Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 17 October 2003

Separuh Akhir Pop Rock Juara Lagu 18

Separuh Akhir Pop Rock Juara Lagu 18 berlangsung pada petang Jumaat berakhir dengan meriah dan keputusan yang hampir dijangka. Keputusan ramalan tidak banyak berbeza. Ternyata ramai yang berpuas hati dengan keputusan yang diputuskan oleh panel juri yang terdiri daripa komposer terkenal Azmeer, Zul Mahat, Zubir Ali, bekas wartawan hiburan Saniboey dan Prof Hanafi Imam.

Juara LaguSengsara (Ezlynn/KRU/KRU)
Ezlynn membawakan lagu Sengsara dengan cara yang biasa. Kawalan vokal beliau tidak sebaik di dalam album. Melodi lagu Sengsara juga kurang tempo pop-rock yang menjadi penilaian utama kategori ini. Lagu ini hanya mencukupkan kuota ke Separuh Akhir Juara Lagu

Juara LaguKembali (Ning Baizura/Ajai/Ning Baizura)
Seperti lagu Sengsara, kelebihan lagu ini hanya terletak kepada persembahan secara langsung oleh Ning. Kekuatan lagu ini masih tidak kuat untuk kategori pop-rock. Melodi lagu ini masih moderate dan ala-ala balada. Persembahan bertenaga Ning telah mencantikkan lagu tersebut. Namun demikian tidak cukup untuk memberikan kelebihan kepada beliau.

Juara LaguAku Statik (OAG/Naza/Naza)
Vokal Radhi dari kumpulan OAG memang berada di tahap yang terbaik. Beliau bijak mengawal vokalnya untuk lagu ini. Tempo lagu ini amat ketara pop-rocknya. Persembahan vokal yang baik oleh Radhi OAG benar-benar menghidupkan lagu tersebut. Pengaruh underground pada lagu tersebut secara tidak langsung menguatkan lagi kedudukan lagu tersebut.

Juara LaguHadirlah Mustika (Spin/Harun Ahmad/Fauziah Hashim & Nur Khalina)
Lagu ini mempunyai melodi yang baik. Sebuah lagu yang mudah untuk didengar. Persembahan vokal yang cemerlang oleh Achik Spin pada petang itu secara tidak langsung menguatkan lagi peluang lagu ini untuk melangkah ke Juara Lagu. Tapi sayangnya lagu ini melodinya seakan-akan sudah biasa didengar. Industri muzik tempatan memerlukan lagu yang lebih segar.

Juara LaguSeperti Dulu (Exists/Musrad & G-Nola/Musrad)
Persembahan kurang bertenaga dari Ezad merosakkan lagu tersebut. Ezad seakan-akan tidak bermaya membawakan lagu tersebut. Melodi lagu tersebut juga lebih berentak balada. Vokal Ezad tidak memberikan jiwa kepada lagu tersebut.


Juara LaguKu Milikmu (Siti Nurhaliza/Zuraini/M.Zulkifli & Siti Nurhaliza)
Persembahan mantap dari Siti Nuhaliza menguatkan peluang lagu ini untuk melangkah ke Juara Lagu 18. Siti Nurhaliza benar-benar enjoy membuat persembahan. Showmanship beliau amat bertenaga dan hidup. Melodi lagu ini yang lebih bercorak modern pop-rock benar-benar sesuai untuk kategori ini.

Juara LaguLagu Rindu (Ajai & Nurul/Ajai/Slen)
Lagu ini juga merupakan sebuah lagu yang biasa kita dengar sebelum ini. Tidak banyak berubah. Lagu ini dicacatkan dengan ketidakserasian penyanyi suami isteri ini. Vokal mereka kedengaran tidak masuk antara satu sama lain. Beberapa bahagian rangkap kedengaran sumbang.

Juara LaguPercayakan Siti (Exists/G-Nola/Loloq)
Lagu ini amat sesuai dikategorikan sebagai lagu pop-rock. Vokal oleh Ezad berjaya menghidupkan lagu tersebut. Melodi lagu ini amat baik dan liriknya yang senang diingati serta catchy. Persembahan bertenaga Ezad berjaya menceriakan lagu tersebut. Peluang lagu ini untuk muncul Juara kategori Pop Rock amat cerah.

Juara LaguHi Hi Bye Bye (Ezlynn/KRU/KRU)
Kemaraan lagu ini memang telah dijangka dari awal. Hi Hi Bye Bye merupakan sebuah lagu groove yang jarang kita dengar di Malaysia. Penerimaan masyarakat Malaysia terhadap lagu tersebut di luar dugaan. Lagu tersebut amat mudah lirik dan melodinya. Mesej lagu tersebut merupakan mesej cinta biasa tetapi melodi lagu tersebut memberikan satu kelainan kepada lagu tersebut. Ezlynn perlu memperbaiki mutu vokalnya dan staminanya untuk menyengat di Juara Lagu 18 nanti.

Juara LaguPaling Comel (Achik Spin & Siti Nordiana/Aldit Alfian/Aldit Alfian)
Lagu ini merupakan antara lagu popular masa kini. Melodinya yang catchy serta liriknya yang unik telah menghidupkan lagu ini. Vokal Achik Spin sebenarnya telah menguasai keseluruhan lagu tersebut. Tetapi sayangnya apabila Nana membuka mulut sahaja, lagu tersebut keharmonian vokal mereka kedengaran sumbang. Melodi lagu tersebut merupakan sebuah lagu pop-rock yang jarang kita dengar begitu juga bait liriknya yang lain daripada yang lain.

Keputusan Separuh Akhir Pop Rock Juara Lagu 18
Ku Milikmu (Siti Nurhaliza/Zuraini/M.Zulkifli & Siti Nurhaliza)
Percayakan Siti (Exists/G-Nola/Loloq)
Aku Statik (OAG/Naza/Naza)
Hi Hi Bye Bye (Ezlynn/KRU/KRU)

Persaingan sengit untuk Kategori Pop Rock bakal berlaku di Anugerah Juara Lagu 18. Keempat-empat lagu sememangnya layak untuk menduduki senarai Top 4 ke peringkat Akhir. Saya lebih suka memihak kepada lagu Percayakan Siti nyanyian Exists untuk muncul juara kategori Pop Rock.

Juara Lagu
Seperkara yang menarik berkenaan Separuh Akhir Juara Lagu 18 ialah penggunaan SMS untuk meramal keputusan. Memandangkan anugerah ini dinilai 100% oleh panel juri maka penggunaan SMS hanya dimanafaatkan oleh TV3 untuk meramal keputusan tersebut. Ketelusan TV3 dan Time.net dalam mengendalikan Peraduan SMS Juara Lagu 18 wajar dipuji. Anda boleh melayari laman internet Peraduan SMS Juara Lagu 18 dan laman rasmi Juara Lagu 18. Di sana anda boleh juga menonton Siaran Langung secara video streaming dan live radio. Terdapat juga cara-cara untuk anda menghantar SMS ramalan dan mengetahui lagu-lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Juara Lagu 18.