Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 06 July 2005

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 05
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata. Tengah penat kemaskini senarai Tanda Tanda Anda Anti Mawi Jika...yang akan dikemaskinikan menjelang tengahari nanti.

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 06
Nampak tersiksa juga Yazer membawakan lagu Cinta Kilat itu. Saya merasakan yang vokal Yazer semacam tenggelam dalam melodi lagu tersebut. Itu belum lagi dimasukkan elemen-elemen persembahan dalam lagunya. Pergerakan Yazer untuk sketsa juga sedikit sebanyak menenggelamkan vokal beliau. Sungguh rendah juga tone lagu tersebut. Melodi lagu tersebut sedap tetapi lirik lagunya semacam berkata-kata sahaja. Banyak yang perlu dibaiki oleh Yazer. Beliau perlu menambah perisa dalam persembahannya. Attitude beliau juga perlu ditingkatkan untuk lagu ini.

Felix nampak begitu tertekan. Memang nampak beliau agak kerisauan dengan lagu tersebut. Saya masih tidak faham apa yang beliau nyanyikan. Nada lagu tersebut sudah kena dengan vokal beliau. Beliau hanya perlu melontarkan vokalnya dengan lebih berkeyakinan agar apa yang dinyanyikan dapat didengar dengan jelas. Yang baru dibaiki adalah aspek nyanyian sahaja dan belum ditambah elemen persembahan.

Rupanya bukan sahaja peminat Akademi Fantasia yang bergaduh di luar, mereka di dalam Akademi Fantasia juga turut berselisih faham. Para pelajar menyuarakan ketidak-puashatiannya terhadap Amylea. Kehadiran Cikgu Siti Hajar adalah untuk menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai seorang Tenaga Pengajar beliau tentu perasan perubahan yang berlaku di dalam kelasnya lebih-lebih lagi bilangan pelajar semakin berkurangan. Berdasarkan pengalamannya, beliau telah meneka dan bertanya. Beliau turut melihat ada yang terganggu emosi dan fikiran mereka.

Memang sukar juga apabila dikritik oleh teman sendiri di hadapan semua orang dan juga turut ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Tentunya menjadi Amylea amat sukar dengan situasi tersebut. Yang peliknya, apabila Amylea seakan tidak diberi peluang untuk membela diri, hanya sekadar mendengar komen-komen dari rakannya. Mungkin juga tidak ditayangkan di dalam Diari. Mungkin juga ia boleh disaksikan di dalam Diari Xtended.

Kefli menasihatkan Amylea agar membaiki dirinya. Amylea harus bersifat lebih matang dari umurnya. Beliau banyak bercakap di dalam kelas dan terlalu banyak bertanya sehingga mengganggu pelajar lain. Yazer pula berpendapat AMylea tidaklah sampai menyakiti hatinya. Amylea seorang yang hyperactive dan bertindak pantas di dalam kelas. Beliau berbangga kerana Amylea sentiasa terfikirkan soalan yang tidak pernah mereka sangkakan. Ini menjadikan beliau jauh di hadapan dan adakalanya seperti tunjuk pandai.

Felix beranggapan Amylea seorang yang panas baran. Adakalanya apabila beliau bertanya soalan, Amylea pula yang menjawab. Beliau seakan-akan tidak tahu mengawal pergerakannya dan ini menjelekkan pelajar lain. Saya melihat seakan Cikgu Siti Hajar turut menyokong tindakan para pelajar lain.

Berbeza dengan Akma yang sebelum ini tidak berani menegur secara berhadapan. Akma sendiri dengan berani membuat kenyataan untuk memulaukan Amylea. Satu kenyataan yang berani dari mereka yang hanya tinggal 9 orang di dalam Akademi. Kurangnya sifat kekeluargaan dan persahabatan di dalam Akademi pada musim ini.

Memang sukar untuk menerima apabila dikomen sebegini. Lebih-lebih lagi menyedari yang Amylea sendiri akan menghadapi laluannya sendiri pada minggu-minggu akan datang. Dalam keadaan beliau tahu ada cubaan untuk memulaukannya dari kalangan pelajar dan juga ada di antara pelajar yang tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya.

Amylea harus lebih terbuka dan menerima komen secara lebih positif. Di dalam adik-beradik juga ada yang bergaduh ini kan pula sesama berkawan. Kita harus lebih telus bersama kawan-kawan. Tetapi apabila dibuka pekungnya di hadapan semua kawan-kawannya tanpa mengira perasaannya tentu agak mengaibkan. Perkara-perkara peribadi sedemikian lebih sesuai dibuat secara lebih personal.

Antara kegusaran pelajar terhadap Amylea :
Amylea agak rapat dengan Tenaga Pengajar untuk kepentingan ilmunya. Apa salahnya sekiranya rapat dengan Tenaga Pengajar untuk tujuan tersebut. Pelajar lain sekiranya tidak mahu mengambil serius tentang ilmu, mereka boleh terus bermain-main. Amylea juga merupakan pelajar yang banyak bertanyakan soalan. Apa salahnya bertanya soalan ? Mungkin salah sekiranya dilakukan bukan pada masanya sehingga menganggu sessi pengajian. Pelajar yang terlalu pendiam dan tidak mahu bertanya, apakah ini sesuatu yang adil untuk Amylea dipersalahkan ? Kegusaran pelajar yang paling besar ialah AMylea merupakan pelajar yang paling konsisten dan menunjukkan peningkatan dalam setiap persembahannya. Ini semacam suatu ancaman kepada pelajar lain.

Gila Akademi Fantasia
Memang sengsara juga minggu ini. Sahabat saya juga menghadapi kesuraman di dalam blog beliau. Entahlah, pada musim ini Akademi Fantasia semakin gila sifatnya sehingga mampu membuatkan sesiapa sahaja cepat terasa sejak akhir-akhir ini. Saya tidak peduli apa kesannya kepada yang lain tetapi jika ia memberikan kesan kepada kawan-kawan saya tentunya saya turut merasa terpukul sekali. Memang seronok gaduh-gaduh manja dengan mereka ini. Kutuk sana, kutuk sini kerana saya tahu mereka boleh bergurau dan saya juga boleh bergurau. Mujur tahun ini saya tidak ada pelajar yang benar-benar saya minati. Kalau ada pun, pelajar yang saya minati itu berada di kedudukan yang agak selesa. Kadang-kadang, ada juga terkutuk pelajar yang lain. Memang seronok tengok orang meroyan. Lebih-lebih lagi bila kita pun turut sama meroyan. Kadang-kadang apabila terlalu berseronok di conference sehingga akhirnya mengundang kesedihan di penghujungnya. Walau apapun saya sudah mengenali mereka hampir tiga musim, ada juga yang dua musim. Saya masih ingin mengenali mereka lebih dekat. Biar kita teguh bersama, jangan diberikan peluang pihak musuh menggunakan kita. Ingat tu KA ! Hehehehehehehe !