Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 09
Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 10
Hanya 4 orang pelajar yang perlu membuat persembahan mereka di hadapan Tenaga Pengajar. Mereka terdiri daripada Felix, Mawi, Kefli dan Marsha. Sememangnya saya melihat mereka antara pelajar yang berpotensi untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert. Felix memikul cabaran membawakan lagu Inggeris. Mawi membawakan sebuah lagu balada biasa yang agak sukar pada bahagian korus. Kefli membawakan sebuah lagu berirama Malaysia. Manakala Marsha perlu bermain piano sambil menyanyi.
Dalam sesi latihan, saya masih berasa agak risau melihat persembahan Felix. Saya kurang faham apa yang sebenarnya dinyanyikan oleh beliau. Hari ini tahap keyakinan beliau agak ada peningkatan berbanding hari-hari awal menerima lagu tersebut. Beliau sudah mula menggoyangkan badan dan cuba mengikut irama lagu tersebut. Berdasarkan vokal, hilang habis tone suara beliau. Terlalu banyak lirik yang ditelan sehingga mesej lagu tenggelam. Kelebihan Felix ialah beliau harus lebih berani meningkatkan showmanshipnya dalam lagu tersebut. Penggunaan mata, senyuman merupakan antara elemen-elemen penting yang dapat meningkatkan lagi sokongan penonton terhadapnya.
Kefli umpamanya harus menggunakan peluang mendapat lagu berirama Malaysia ini untuk menyerlahkan lagi persembahan vokal beliau tetapi sebaliknya yang berlaku. Setelah beberapa minggu melihat perkembangan Kefli, saya dapat merumuskan yang beliau masih kurang dapat mengawal kekuatan vokal beliau. Sebuah lagu biasa berirama Malaysia boleh menjadi kedengaran bingit di telinga saya. Kefli harus lebih relax untuk lagu ini. Ketenangan pada dirinya membolehkan beliau lebih mampu untuk mengawal tone suara yang keluar. Volume vokalnya perlu dikawal.
Nyanyian Mawi masih belum cukup kemas dan tidak begitu kilat vokalnya. Berdasarkan aspek penghayatan, Mawi sudah cukup baik.Beliau harus menyerlahkan lagi mutu vokal beliau agar lebih mantap. Menyanyi bukan sekadar melontarkan suara tetapi turut mengawal vokalnya untuk menghasilkan bunyi yang lebih lancar dan sedap. Kekurangan ini adalah kerana kurangnya penekanan teknik vokal dan juga teknik pernafasan. Tempo juga perlu dijaga terutama pada bahagian perubahan di antara rangkap kedua dan korus. Memang agak mendadak dan pantas perubahan tersebut. Terlewat sedikit, habis tempo lagu tersebut.
Bermain grand piano di atas pentas. Superb ! Kalau itulah yang akan terjadi esok malam. Bakal menjadi sebuah persembahan yang nampak klasik. Sewaktu sesi latihan, apabila ada kesilapan sedikit dari segi chord atau key, Cikgu Siti Hajar akan pandang Pengetua M.Nasir. Apa yang saya lihat, gaya Marsha bermain piano sememangnya nampak keras. Beliau semacam not into the song. Pergerakan badannya tidak blow dengan mood lagu tersebut. Tekanan yang diberikan juga tidak mengikut mood lagu tersebut. Sememangnya sukar melakukan dua perkara dalam satu masa. Lebih-lebih lagi tekanan di atas pentas kelak. Marsha masih menggunakan piece di hadapannya. Marsha perlu mengawal tekanan tersebut untuk lebih berkeyakinan di atas pentas. Saya pernah menonton Syafinaz bermain piano sambil menyanyi, memang superb ! Marsha sewajarnya diberikan pembesar suara yang disangkutkan di kepala dan bukannya pembesar suara yang seperti biasa. Ia lebih memudahkan pergerakannya.
Mesyuarat Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar bermesyuarat lagi. Kali ini topik perbincangan difokuskan kepada Amylea. Sebagai moderator pada hari tersebut, Cikgu Siti Hajar menerangkan bagaimana beliau cuba untuk membuatkan Amylea bercerita tentang latar belakang keluarganya. Persekitaran hidup yang dilalui oleh Amylea agak sukar untuk diubah kerana ia melibatkan persekitaran hidup. Ia hanya boleh diubah dengan berjumpa pakar kaunseling. Saya akui perkara ini. Sememangnya sukar apabila persekitaran dan latar belakang keluarga amat berbeza antara setiap pelajar. Sukar tetapi tidak bermakna tidak boleh. Cuma kena perlu daya usaha. Saya mengakui pernah mengalami situasi yang sama. Perlu tinggal di Kampung Semadung, kampong daif di pedalaman negeri Perlis selama satu minggu. Saya tahan selama 1 hari dan kemudian lebih rela tinggal di asrama sekolah. Persekitaran saya yang saya lalui seakan-akan sukar untuk disesuaikan dengan apa yang perlu saya lalui selama 1 minggu. Pelajar lain boleh tinggal bersama keluarga angkat mereka setiap minggu, dan saya hanya pergi satu hari dan kemudian balik tinggal di asrama sekolah. Lebih rela mandi air berkapur dari mandi air telaga. Bukan maknanya Amylea tidak boleh berubah. Boleh, cuma sedikit sukar. Pelajar lain turut memainkan peranan masing-masing dan tidak mengetepikannya.
Cikgu Siti Hajar turut menyuarakan pendapatnya tentang ketika Akma menyuarakan pendapatnya tentang Amylea. Akma ada menyebut “Bila kita tak nak tolong dia dan pulaukan dia, baru dia tahu...” Ayat tersebut ada sambungannya iaitu “tetapi kita tidak buat macam tu…” Benar, perkara pulau-memulau itu tidak terjadi, tidak mahu menolong juga tidak terjadi. Tetapi yang menyedihkan Cikgu Siti Hajar ialah wujudnya walaupun sekelumit niat tersebut dalam diri pelajar Akademi Fantasia. Inilah yang mengecewakan beliau sebagai tenaga pengajar. Ia turut disambut oleh Cikgu Adnan bahawa komplot-komplot sebegini apakah telah wujud di dalam Akademi Fantasia. Tangisan untuk Idayu apakah sesuatu yang ikhlas atau pun satu tangisan lega. Gejala-gejala ini perlu dihindarkan dengan cepat seperti saya melakukan penyemburan ubat nyamuk di blog petang tadi.
Mereka menyarankan agar diletakkan notice board yang mana pelajar boleh menyuarakan ketidakpuas-hatian mereka terhadap mana-mana pelajar. Tenaga pengajar harus sentiasa bersedia untuk menyelesaikan masalah mereka dan memanggil pelajar-pelajar yang terlibat secepat mungkin untuk kebaikan bersama.
Ramalan Penyingkiran : Satu Perspektif Peribadi
Minggu ini penuh dengan drama Amylea. Penuh dengan tangisan. Undian simpatinya melonjak dengan tinggi sehingga ke tempat ketiga. Beberapa minggu sudah, jari tangannya terpotong, kemudian terjatuh di dalam longkang pula. Apakah beliau seorang inginkan perhatian atau lebih mudah dahagakan perhatian ? Apabila perhatian diberikan, fokus kamera lebih tertumpu ke arahnya dan tempoh masa di kamera juga agak panjang.
Akma dilihat antara penyebab kemurungan Amylea pada minggu ini. Kenyataan yang dilemparkan oleh Akma sebenarnya mengundang petaka untuknya. Apakah nasibnya akan lebih selamat pada minggu ini. Dalam episod Amylea, Akma boleh dilihat sebagai penjahat. Saya meletakkan diri saya sebagai hanya menonton Diari Akademi. Tidak semua akan menonton Diari Extended. Berdasarkan editing yang dilakukan, nampak jelas Amylea kelihatan sebagai penjahat.
Aidil sudah dua minggu terselamat kerana berada di kedudukan yang kedua terakhir sebelum undian ditutup. Pada minggu ini, Aidil bermain permainan ini dengan pintar. Perwatakannya sederhana dan selesa ditonton di dalam Diari. Sekiranya diteliti, Aidil menggunakan baju yang agak ketat pada minggu ini sewaktu Kelas Tarian. Umpan tersebut boleh juga menaikkan undiannya dan menyelamatkannya sekali lagi.
Sebenarnya di dalam Akademi Fantasia, pelajar yang tidak sewajarnya perlu menulis surat wasiat ialah Mawi dan Felix. Pelajar lain ada kemungkinan untuk tersingkir kerana peratusan undian yang tidak jauh bezanya antara mereka. Teruskan mengundi, jangan kerana leka menyelamatkan Amylea dan Akma, ada yang lebih baik menjadi galang gantinya.
Turut disiarkan adalah pandangan Elkapitan tentang kontroversi yang melanda Kudsia Kahar, nyamuk di blog SM dan Amylea, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata.
0 komen