Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Jom Sertai Program "Saya Nak Cuti !"

Entri oleh sultanmuzaffar 15 January 2010

Mahukan percutian percuma ? Bersantai di Bangkok atau menyelam scuba di Bali ? Menerusi program terbaru “Saya Nak Cuti”, impian anda untuk ke mana-mana destinasi ASEAN bakal ditunaikan.

Objektif program ini ialah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus mengejar percutian idaman mereka yang akan membuka peluang untuk mengunjungi destinasi dan merasai pengalaman baru.

Program realiti “Saya Nak Cuti” bakal memilih tujuh pemenang bertuah yang bukan sahaja dapat merealisasikan percutian percuma, malah berpeluang untuk menjadi hos rancangan percutian mereka sendiri.

Program realiti itu dianjurkan oleh MAS dan ASTRO.

Walaupun terhad hanya kepada destinasi di seluruh ASEAN termasuk Malaysia, namun ada di antara destinasi ASEAN yang kita sendiri terlepas pandang sebelum ini.

Anda dikehendaki menghantar satu gambar berukuran 4R dan karangan berkenaan dengan percutian idaman anda yang tidak lebih dari 350 perkataan. Selain menyertai untuk diri sendiri, anda juga diberi peluang untuk memilih atau mencalonkan sesiapa sahaja yang anda fikir layak. Tarikh tutup adalah pada 31 Januari 2010.

20 peserta akan disenarai pendek dan maklumat terperinci akan dimuatkan di laman mikro peribadi mereka di www.mastraveller.com. Peserta-peserta digalakkan untuk menulis blog dan berinteraksi dengan orang ramai melalui laman mikro mereka ini untuk meraih undi.

Orang ramai digalakkan untuk mengundi peserta kegemaran mereka dan keputusan mingguan akan dikeluarkan selama 4 minggu berturut-turut. Dua peserta dengan markah yang terendah akan disingkirkan setiap minggu. Para juri akan memilih 7 pemenang daripada 12 finalis yang akan merealisasikan percutian idaman mereka. Percutian kesemua pemenang ini akan dirakamkan dan bakal bersiaran di Astro RIA.

Peraduan ini bermula 6 Januari 2010 dan akan tamat pada 31 Januari 2010. Hanya tujuh pemenang akan diberikan peluang untuk ke destinasi ASEAN pilihan mereka.Malaysia Airlines bakal menyenarai-pendekkan 20 peserta yang mana setiap peserta akan dipaparkan di laman web www.mastraveller.com. Dalam tempoh tersebut, pelayar internet boleh mengundi peserta kegemaran mereka.

Dua peserta akan disingkirkan setiap minggu dalam tempoh empat minggu. Dua belas peserta yang masih dalam persaingan bakal disenaraikan untuk merebut satu daripada tujuh tempat sebagai pemenang.

Panel juri akan memilih tujuh pemenang untuk melancong ke destinasi ASEAN pilihan mereka. Setiap pemenang berpeluang untuk menjadi hos program percutian mereka sendiri dan setiap perjalanan akan dirakamkan oleh krew penerbitan ASTRO Ria.

Tujuh episod program percutian “Saya Nak Cuti” akan disiarkan di saluran Astro RIA.

Anda juga boleh menyertainya !

Caranya mudah sahaja.

1. Tulis karangan bertajuk “Mengapa mereka paling layak untuk memenangi percutian ini.” tidak melebihi 350 patah perkataan.
2. Sertakan sekeping gambar berukuran 4R.
3. Calonkan sesiapa sahaja yang difikirkan layak termasuk diri sendiri.
4. Hantarkan penyertaan anda itu ke www.mastraveller.com sebelum 31 Januari 2010.


Contoh Penyertaan :

Saya memilih untuk ke Tawau bersama program “Saya Nak Cuti” kerana saya seorang yang lebih gemar melancong di dalam Negara. Saya tidak akan berhenti di Tawau sebaliknya meneruskan perjalanan saya ke Semporna untuk ke Pulau Sipadan. Seluruh dunia mengetahui tentang Pulau Sipadan yang merupakan antara destinasi wajib bagi seorang penyelam skuba. Saya amat gemarkan aktiviti menyelam skuba. Aktiviti tersebut tidak boleh dilakukan oleh sebarang peserta kecuali jika mereka memiliki lesen untuk menyelam skuba dan keberanian. Saya memiliki kedua-duanya.
Saya akan pastikan keunikan pada program tersebut dengan menawarkan foto dasar laut yang saya rakam sendiri atau pun jurugambar video dasar laut menyusuri aktiviti selaman saya itu. Itu sudah tentu suatu yang menarik untuk ditonton oleh penonton kerana tidak semua orang mampu merasai pengalaman berada di dasar laut. Ianya harus dikongsi bersama penonton dan juga mempromosikan pusat pelancongan dalam negara. Kepuasan berada di dasar laut akan saya kongsikan bersama penonton Astro termasuk mendidik mereka menjaga kehidupan dasar laut serta bagaimana untuk menjadi penyelam yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Keindahan Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai perlu dikongsi dan diketahui oleh penonton Astro dan visualnya digambarkan secara menarik. Bukan sekadar keindahan di permukaan laut malah apa yang terkandung di dasar laut juga boleh dinikmati.
Selain melakukan aktiviti penyelaman riadah, saya juga boleh melakukan aktiviti penyelaman pemuliharaan alam sekitar di mana aktiviti itu akan turut merakamkan bagaimana seorang penyelam boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk terus menyuburkan kehidupan dasar laut. Aktiviti seperti penanaman batu karang boleh dirakamkan untuk pengetahuan penonton.
Saya memikirkan destinasi itu suatu destinasi yang unik untuk tontonan penonton dan ianya amat perlu dalam melahirkan generasi yang berpengetahuan asas tidak hanya pada permukaan tetapi juga apa yang terkandung di dasar laut. Selain menikmati keindahan batu karang, hidupan dasar laut termasuk pelbagai jenis ikan jerung boleh dipelajari dengan program tersebut. Saya akan pastikan episod program “Saya Nak Cuti” saya antara yang unik untuk ditonton.

Untuk maklumat terkini, layarilah:





- Posted using BlogPress from my iPhone

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger