Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 02 February 2007

Anugerah Bintang Popular Pilihan sultanmuzaffar



Hujung minggu ini hampir kesemua bintang-bintang ternama Malaysia bakal berkumpul di Arena All Stars untuk Anugerah Bintang Popular. Hampir kesemua pemberita juga pasti mendaki puncak Genting Highlands demi mengejar berita-berita panas yang pasti menarik minat pembaca untuk mendapatkannya. Saya mahu ia cepat berakhir kerana sudah bosan membaca akhbar Berita Harian yang menjadi akhbar penaja bila penuh dengan berita artis ukur baju, artis beli kasut, artis beli tuksedo, artis cuba subang, artis cuba rantai berlian, artis buat rambut, artis pergi road-tour dan macam-macam cerita artis ke sana ke mari. Itu bukan berita yang saya mahu baca.

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario

Pilihan SM : Aznil Nawawi
Pilihan Pengundi : Aznil Nawawi
Pemenang : Aznil Nawawi

Orang kata Akademi Fantasia sudah semakin merudum popularitinya. Orang kata Aznil sudah terlalu tua untuk rancangan realiti tv pencarian bakat yang boleh saya sifatkan masih popular di kalangan rakyat Malaysia. Akademi Fantasia masih menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Maka penguasaan Aznil Nawawi dalam kategori ini agak sukar digugat. Ally Iskandar walaupun namanya sering ke udara di televisyen free-to-air Malaysia juga belum mampu untuk menggugat penguasaan pengacara Nombor Satu Malaysia itu. Satu perkembangan menarik bila AC Mizal diterima masuk dalam kelompok 5 paling popular ini. Kalau dilihat dari penguasaan stesen tv, nampaknya Astro berjaya membolot 3 ruang melalui program AC Di Sini, Akademi Fantasia dan Trek Selebriti. Manakala TV3 membolot 2 ruang melalui program Melodi dan Malaysia Hari Ini. Pilihan saya siapa lagi kalau bukan Aznil Nawawi.

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Ogy Ahmad Daud
5. Raja Azura

Pilihan SM : Fara Fauzana
Pilihan Pengundi : Fara Fauzana
Pemenang : Fara Fauzana

Tanpa was-was sudah pasti kemenangan akan menjadi milik Fara Fauzana yang selesa dengan program Melodi. Tahun ini Fara bakal muncul dengan program menggunakan nama sendiri iaitu Fara. Ini sudah pasti memanaskan punggung Linda Onn yang semakin tenggelam dengan program Tanya Linda. Nampaknya Astro kekurangan pengacara TV wanita yang boleh meraih populariti di kalangan rakyat Malaysia untuk diketengahkan di peringkat yang lebih besar. Ogy Ahmad Daud, otai dalam bidang pengacaraan dan namanya lebih awal popular dengan program Melodi berjaya tersenarai dalam kategori ini walaupun menerusi program Santai RTM. Di skrin televisyen, saya memilih Fara Fauzana.

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Faizal Ismail (Hot FM)
2. Halim Othman (Sinar FM)
3. Khairil Rashid (Era FM)
4. Khairul Ikhwan (Hot FM)
5. Kieran (Era FM)

Pilihan SM : Khairil Rashid
Pilihan Pengundi : Kieran/Halim Othman
Pemenang : Halim Othman

Memang sukar untuk menelah pemenang kategori ini. Saya akui undi pasti terpecah dua antara Kieran dan Khairil Rashid. Mereka yang popular menerusi segmen Pagi Di ERA pasti membuatkan peminat segmen pagi paling popular di Malaysia itu kebingungan. Saya pun bingung juga. Antara Khairil dan Kieran. Jangan terkejut kalau Halim Othman menerusi Sinar FM berjaya menyekat peluang mereka berdua. Aura Halim di ERA masih lagi kuat. Di sebalik kisah misteri yang menyelubungi Halim, namun namanya masih segar di kalangan peminat. Pilihan saya di radio pastinya Khairil Rashid.

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana (Era FM)
5. Sharifah Aleeya (Hot FM)

Pilihan SM : Linda Onn
Pilihan Pengundi : Linda Onn
Pemenang : Linda Onn

Saya kata Linda Onn dari Era FM pasti unggul dalam kategori ini walaupun ramai yang kata ini merupakan tahun Fara Fauzana. Tempias populariti Fara Fauzana di Melodi merupakan senjata paling pedih untuk Linda Onn. Populariti Lindo Onn dengan menjadi duta tajaan juga merupakan perisai utamanya. Jadi masing-masing mempunyai populariti yang agak seimbang. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Pilihan saya di radio pastinya Linda Onn.

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Mazlan Pet Pet
3. Saiful Apek
4. Wahid
5. Yassin Yahya

Pilihan SM : Afdlin Shauki
Pilihan Pengundi : Saiful Apek
Pemenang : Saiful Apek

Walaupun Afdlin Shauki dikenali lebih awal sebagai penyanyi, beliau nampaknya lebih dikenali sebagai artis komedi. Mungkin itulah nasib yang menimpa untuk artis-artis berbadan besar macam Afdlin Shauki. Kekuatan Afdlin Shauki sebenarnya terletak pada popularitinya yang semakin meningkat naik dalam filem-filem lakonannya. Lebih-lebih lagi dengan kehilangan misteri Saiful Apek yang agak mendadak. Saya tidak boleh menafikan pengaruh populariti filem Cicak Man yang merupakan filem paling laris di pawagam. Walaupun kelibat Saiful Apek tiada dalam peta industri hiburan, namanya tetap gah. Pilihan saya tetap kepada Afdlin Shauki walaupun nama Saiful Apek sukar untuk digugat.

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Alliza Abdullah (Enot)
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly

Pilihan SM : Sheila Rusly
Pilihan Pengundi : Sheila Rusly
Pemenang : Sheila Rusly

Seperti Afdlin Shauki, nama Adibah Nor seorang penyanyi yang berbakat besar tersenarai dalam kategori ini. Populariti Adibah Nor datang daripada filem-filem lakonannya serta ketrampilannya dalam bidang pengacaraan atau pun penghibur di majlis makan malam. Saingan lebih terbuka dalam kategori ini. Besar kemungkinan Sheila Rusly berjaya mengekalkan kemenangannya tahun lepas. Kontroversi yang melanda juga turut memainkan peranan yang penting untuk menaikkan namanya secara tidak langsung. Kemunculan Sharifah Shahira sebagai pengacara Raja Lawak Astro belum cukup gah untuk memintas sebarang pemenang. Pilihan saya masih Sheila Rusly.

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Akbar
2. Faizal AF4
3. Fazli Zainal
4. Felix Agus
5. Izwan Pilus

Pilihan SM : Felix Agus
Pilihan Pengundi : Faizal AF4
Pemenang : Faizal AF4

Tahun-tahun sebelum ini kategori ini akan dimenangi oleh bekas Juara Akademi Fantasia. Mungkin akan berbeza pada tahun ini. Saingan Faizal AF4 agak sengit. Fazli Zainal dan Izwan Pilus adalah bintang baru lelaki yang lagunya masih kekal popular sepanjang tempoh pengundian. Tidak mustahil salah seorang dari mereka berjaya menyekat peluang Juara Akademi Fantasia 4. Jika berjaya, apakah ini bermakna program Akademi Fantasia itu sendiri popularitinya semakin jatuh ? Jangan dipandang sepi peluang Felix Agus dalam kategori ini. Populariti lagunya juga semakin besar walaupun nama beliau dilihat sudah agak ketinggalan untuk kategori ini. Pilihan saya masih setia memberikan sokongan kepada Felix AF3.

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Amylea AF3
2. Farahwahida
3. Ina Naim
4. Leez AF4
5. Marsha

Pilihan SM : Leez AF4
Pilihan Pengundi : Ina Naim/Marsha
Pemenang : Farawahida

Ini merupakan kategori yang panas tahun ini. Ina Naim tersenarai bersama bintang Akademi Fantasia dan juga Farahwahida. Sejauh mana populariti bintang Akademi Fantasia boleh mengatasi aura (jika boleh saya sebutkan sebagai aura) Ina Naim masih belum terjawab. Leez AF4 dilihat mampu menggugat kerana personaliti yang ada padanya selain sering dilihat muncul dalam program tv. Marsha hanya gah namanya di sebalik gossip-gosip yang melanda. Begitu juga dengan Amylea AF3 yang masih tercari-cari tapak untuk terus hidup dalam industri muzik. Sebenarnya jika Leez AF4 menang kategori ini ia akan menjadi satu tamparan hebat buat produksi Akademi Fantasia kerana kita gagal mengenalpasti kerlipan bintang yang ada pada Leez semasa Konsert Prelude. Saya mahu melihat Leez AF4 naik ke atas pentas menerima trofi untuk kategori ini.

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Pilihan SM : Rabbani
Pilihan Pengundi : Rabbani
Pemenang : Rabbani

Kumpulan yang paling ramai ahlinya sudah pasti mempunyai kelompok peminat yang paling besar. Rabbani hampir pasti membawa pulang trofi kategori ini. Pilihan saya masih berpihak kepada Rabbani.

J. Penyanyi Lelaki Popular
1. Amy Search
2. Awie
3. Faizal AF4
4. Mawi
5. M Nasir

Pilihan SM : Mawi
Pilihan Pengundi : Mawi
Pemenang : Mawi

Siapa lagi kalau bukan Mawi. Pilihan saya masih Mawi. Empat penyanyi lelaki yang tersenarai masih belum boleh menggugat populariti Mawi, baik tiga penyanyi lama mahu pun seorang penyanyi baru.

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Dayang Nurfaizah
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Siti Nurhaliza

Pilihan SM : Siti Nurhaliza
Pilihan Pengundi : Siti Nurhaliza
Pemenang : Siti Nurhaliza

Pilihan saya sudah pasti berpihak kepada Siti Nurhaliza, tanpa was-was. Walaupun sudah mendirikan rumahtangga, kehebatan penyanyi tersohor ini masih belum mampu digugat oleh artis wanita lain. Baik dari cerita Biarlah Rahsianya, sehinggalah membawa kepada Perkahwinan Tahun Ini namanya masih segar di bibir peminat. Mereka sentiasa mengekorinya untuk mendapatkan berita-berita yang sensasi. Pilihan saya ialah Dato’ Siti Nurhaliza yang akan membawa pulang trofi ini untuk kali kesembilan berturut-turut.

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jamal & Mawi
2. KRU
3. Nikki & Zahid
4. Spider
5. V.E

Pilihan SM : Nikki/Zahid
Pilihan Pengundi : Spider
Pemenang : Jamal/Mawi

Seperti Anugerah ERA yang baru lepas, saya agak yakin untuk menerima kemenangan Nikki/Zahid dalam kategori ini. Mungkin juga akan berbeza tetapi pengaruh lagu Caramu agak kukuh berbanding penyanyi lain. Tetapi harus diingat, kategori ini bertanding bersama kumpulan muzik seperti Spider, VE dan KRU. Antara Spider dan Nikki/Zahid, saya pilih Nikki/Zahid.

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Farid Kamil
3. Que Haidar
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek

Pilihan SM : Afdlin Shauki
Pilihan Pengundi : Saiful Apek
Pemenang : Saiful Apek

Seperti Artis Komedi Lelaki, kategori ini juga merupakan saingan antara dua pelakon tersebut. Dengan agak yakin, populariti Cicak Man yang masih unggul, Saiful Apek akan membawa pulang trofi kategori ini. Bukan menidakkan populariti Rosyam Nor yang selama ini sememangnya boleh diiktiraf sebagai antara pelakon lelaki terbaik yang ada di Malaysia, tetapi anugerah ini adalah anugerah populariti. Afdlin Shauki yang telah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik juga belum cukup kuat untuk menghalang penguasaan Saiful Apek. Satu kekurangan yang boleh membuatkan Saiful Apek gagal kali ini adalah kehilangan misterinya.

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Nasha Aziz
4. Rita Rudaini
5. Umie Aida

Pilihan SM : Fasha Sandha
Pilihan Pengundi : Fasha Sandha
Pemenang : Fasha Sandha

Berbekalkan filem-filem yang meletup sepanjang tahun lepas, Fasha Sandha dilihat mempunyai peluang yang besar untuk menang kategori ini. Filem Nana Tanjung, Cinta dan Cicak Man sudah cukup besar sebagai taruhan Fasha Sandha menang kategori ini. Sudah sampai masanya beliau dinobatkan sebagai Ratu Filem Malaysia.

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Zed Zaidi

Pilihan SM : Fahrin Ahmad
Pilihan Pengundi : Fahrin Ahmad
Pemenang : Rosyam Nor

Mungkin sudah sampai masanya Fahrin Ahmad mengungguli kategori ini. Sebabnya mudah sahaja. Gossip yang melanda dirinya bersama Linda Onn bakal memberikan tuah untuknya. Arash Mohamad telah berjaya menggunakan populariti Seputih Qaseh Ramadhan sebagai taruhannya untuk kategori ini. Drama bersiri itu telah berjaya menaikkan namanya. Rosyam Nor mungkin popular kerana muncul dalam banyak drama terutamanya pada musim Raya tahun lepas, tetapi dramanya masih tidak melekat kuat di hati penonton. Tahun ini rasanya merupakan tahun Fahrin Ahmad. Itu pilihan saya.

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Sheila Rusly

Pilihan SM : Fasha Sandha
Pilihan Pengundi : Fasha Sandha
Pemenang : Fasha Sandha

Nampak gayanya ada kemungkinan Fasha Sandha membolot kategori ini. Baik di TV mahu pun di filem, Fasha Sandha merupakan jaguh populariti. Pengaruh drama bersiri Natasha juga tidak kurang hebatnya. Eja berjaya mengecap populariti bersama drama bersiri Seputih Qaseh Ramadhan. Ia merupakan antara drama yang terbaik pada tahun lepas. Ia terlekat pada hati penonton. Pilihan saya ialah Fasha Sandha untuk kategori ini.

Q. Bintang Paling Popular

Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza…….MAWI !

Persembahan Pilihan
Jaclyn Victor & Misha Omar - Cinta
VE Amy Search – Rozana
Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Aishah - Janji Manismu
Ziana Zain - Angapanmu
Khafi – Fantasi Cinta
Fazli Zainal – Hijau
Ning Baizura, Nikki, Noryn, Dayang Nurfaizah - Diamonds Are Forever
Ramlah Ram, Farawahida, Musli Ramlee - Inang Baru - Penarik Beca
Azfar – Mentera Semerah Padi
Mawi – Aduh Saleha
Otai Rocker : Rahim Maarof, Awie & Hattan - Musibah

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger