Separuh Akhir Irama Malaysia & Etnik Kreatif Juara Lagu 18
Keputusan siapa terpilih ke Juara Lagu 18 sudah pun diketahui.
Hasrat Perindu (Mas Idayu/Adnan Abu Hassan/Kumang)
Salsabila (Yasin/Yasin/Yassin)
Wassini (Waheeda/Yasin/Yasin)
Tandang Bermadah (Noraniza Idris/Noraniza Idris & Narawi CD/Raja Kobat & Noraniza Idris)
Saya hanya sempat menonton persembahan Badarsila, Hasrat Perindu, Salsabila, Inang Cinta Sayang, Madah Berkasih dan Wassini. Jadi adalah tidak adil untuk saya membuat ulasan berkenaan kategori ini. Setibanya di rumah, keputusan telah pun diumumkan. Jeritan jiran sebelah membuatkan saya bergegas membuka pintu rumah. Mengejutkan ! Persembahan hebat dari Siti Nurhaliza dengan lagu Badarsila tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu 18. Apa sudah jadi ?
Lebih mengecewakan saya apabila lagu Hasrat Perindu berjaya mengenepikan pilihan utama iaitu Badarsila. Persembahan Siti Nurhaliza sungguh hebat. Saya sudah berangan-angan akan menyaksikan persembahan yang lebih hebat untuk Juara Lagu 18 tetapi angan itu tidak menjadi kenyataan. Gerak tari beliau sungguh menakjubkan.
Wassini nyanyian Waheeda memang wajar tersenarai. Persembahan Wassini agak kaku di permulaan. Nervous mungkin. Tetapi setelah di pertengahan lagu, keyakinan mula terserlah. Dinilai dari aspek lagu dan lirik, lagu ini sememangnya unik. Unsur-unsur Timur Tengah jelas disuntik untuk lagu ini oleh penciptanya yang sememangnya terkenal dengan lagu-lagu jenis itu.
Salsabila di tangan Yasin juga dibawa dengan cara yang tersendiri. Beliau cuba untuk mengubah lenggok nyanyiannya. Lagu dan lirik lagu tersebut juga masih mengekalkan unsur-unsur Timur Tengah.
Persaingan di Juara Lagu 18 terbuka kepada lagu Salsabila dan Wassini. Kedua-dua lagu ciptaan Yasin ini lebih kukuh kedudukannya berbanding lagu lain. Wassini mampu membuat kejutan jika persembahan Waheeda digilap agar lebih menarik untuk malam Anugerah Juara Lagu.
0 komen