Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 04 June 2007

Penat IKON Malaysia dan dotNet !

Image Hosted by ImageShack.us

Orang kata bila dah habis musim Akademi Fantasia sudah boleh lepak. Tapi saya belum ada kesempatan untuk lepak, apatah lagi untuk bercuti. Habis AF5, muncul pula IKON Malaysia. Lepas satu-satu. Tiada gap langsung. Sewaktu musim AF masih berjalan dan kesibukan dengan AF masih lagi terasa saya sudah mula merancang untuk IKON. Kalau dua musim yang lepas hanya fikir untuk satu perkara : Akademi Fantasia. Sekarang ini agak berbeza bila kena fikirkan segala-galanya. Memang penat otak. Lebih memenatkan bila IKON Malaysia merupakan sebuah program baru, tidak seperti AF yang sudah meningkat usianya dan semuanya sudah tersedia hasilnya.

Image Hosted by ImageShack.us

Sebagai program baru tentulah ramai yang masih keliru dengan konsep rancangan tersebut. Seramai 10 orang artis solo dan 9 artis berkumpulan akan bertanding untuk merebut tempat mewakili Malaysia di IKON ASEAN. Calon-calon artis solo ialah Adam, Farah, Mawi, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah. Manakala calon-calon artis berkumpulah ialah Amuk, Def GabC, Disagree, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, Jinbara, May, Mirwana dan OAG.

Sistem pemarkahan untuk IKON ialah 70% Juri dan 30% SMS. Kalau hanya undian SMS kita pun dah tahu siapa yang akan menang. Saya beri contoh : (kalau sahaja, bukan betul)

Mawi dapat 40 markah Juri + 30 markah SMS = 70
Jac dapat 70 markah Juri + 15 markah SMS = 85
Shanon dapat 70 markah Juri + 2 markah SMS = 72
Dayang dapat 25 markah Juri + 14 markah SMS = 39 (Kalau exam dah fail dah !)

Image Hosted by ImageShack.us

Secara logiknya, Jac yang akan menang. Ini kalau sahaja. Apa saja kemungkinan boleh berlaku. Panel Juri terdiri daripada Ramli MS, Mac Chew & Jenny Chin. Adakah mereka layak menduduki kerusi Juri ? Layak ! Siapa lagi yang mampu menduduki kerusi panas tersebut ? Farihin Abdul Fatah ? Sibuk dengan LG My Starz ! M.Nasir ? Sibuk cari Saliha !

Oleh itu, siapa IKON Malaysia pilihan anda ?

dotNet
Bukan bosan, bukan buang masa, saya telah bina satu portal yang masih dalam percubaan di www.sultanmuzaffar.net. URL tersebut sudah pun didaftar lama cuma belum ada masa untuk dibangunkan dan sebentar tadi saya bangunkan sedikit demi sedikit. Silap-silap haribulan kosong sampai bila-bila. Angan-angan saja. Lagipun saja seronok-seronok, bila tengok Shawal ada portal, Ebi ada portal, Heliza ada portal dan Dafi pun ada portal. Saya pun cubalah buat satu. Masih lagi kosong kecuali beberapa kategori telah pun diisi. Di situ ada Forum dan Galeri antara kategori utama. Yang lain-lain itu sekadar sampingan. Lagipun di situlah tempat saya bereksperimen. Saja cuba-cuba template dan sistem pengurusan kandungan (content management system) yang baru.

Sembang Kosong
Mohon maaf kerana saya benar-benar terpaksa menyediakan tagboard untuk kemudahan mereka yang gemarkan bersembang kosong. Setiap tahun pasti ada masalah ini selepas musim AF. Bukannya apa, saya selepas AF seboleh-bolehnya mahu move on, tetapi ada juga pembaca yang masih kuat penangan virus AFnya. Saya memang tidak boleh buat apa. Nak pergi Forum AF pun dah mati, nak pergi @15 kena pakai duit. Cara paling mudah adalah di sini.

Kalau boleh biarlah apa yang dibincangkan adalah yang berkaitan dengan isi artikel tersebut. Kadang-kadang kita kena jaga perasaan pembaca lain juga yang mungkin tidak kuasa untuk membaca cerita cinta, cerita keluar makan yang tertulis di komen. Sebaliknya hanya mahu membaca komen-komen yang berkaitan dengan artikel.

SMS Gila
Semalam saya bengang angkara SMS gila dari seseorang yang saya kira pembaca blog ini. SMS dari nombor 0173912040 ini benar-benar membingungkan. SMSnya macam dari seseorang yang sudah terlalu desperate. Saya tinggalkan nombor telefon saya adalah untuk kemudahan komunikasi antara kita bukannya sehingga mengganggu waktu-waktu malam. Kadang-kadang kasihan tapi saya kena faham yang perangai manusia pelbagai macam ragam. Mungkin pemilik nombor tersebut sakit otak. Susah-susah saya buat saja laporan polis dengan alasan SMS tersebut telah mengganggu ketenteraman awam. Bukan susah nak buat laporan polis kat Malaysia ni.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger