Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 03 April 2006

32 Hanya 1 Angka

Pada mulanya saya hanya berhasrat untuk menonton teater Alang Rentak Seribu pada malam hari lahir saya. Lahir pada 1 April tertanggung satu beban yang berat apabila pada setiap tahun hari tersebut menjelang. Oleh yang demikian, saya akan cuba untuk melarikan diri jauh dari rakan-rakan. Jalan yang terbaik adalah dengan menonton teater.

Sempat juga saya singgah ke Pasar Seni untuk mencari album terbaru Sheila Majid XVXX Legenda. Saya akan ulas tentang album ini. Melihat fotografi kulit album yang dipamerkan sangat menarik, tetapi saya kerja grafik yang dipersembahkan nampak seperti kerja pengguna amatur Photoshop.

Hebat betul fenomena watak Alang yang dijayakan oleh pelajar UITM. Penuh sesak Panggung Bandaraya diserbu oleh para penonton sehingga ada penonton yang terpaksa pulang kerana tiada ruang kosong yang boleh menampung kehadiran penonton yang agak ramai pada malam tersebut. Teater tersebut berlangsung selama hampir tiga jam. Sebuah persembahan lakonan yang mantap tetapi sedikit kurang rencahnya apabila dinilai dari aspek teks. Teater panjang itu menjadi sedikit mendatar keseluruhannya.

Rupanya dalam waktu yang sama, Klubbkidd dan Fiebie sudah menunggu di rumah. Di luar rumah ! Siapa suruh buat kejutan. Terimalah kejutan dengan menunggu di luar pintu rumah. Mereka beli KFC untuk makan bersama-sama. Sibuk menjamah KFC, jangan lupa dengan projek Pledge Your Donation anjuran BadrulAfterSix.

Kredit : l4dyct

Ramai juga yang hadir. Antaranya Zack, Nizam, Malik, Ayang, anak jiran tetangga. Riuh rendah rumah tersebut sepanjang pagi. Sempat juga saya memainkan CD baru Sheila Majid. Lagu Malam Kau Bermimpi kini menjadi lagu utama pilihan saya.

1 April saya singgah sebentar ke Balai Seni Lukis Negara untuk satu program Bukan April Fool. Mat Jan, Tok Rimau dan Sinaganaga melancarkan buku mereka. Saya sudah membaca sebahagian dari buku tersebut dan tertarik dengan kandungannya. Di sana saya bertemu dengan sahabat-sahabat Geng Jurnal yang agak lama juga tidak saya temui.

Hadiah dari kampung saya mendapat satu telefon bimbit baru jenis Nokia N70 walaupun saya sebenar inginkan Nokia 6280. Apa-apa pun boleh dan hari ini saya sibuk dengan manual telefon bimbit baru itu. Sebelum ini saya selalu bising dengan bunyi-bunyi telefon bimbit generasi baru yang berbunyi kuat. Saya memilih untuk menggunakan bunyi biasa sahaja pada telefon baru itu. TQ Papa, Mama and Adik !

Oleh kerana berada di kampung, saya terpaksa melupakan hasrat saya untuk bersama-sama dengan kawan-kawan dari Jiwang United yang turut mengadakan BBQ sesama mereka. Pelawaan mereka terpaksa saya lupakan walaupun kata-kata hint telah disebutkan dan meminta untuk saya hadir bersama-sama mereka. InsyaAllah di lain kali. Untuk menebus kegagalan saya hadir untuk BBQ tersebut, kita boleh keluar untuk menonton Gubra bersama-sama dan minum kopi di Starbucks.

Tengah hari 2 April, Ika@Chail dan Leenda mengadakan hitea untuk kawan-kawan serta keluarga mereka. Mereka juga menyambut hari lahir pada minggu yang sama. Antara sahabat-sahabat saya yang hadir pada tengah hari itu ialah Badrul yang datang bersama Aiman, Dream dan Najmie. Macam Akademi Fantasia, ada kejutan rupanya. Segan benar dibuatnya. Menggunakan majlis orang untuk menyambut hari lahir diri sendiri. Saya menjangkakan jenis kek yang ditanya sehari sebelum hari tersebut adalah untuk sambutan sesama sendiri dan bukannya di hadapan orang yang saya tidak kenali. Walau apa pun, terima kasih sekali lagi. Mujur tidak diserang asma kerana semput meniup 32 batang lilin ! Saya dapat idea, mudah saya jika ingin menyorok tiga lilin besar dan dua lilin kecil. Tenggelamkan sahaja tiga lilin besar dan naikkan dua lilin besar. Jadilah 23 ! Sempat juga saya memohon agar permintaan saya ditunaikan. Moga-moga ia ditunaikan dalam bulan ini ataupun bulan hadapan. Masa makin singkat tetapi semua pihak masih berdiam diri.

Chail, terima kasih kerana memberi sepasang baju yang cantik. Najmie, I Love HK too memang cun !

OK lah ! I want to play with my new toy...32 hanya 1 angka ! Tidak lebih dari itu.