Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 07 July 2005

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 07
Jika anda berminat untuk membaca Ulasan Diari Xtended, sila ke Dunia-dunia Luar Tempurung Kelapa. Jika ada kesempatan, saya ingin turut menyumbangkan tenaga, tetapi tiada kesempatan masa. Hanya berdasarkan ulasan-ulasan mereka saya mengetahui tentang Diari Xtended. Siapa kata AFXtra tidak bagus ?

Amylea tidak perlu menangis. Amylea harus bangkit dari derita yang telah dilalui olehnya pada beberapa hari yang lalu. Amylea harus membuktikan beliau pelajar paling konsisten dalam persembahannya. Apa guna menangis ? Beliau perlu terus berusaha untuk membuktikan kepada Akma yang beliau lebih bagus.

Tanggungjawab yang berat nampaknya perlu ditanggung oleh Encik Hasrul. Ambil sahajalah tanggungjawab tersebut, lagipun ianya bermula dari anda. Sejak dari minggu pertama, tugas anda tidak lebih dari sekadar tukang cucuk dan matchmaker di dalam Akademi Fantasia. Bersedialah untuk berhadapan dengan karenah pelajar kerana angkara anda itu.

Selepas menonton Diari, saya lebih bangga melihat Kefli dan Felix yang berusaha untuk memujuk Amylea. Saya melihat bahawa Amylea masih boleh respect kepada mereka berbanding pelajar lain. Amylea seperti dengar tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Marsha. Akma pula tidak dipandang mukanya langsung oleh Amylea. Amylea sendiri merasakan yang beliau sebenarnya telah ditikam dari belakang oleh pelajar perempuan sendiri. Pelajar perempuan yang selalunya selalu bersama dan bersatu, tetapi tidak dalam isu tersebut.

Amylea harus terus berusaha membuktikan kehebatannya dalam persembahannya. Kalau perlu menangis dalam persembahan hujung minggu ini, menangislah. Tetapi kawal perasaan tersebut, jangan pula menangis macam di dalam Diari. Sekadar mengalirkan air mata sudah cukup baik. Buatkan Tenaga Pengajar, Pengkritik bangga dengan persembahan anda. Biarkan pelajar lain yang menangis mengusung bagnya hujung minggu ini.

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 08
Apa nak cerita ya ? Cerita tentang Amylea dan keluarganya ? Entahlah. Nampak Amylea sedih, jadi sedih pun ya, lawak pun ya. Amylea bercerita tentang kesusahan keluarganya dan juga persekitaran keluarganya yang telah membentuk perwatakannya. Persekitaran keluarga memang amat berkai-rapat dengan perwatakan kita sendiri. Secara tidak langsung setiap pelajar tentunya memberikan perwatakan yang berbeza.Sedih juga melihat Cikgu Marlia turut mengalirkan air matanya menasihati Amylea.

Ekin Miang ?
Saya tidak berkesempatan untuk menonton Diari Xtended sesi bersama Amylea ini. Sesi ini penting untuk dinilai melalui Diari Xtended kerana saya berpeluang untuk menonton secara keseluruhan. Adalah tidak adil sekiranya saya hanya mengulas komen pelajar tentang beberapa orang pelajar sahaja. Mawi contohnya, dengan senangnya memberitahu Ekin akan sifat miangnya. Bagaimana pula dengan yang tukang cakap itu ? Tentunya tidak semua orang menyukai perangainya yang sering membuat lawak dan tidak serius di dalam kelas. Tidak mahu mengulas panjang. Jika ada kesempatan saya akan menonton Diari Xtended. Saya tidak mahu sehingga perlu menulis artikel sebegini kelak kerana perlu melayan komen-komen amarah dari golongan mereka ini kesan komen saya tentang Ekin miang.

Pemain CD Berbunyi
Sedang mereka berbual-bual di meja makan, pemain CD berbunyi memainkan lagu Seindah Biasa oleh Siti Nurhaliza. Felix telah diminta untuk menutup pemain CD tersebut. Felix ke pemain CD tersebut dan menutupnya dengan kaki. Kembali semula ke tempatnya. Ia berbunyi lagi. Kali ini beliau pergi menutupnya bersama Marsha juga dengan kaki. Kembali semula ke tempatnya. Kali ini berbunyi lagi tetapi hanya kedengaran suara Siti Nurhaliza. Memang kegembiraan setiap pelajar dapat bertemu dengan Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza di Akademi Fantasia
Kehadiran Siti Nurhaliza memberikan cahaya kepada kesuraman Akademi Fantasia pada beberapa hari yang lalu. Ternyata aura bintang nombor satu negara ini begitu besar kesannya kepada para pelajar.

Mawi telah bertanyakan tentang jeritan penonton yang menganggunya sewaktu membuat persembahan, bagaimana untuk menangani masalah tersebut. Siti Nurhaliza menyarankan agar Mawi menukar sorakan tersebut kepada semangat. Ekin pula bertanyakan tentang minat Siti Nurhaliza untuk berlakon. Siti sendiri pernah berlakon atau muncul sebagai undangan dalam filem pendek Zaleha Ayam Patah. Minat beliau lebih kepada teater muzikal. Tentulah saya orang pertama yang akan menontonnya. Felix mewakili rakan perempuannya bertanyakan tentang cara menjaga kecantikan. Cikgu Fatimah menegur beliau bahawa soalan itu sebenarnya ingin ditanyakan oleh Felix.

Lebih baik menonton Diari Xtended yang lebih panjang durasinya. Selain dapat menonton sesi Siti Nurhaliza bersama pelajar, kita juga boleh menyaksikan keseluruhan sesi bersama Amylea untuk kita sama-sama menilai.