Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

DiGi Music : Melodi Di Muka Pintu Anda

Entri oleh sultanmuzaffar 13 January 2009



Senario muzik dunia kini telah banyak berubah. Jika dahulu pengguna mendengar muzik menggunakan piring hitam, kini teknologi banyak merubah scenario itu. Pengguna boleh mendengar muzik di mana-mana saja. Golongan remaja gemar memuat-turun muzik pilihan mereka di dalam iPod. Hasilnya kini, seluruh persekitaran golongan remaja seperti anda bakal dilatarkan dengan muzik pilihan masing-masing.



Portal DiGi Music menawarkan peluang itu kini kepada anda terutamanya golongan remaja yang gemar mendapatkan muzik dengan kaedah muat turun. Paling menarik apabila portal tersebut tidak hanya menawarkan lagu-lagu popular masakini tetapi juga dari pelbagai bahasa.

Selera golongan remaja seperti anda yang sukar untuk dijangkakan membuatkan DiGi memilih untuk meletakkan pilihan di tangan anda. Hasilnya hingga kini terdapat lebih daripada lima kategori bahasa yang ditawarkan oleh portal itu. Peminat boleh memilih untuk memuat-turun lagu lagu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Hindi, Jepun dan Korea. Dan jangan terkejut kalau saya katakan lagu dari negara Nepal, Bangladesh dan Filipina juga boleh didapati di dalam portal tersebut.


Melalui portal itu juga, golongan remaja boleh mendapatkan bahan-bahan yang terkini di pasaran seperti album terbaru Pink, David Archuleta, David Cook, Jason Mraz, Britney Spears dan ramai lagi untuk dipilih sendiri oleh anda ! Perlu diingat, selain muzik arus perdana, penggemar muzik indie juga tidak dilupakan. Kita sendiri telah lihat bagaimana muzik indie sedang menguasai pasaran muzik tempatan.



Anda juga mungkin mahu menghantar lagu-lagu pilihan anda kepada mereka yang tersayang. Dari koleksi lagu yang ditawarkan, DiGi menawarkan perkhidmatan Pass It On dengan Music Telegram. Keunikan perkhidmatan ini ialah anda boleh memilih lagu berdasarkan emosi yang berkaitan dengan lagu tersebut. Jika anda sedang bercinta, pastinya mahukan sebuah lagu yang berirama romantis dengan lirik yang mampu menikam kalbu. Amat salah sekiranya sedang asyik bercinta tiba-tiba lagu yang diperolehi adalah berkenaan putus cinta.

Kempen ini bermula pada 5 Januari hingga 8 Februari. Anda boleh menyertai kempen ini sekarang dan kemudian hantar lagu tersebut kepada penerima pilihan anda dengan pesanan yang ingin anda sampaikan. Untuk mendapatkan peluang lagu pilihan anda disiarkan di corong radio, pilihan dan pesanan anda seharusnya bersifat unik dan istimewa. Lebih unik pesanan dan tujuan anda menghantar lagu tersebut maka peluang lagu itu disiarkan di radio lebih besar.

Sekiranya terpilih, penyampai radio akan menghubungi penerima dan membacakan pesanan yang telah dihantar untuknya secara langsung di corong radio.

Pesanan paling menarik akan mendapat peluang keemasan apabila DiGi Music Squad sendiri yang akan ke lokasi penerima berada dan memainkan lagunya secara langsung. Bukan menerusi pemain CD tetapi penyanyi lagu itu yang akan menyanyikannya untuk anda.

Pernahkah anda terbayang yang satu hari kelak sewaktu anda sedang asyik bercinta tiba-tiba anda dikejutkan dengan nyanyian lagu “Aku Cinta Padamu” oleh Datuk Siti Nurhaliza di muka pintu. Ianya boleh berlaku apabila anda mendedikasikan pilihan lagu anda di portal DiGi Music.

Perkhidmatan ini turut disokong dengan waktu siaran di stesen-stesen radio popular seperti Hitz.FM, ERA, MyFM dan juga beberapa acara yang bakal dianjurkan oleh DiGi Music Squad.

Saya boleh katakan ia merupakan satu kaedah baru kepada golongan remaja untuk menyampaikan hasrat hati mereka melalui melodi lagu. Mungkin anda di kalangan remaja sendiri yang masih gemuruh untuk menyatakan perasaan mereka secara “gentleman”. Untuk itu, inilah cara yang paling sesuai.

Jangan segan untuk melayari portal DiGi Music di http://music.digi.com.my/ atau pun menggunakan SMS dengan menaip GET MUSIC dan hantar ke 2000. Tunggu apa lagi ! Muat turun muzik pilihan anda sekarang !!!

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger