Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 April 2003

Saya akan cuba untuk memberikan komen sejujur mungkin berkenaan dengan teater ini kerana saya sendiri terlibat dengan pementasan tersebut. Mungkin ada unsur2 bias.

Dari aspek lakonan masih banyak yang boleh diperbaiki. Saya sendiri mengakui tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya kerana terlalu gugup. Ini appearance saya yang pertama. 15 minit yang pertama tangan saya seperti air batu. Ada di antara pelakon yang tidak all out. Saya dapat merasakan pemain watak Nani dan Tina tidak all out pada malam itu. Saya sendiri telah cuba untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut. Kegugupan menyebabkan saya lupa pintu keluar masuk, ada sekali keluar ikut dinding rumah. Apa yang saya belajar semasa sessi latihan ada yang tidak dilakukan semasa malam persembahan. Mujur tiada skrip yang saya lupa cuma ada babak di mana pelakon lain yang terlupa skrip dan saya harus mengimprovisasikan dialog agar tidak ketara walaupun sebenarnya telah menukar skrip asal.

Dari aspek muzik, memang menjadi identiti grup ini untuk mempersembahkan muzik mereka secara langsung, tanpa recording. Babak-babak tengah hingga akhir perlu digambarkan suasana kabaret yang muram. Oleh itu muzik live di kabaret tiada. Suasana lebih bermood muram. Suasana happy di kabaret hanya muncul pada babak awal.

Kerana penggunaan multi-purpose set, suasana kabaret dan rumah hanya boleh dibezakan dengan menggunakan teknik lampu. Idea asal frame gambar dan tingkap akan turun menggunakan railing bar dari atas, kekurangan di dewan Matics membataskan idea ini dari dilaksanakan.

Berkenaan dengan terjemahan beberapa perkataan Jepun adalah idea yang menarik. Jika ada peluang mementaskan lagi naskah ini, pihak kami akan menterjemah beberapa perkataan Jepun tersebut di dalam brochure.

Saya suka memetik ayat dari Volume Of Interactions :-

"The play's fulcrum was an examination of how war and occupation effects a society - the Japanese occupation of Malaya being the platform from which the discussion was launched.

What are the effects of occupation on society? How does it change people, to force them into things they normally would not do? The juxtaposition of those who would embrace the occupiers and those who would resist; the virgin and the perempuan cabaret (call girl), the businessman and the thief, the strong and the weak, the moral and the immoral, the religious and the irreligious. No one wants war, no one wants to be occupied by a foreign power - the story of "Rumah Kedai Jalan Seladang" is about the choices we make when the unwanted happens."

Apa kesan penjajahan kepada seluruh masyarakat ? Apa kesan perang ?