Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Trigger dan Kejutan Berkongsi Makna Yang Sama

Entri oleh sultanmuzaffar 18 April 2009

Penyingkiran memang suatu yang pedih apabila pelajar yang membuat persembahan terbaik. Itulah yang berlaku sejak Akademi Fantasia musim pertama lagi. Konsert minggu keenam merupakan konsert berbadi apabila Rosma, Zarina, Aidil, Diddy, Rizal (oh tidak !) dan Mama Rina (oh tidak !) tersingkir di konsert minggu itu. Minggu keenam ini menyaksikan Qhaud tersingkir. Saya lebih suka sekiranya pelajar yang tersingkir beri persembahan terbaik seperti Qhaud kerana penyingkiran mereka bermaruah. Hasilnya pihak media yang hadir ke Sidang Media merasa senang dengan Qhaud, lebih-lebih lagi dengan imej Qhaud yang merendah diri membuatkan pihak media senang dengannya. Semoga Qhaud akan berjaya di dunia sebenar artis kelak.

Apa Yang Saya Suka Dengan Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia 7


1. Dua pelajar buat persembahan dahulu dan disusuli sesi kritikan. Saya suka dengan elemen tersebut kerana dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk beri persembahan terbaik. Lebih memeritkan untuk seseorang pelajar apabila komen untuk pelajar saingannya lebih berbunyi positif. Saya harap ia akan diteruskan kerana ia baik untuk menaikkan semangat pelajar.

2. Koreografi tarian Menuju Puncak. Tidak puas rasanya melihat perubahan yang dilakukan setiap minggu. Saya nampak hasil kerja Cikgu Aris lebih kreatif yang mana menampilkan gerak pantas dan diselitkan gerak yang lebih lembut. Saya puas hati melihat hasil yang diberikan oleh pelajar dan tidak sabar untuk melihat hasil pada minggu hadapan.

3. Minggu bertema sesuatu yang menarik walaupun pada dasarnya ada program realiti lain telah melakukannya. Ia lebih baik untuk pelajar kerana diberikan saingan yang sama dan pelajar harus menggunakan kelebihan masing-masing untuk mencorakkan persembahan terbaik mereka.

4. Satu perubahan yang saya mahu lihat pada Akim ialah keselesaannya di atas pentas. Akim apabila mendapat lagu makanannya, dia akan beri persembahan yang hebat tetapi sebaliknya. Akim berjaya melarikan dirinya dari gerak-gerak stereotype seorang penyanyi lagu rock. Satu percubaan yang baik untuk minggu ini.

5. Persembahan pentas Aril sungguh hebat. Aril seorang yang kreatif dan berani menampilkan gerak-gerak yang luar biasa. Jika pada beberapa minggu terdahulu, Adlin bosan dengan gerak-gerak tipikal yang ditawarkan oleh Aril, sepatutnya minggu ini Adlin memuji Aril kerana menampilkan style nyanyian yang sangat berbeza berbanding sebelum ini. Syabas ! I want to see you more !

6. Kelebihan Hafiz apabila dia berjaya mempopularkan lagu-lagu biasa menjadi lagu luar biasa. Setiap minggu Hafiz menerima lagu yang tidak mesra di telinga penonton tetapi berjaya membawakannya dengan hebat. Diperhebatkan lagi apabila Hafiz mencipta style-style bersahaja dalam persembahannya.

7. Isma tampilkan style pentas yang berbeza berbanding minggu lalu. Saya suka dengan movement Isma minggu ini. Rock tetapi lebih bersopan dan seksi. Saya cuba untuk menyukainya, tapi gagal.

8. Walaupun Adlin tidak menyukai pakaian yang diberikan untuk Aishah namun saya amat menyukainya. Memang pakaian itu sesuai dengan Aishah. Kelas Kak Zai ! Saya juga nampak Aishah seorang yang kental dan mempunyai impian untuk menang. Persembahannya juga nampak peningkatan yang ketara berbanding minggu lalu. Penghayatannya right on the spot !

9. Saya kagum dengan kehebatan Man Kidal mencuri limelight dari Yazid. Kelebihan Yazid minggu ini ialah penghayatannya. Itu saja.

10. Saya kagum dengan semangat Qhaud yang mahu membuktikan kehebatannya. Persembahan pentasnya bagus juga persembahan vokalnya. Satu peningkatan yang mendadak. Pergerakan Qhaud di atas pentas ditampilkan dengan elemen-elemen style yang menarik. Syabas !

11. Ramai kawan-kawan datang ke konsert minggu ini. Walaupun sedikit panas minggu ini, tapi berbaloi ! Seronok dapat berbual dengan mereka selepas konsert tamat.

12. Saya melihat Cikgu Siti Hajar, Cikgu Fatimah dan beberapa tenaga pengajar menangis minggu ini. Setiap kali penyingkiran saya akan menoleh ke barisan tenaga pengajar terutamanya Principal. Saya sempat berbual dengan Chedd dan bertanya dia yang mana lagi penat, AF7 atau pun PGL ? Itulah sisi lain yang jarang dapat saya lihat kecuali di pentas PGL. Di Akademi Fantasia, air mata amat senang mengalir lebih-lebih lagi dari seorang Puteri.

13. AFUNDI10 sememangnya merupakan "ganja" yang paling ditakuti musim ini. Kalau 10 kali SMS dah 100 AFUNDI dihantar. Sepanjang tempoh konsert selama dua jam, saya sempat hantar 50 SMS.

14. Kedudukan undian selepas konsert menyaksikan yang penonton mengundi kerana faktor yang mereka rasa paling sesuai untuk pelajar yang mereka minat. Ada yang minat vokal, ada yang minat personaliti dan itu adalah lumrah AF. Walaupun Aril beri persembahan terbaik tetapi Isma, Hafiz dan Akim masih mendahului kedudukan. Ini membuktikan yang penonton sudah mula memikirkan siapa yang sepatutnya layak berada di Final AF7.

15. Pertarungan sebenar baru bermula dengan penyingkiran Qhaud. Perbezaan undian antara pelajar yang tinggal sangat dekat selepas undian ditutup. Ini bermakna sesiapa saja boleh tersingkir minggu lalu. Kekuatan jumlah peminat dan dibantu jumlah SMS menjadi penentu untuk minggu hadapan.

16. Saya seronok melihat permainan strategi pelbagai pihak dalam meningkatkan pelajar kesukaan masing-masing. Tidak kurang juga yang berniat untuk menjatuhkan pelajar lain. Itulah fenomena Akademi Fantasia yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.

17. Kejutan untuk Aishah yang memaparkan cinta bersegi-seginya di dalam Akademi Fantasia. Ada cerita di sebaliknya, namun ia tidak sesuai diceritakan di sini. Saya biarkan penonton membuat penilaian sendiri.

18. Musim ini merupakan musim paling seronok sekali dan saya akan menulis satu artikel berkenaan Dunia Maya Akademi Fantasia. InsyaAllah dalam minggu ini akan siap. Untuk siapa ? Akan diberitahu kelak.

19. Perbezaan yang bagus dari segi kostum pelajar. Saya sudah nampak ciri-ciri bintang pada mereka. Syabas Kak Zai & team !

20. Sistem audio yang hebat ! Kepuasan tahap maksima apabila berada di Stadium Seri Putra ! Ambiencenya nyata sangat berbeza !

Apa Yang Saya Tidak Suka Dengan Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia 7

1. Persembahan pelajar minggu ini terpaksa terikat dengan elemen rock memandangkan itulah temanya. Beberapa pelajar masih terikat dengan gerak stereotype rock yang agak ketinggalan. Mereka perlu menjadi seorang artis yang kreatif untuk mencantikkan persembahan mereka.

2. Oleh kerana elemen rock dilihat keterlaluan, maka aspek vokal sering diketepikan. Contohnya Akim dan Hafiz. Namun persembahan pelajar diselamatkan persembahan dari kumpulan band jemputan.

3. Yazid merupakan salah seorang pelajar yang masih terperangkap dalam dirinya sendiri. Saya tidak tahu apa yang dia inginkan. Persembahannya agak tidak konsisten.

Persembahan Pelajar

Pusingan Pertama - Akim VS Aril : Pemenangnya ialah ARIL
Pusangan Kedua - Hafiz VS Claudia : Pemenangnya ialah HAFIZ
Pusingan Ketiga - Isma VS Aishah : Pemenangnya ialah AISHAH
Pusingan Keempat - Yazid VS Qhaud : Pemenangnya ialah QHAUD

Pelajar cemerlang pilihan saya minggu ini ialah ARIL (persembahan pentas) dan AISHAH (peningkatan berbanding minggu lalu)

Foto-foto yang diambil merupakan hak milik persendirian yang dirakamkan menggunakan Canon EOS 450D milik persendirian. Saya tidak mampu untuk men"spedo" jurufoto khas untuk AF7. Mungkin untuk Final, ya. Ops !! Fokus !! Fokus !!

LAGU BONUS - I Want To Break Free (Queen) / What I've Done (Linkin Park)



AKIM - Aurora (Estranged)






ARIL - Yang Pernah (Estranged)






HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)






CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)






ISMA – Salah (Cokelat)






AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)






YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)






QHAUD - Seruan (Lefthanded)










Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

ARIL - Yang Pernah (Estranged) 9/10
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal) 8/10
QHAUD - Seruan (Lefthanded) 8/10
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat) 7/10
ISMA – Salah (Cokelat) 7/10
AKIM - Aurora (Estranged) 6/10
LAGU BONUS - I Want To Break Free (Queen) / What I've Done (Linkin Park) 6/10
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal) 6/10
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded) 5/10

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula :

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 28
HAFIZ – 19
YAZID - 13
CLAUDIA - 11
ARIL - 10
AISHAH - 8
AKIM 8
QHAUD - 4

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ - 20
ISMA - 19
AKIM – 11
ARIL – 11
YAZID – 10
CLAUDIA - 10
AISHAH – 10
QHAUD - 9





10 komen

  1. D'Rimba Says:
  2. Ampun Tuanku beribu ampun sembah hamba mohon diampun.......

     
  3. Nasim Says:
  4. puas ati dgn kedudukan pelajar selpas undian bg kedudukan top 3 ajela. yang bwh2 tu je rase cam xkena. apa2pun qhaud ok mlm td. Hafiz masih relevan utk jd juara walaupun genre mlm td kurang kena dgn dia. Ok.. :D

     
  5. Qarl Says:
  6. agreed SM

    Aril dh two weeks impressed me!!!!!

    3 weeks sbnarnye + andainya aku pergi dulu

    keep afundi aril, akim, isma & aishah!!!

    dey all ade potential dlm industry

    yeah

     
  7. Unknown Says:
  8. Aril memang ada peningkatan
    Hafiz konsisten - rock bukan makanan tapi dier tetap tak mengecewakan
    Qhaud bole dpt hadiah mingguan tapi kuar plak

     
  9. chekdenoor Says:
  10. ARIL merupakan seorang pelajar yang paling versetile...dengan sifat keperibadiaannyer yang bersahaja...pandai berkomunikasi ...dan saya yakin..dia boleh pergi jauh dalam dunia seni yang penuh cabaran ini. Dia ada pendirian....lihat sahaja bagaimana dia berani menyuarakan pendapat ....tidak seprti pelajar lain...hafiz contohnyer...lebih bersifat control ...pelajar yang control mungkin cepat patah kalau terlalu banyak kena kritikan terbuka...berbanding dengan ARIL yang kelihatannyer lebih YAKIN dengan dirinyer sendiri.

    HARAP JUGA VOTE UNTUK ARIL BERTAMBAH ....tapi...cam tulah kan...orang kampung...bila sifat pelajar lebih terbuka ...mereka menilainyer sebagai over dan poyo.....

    TETAPI... tidakkah kita lihat lebih sikit...bagaimana ARIL pandai bergaul dengan semua orang....

    VOTE FOR ARIL

     
  11. AbgMosha Says:
  12. Salam buat semua.

    Seronok dengan komen-komen dari SM. Masih lagi relevan dan tepat. Teruskan komen-komen anda yang bermutu SM.

    Walaubagaimanapun abg agak berpuashati dengan persembahan Yazid, ada kemajuan kerana terdapat perasaan dalam lagunya. Cuma nak komen si edrie yg kata nyanyi masih lagi keras.. rock kena lembut ker ..

    Pilihan abg ke final walaupun mungkin tak ramai yang setuju hehehe

    HAFIZ, ISMA, HAKIM, CLAUDIA n YAZID

    Take care semua.

     
  13. kay Says:
  14. SM....aku hilang minat nak nonton AF ths time....kenapa ya?

     
  15. ogy Says:
  16. Aril ok sgt kali ni...tp x suka Yazid... xtau nape, mmg dr awl lg ogy x minat lgsung ngan yazid.. yg lelain seme orait...

     
  17. Anonymous Says:
  18. Kalau aku bagi bebudak semua tu below 3/10. Bukannya best. Nyanyi lagu Inggeris dah la bunyi melayu. Cuba tengok persembahan peserta OIAM. Bukak mata luas-luas sikit. Jauh beza beb!

     
  19. TokSky Says:
  20. Menjunjung kasih Tuanku diatas titah Tuanku terhadap Konsert ke-6. Izinkan hamba menulis dilaman ini..
    Hi Abg Mosha...long time no see you! Tahun ni tak mengundi la, dah pencen rasanya. Cuma masih terhibur menonton diary dan konsert AF walaupun adakalanya tidak beberapa setuju dengan editing diary dan pilihan lagu yg diberikan sebab ini adalah AF. Nak buat camne kan? Anyway, tak minat dengan theme ROCK yg dibawa pada konsert ke-6 sebab rasanya AF sudah ada trade mark sendiri dan tak perlu terikut-ikut konsep show realiti yg lain. After all, pengundian bukan dibuat hanya pada mutu nyanyian pelajar tetapi lebih menyeluruh kepada personaliti dan lain-lain. Kalau tak, tak mungkin ISMA masih kekal diatas kan? Saya lebih suka dihiburkan dengan lagu-lagu yg lebih sesuai dengan vokal para pelajar dlm genre yg bersesuain. Lain lah kalau ZIZI masih ada, memang bagus bagi konsep rock pada dia. Rasanya dia boleh jadi PROTEGE Awie yg baik kalau dipilih utk. MENTOR.
    Tok tidak terperanjat dengan terkeluarnya Qhaud. Memang dia adalah seorang budak yg baik dan mempunyai penghayatan lagu yg baik tapi tidak sesuai dlm nyanyian. Mungkin lakonan lebih sesuai utk dia.
    Pilihan saya utk FINAL:
    1. Aril
    2. Hafiz
    3. Akim
    4. Aisyah
    5. Isma

    Diharapkan pihak ASTRO kekalkan 5 pelajar ke final sebab itulah nombor yg paling sesuai utk terhibur as compared to 4 or 6.

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger