Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 23 March 2007

Diari Akademi Fantasia Ep.10

Mulai pada Episod ini, saya hanya akan ulas elemen menarik yang berlaku dalam Diari. Hanya elemen menarik. Kalau ada Episod yang saya tidak ulas, maknanya tiada yang menarik dalam Episod tersebut.

Yang paling best dalam kenyataan Dr.Fazley di Debat Akademi Fantasia semalam, saya paling suka kenyataannya tentang kelantangan pengkritik. Dalam satu-satu persembahan, tak kan lah tiada satu pun yang baik untuk diberikan kepada pelajar sebagai bekalan semangat untuk mereka. Itu beza orang bijak dengan orang yang kurang bijak.

Betul ! Saya setuju. Masa bekerja pun, sama macam pergi berperang. Kalau teruk kena kritik pun, mesti bos akan cakap sesuatu yang baik agar kita meneruskan kerja kita. Kalau pergi berperang sekalipun, ketua peperangan akan berikan kita semangat untuk terus berperang. Nasihat positif tetap penting untuk bekalan semangat. Kita sebagai Pengkritik bukan sekadar pengkritik tetapi punya tanggungjawab untuk mengubah apa yang kurang.

Ini zaman moden, pendekatan harus berbeza. Zaman dulu kalau mahu baling skrip, biarkan ia berlalu. Kalau zaman dulu di asrama ada ragging, kenapa ia perlu diteruskan hanya kerana kita pernah merasainya dulu.

Saya tidak suruh Ogy Ahmad Daud berlembut dan menukar pendekatannya untuk konsert-konsert yang seterusnya, tetapi guna pendekatan yang berbeza. Campur adukkan komen negatif dan komen positif untuk pelajar. Macam Kudsia Kahar dulu. Vernon dalam satu lagi program realiti pun laser juga, tapi lembut. :)

Berbalik kepada elemen menarik dalam Diari, malam ini kisah dua orang pelajar diberikan highlights. Mila dan Afiq. Dalam minggu depan, pasti wujud cinta tiga segi pula. Tak boleh cerita panjang. Kenalah tengok sendiri.

Kadang-kadang bila ada pelajar lelaki membantu pelajar perempuan, mereka dikatakan bercinta. Sedangkan tidak. Kadang-kadang bila ada pelajar lelaki membantu pelajar lelaki, mereka dikatakan sesuatu. Persepsi penonton adalah apa yang telah mereka terapkan di dalam pemikiran mereka. Setiap penonton ada persepsi mereka yang berbeza. Itu yang bestnya penonton AF. Mereka amat colourful !

Dalam Kelas Inggeris, pelajar diminta untuk buat dedikasi kepada ayah mereka. Alamak ! Elemen yang sepatutnya jadi menarik, menjadi tidak menarik hanya kerana masalah bahasa. Bukan menidakkan kebolehan mereka dalam Bahasa Inggeris, tetapi sessi tersebut boleh merentap jiwa kalau kena caranya. Ia sepatutnya dibuat dalam Bahasa Melayu. Emosi lebih dapat dirasai jika guna bahasa ibunda pelajar sendiri. Gunalah bahasa apa pun, asalkan emosi tersebut dapat dirasai. Nampak tertekan benar pelajar cuba untuk menyampaikan dedikasi mereka kepada ayah masing-masing dalam Bahasa Inggeris.

Dalam banyak-banyak kelas setakat ini, saya lebih sukakan sesi melonggarkan rongga/kerongkong yang dilakukan oleh Chedd. Ia nampak berbeza dengan musim-musim terdahulu.

Kali ini sesi tersebut sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan secara berpasangan. Barulah boleh nampak personaliti pelajar setiap seorang. Kalau sesiapa yang menonton Diari Extended lagi seronok kerana versi yang penuh. Mungkin kerana cikgunya tidaklah garang mana, maka ada beberapa pelajar yang agak main-main dan tidak begitu serius. Kalau sesi ini dapat kat Fauziah Nawi atau Marlia Musa tentu lagi best. Nak cakap macamana kalau perbezaan umur tenaga pengajar dan pelajar tidak begitu jauh bezanya.

Setakat hari ini, saya telah mula menyukai personaliti Heliza yang agak matang dan bijak mengawal pergerakannya. Mila dan Noni juga tidak kurang menarik personaliti mereka. Dekna juga sebenarnya menyerlah persona Penang yang begitu kuat berbanding Mila.

Saya mahu melihat personaliti Rizal dikeluarkan lagi melalui sesi seperti ini. Budak tu terlalu control hensem. Farha dan Shawal boleh saya anggap budak jahat dalam Akademi. Mereka selamba. Masa Diari saya undi kerana personaliti, masa Konsert saya undi kerana bakat. Masa Debat saya undi kerana emosi. Lengkap kan ?

Malam ini saya akan ke sesi Rehearsal. Nak dengar muzik untuk Konsert 2. Kalau sama juga macam Konsert 1 saya tak tahu lah nak cakap apa lagi. Semuanya saya dah laporkan kepada yang berkenaan. Harap-harap akan ada perubahan positif untuk kita lihat.

Nota : Simon Cowell orang putih. Dia laser orangnya. Tapi laser dalam budi bahasa. Tidak kasar. Fauziah Ahmad Daud orang Melayu. Dia laser juga orangnya. Tapi lasernya dalam nada menengking. Ironinya, Simon Cowell pun laser juga tapi orang putih nampaknya lagi berbudi bahasa dan tidak menengking-nengking macam seorang Melayu Islam yang bertudung di Akademi Fantasia.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger