 & 08
  56. Diari Akademi Fantasia 09 09 & 10
  57. Konsert 09 Akademi Fantasia 2006
  58. Diari Akademi Fantasia 10 01 & 02
  59. Diari Akademi Fantasia 10 03 & 04
  60. Diari Akademi Fantasia 10 05 & 06
  61. Diari Akademi Fantasia 10 07 & 08
  62. Diari Akademi Fantasia 10 09 & 10
  63. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2006

Entri oleh sultanmuzaffar 19 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 19 (Indonesia: Yogyakarta)


Image Hosted by ImageShack.us

Tragedi gempa bumi Mei 2006 yang berlaku di bandar kedua terbesar Indonesia, Yogyakarta amat memeritkan. Tragedi tsunami masih lagi segar di ingatan, gempa bumi menambahkan keperitan. Indonesia bagaikan tidak putus–putus dilanda bancana alam yang membawa kemusnahan.

Ziarah bergerak ke Yogyakarta di bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi memaparkan keperitan yang dialami umat Islam di sini menjalani rukun Islam ketiga dalam keadaan serba kekurangan.

Ziarah turut memperlihatkan kesedihan yang melanda bumi Yogyakarta yang kehilangan 5,782 penghuninya dan tragedi gempa bumi tersebut. Seramai 36,299 warga Yogyakrta tercedera dan lebih 600,000 mangsa kehilangan tempat tinggal.

Kemurungan dan kesedihan dapat dirasakan di setiap wajah mangsa gempa bumi yang bakal menyambut kehadiran Syawal tanpa sebilangan besar ahli keluarga mereka.

Gempa bumi sama sekali meranapkan sebilangan besar sumber ekonomi mereka, meninggalkan warganya terkapai–kapai serta terpaksa menyambut Ramadhan Al-Mubarak serta Syawal yang bakal tiba dengan persediaan ala kadar.

Ziarah turut menumpang sama merasai penderitaan mereka. Tinggal sebumbung dan berbuka puasa bersama mangsa antara yang termampu Ziarah lakukan dalam menghayati penderitaan mereka.

nota sultanmuzaffar : Indonesia menangis lagi. Bala apa yang menimpa setelah bumi Acheh digulung bencana tsunami, kini Yogyakarta pula digegar bencana gempa bumi. Indonesia masih menangis. Anak-anak hilang sekolah, ibu hilang dapur, bapa hilang kantor, semuanya ranap sama sekali. Episod Ziarah ke 19 membawa penonton ke daerah Bantul, daerah yang paling kuat menerima kesan gegaran. Kini kebanyakan penduduk Bantul masih tinggal di bawah khemah.

Penderitaan kanak-kanak kecil bernama Anis sungguh mengharukan. Melihat ibunya mati di hadapan matanya menjadi igauan buruk untuknya. Semoga Anis akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan sukarnya untuk mendaki masa depan yang lebih gemilang.

Jika ada sesiapa yang sedar, saya lebih menggemari mengulas episod sedih Ziarah. Dari episod Lubnan hinggalah episod Yogyakarta. Episod yang mampu mengundang air mata, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kanak-kanak. Tidak sukar untuk mempercayai kerana itulah saya lebih menggemari Akademi Fantasia. Ziarah sebuah program yang saya fikir mampu memahat emosi terutama pada episod-episod duka menggambarkan kesengsaraan penduduk Islam sekitar kita. Yogyakarta memberikan kesan emosi yang bukan sedikit kerana ianya berlaku hanya di seberang kita. Saudara kita. Satu perkara lagi yang membuatkan saya menyukai Ziarah adalah skrip voice-over yang dikarang dengan teliti agar ia memberikan kesan emosi apabila visual dan teks disatukan untuk ditonton. Memang saya suka sangat dengan skrip tersebut.

Lewat malam, episod terakhir Seputeh Qaseh Ramadhan pula ditayangkan. Sebuah lagi kisah duka masyarakat yang divisualkan dalam drama bersiri tersebut. Dibarisi pelakon-pelakon yang mantap dan bernama besar seperti Arash Mohamed, Eja, Fahrin Ahmad, Ifa Raziah, Khencana Dewi dan beberapa lagi telah memaku saya di depan TV setiap hari Selasa hingga Khamis. Saya tabik dengan penulis lakon layar drama bersiri ini kerana pada saya setiap watak telah diberikan keadilan untuk hidup dalam hati saya. Setiap watak diberikan warna indah yang sukar digambarkan. Terlalu indah. Setiap watak ada sisi baik dan ada sisi jahat. Arash Mohamed contohnya terlalu dayus tetapi masih menyayangi bekas isterinya dan cuba untuk berbuat baik walaupun di penghujung episod beliau menceraikan isterinya. Fahrin Ahmad seorang peguam pada mulanya menyuntik elemen jenaka dengan kegigihannya untuk memikat Qaseh dan wataknya berkembang menjadi penyelamat Qaseh yang menjadi penuh emosi. Ibu mertua Qaseh, Umi yang begitu zalim punya elemen komedi apabila berhadapan dengan menantunya Ifa Raziah yang amat bimbo. Itu lah keindahan perwatakan yang telah digarap dalam Seputeh Qaseh Ramadhan. Kalau ada buat VCD, sudah pasti saya beli.

Satu adegan yang paling menyayat hati, apabila di saat kematian Qaseh beliau masih mahu merasai nikmat menyuap makanan ke mulut anak-anaknya. Antara tiga anak-anaknya, Along yang paling tidak pandai berlakon. Seri anak paling bongsu hebat dalam drama ini. Angah berada di pertengahan.

Banyak juga yang saya terbaca komen di forum tentang drama ini. Kata mereka drama ini tidak logik. Anggap saya ia sebagai satu hiburan. Tidak ada yang tidak logik dalam hiburan. Konsep kamera dalam drama ini lebih mementingkan close-up. Solekan yang tebal amat perlu untuk mencantikkan visual. Konsep yang sama banyak digunakan dalam telenovela Indonesia seperti Hikmah. Ekspresi wajah pelakon dapat dilihat dengan jelas dan saya harus mengakui emosi mereka sampai. Yang saya dapat lihat, antara pelakon yang telah menangis dengan betul tanpa penggunaan Eye-Mo ialah Khencana Dewi, Angah dan Seri. Itu antara yang saya yakin telah menangis dengan betul. Arash, Fahrin, Along dan Eja masih boleh dipertikaikan.

Image Hosted by ImageShack.us

Episod 20 (Indonesia: Yogyakarta)

Sebelum berlakunya tragedi gempa bumi Mei 2006 yang mengorbankan 5,782 rakyat Yogyakarta, bandar tersebut dalam persiapan untuk dijadikan pusat perlancongan utama Indonesia.

Terkenal dengan pelbagai jenis tarikan pelancong seperti kebudayaan, seni bina dan candi, gempa bumi hanya mencacatkan sedikit tempat perlancongan di sini.

Ziarah meneruskan pengembaraan di Yogyakarta, bagi menjejaki kesan kemusnahan di Klaten yang kini menjadi parut di bumi ini. Turut menjadi perhatian, mangsa gempa bumi yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup.

Hanya kegiatan perlancongan sahaja yang mampu mengembalikan bandar ini ke asalnya serta mengurangkan beban yang dialami mangsa gempa bumi di sini.

Ziarah turut melawat beberapa tempat perlancongan di sini seperti Water Palace dan Kraton’s Main Pavilion serta mendekati Gunung Merapi yang hanya aman selama 14 tahun sebelum berlaku letusan pada tahun 2006.

Ziarah turut tidak melepaskan peluang untuk melihat pembangunan yang sedang dilakukan di sini serta kesan bantuan masyarakat antarabangsa yang mencurah–curah diterima Indonesia selepas berlakunya tragedi gempa bumi 2006.

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Ziarah
Episod 18 (Kyrgyzstan: Bishkek)

Image Hosted by ImageShack.us

Di Kyrgyzstan, lokasi kami di Bishkek. Ia merupakan ibu kota negeri yang mempunyai kepadatan penduduk lebih dua juta orang.

Sesampai kami di sini, kami melawat bangunan yang menjadi mercu tanda bandar Bishkek seperti Dataran Manas, dan pentadbiran Gabenor.

Kami berkunjung ke sebuah masjid iaitu ‘Central Mosque of Bishkek’ di mana ia menempatkan masjid tertua yang berusia lebih 100 tahun.

Oleh kerana bangunan lama tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai, pentadbiran masjid memutuskan untuk membima bangunan baru yang telah siap pada tahun 1995.

Beberapa jam kemudian, kami singgah ke sebuah bazaar di Bishkek. Ini merupakan lokasi terakhir kami untuk berada di bumi Kyrgyzstan.

nota sultanmuzaffar : Jangan Raya Tanpa RIA akan jadi Tak Raya Tanpa RIA !

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 18 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 17 (Kazakhstan: Taraz)

Image Hosted by ImageShack.us

Di Taraz, kami singgah ke Bazar, sebuah pasar di pekan Taraz. Selepas solat Asar di sebuah masjid, kami bernasib baik kerana dapat bertemu dengan seorang usahawan produk makanan halal – daging dan ayam.

Beliau pernah memenangi anugerah tempat pertama dalam pertandingan bertaraf dunia yang diadakan di Kuala Lumpur, dalam menyediakan produk makanan daging halal.

Keesokkan harinya, kami singgah ke Madrasah Nur of Islam, sebuah madrasah kecil yang terdapat di daerah Taraz. Kami mendapati mereka mengadakan aktiviti kelas membaca al-Quran, sejarah kedatangan Islam, dan tafsir al-Quran. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada golongan remaja dan warga tua.

Apa yang menarik, usaha menubuhkan madrasah ini diusahakan hasil titik peluh Uztaz Zainaltullah, tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Usaha ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Selepas itu, kami terus menziarahi ke sebuah rumah peladang, tidak jauh dari madrasah tersebut. Mereka hidup dengan aman dan bahagia di samping penjagaan binatang ternakan seperti kuda, lembu dan kambing biri-biri.

Image Hosted by ImageShack.us

Ada orang complaint pasal saya tak letak gambar. Entah gambar apa saya letak pun saya tak tahu.

nota sultanmuzaffar : Semalam ada rakaman Anita Raya di Astro. Sampai jam 12 tengah malam melayan wartawan yang hadir. Ada seseorang yang memberi amaran, "jika kau blog aku akan pastikan blog ko mati !" Itu amaran dia. Sedikit pun saya tidak gentar kerana dia bukan Tuhan yang boleh mematikan apa-apa. Petang ini suasana lebih aman di Majlis Berbuka Puasa Media bersama ArtistesUnited. Makan dengan aman dan pulang dengan aman. Kadang-kadang saya simpati dengan kawan-kawan saya yang menjadi mangsa syarat-syarat sang paranoid. Teringat saya kepada Ridwan, suami kepada Seputeh Qaseh yang disiarkan di TV3. Sudah hampir ke penghujung drama bersiri itu, Seputeh Qaseh Ramadhan. Sempat singgah ke Star Hill untuk jalan-jalan tengok-tengok. Nak singgah ke Louis Vuitton tak berani nak tanya harga. Belum cukup syarat orang kata. Hanya berani menjejakkan kaki ke Raoul. Dapatkan satu tali leher untuk satu majlis yang akan berlangsung pada Hari Raya Kelima. Lepas raya memang kena kerja lebih sikit pasal bulan November perlu bercuti. Rakan sekerja saya ada yang sudah menempah untuk cuti bulan Disember. Cover-mengcover ini memang perkara biasa. Esok tiada apa-apa melainkan perbincangan untuk Puteri Gunung Ledang The Musical : Esplanade Experience. Mungkin ramai yang telah mengetahui tentang tagline Raya Astro tahun ini iaitu Jangan Raya Tanpa RIA. Saya perlu memastikan technician Astro sampai ke rumah di kampung sebelum menjelang raya, kalau tidak tagline raya saya tahun ini menjadi Tak Raya Tanpa RIA.

Image Hosted by ImageShack.us

Diddy & Yanie : Saling Terpesona

Image Hosted by ImageShack.us

Zaman groupie saya sudah berlalu...My new Guardian of Angel ! ahahahaha

Beberapa hari yang lepas saya telah ke Utusan Studio untuk menyaksikan sendiri proses rakaman untuk lagu terbaru Yanie. Itu hanya rakaman demo. Dari jam 11 malam hingga 2 pagi. Mata pun dah tak boleh tahan dah. Kena juga balik. Lagipun hari Isnin adalah hari bekerja.

Kata Aidit Alfian, jangan serik untuk datang lagi. Memang ada sikit serik untuk datang lagi kerana saya memang tidak suka menunggu. Saya mahu sesuatu yang cepat. Saya memang tidak suka sesuatu yang lambat. Lebih-lebih lagi orang yang tidak tahu menghargai masa dan suka tidak tepati janji. Memang pantang paling utama ! Proses rakaman ambil masa yang agak lama lebih-lebih lagi untuk seorang penyanyi yang masih baru seperti Yanie. Saya pernah terbaca, Siti Nurhaliza rakam lagu dalam masa satu jam saja. Ning Baizura catat masa terpantas dengan hanya 45 minit.

Kalau sebelum ini saya pernah ke lokasi pengambaran drama. Pun sama juga. Cut sana, cut sini. Angle sana, angle sini. Zoom sana, tight shot sini. Memang ambil masa yang amat lama. Lebih-lebih lagi untuk yang menunggu. Itu baru drama, belum lagi filem.

Walaupun ada terdetik sedikit serik, tapi saya belum puas. Saya mahu mengetahui lebih lanjut dan lebih terperinci. Untuk pengetahuan, apa salahnya. Mungkin sebab itulah saya lebih menyukai sesuatu hiburan yang live/secara langsung. Teater lebih secara langsung. Konsert juga secara langsung. Kerja-kerja tidak secara langsung agak memakan masa yang lama seperti rakaman program, rakaman album, pengambaran drama/filem.

Saya lebih menghargai kerja secara langsung seperti teater dan konsert kerana lebih jujur dan tidak ditipu dengan kerja-kerja komputer atau suntingan.

Saya masih ingat lagi beberapa entri saya sebelum ini yang pernah menulis tentang bagaimana tekadnya saya untuk menjadikan blog ini sebagai batu loncatan untuk melangkah ke dalam industri hiburan tempatan. Saya tidak kata semuanya telah tercapai kerana masih banyak lagi yang perlu ditimba. Siapa sangka ? Saya sendiri tidak menyangka bagaimana sebuah blog mampu mengubah hidup seseorang. Hampir 5 tahun lalu, saya dan Nizam Zakaria sama-sama membina sebuah blog pada masa yang hampir sama. Kejap benar masa berlalu. Kini, masing-masing mula membina kerjaya baru yang telah dikukuhkan dengan adanya portfolio sebuah blog untuk dijaja.

Selama tiga tahun saya melihat Akademi Fantasia dari luar, tahun keempat saya melihat Akademi Fantasia dari dalam. Ramai di luar sana yang mengimpikan untuk berada di tempat saya. Ya, saya tahu. Memang ada. Perspektif baru ini tentunya memberikan persepsi yang berbeza dari sebelumnya. Tiga tahun saya menjadi pengulas setia, tahun ini apabila dikritik pasti sedikit terasa. Tapi itu asam garam hidup.

Kini setelah mengetahui bagaimana sukarnya untuk merakamkan sebuah album. Kepayahannya hanya mereka sahaja yang tahu. Tentu persepsi saya juga berubah terhadapnya. Apatah lagi untuk memasarkannya dan memberikannya nyawa untuk terus hidup dan berada di rak-rak jualan. Pengalaman menghadapi kesukaran melancarkan album telah saya rasai sewaktu terlibat dalam Nikki : Glass House Project.

Teater ? Pernah juga merasai bagaimana berlakon depan khalayak penonton. Kini lebih selesa melakukan kerja yang saya memang arif iaitu merekabentuk laman web. Biarkan kerja-kerja lakonan, pelakon yang arif lakukan.

Saya serik ? Ya ! Serik tapi Belum Puas ! Ilmu perlu terus dikejar. Saya tidak gentar walaupun ada yang memberi amaran.

Yang masih hutang entri tentang The Mawi's

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 16 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 16 (Kazakhstan: Syhmkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Di bandar Syhmkent, kami solat Jumaat di Masjid Haji Daud Shaginbai. Ia merupakan sebuah masjid yang tertua di bandar Syhmkent berusia lebih 100 tahun.

Kami cuba merakamkan visual masjid tertua dan menemuramah imam masjid tersebut, malangnya terdapat halangan dari pihak jawatankuasa masjid.

Oleh kerana semangat persaudaraan sesama Islam masih jitu di kalangan jemaah, mereka sudi ditemuramah dan pertemuan itu diaturkan di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan masjid.

Antara persoalan yang diajukan adalah mengenai perkembangan Islam di Kazakhstan, masa depan kehidupan umat Islam dan harapan suara hati yang mewakili umat Islam di Syhmkent untuk menghidupkan kembali syiar Islam pada masa akan datang.

Dalam perjalanan ke Taraz, kami singgah ke Makam Aisha Bibi. Tidak jauh dari situ, terdapat juga Makam Karakhanda. Kedua-dua makam ini saling berkaitan antara satu sama lain, berkisarkan mengenai sebuah cinta agung yang suci.

nota sultanmuzaffar : Bila rakan sekolah lama bertemu, pasti banyak cerita yang dikongsi bersama. Dari cerita-cerita sekolah hinggalah ke cerita-cerita terkini. Semalam saya pergi berbuka puasa bersama hampir 20 orang rakan-rakan satu asrama sekolah menengah saya dulu. Bukannya makan yang dipentingkan sangat tetapi peluang untuk bertemu setahun sekali. Macam saya sentiasa sibuk dengan kerja, ada pula yang sibuk dengan kerja dan keluarga tidak kurang juga yang masih sibuk membuka cawangan baru. Majlis malam itu dianjurkan oleh Nizam. Bila dah tua-tua ni baru dia nak jadi belia yang suka anjur benda-benda mulia lagi makmur macam semalam. Masa zaman muda-muda dulu, dia lah yang paling pelesit sekali. Yang bestnya, budak-budak yang masa zaman muda-muda dulu belia yang teramat, kini menjadi antara yang paling malas nak anjur benda-benda macam ni. Nak buat macam mana, ada yang kerja doktor, pengurus sana, pengurus sini dan macam-macam lagi. Ada yang pertama kali kami berjumpa setelah 20 tahun tidak bertemu. Memang sukar untuk mengecam wajah masing-masing. Ada yang ingat nama, tidak ingat muka dan sebaliknya. Yang dulu bertudung, sekarang tidak, yang dulu tidak, sekarang bertudung. Macam-macam...

Bila dah ramai berkumpul ramai-ramai, segala macam cerita yang diulang kembali. Walaupun ada di antara cerita-cerita itu yang mahu saja dilupakan tetapi semalam diperingatkan kembali. Tak reunion lah namanya kalau tak cerita tentang nostalgia-nostalgia dulu. Dari cerita main mercun serang asrama puteri, kena rotan warden asrama, tengok filem xxx, berebut girlfriend, hantu asrama, keluar "menyalah" atau keluar tanpa kebenaran dari asrama, panjat pagar keluar tengok konsert rock, senior pukul junior, junior pukul senior, serta beberapa aktiviti yang tidak wajar disebut di sini. Tapi yang paling melucukan ialah bila ada di antara kami yang bengang dengan warden asrama kita akan membalas dendam dengan meraba anak perempuan warden asrama. Memang lucu bila diingat-ingat kembali. Itulah nostalgia zaman sekolah asrama yang memang melucukan. Cerita yang kalau diulang beberapa kali pun tidak akan menjemukan. Hilai ketawanya masih panjang...

Sekitar zaman 1987-1990 memang zaman buta IT. Kalau ada pun tak semua sekolah yang ada kemudahan tersebut. Tapi memang dari dulu saya minat bab-bab komputer, maka mereka akan tiru jawapan-jawapan peperiksaan komputer. Saya masih tergolong dalam mangsa rat race dan yang meniru sudah ada yang jadi doktor. Sekarang tengah buat master pasal kerajaan cakap kalau nak naik gaji kena buat master. Sekarang ni pasti doktor tu akan jadi doktor panel untuk kami dapatkan MC murah.

Dilihat dari fizikal, semuanya sudah mengembang 50% dari bentuk asal hampir 20 tahun dahulu. Kecuali seorang dan seorang itu ialah saya ! Makin kurus kata mereka. Entahlah ! Saya rasa sama saja. Kita patut melakukannya lebih kerap lagi. Cuma ada beberapa hari Dr.Azam kena on-call. Kena cari hari lain.

Yang hadir malam itu ialah Nizam, pelesit yang jadi penganjur, Aminurasyid yang kalau buka cermin tak akan nampak bola, Sirajuddin aka Lobo paling cemerlang sehingga ditendang, Ardi aka Mentol pasal hidung dia besar, Hakim, playa sekerat jalan, Nasir buat aeronautical engineering tapi tak kerja bidang tu, Amirul Ezam aka Buntat dulu gemuk sekarang kurus, Nadzrul Hidzam aka Mat Tempur pasal duduk di Sungai Besi, Azlin budak satu kelas dengan saya, Sam yang saya tidak sedar kewujudannya di sekolah itu dan beberapa orang junior yang turut serta.

Selesai di Mid Valley, berpindah ke Mamak Teh Tarik ! Gelak ketawa makin panjang...

Selepas semua beredar pulang, saya tidak terus pulang kerana saya perlu singgah sebentar di Utusan Studio untuk melihat sendiri rakaman demo untuk lagu terbaru Yanie sebagai memenuhi jemputan Mr. Manager. Bertemu dengan beberapa muka baru yang selama ini hanya saya kenal menerusi skrin televisyen, dada akhbar atau helaian majalah. Saya akan tulis lebih lanjut tentang aktiviti ini di entri esok. Hilai ketawa saya makin panjang...

Mawi vs Wartawan Hiburan
Satu dunia sedang berbicara tentang kemelut emosi yang melanda Mawi dan Wartawan Hiburan tempatan. Mana-mana saya terbaca tentangnya termasuklah melalui blog Maman. Adakah saya perlu bersuara walaupun menyedari berjuta mata sedang merenung tajam ke arah saya, berjuta mata pedang sedang menanti di leher saya ? Saya tertarik untuk memberikan sepotong kata dari jauh buat Mawi walaupun tahu yang dia bukannya baca apa yang saya tulis pun. Mawi, jika anda mahu membersihkan tong najis, jangan masuk ke dalam tong najis tersebut untuk membersihkannya dari dalam. Bersihkannya dari luar. Untuk wartawan pula : Kawan-kawan, anda bukannya Tuhan yang boleh mengubah/menambah/menidakkan rezeki yang telah dikurniakan. Ingat tanggungjawab anda dan jangan sesekali memesongkan niat anda. Untuk saya : Muzaffar, buat saja kerja yang telah diamanahkan dan yang anda suka lakukan. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan... Biarkan... Biarkan...

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 14 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 15 (Kazakhstan: Syhmkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Syhmkent, adalah ibu kota ketiga terbesar di Kazakhstan, selepas Almaty dan Astana. Dengan kepadatan penduduk melebihi satu juta orang, majoriti daripada mereka adalah beragama Islam.

Kesibukan suasana di Syhmkent dari pagi hingga ke lewat malam menghangatkan lagi suasana dengan gelagat anak-anak muda berpelesaran di pusat-pusat hiburan. Malah, ada di kalangan mereka menyambut kehadiran kami dengan ramah.

Di daerah Turkistan, terdapat sebuah makam dikenali sebagai Makam Khodja Ahmed Yassavi. Ia adalah sebuah makam seorang ahli Sufi, di mana dia menyebarkan karya-karya puisi berunsur kecintaan kepada ketuhanan, dan sesama manusia.

Tidak jauh dari makam tersebut, kami menziarahi sebuah rumah yang didiami oleh seorang warga emas.

nota sultanmuzaffar : Rasa diri terlalu kecil apabila berada di hadapan semua pencinta-pencinta filem dan drama tanahair. Mereka berbicara dari satu topik ke satu topik tentang drama dan filem tidak henti-henti. Rasanya lebih senang duduk semeja dengan khalayak filem atau drama yang masih belum mengecap apa erti populariti. Mereka lebih senang didekati. Mereka boleh dikategorikan sebagai berbakat tetapi belum popular atau pun berbakat tetapi tidak popular. Mujur lah bukannya popular tetapi tidak berbakat. Adakalanya menjadi lebih seronok apabila mengingati yang kita pernah berada di lokasi pengambaran untuk drama mereka yang pertama dan hari ini mereka bercerita tentang drama-drama yang telah mereka siapkan. Menjadi lebih manis bila kita menjadi saksi entri pertama blog yang pernah dibina dan hari ini kita menyaksikan kita sama-sama berbicara tentang projek skrip drama dan filem untuk masa akan datang. Inikah yang dimaksudkan kejayaan ? Belum. Ini baru sekadar mimpi. Walaupun dalam mimpi itu kita akan hanya menemui kebahagian.

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 13 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 14 (Uzbekistan: Bukhara)

Image Hosted by ImageShack.us

Di pertengahan Samarkand ke Bukhara, terdapat juga sebuah makam yang dipercayai Makam Nabi Daud, terletak sejauh 40 km dari Samarkand.

Kami terpaksa merentasi kawasan pergunungan untuk sampai ke puncak dengan menunggang kuda. Menurut maklumat dari penduduk, di situlah Nabi Daud disemadikan yang tertutup dengan celah batu di dalam sebuah gua.

Di Bukhara, kami berpeluang melihat seni bina Islam yang menempatkan empat Bakar, iaitu ‘Chor Bakr’. Ia adalah sebuah makam bagi empat Bakar, sekumpulan pendakwah dipercayai dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadikan Bukhara sebagai tempat pendakwahan dan penyebaran agama Islam.

nota sultanmuzaffar : Sekali lagi saya keluar berbuka puasa di luar. Saya tidak sempat menonton Ziarah. Cuma sempat menonton Seputih Qaseh Ramadhan. Kali ini memenuhi undangan The Red Kebaya. Filem ini akan mula ditayangkan pada 23 November ini. Saya tergamam sebentar dengan reaksi yang ditunjukkan oleh para pelakon, tenaga produksi, pengarah filem itu sendiri terhadap bahan di blog saya. Saya kehilangan kata-kata. Lebih kelu bila duduk bersebelahan dan berbual bersama Samantha Shubert dan Kate James (penyunting untuk PGL versi filem)!! Apa yang berlaku di sana biarlah mereka yang hadir sahaja yang tahu. Ramai juga kawan-kawan saya yang ada sama dan duduk semeja bersama. Antaranya Isma Yusoff, Nizam Zakaria, Malique, Kash Ed, Muid Latif, TVSmith, Suanie dan beberapa rakan media yang saya kenali sebelum ini. Disambut oleh Sandra Sodhy yang bertindak sebagai publicist pada malam itu. Beliau saya kenali melalui Mat Gelap dan teater Hip Hopera. Saya beli soundtrack teater tersebut kerana saya amat suka dengan teater (lagunya juga) itu. Afdlin Shauki pun berlakon dalam teater tu. Zaman Afdlin kurus lagi. hahaha.

Malam tadi sahaja saya terima dua undangan. Saya harus buat keputusan. Antara The Red Kebaya dan Cicakman. Saya memilih The Red Kebaya. Sebuah filem Malaysia yang berbahasa Inggeris hampir keseluruhan perjalanan ceritanya dan diarahkan oleh seorang Mat Salleh. Tidak banyak yang boleh saya perkatakan. Tunggu saja pada 14 November ini bila tayangan media diadakan. Saya juga mahu ke Gala Premiere itu pun jika saya masih belum terbang ke Singapura untuk Puteri Gunung Ledang The Musical : Esplanade Experience. (YES !! Dah siap !)

Kenapa saya ternanti-nantikan filem ini ? Pertama Ramli Hassan. Kedua Vanida Imran. Kedua-duanya merupakan pelakon teater yang dikagumi. Ramli saya tonton dalam Rashomon dan Rubiah. Vanida Imran melalui filem Perempuan Melayu Terakhir, teater Anugerah, pelbagai versi teater Lantai T.Pinkie. Saya mahu melihat Vanida Imran kembali ke dunia lakonan filem yang benar-benar memukau. Selepas PMT, Vanida seakan hilang punca dalam lakonan filem. Saya berharap benar kalau-kalau TRK dapat menyinarkan kembali Vanida Imran.

Sebelum ke majlis tersebut, saya sempat singgah di KLCC. Buat pertama kalinya saya mahu menjadi BadrulAfterSix. Saya mahu merasai sendiri bagaimana nikmatnya membeli-belah di Raoul. Saya pernah menjejakkan kaki sekali ke Raoul, sekadar menjadi penonton. Tadi saya beli sehelai. Harganya memang menakutkan. Itulah sekali sahaja kerana saya singgah sebentar di Raoul hanya sekadar ingin merasa nikmatnya bukan untuk menjadikannya tabiat. Sehelai baju kalau harganya lebih dari RM199 memang saya dah rasa amat mahal. Saya memang berkira orangnya. Lebih-lebih lagi untuk diri sendiri. hahaha

Singgah pula di Outlet Nokia. Saya memang menghadapi masalah besar dengan memori telefon bimbit saya. Saya perlu menaiktarafkan memori telefon bimbit itu. Saya beli 1GB. Selesai majlis The Red Kebaya, saya hantar Nizam di KLCC. Singgap minum di KLCC. Aduuuh...cerita sama yang diulang lagi dan amat membosankan. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya sendiri tidak pasti bilakah ia akan berakhir. Kalau tidak berakhir sekalipun, saya sudah melangkahkan dua-dua belah kaki saya di sini. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan...biarkan...

Sebelum terlupa, jangan betulkan monitor anda kerana memang ada masalah dengan domain name untuk hosting saya. Kerana kesibukan yang terlampau, saya terlupa untuk memperbaharui servis tersebut. Mujur sekadar digantung. Tadi sudah buat pembayaran melalui Maybank2U, InsyaAllah menjelang pagi pasti akan kembali normal. (Updated : Masalah domain belum diselesaikan)

Satu malam untuk meraikan diri sendiri. Alhamdulillah.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 13 (Uzbekistan: Samarkand)

Image Hosted by ImageShack.us

Selain itu, kami tidak melepaskan peluang melawat ke tempat-tempat sejarah Islam, yang banyak terdapat di sini. Kesenian dan keaslian bangunan Islam di sini jelas menunjukkan mereka amat menghargai nilai-nilai sejarah seni bina Islam yang berabad lama.

Di Samarkand, kami berkunjung ‘Ulughbek and His Observatory’ di mana tersimpannya penemuan dan penciptaan sains dan astronomi Islam.

Makam Imam Al-Bukhari, tempat yang menyimpan kenangan manis buat kami kerana kami satu-satunya media Malaysia yang berjaya masuk ke makam itu yang sebelum ini menjadi larangan kepada semua pihak.

Makam Shahizinda, dikenali sebagai ‘A Living King’ menempatkan 11 makam termasuk makam Kussam ibn Abbas, yang dibina sejak kurun ke 14.

nota sultanmuzaffar : Akan dikemaskinikan. Aktiviti luar rumah kerana menonton Devil Wears Prada. Sebuah filem yang santai untuk saya melihat industri fesyen secara lebih dalam. Tidak banyak bezanya dengan industri hiburan. Sesiapa yang masuk dalam industri tersebut jika tidak kena gayanya, pasti hanyut dengan glamor. Jika tahu merancang diri sendiri serta tahu batas-batasnya pasti tidak sesat dalam kerlipan bintang. Bercakap tentang sesat, dua hari lepas hari sewaktu ruang udara Kuala Lumpur dilanda jerebu, bukan tersesat jalan cuma terlepas satu simpang yang terakhir untuk ke Astro. Akibatnya saya terpaksa membuat pusingan di UPM. Jauh benar tersasarnya. Mujur hari bercuti untuk Selangor maka jalan tidak sesak.

Sejak beberapa minggu yang lepas saya telah dilanda satu penyakit. Agak memudaratkan jika penyakit ini tidak dirawat segera. Saya suka berangan-angan. Tidak kira waktu. Masa memandu, sebelum tidur, semasa bekerja dan sekarang pun saya berangan. Orang kata angan-angan itu baik untuk meningkatkan motivasi. Angan-angan akan menyebabkan kita terus gigih berusaha untuk memastikan angan-angan itu menjadi kenyataan.

Apa yang ingin dibuat sekiranya saya dapat wang tunai RM20 juta ringgit. Pelbagai perancangan yang ada dalam kepala saya. Semuanya boleh diulang sekiranya saya menyambung angan-angan itu keesokkan harinya. Kalaulah ia menjadi kenyataan...

Entri oleh sultanmuzaffar 10 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 12 (Uzbekistan: Tashkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Uzbekistan bebas daripada jajahan Rusia dan mendapat kemerdekaan pada 1 September 1991. Antara tumpuan ekonomi utama mereka adalah industri kapas dan petroleum.

Tashkent, sebuah ibu kota negara yang dikenali sebagai bandar pusat perniagaan utama di rantau Asia Tengah. Dengan kepadatan penduduk melebihi 27 juta orang, majoritinya beragama Islam.

Di Tashkent, kami berkunjung ke Muzium Amir Temur. Amir Temur adalah seorang negarawan dan pemimpin dalam ketenteraan, dalam meluaskan empayarnya dari Laut Mediterinan hingga ke Tembok Besar China.

Sepanjang pemerintahan Amir Temur, terdapat golongan pemikir yang hidup sebagai saintis dan pemerintah seperti Maverannankhr Mirzo Ulugbek, dan pemerintah Khorasan Hussein Baykara.

Kami juga sempat berkunjung ke Bazar Tashkent, sebuah pasar yang menjual barang-barang perniagaan seperti karpet, pakaian dan cenderamata.

nota sultanmuzaffar : Wow ! Google telah membeli YouTube dengan nilai US$1.65 billion. Perrghh ! Satu perkembangan menarik untuk teknologi "new media" dunia. Perkhidmatan video yang diberikan secara percuma seakan-akan saingan perkhidmatan berbayar teknologi "new media" yang berbayar seperti 3G. Ini menjadikan perancangan untuk "new media" yang saya sedang kemukakan boleh berubah dalam sekelip mata. Tidak pasti sama ada ianya akan diterima atau pun tidak. Agak sukar untuk menjana pendapatan sekiranya menggunakan perkhidmatan percuma seperti YouTube. Kemampuan menarik pengiklan juga masih boleh dipertikaikan memandangkan perkhidmatan seperti ini masih agak baru di Malaysia. Satu model baru perlu dirancang secepat mungkin. Sudah sampai masanya penonton di Malaysia menyediakan bahan untuk tontonan mereka sendiri. Apakah penonton Malaysia sudah bersedia ?

Satu perkara yang menarik minat saya tentang perkembangan menarik ini ialah umur YouTube yang baru setahun jagung. Bayangkan dalam usia yang masih mentah sejak ditubuhkan pada Februari 2005 ia kini sudah menjadi milik Google yang semakin gah berdiri setanding dengan Yahoo!. Bukankah itu menyuntik semangat juang saya untuk berusaha lebih gigih dalam usia yang masih tidak cukup bulan di sini ? Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku...

Eh ! Yahoo! nak beli apa pula ? Google ada Blogger, Picasa, GoogleEarth dan Gmail. Tiada siapa-siapa yang ingin beli Amazon atau Ebay ke ? Apa agaknya nama yang akan digunakan bila penggabungan ini berlaku ? GoogleTube ? YoogleGube ? :)

Entri oleh sultanmuzaffar 09 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 11 (Lebanon: Hamra)

Image Hosted by ImageShack.us

Peperangan bukan sekadar kemusnahan, kehancuran atau kematian. Perkara yang lebih manakutkan adalah trauma yang dihadapi oleh mangsa peperangan terutamanya bagi kanak–kanak yang bakal meneraju masa depan Lebanon.

Atas kesedaran yang timbul, Ziarah bergerak ke Hamra untuk melihat segala usaha yang dilakukan bagi menghadapi permasalahan ini. Nasma: Learning and Resource Centre menjadi persinggahan pertama Ziarah.

Berfungsi sebagai pusat penjagaan kabajikan kanak–kanak, Nasma yang dikendalikan oleh Dr Najla Bacchour, bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian memulihkan kanak–kanak Lebanon daripada trauma. Nasma juga turut menjadi pusat pengedaran bantuan untuk pelarian di sekitar Hamra.

Ziarah turut melawat Sekolah Al Huda, kem pelarian sementara yang menerima bantuan daripada Nasma. Di sini jelas kelihatan trauma yang menghantui kanak–kanak Lebanon di sini.

Dari pandangan mata kasar dapat dilihat wajah kanak–kanak di sini ceria belaka. Namun di sebaliknya, terselindung duka yang lara dan dendam yang membara. Perasaan mereka disalurkan melalui lukisan yang penuh dendam. Peperangan sudah mengubah keperibadian mereka. Pergaduhan boleh dilihat merata–rata.

Antara yang menjadi perhatian Ziarah adalah Ibrahim. Kanak–kanak yang berusia 11 tahun ini menyalurkan dendam di hatinya melalui beberapa lukisan. Antaranya lukisan Condolezza Rice berbadan ular yang hanya menanti diri untuk dibaham oleh roh-roh mangsa peperangan. Cita–citanya yang ingin menjadi tentera Hizbullah turut memperlihatkan kedasyatan dendam di lubuk hatinya.

nota sultanmuzaffar : Ziarah berubah waktu siaran ke jam 7.00 malam selepas Azan Maghrib setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai hari ini hingga tamat bulan Ramadhan. Akan dikemaskinikan menjelang pagi Selasa kerana masalah biasa bulan Ramadhan. Berjual-beli di pasar juadah tanpa hati-hati pasti menimbulkan mudarat pada sistem penghadaman.

Berbalik kepada Ziarah, episod yang melibatkan trauma kanak-kanak pula disiarkan. Kalau hati tidak teguh, memang boleh mengalir air mata melihatkan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kanak-kanak Lebanon bertekad mahu mengangkat senjata untuk menentang rejim Zionis, kanak-kanak Malaysia berazam mahu mengangkat meriam untuk menyambut Hari Raya. Hanya itu bezanya. Kanak-kanak Lebanon sendiri sudah menyimpan dendam kesumat demi menentang penjajah yang menakluk negara mereka. Dalam umur sekecil Ibrahim Habri, beliau sudah mengenali siapa itu Condoleezza Rice. Bagaimana kezaliman Condoleezza Rice sentiasa tersimpan dalam hatinya agar bila besar kelak beliau dapat menentang kezaliman tersebut. Saya hanya mengenali siapa dia George Shultz, James Baker, Warren Christopher, Madeline Albright, Collin Power dan terkini Condoleezza Rice. Mereka inilah yang bertanggungjawab terhadap segala kezaliman dan keganasan yang berlaku di dunia ini. Kanak-kanak mangsa perang ditinggalkan oleh mereka untuk meneruskan ziarah ke Uzbekistan, Tashkent.

Entri oleh sultanmuzaffar 08 October 2006 0 komen

Robots : Star Movies (Ch 42, 29 Oktober, 10 malam)

Image Hosted by ImageShack.us

nota sultanmuzaffar : Sebagai teaser filem Robots yang akan ditayangkan di Star Movies (Ch 42) bukan sebarang filem. Buat pertama kalinya, Astro menyediakan sebuah filem untuk tontonan keluarga dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Antara pelakon yang terbabit dalam alihsuara ialah Aznil Hj Nawawi, AC Mizal, Sazzy Falak, Aziz Sattar, Rostam ERA, Elliza, S Azli dan ramai lagi bintang AF yang terlibat. Ada yang jadi peti surat, pembesar suara, pili bomba, tiang lampu dan juga tong sampah. Milik siapa suara-suara tersebut akan dikemaskinikan menjelang malam.

Image Hosted by ImageShack.us

Filem ini akan ditayangkan bersempena dengan musim raya tahun ini. Jadi tidak salah sekiranya filem yang menarik ini dialihsuara ke Bahasa Melayu bersesuaian dengan mood perayaan yang disambut pada waktu tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Antara watak-watak lucu dan manja yang akan menghiburkan anda terdiri dari Rodney (Aznil Nawawi), Fender (AC Mizal), Cappy (Sazzy Falak), Bigweld (Aziz Sattar), Piper Pinwheeler (Elliza), Aunt Fanny (Shahila Harun Shah), Lug (Dean KOSMO) dan ramai lagi. Ada di antara bintang AF yang pegang banyak watak kecil.

Image Hosted by ImageShack.us

Hazama : Elevator Executive #2, Executives, Guy In Conga Line, Kitchen Worker 2, Male Executives, Outmode Crowd, Salesman, Several Ball Guests, Several Bots, Train Conductor, Vacuum Nosed Robot dan Water Cooler Executives.
Felix : Fire Hydrant
Lotter : Mailbox, Mr Nuts
Diddy : Male Bot, Male Executives, Man In Crowd, Executive, Outmode Crowd, Passing Businessman, dan Riot Bot
Faizal : Trash Can dan Truck Driver
Yazer : Wrestling Announcer

Itu antara watak-watak yang ada. Ada banyak lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

Dalam perkembangan tugas, minggu lepas saya telah siapkan satu analisis tentang psikografik penduduk Malaysia berpandukan Media Atlas 2006 yang disiapkan oleh Synovate. Memang mencabar bila diberikan tugas untuk menganalisa data yang ada. Sebagai asas, saya mengkaji apa yang penonton Melayu baca, tonton, dengar dan buat sepanjang hari pada setiap jam. Semua data dah ada, cuma tinggal analisa sahaja. Jangan terkejut kalau majalah yang paling suka dibaca oleh orang Melayu ialah Mastika. Saya tidak terkejut sekiranya orang Melayu suka baca Harian Metro kerana pengedaran akhbar tersebut memang tinggi dan stesen radio yang paling suka didengar oleh orang Melayu ialah ERA. Ianya memang kenyataan.

Satu perkara yang paling menarik bila klasifikasi penduduk Malaysia dibahagikan kepada 8 kategori, seperti yang dikaji oleh Synovate. Kategorinya ialah The Achievers, The Me Generation, The Modern Aspirational, Mrs Bliss, Golden Oldies, Pakcik & Makcik, Grass Roots dan The Mawi's ! Saya tidak mahu cerita lebih lanjut tentang kategori lain, tapi saya akan cerita lebih lanjut apa yang telah diperolehi melalui kajian dan soalselidik Synovate untuk kategori The Mawi's. Tentu ada yang menarik.

Entri oleh sultanmuzaffar 07 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 10 (Lebanon: Beirut)

Image Hosted by ImageShack.us

Tarikh 12 Julai membuka lembaran baru dalam sejarah krisis Israel – Lebanon. Tarikh tersebut juga dimuatkan dalam jadual peperangan antara dua negara yang berlaku setiap dekad. Bermula pada 1978 hingga hari ini, krisis dua negara bagai tiada penghujungnya.

Ziarah bertekad serta memberanikan diri untuk memasuki Beirut, Lebanon melalui Homs bagi menyaksikan sendiri peperangan yang sedang meletus. Turut menjadi tarikan, keadaan rakyat Lebanon yang terperangkap dan menjadi pelarian di bumi sendiri.

Dalam keadaan yang kelam kabut di sini, Ziarah berjaya melepasi pemeriksaan Imigresen. Atas nama sesama Islam dan niat murni untuk melaporkan sendiri peperangan di Beirut, Ziarah diberi kebenaran melepasi sempadan.

Bersama Pengarah Besar Program Pendidikan dan Kebajikan Pelarian Palestin di Lebanon, Kassim Aina, Ziarah meneruskan perjalanan ke Sabra Shatila. Kem yang pernah menyaksikan tragedi pembunuhan lebih 3,000 umat Islam oleh Israel pada akhir 1980an.

Kem yang pada asalnya menempatkan pelarian Palestin kini turut diduduki oleh rakyat selatan Lebanon. Kebanyakannya wanita dan kanak–kanak, yang hanya mampu melihat bapa dan suami mereka kembali ke kampung halaman untuk berjuang.

Di sekitar kem ini, Ziarah sempat merakamkan beberapa kemusnahan yang kini menjadi hiasan di Beirut ini. Turut mencabar kewibawaan Ziarah, tiga letupan yang meletus sekitar 4 kilometer dari tempat Ziarah membuat rakaman.

nota sultanmuzaffar : Kisah Sabra Shatila pernah diabadikan dalam sebuah lagu puisi sekitar tahun 80an oleh pemuisi terkenal, Zubir Ali yang sewaktu itu menganggotai Kumpulan Harmoni. Bukan itu sahaja, lagu yang bertajuk Balada Seorang Gadis Kecil telah memenangi Lagu Terbaik di Pesta Lagu Malaysia 1983. Buat pertama kalinya dalam sejarah industri muzik Malaysia, saudara Zubir Ali merakamkan lagu tersebut dalam sebuah album yang bertajuk "Zubir Ali 06".

Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun, dikecam derita,
Di khemah pelarian, yang menjanjikan dukacita.

Munir tak mengenal erti cinta, telah kering airmata,
Menangisi kematian, ayah bonda dan saudara.

Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan, anak kecil dan wanita,

Munir ditembak penuh luka, tapi ajalnya belum tiba,
Kerana Tuhan mengasihi dia.

Peristiwa hitam 17 September, telah menjadi bukti,
Sempurnalah kekejaman suatu bangsa yang sombong dan hina.

Berapa banyak lagi, gadis kecil tak berdosa,
Akan menjadi mangsa, kekejaman manusia.

Berapa abad lagi gadis kecil seperti Munir,
Akan menjadi korban, peperangan.

Zubir Ali (17 Disember 1982)

Sebuah lagu yang amat tepat untuk menggambarkan kezaliman rejim Zionis yang berhati binatang berwajahkan syaitan tetapi bertopengkan manusia. Lengkap dengan paku di bahu dan di muka, syaitan ini masih dahagakan darah manusia lemah seperti Palestin. Lagu tersebut ditulis pada tahun 1982 dan masih relevan hingga kini. Dua puluh empat tahun dan dendam api kemarahan masih belum padam. Kerana apa ? Kezaliman rejim Israel belum pernah pudar. Dendamnya masih membara sehingga mahu melihat Palestin diusir dari tanahairnya. Namun demikian, semangat Palestin masih kental membina benteng di kubunya sendiri. InsyaAllah, satu hari nanti Palestin akan bermastautin di buminya sendiri. Alhamdulillah, saya sudah pun bermastautin di bumi saya sendiri setelah berjaya menentang rejim jahat ala Israel.

Dalam perkembangan yang kurang serius, Majlis Berbuka Puasa Seroja Muzikal Ramadhan Bersama Astro RIA telah pun selesai dengan selamat. Saya sendiri tidak menyangka ramai yang akan hadir. Di kesempatan itu juga saya sempat bertemu dengan Ajami Hashim pemilik blog Bicara Skrip yang saya kira sebuah blog yang bagus kerana membuka satu lagi ruang ilmu untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penulisan skrip. Bertugas di bumbung yang sama, cuma baru sebentar tadi dapat berbicara dengannya. Pedulikan komen-komen anonymous ala "seni kaput" yang cuba mematahkan semangat anda untuk terus menulis blog kerana komen "seni kaput" bukanlah komen yang wajar untuk diberikan perhatian langsung. Recycle Bin adalah tempatnya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir, NZ, Fiebie, Mr.Manager, ZA, Raz, Hakim dan kawan-kawannya. Belakang bukan sebarang belakang, belakang dekat pintu untuk senang kami menyerang meja buffet.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 9 ((Syria: Damsyik)

Image Hosted by ImageShack.us

Dari bandar Khalid Al-Walid, Homs, Ziarah meneruskan perjalanan ke Damsyik, kota yang pernah menerima nama jolokan, syurga dunia. Keindahannya pernah diabadikan seorang penyair Sepanyol, ibn Jarir pada kurun ke 12.

Damsyik, bukan sebarangan kota, bandar yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam di bawah Saidina Mu’awiyah Ibn Abi Sufyan pada 611 Masihi ini, mengandungi pelbagai sejarah peninggalan Islam.

Antara yang menjadi tarikan Ziarah di sini adalah Masjid Umayyad. Masjid yang dibina di atas tanah yang pernah didirikan tempat ibadah berbagai agama anutan manusia 3000 tahun dahulu, mempunyai keindahan dan keunikan seni bina yang bukan kepalang.

Selain daripada keunikan seni bina Rom dan budaya lain, masjid ini turut menyemadikan di dalamnya, makam Nabi Yahya serta di lamannya makam pahlawan Islam terbilang, Salahudin Al-Ayubi.

Ziarah turut menziarahi Bazaar Suk Al Hamidi, yang hanya satu jam perjalanan daripada masjid Umayyad. Bazaar yang dikatakan pernah menjadi tempat Rasullulah berniaga ini menjual pelbagai barangan dari tekstil, hiasan rumah hinggalah himpunan aksesori perhiasan kaum wanita.

Di bazaar ini, Ziarah turut menyaksikan meningkatnya kepopularitian Hizbollah serta pemimpinnya Hasan Nasrallah. Bendera Hizbullah berkibar di mana – mana, manakala bendera Israel dipijak – pijak sebagai satu simbol kebencian.

nota sultanmuzaffar : Tiada kesempatan untuk menonton Ziarah episod malam ini. Sibuk memasak di dapur. Kalau ada pun sekadar jeling sekejap-sekejap. Hari ini merupakan hari yang agak sibuk. Esok petang ada majlis berbuka yang dianjurkan oleh Astro RIA. Sibuk menyiapkan senarai akhir tetamu yang akan hadir dan membuat panggilan untuk tetamu utama yang masih tidak menghantar jawapan. Hari ini saya menurunkan tandatangan pada satu dokumen yang pernah saya isi lima bulan yang lepas. Saya teliti isi kandungannya. Saya baca satu persatu. Tiada perubahan langsung dari apa yang dijangkakan. Segalanya sudah berakhir. Penantian yang penuh dengan dugaan dan pelbagai cabaran kini menjadi satu kenyataan untuk satu masa depan yang gemilang. Cabaran pasti datang tetapi anggap sahaja cabaran itu sebagai rintangan kecil yang harus diharungi untuk berjaya. Ia akan menjadi langkah pertama dan langkah seterusnya ialah tidak lagi menoleh ke belakang. InsyaAllah, kita akan sama-sama meraikannya esok.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Ziarah
Episod 8 (Syria: Homs)

Image Hosted by ImageShack.us

Sejak peperangan meletus antara Lebanon dan Israel pada 12 Julai lalu, bumi Lebanon kembali bermandikan darah. Belum terhindar bayang – bayang tragedi Sabra Shatila serta beberapa siri peperangan yang lain di fikiran rakyat Lebanon, bumi mereka terancam lagi.

Buat mereka yang tidak berdaya, hanya menjadi pelarian sahaja yang mampu menyelamatkan mereka. Lebih 200 ribu warga Lebanon menjadi pelarian di bandar sempadan Syria, Homs. Kebanyakkannya warga tua, kanak – kanak dan wanita.

Ziarah bergerak dari Amman ke Homs menerusi Damsyik bagi merasai penderitaan yang mereka alami. Tiga buah sekolah yang menjadi kem pelarian sementara menjadi persinggahan Ziarah – Al Nadzariah, Al Salsafah dan Al Masriah.

Bersama pasukan Mercy Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Dr. Jemilah Mahmood, Ziarah turut memberikan bantuan dalam pengedaran barang–barang keperluan kepada pelarian serta cuba memulihkan kembali penderitaan dan trauma yang menghantui mereka.

Ziarah turut mendekati rakyat Syria di sini. Mendalami perasaan dan pendapat mereka mengenai peperangan dan kekejaman yang berlarutan di Lebanon serta tekanan yang diterima mereka dari barat.

Berada di Homs, yang turut dikenali sebagai bandar Khalid Al-Walid, Ziarah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi makam sahabat Rasulullah ini. Turut bersemadi bersama ‘Pedang Allah’ ini adalah pedang yang membantunya memenangi lebih 50 peperangan di bawah pimpinannya.

nota sultanmuzaffar : ...mujur ada Srikandi Negara yang luhur menghulur bantuan demi agamanya, menyelamatkan maruah bangsanya dan menaikkan nama negaranya...semoga jasa yang disumbangkan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood akan dinilai seadil-adilnya baik di dunia mahu pun di akhirat kelak. InsyaAllah...

Entri oleh sultanmuzaffar 03 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 6 (Jordan)

Image Hosted by ImageShack.us

Sejak berakhir era kolonialisme Barat sekitar 1940an, Asia Barat tidak pernah aman. Tangisan dan darah tidak pernah berhenti mengalir di bumi ini. Peluru dan roket kian menjadi permainan di setiap pelusuk permukaan dan mayat sering kelihatan bergelimpangan.

Hari ini, hanya satu kawasan yang terpinggir daripada segala kemusnahannya. Amman, bukan sembarangan bandar, kota yang pernah dikenali sebagai Philadelphia ketika zaman kegemilangan Rome merupakan kota paling selamat di Asia Barat. Perjanjian damai yang dimeterai bersama Israel menjauhkannya dari sebarang ancaman Tel Aviv.

Ziarah menjejaki kedamaian di sini yang sering menarik perhatian pelarian di bumi Asia Barat. Destinasi pertama, Muqayyam Baqaa, terletak 20 km dari bandar Amman, merupakan antara kem perlarian yang tertua di Amman.

Dibina pada tahun 1968, kem yang dikelolakan oleh agensi pekerjaan dan bantuan PBB, kini diduduki oleh 70,000 pelarian Palestin yang kebanyakannya berasal dari Tebing Barat setelah rampasan kawasan tersebut oleh Israel dalam peperangan 6 hari pada 1967.

Sejak 1974, selepas peristiwa September Hitam yang mencetuskan krisis bersenjata antara pejuang fedayeen Palestin dengan tentera Jordan, pelarian Palestin di sini dilarang membabitkan diri dengan pergerakan politik. Malah hari ini, pelarian turut mengalami kesulitan yang untuk mendapatkan kerja. Hanya pasar, Souq Al-Halal sahaja yang menjadi tumpuan mereka mencari rezeki.

Turut menarik perhatian Ziarah di bumi Jordan kisah pelarian Iraq di Shariq Talaq, Makam Nabi Syuib di Salt dan Gua Al-Raqim di Salt, yang merupakan makam bagi 7 sahabat gua, Ashabul Kahfi.

nota sultanmuzaffar : Jordan adalah antara bandar yang terselamat dari serangan rejim Zionis, Israel kerana perjanjian yang telah ditandatangani. Mudah sahaja. "If you can't beat them, join them". Bersekongkollah dengan Israel. Pastinya dilindungi. Walaupun pernah terluka, tapi luka itu dibalut dengan dakwat tandatangan. Begitu murah harga keamanan.

Luka perang memang sukar sembuh. Luka dihina Israel tidak akan sembuh. Sekiranya satu hari kelak Israel mula mengenal apa erti dosa ataupun Israel kembali mengadap Ilahi, luka tersebut tidak pasti akan kembali pulih. Api dendam Palestin terhadap Israel belum pasti suram. Dendamnya berpanjangan. Melihat wajah anak-anak Palestin mangsa perang yang kini menjadi pelarian di bumi orang pastinya sedikit tersentuh. Tidak banyak sedikit, hati seorang manusia pasti tercuit. Hati manusia lain-lain walaupun rambut mereka sama hitam.

Walaupun ada sedikit masa santai dihabiskan dengan membeli-belah, kita harus melihat dengan skop pandangan yang lebih luas. Meninjau aktiviti harian penduduk tempatan untuk mempelajari sosio budaya serta geopolitik yang berlaku di negara tersebut. Apakah budaya yang diamalkan oleh penduduk Amman.

Ketegangan 5 jam ditahan oleh pihak berkuasa Amman tidak dapat dirasai oleh penonton Ziarah kerana cukup sebentar sahaja yang ditayangkan. Pengalaman yang kena tahan tentunya lebih menarik untuk diselak. Mungkin sewajarnya Wan Kamarudin atau Dang Suria menceritakan lebih lanjut pengalaman tersebut.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 6 (Pakistan: Peshawar)

Image Hosted by ImageShack.us

Penjelajahan Ziarah di Asia Selatan berakhir di Peshawar, Pakistan.

Sebuah wilayah sempadan yang terkenal dengan himpunan puak dari suku Poshtun.

Khyber Pass laluan lagenda yang berusia 2000 tahun dan pernah menjadi lokasi strategik perang satu ketika dulu terletak di wilayah ini.

Selain Khyber Pass, Ziarah turut menjejaki beberapa kawasan bersejarah di Peshawar. Antaranya adalah Masjid Mahabat Khan yang dibina ketika zaman pemerintahan Syah Jehan, Frontier Corp yang dibina di zaman pemerintahan Barbur Khan dan juga Qissa Khawani Bazaar atau Bazaar Panglipurlara yang dikatakan wujud beratus ratus tahun dahulu.

Sebagai penutup episod di Asia Selatan, Ziarah mengunjungi dan sempat makan malam bersama dengan sebuah keluarga Islam yang hidup sederhana – simbolik di sebalik persaudaraan Islam yang merentas bangsa dan negara – persaudaraan sejagat yang tidak mungkin dapat terhakis dek zaman.
Nota sultanmuzaffar : Setelah melihat apa yang dipertontonkan dalam Ziarah seminggu yang lalu, Afghanistan bukanlah negara yang tidak sesuai untuk dilawati. Dakyah songsang media Kafir yang telah memesongkan fikiran dunia tentang Afghanistan. Media Barat memomokkan penduduk dunia dengan cerita-cerita yang tidak benar tentang keamanan negara tersebut. Walaupun tidak banyak tinggalan sejarah yang dapat diperlihatkan, tetapi kesan-kesan budaya yang diamalkan oleh penduduk Afghanistan masih utuh. Krew Ziarah tinggalkan bumi Afghanistan dengan satu persoalan : Di Mana Kita ? Tiada papan tanda Projek Barisan Nasional Untuk Afghanistan atau Projek Rakyat Malaysia Untuk Rakyat Afghanistan kelihatan di bumi Afghanistan. Yang peliknya, Jepun dan Austria telah ringan tulang membantu menyelamatkan fizikal Afghanistan.

Perjalanan diteruskan ke bumi Pakistan. Saya lihat pergerakan kamera yang dirakamkan agak sedikit goyang. Sebenarnya pada beberapa lokasi, rakaman tidak dibenarkan dan rakaman tersebut merupakan rakaman yang curi-curi. Tunggu sahaja untuk satu episod yang akan datang apabila rakaman dibuat sewaktu ditahan pihak berkuasa selama 5 jam. Rakaman dilakukan dengan telefon bimbit video.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger