Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Selamat Tinggal

Entri oleh sultanmuzaffar 23 October 2008

Berakhirnya sebuah gabungan paling mantap yang pernah dilahirkan dalam industri muzik Malaysia. Ning & Associates dilahirkan selepas dua tahun Vernon berjaya mempengaruhi Ning Baizura untuk berada di bawah pengurusannya. Dua tahun sebelum itu, seperti yang diketahui umum nama Ning Baizura seakan lenyap dari industri ekoran beberapa kontroversi yang melanda penyanyi itu.

Ning Baizura yang merupakan antara pemenang pertama di Anugerah Industri Muzik hilang dari pandangan selepas memenangi anugerah berprestij itu. Pengurusnya silih berganti. Semuanya tidak menjadi. Ada orang kata kalau mahu berjaya kita kena kuat berangan. Maka Ning dipertemukan dengan seorang pengurus yang sememangnya kuat berangan iaitu Vernon.

Ada orang kata lagi, jangan terlalu kuat berangan nanti jadi macam Mat Jenin yang akhirnya mati jatuh pokok kelapa. Ning berjaya mencipta nama. Anugerah demi anugerah di AIM dimenanginya antaranya Video Muzik Terbaik, Lagu Terbaik, Album Pop Terbaik, Artis Baru Terbaik dan Album Terbaik. Bukan itu sahaja, Anugerah ERA, Anugerah Bintang Popular juga pernah dimenangi oleh beliau.

Hari ini mencatat satu lagi sejarah dalam hidup Ning Baizura apabila beliau membubarkan Ning & Associates. Sekaligus membuat keputusan untuk menguruskan dirinya sendiri tanpa Vernon. Artis di bawah naungan Artistes United Record (AUR) iaitu Nikki, Yanie & Nubhan kini akan terus berada di bawah naungan AUR. Ning menarik diri dari syarikat tersebut.

Spekulasi bertiup kencang mengaitkan punca "perpisahan" itu disebabkan oleh sikap pengurusnya yang dilihat lebih memihak kepada Nubhan. Turut dikaitkan juga dengan campurtangan suaminya. Yang mana satu betul, sukar untuk diluahkan oleh mereka. Peribadi katanya.

Harapan saya Ning Baizura akan terus berjaya menempuh haluan masing-masing. Ini bukan kes "mak buang anak", juga bukan kes "cerai talak tiga", juga bukan kes "cemburu buta". Hanya mereka yang tahu.

Teks Ucapan Ning
Salam..

Terlebih dahulu, saya minta maaf kalau saya kena refer pada nota saya, kerana ini bukan pekara yang mudah untuk saya lakukan.. Jadi dalam situasi ini saya nak pastikan yang saya tak merepek dan membuang masa semua orang hari ini.

Selama 16 tahun dalam bidang seni, saya telah lalui berbagai pengalaman, pahit manis, positive and negative. Alhamdullillah saya sentiasa bersyukur kerana dikurniai oleh Allah dengan bakat yang seadanya, kematangan, keyakinan, kekuatan dan keinginan untuk sentiasa menambahkan ilmu untuk terus berjaya dalam bidang yang sangat saya sayangi ini.

Saya amat berterima kasih kerana dapat melakukan semua itu dengan adanya seorang sahabat, abang, business partner dan pengurus seperti Vernon Kedit. Hasil dari segala tunjuk ajar, kasih sayang, semangat yang beliau berikan dan segala pengalaman yang kami timba bersama selama lapan tahun telah memberi saya kekuatan dan keyakinan untuk berdikari.

Dengan ini, saya dan Vernon telah bersepakat untuk membubarkan Ning & Assoc. yang kami sayangi demi memulakan episod baru dalam kerjaya kami masing-masing. Ning & Assoc. yang kami bina bersama akan sentiasa menjadi tanda kejayaan Vernon Kedit dan Ning Baizura.

Artiste United Records juga telah saya serahkan bulat-bulat kepada Vernon, dan sesungguhnya saya yakin artiste-artiste di bawah naungan label ini akan terus berjaya dengan segala bimbingan dan tunjuk ajar seorang yang berkaliber seperti Vernon. Tetunya mereka akan mendapat yang terbaik yang pernah saya sendiri peroleh bersama beliau dulu.

Saya percaya, di lubuk hati Vernon, beliau pasti berbangga dengan kekuatan, keberanian dan azam saya untuk menguruskan kerjaya saya sendiri mulai dari sekarang. Namun ini tidak bermakna kami tidak akan bekerjasama lagi kerana industri kita ini kecil and we will always support each other.

Dari itu, dengan secara rasmi, saya ingin mengumumkan bahawa mulai hari ini, saya mulakan tanggungjawab utama saya iaitu menguruskan dan mengendalikan show-show saya sendiri. Ini bererti, sesiapa yang ingin menjemput saya membuat persembahan, sila hubungi nombor; 012-**** *** atau email kepada ningbaizura@rocketmail.com.

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak media, teman-teman rapat, dan tentunya Vernon yang selama ini sentiasa memberi saya semangat dan sokongan yang tidak putus-putus. Saya harap anda semua akan terus menyokong dan berdoa untuk kejayaan kami masing-masing.

Ikhlas
NING BAIZURA HAMZAH DALTON







15 komen

  1. Anonymous Says:
  2. Salam kejayaan untuk semuanya, Ning, Vernon dan juga Nuby

    King Arthur

     
  3. TokSky Says:
  4. "when going gets tough, the tough gets going"....Billy Ocean dah bilang dah

     
  5. Anonymous Says:
  6. hmmm...nampak sangat ada benda yang tak 'settle'...

    takkanlah ning boleh terasa psl nubhan...different league apa. campurtangan hubby nampak lebih mungkin....

    it's ok mr manager...ning pun dah menuju senja...kurang popular...u lebih popular...

     
  7. Anonymous Says:
  8. Maybe ada something wrong somewhere,kalau tak...takkan Ning ambil keputusan kendalikan diri sendiri setelah sekian lama ada pengurus...betul tak?

     
  9. Anonymous Says:
  10. Kesian Ning, maybe sebab album Inggerisnya X sukses kot. Kat Malaysia pun X naik lagu dan album tu...kat Luar negara lagi lah...sedih

     
  11. Anonymous Says:
  12. jangan la mengata Ning.. she is the best among the best.. kita doakan la kejayaan beliau semoga beliau terus maju dan success.. of coz she is a diff league with Nuuuubibies... i am not against him but jgn mengata ning artis dah senja.. artis baru blajar dari mereka..

     
  13. Anonymous Says:
  14. apalah yg tak setel tu kan... nak juga tau... keputusan bijak dr ning...

     
  15. Anonymous Says:
  16. Obviously something went wrong with their partnership...Whatever that is hanya mereka sahaja yang tau...Btw jangan salahkan ning, she had to have a valid reason untuk memberhentikan that long years of partnership. Bukan senang decision tu...

     
  17. Anonymous Says:
  18. tak baik mengata ning, its not her fault...

     
  19. Anonymous Says:
  20. sampai bila Ning nak dok bawah ketiak Vernon...kedua dua nye dah senja elok la cari kekuatan masing masing...kpn Ning kerja keras...kpd vernon kan ada 3 lagi tu...Ning mmg dah ada nama yg 3 lagik tu emmmmmmm..............

     
  21. Anonymous Says:
  22. sebelum kahwin, ok je...

    tak sampai enam bulan kahwin, dah nak berdikari??? hmmmmm....

     
  23. Anonymous Says:
  24. dah hakikatnya dia dah senja...buat ape nak tipu2. achievement ning? takdela sangat pun...

    so mrs dalton...take care of the mat salleh only ya...soprano at the dapur kinda thing..

     
  25. Anonymous Says:
  26. wanna ask you muzaffar whats the purpose of putting all that iso setting at ur pictures? kinda funny tho as seems its some professional photos. padahal amateurish jer. sorry just doing what im supposed to do - commenting.

     
  27. Anonymous Says:
  28. Tiap pertemuan ada perpisahan, adat dunia. Nobody is going to be blamed. Terima keputusan seadanya! Go Ning! Go mrmanager.... rezeki ada dimana2!

     
  29. Anonymous Says:
  30. Aku dengar ada hal yg disebaliknya dan beberapa org wartawan pun tahu. Benda ni dah lama berlegar dalam industri dan ramai yg tahu, what goes round,will comes around. Bangkai gajah macamana nak tutup? senang cakap, kalau segalanya baik dan ok, mengapa Ning nak susah payah uruskan diri sendiri setelah lama ada pengurusan?

    Tapi Org lama, idea2nya pun dah lama, biar lah org baru yg urus Ning nanti, dengan idea fresh dan relevan. Nikki dpun dah lama diuruskan tak juga popular dan Yanie pula, tenggelam mcm tu hu ha hu ha jer dari awal tahun lepas kata nak kuar album, tapi dah nak habis tahun NAN ADO...

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger