Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Selamat Tahun Baru 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2008

Hujung tahun baru saja selesai menyiapkan Gala TV Year-Ender.

Ahh ! Pening memikirkan kerja yang tidak pernah habis...

Kalau mahu bercerita tentang kerja, memang saya sudah sedikit tawar hati sejak akhir-akhir ini. Mungkin ini bukan yang saya ingin. Saya meneruskannya pun hanya kerana satu sebab. Saya cuba untuk larikan jauh-jauh perasaan itu tetapi makin dekat ia datang.

Kerjanya telah membataskan masa saya sehingga tiada kesempatan untuk kemana-mana kecuali membantu sahabat saya Mohamed Najmie Noordin yang melangsungkan perkahwinannya bersama Tengku Rinanda Putri. Bagi yang masih ingat, Najmie ialah pemilik blog SeniKami satu ketika dulu. Waktu itu zaman blog sedang meletup.

Sekarang ini tiada kesempatan untuk menulis.

Album Siti Nurhaliza, Hadiah Daripada Hati pun belum sempat lagi diulas. Dari Siti Nurhaliza belum ke Mekah, sehinggalah Siti telah pun kembali ke tanah air; ulasan album masih belum sempat ditulis.

Filem Kala Malam Bulan Mengambang pun telah saya tonton. Masih sama alasannya, tiada lagi kesempatan untuk diberikan pandangan.

Apa agaknya azam tahun baru saya tahun ini ? Saya telah pun memulakan azam baru itu sebulan yang lalu iaitu Katakan Tak Nak !

Mungkin ada satu pemangkin yang menyebabkan saya bertekad untuk berhenti. Dan itulah yang menyebabkan saya terus berada di sini.

Adakalanya saya mahu melarikan diri jauh-jauh dari bekerja dengan mereka yang "perasan bagus"....semakin menjauhkan diri, semakin dekat ia datang...

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger