Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 26 March 2007

Diari Akademi Fantasia Ep.13

▪ Al Jannah - Mawi oleh Ebi
▪ Melodi Ahlan - Waheeda oleh Heliza
▪ Melukut Di Tepi Gantang - Aishah oleh Mila
▪ Hijau Bumi Tuhan - XPDC oleh Aswad
▪ Terlalu Istimewa - Adibah Noor oleh Candy
▪ Erti Hidup - Dayang Nurfaizah oleh Fatin
▪ Ku Berlari - Firdaus oleh Shawal
▪ Ode to My Family - Cranberries oleh Noni
▪ Aku Tanpa Cinta-Mu - Mirwana oleh Dafi
▪ Permaidani - Aris Ariwatan oleh Rizal
▪ Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher oleh Dekna
▪ Insan - Yantzen oleh Farha
▪ Warisan - Sudirman Hj. Arshad oleh Aizat

Seronok pula tengok pelajar perempuan gaduh-gaduh. Girls will always be girls. hehehe. Dengki, cemburu memang kuat. hehehe. Bila agaknya mereka nak tarik-tarik rambut pula ? Konflik pilih lagu ni kalau tak kena gaya memang boleh simpan dendam sampai bila-bila. Memang dah nampak dah muka-muka yang kelat bila masa pilih lagu. Ada yang selamba macam Mila, ambik dan terus pergi. Ada yang pandai mengalah macam Noni. Dekna pun pandai juga mengalah. Candy nampaknya selalu jadi mangsa. Heliza agak cerdik dan terlalu bijak untuk dimanipulasi. Dalam banyak-banyak perempuan, hanya Heliza yang sedar ruang. Dia sedar ada kamera keliling dia. Itu sebab setiap langkahnya, dia akan berfikir dahulu, tidak melulu. Dia memang bijak.

Pelajar lelaki lebih berdiplomasi. Kadang-kadang bosan pulak. Bila lah lelaki-lelaki ni nak bergaduh. Kat luar dulu ada yang kaki pukul, tapi bila kat dalam Akademi semuanya jadi baik. Tapi saya paling ingin dengar Ebi bawakan lagu Mawi. Boleh sampai ke ?

Untuk minggu ketiga, Konsert akan disiarkan secara langsung pada hari Ahad, mulai jam 1.30 petang. Konsert ini bakal menampilkan sebuah persembahan yang berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan. Konsep keseluruhan konsert perlu anda tunggu sehingga hari Ahad untuk mengetahuinya.

Saya terpaksa mewar-warkan perubahan positif ini di sini memandangkan agak sukar untuk pihak media menulis perubahan positif yang telah pun dirancang ini. Mereka lebih gemar menggembar-gemburkan perubahan negatif yang telah berlaku. Apalah sangat konsert bertemakan kemanusiaan berbanding gambar panas kan ?

Konsep dan tema Konsert 03 memang pun telah dirancang lebih awal. Semenjak awal tahun. Memandangkan ianya jatuh pada Maulidur Rasul, maka lagu-lagu yang akan didendangkan oleh para pelajar lebih berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan. Selain daripada itu, lagu-lagu seperti menanam rasa cinta kepada negara, menyemai perasaan sayang antara keluarga, menuji keindahan alam, menyataan keinsafan dan kesedaran akan kebesaran Tuhan turut diselitkan. Mungkin ada yang bertanya tentang Menuju Puncak. Bagaimana agaknya bunyi Menuju Puncak ? Kenalah tunggu ya...

Bagaimana pula dengan Pengkritik Tetap ? Apakah kelantangan mereka lah yang akan menghidupkan konsert pada petang itu ? Saya tidak tahu.

Yang pasti, kita cuba membuat perubahan yang positif agar diterima oleh pihak penonton. Ternyata saya sudah jelak membaca komen-komen negatif yang tidak membina...

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger