Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 07 February 2007

IKON Pilihan Malaysia

Siapakah artis yang bakal terpilih untuk bersaing di IKON Malaysia yang akan disiarkan pada bulan Jun ini ? Seramai 10 artis solo dan 10 artis berkumpulan akan disenaraikan untuk bersaing sesama sendiri dalam perlumbaan SMS paling popular di negara ini. Jika saya diberikan peluang, saya akan memilih nama-nama besar yang telah lama bertapak di dalam industri agar mereka berpeluang untuk melangkah lebih jauh lagi.

Antara pilihan saya ialah Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ning Baizura, M.Nasir, Jaclyn Victor, Zainal Abidin, Sheila Maid, Mawi, Syafinaz & Shanon Shah

Untuk artis berkumpulan saya memilih Search, VE, Ruffedge, Pop Shuvit, Spider, Gerhana Ska Cinta, Mohram, KRU, Raihan, Too Phat

Hari ini akan diumumkan siapakah yang akan terpilih untuk bakal diangkat sebagai IKON Malaysia…

Terkini [3.27 petang]
Artis Solo
Adam AF2
Amy
Awie
Dayang Nurfaizah
Ella
Ezlynn
Farah AF2
Hattan
Mawi AF3
Reshmonu
Zainal Abidin

Zainal meninggalkan majlis dan mencetuskan drama. Tunggu apa kesudahan drama ini... Mungkinkah diganti dengan artis lain ? Ataupun ia sekadar pencetus kontroversi agar rakyat Malaysia sedar akan kewujudan IKON Malaysia ? Mawi juga hampir merajuk melihatkan ada pihak yang nampak seperti tidak senang dengan penyenaraiannya dalam IKON Malaysia. Itulah industri muzik Malaysia. Hahahaha. Ada ke nak ganti Zainal Abidin dengan F !!! Tolonglah !!!

Artis Berkumpulan
Amuk
Def Gab C
Flop Poppy
Jinbara
May
OAG
Raihan
Ruffedge
Search
VE


Tabik spring dengan Raihan yang melihat IKON Malaysia sebagai satu landasan positif untuk menyebarkan muziknya ke seluruh rantau ASEAN. Rasanya di Malaysia ini lebih senang menguruskan artis berkumpulan dari artis solo kerana rata-rata artis solo suka bertelagah sesama sendiri.

Setelah berbual dengan beberapa sumber, baru saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Nampaknya industri muzik kita memang sedang tenat. Populariti telah mengatasi kualiti kalau boleh saya katakan. Kuasa populariti nampaknya sudah mula mengenepikan kualiti. Pertandingan sebegini yang bakal membawa nama Malaysia ke satu peringkat yang lebih besar sewajarnya menggunakan kuasa profesional untuk menilai. Perkataan IKON itu sendiri benar-benar berat dan bukan calang-calang artis mampu untuk menggalasnya. Untuk menjadi ikon bukan kerja satu hari atau pun satu tahun. Untuk mencipta ikon yang dapat menggemilangkan nama Malaysia bukan satu kerja mudah seperti yang kita lihat masa kini. Ikon seakan boleh dicipta dalam satu hari, sepuluh minggu atau satu tahun. Itulah silapnya pemikiran kita.

Berbicara tentang senarai yang terpilih, hanya Amy, Zainal Abidin, Raihan dan Ella sahaja yang menguja saya untuk menonton IKON Malaysia. Nama-nama lain sekadar pelengkap yang impaknya sangat kecil untuk melihat industri lebih maju. Hanya empat nama itu boleh saya angkat menjadi ikon Malaysia, tetapi pilihan 26 juta rakyat Malaysia pasti memberikan keputusan yang berbeza. Ini ikon pilihan saya.

Ahhh ! Kita lupakan saja kisah IKON, saya perlu siapkan satu ikon untuk satu lagi laman web. Baik saja saya tumpukan perhatian saya untuk ikon tersebut. Lagi banyak yang masuk.

Nak tengok artis yang terpilih dalam senarai awal ?

Solo
1. M.Nasir
2. Amy
3. Awie
4. Hattan
5. Sheila Majid
6. Zainal Abidin
7. Ella
8. Ning Baizura
9. Ziana Zain
10. Datuk Siti Nurhaliza

Artis Berkumpulan
1. Search
2. May
3. Raihan
4. Amuk
5. May
6. DefGabC
7. Flop Poppy
8. OAG
9. Ruff Edge
10. VE

Nota : Dapat jadi IKON Windows Vista pun jadilah.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger