Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Tiara Tinggalkan Pentas PGL

Entri oleh sultanmuzaffar 23 February 2009

(ANCHOR)

Selepas lebih tujuh tahun menghambakan dirinya kepada watak Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah...

Datin Seri Tiara Jacquelina melunaskan janjinya untuk memberikan persembahan terbaiknya yang juga persembahan terakhirnya malam tadi.

(VT)

Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, Tiara melafazkan dialog terakhirnya dengan penuh emosi.

(DRAG VISUAL)

“kuhinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas kurasakan, namun akan menjadi bekal sehingga ke akhir zaman.”

Namun beliau berjaya mengawal perasaannya sewaktu berlakon di samping Stephen Rahman-Hughes yang berperanan sebagai Hang Tuah.

Sedih meninggalkan "teman baik"nya itu, Tiara memegang peranan tersebut sejak versi filem Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan pada tahun 2004.

#SOT TIARA 01
“Tak pecaya...dah berakhir sudah perjalanan saya sebagai Puteri. This is the best experience yang tidak akan saya lupakan seumur hidup saya. Malam ini saya dapat rasakan kasih sayang yang diberikan oleh penonton yang tidak pernah saya dapat sebelum ini. Sukar sangat untuk menanyi tanpa breaking down. Ia merupakan malam yang sukar buat saya. Alhamdulillah, saya survived.”

Versi muzikal berdasarkan filem itu mula dipentaskan pada Februari 2006 di Istana Budaya sebelum dipentaskan semula di pentas bertaraf antarabangsa itu pada Ogos tahun yang sama dan dibawa ke The Esplanade Singapura pada November 2006.

Puteri Gunung Ledang The Musical merupakan pemenang 8 anugerah di BOH Cameronian Arts Awards tahun 2006.

Mendedikasikan kejayaan pementasan musim ini kepada peminat seni teater Malaysia, beliau tidak melupakan sokongan padu yang diberikan oleh suaminya, Datuk Seri Effendi Nawawi.

#SOT TIARA 02
“Saya dedikasikan kejayaan pementasan musim ini kepada penonton dan penyokong Puteri Gunung Ledang dan kepada semua yang telah mewarnai hidup saya selama ini setelah berbelas tahun saya dalam industri ini.”

Sambil berharap teater muzikal itu akan terus dipentaskan hingga 50 tahun akan datang, beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk projeknya yang akan datang.

Namun demikian, Gala TV difahamkan beliau akan mementaskan semula sebuah filem penyiasatan yang judulnya masih dirahsiakan.//

END






1 Responses to Tiara Tinggalkan Pentas PGL

  1. Chef Aduka Says:
  2. Rasa terkilan sebab tak dapat menyaksikan pementasan PGL kali ke 3 ni masih ada....tapi apakan daya...kerjaya lebih penting....Apa2 pun pementasannya yg pertama kali sempat ku saksikan walaupun byk dugaan ku tempuhi utk ke Istana Budaya.

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger