Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 September 2006 0 komen
ZiarahEpisod 5 (Afghanistan)Episod ini memaparkan pengembaraan pulang ke Kabul.Di sepanjang jalan, Ziarah mengumpul cerita untuk menjadi tatapan bersama.Ketika berada di pinggiran bandar Kabul, hos Ziarah Dang Suria dan Wan Kamarudin sempat dipelawa untuk turut sama menuai gandum.Ziarah turut menyelami nasib petani antara golongan terpinggir yang merasakan keperitan hidup di zaman pemerintahan Taliban.Tinggalan kereta kebal era peperangan...
Entri oleh sultanmuzaffar 28 September 2006 0 komen
ZiarahEpisod 4 (Afghanistan) Bamiyan, wilayah penuh kontroversi. Lima tahun lalu, Taliban telah memusnahkan 2 patung Buddha gergasi di wilayah yang majoritinya adalah penduduk Hazara.Beribu ribu penduduk Bamiyan yang berasal dari etnik Hazara dibunuh tanpa belas kasihan oleh Taliban.Akibatnya, lembah yang diiktiraf antara paling subur di dunia ini mengalami kemusnahan teruk dan kini sangat tersorok dari kemodenan.Walaupun kurang serba serbinya,...
Entri oleh sultanmuzaffar 27 September 2006 0 komen
ZiarahEpisod 3 (Afghanistan)Wanita Afghanistan bukanlah satu watak dominan. Adat dan tradisi adalah kekangan utama wanita Afghanistan untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya.Dalam episod ini, Ziarah melalui hos wanitanya, Dang Suria Zainurdin berkongsi cerita mengenai wanita Afghanistan.Perkahwinan yang ditentukan keluarga masih merupakan tradisi yang diamalkan warga Afghanistan. Malah, jika anak gadis berkahwin berdasarkan cinta dan pilihan...
Entri oleh sultanmuzaffar 26 September 2006 0 komen
ZiarahEpisod 2 (Afghanistan: Kabul)Dalam episod ini Ziarah menjelajah Kabul, ibu negara Afghanistan.Selain memaparkan senario alam yang memepesonakan di sepanjang perjalanan ke Kabul episod ini juga turut memaparkan aksi cemas krew Ziarah yang terpaksa melalui pelbagai pemeriksaan di pos tentera sebelum sampai ke destinasi.Namun tuah mengembara sebagai saudara Islam, krew Ziarah selamat sampai tanpa banyak halangan.Di sepanjang perjalanan,...
Entri oleh sultanmuzaffar 25 September 2006 0 komen
ZiarahEpisod 1 (Afghanistan: Jalalabad)Ziarah memulakan siri pengembaraan pertamanya di Jalalabad, Afghanistan.Cabaran pertama yang harus ditempuh ketika melakukan pengambaran di Afghanistan adalah cuaca panas mencecah 50 darjah celcius.Dalam episod pengenalan ini, Ziarah banyak memaparkan tentang budaya hidup rakyat Afghanistan selepas era peperangan Russia, Mujahiddin dan Taliban.Keindahan bumi Afghanistan dan keramahan penduduknya merupakan...
Entri oleh sultanmuzaffar 23 September 2006 0 komen
Faizal : Satu Dalam Sejuta, Suki : Taiwan Menanti !Secara jujur, saya tidaklah menonton rancangan One In A Million dari mula. Pertama kerana program tersebut disiarkan pada hari Jumaat. Waktu tersebut adalah waktu rehearsal Konsert Akademi Fantasia dan photoshoot pelajar Akademi Fantasia. Sewaktu musim AF, memang saya tidak berpeluang menontonnya. Walaupun mendapat banyak SMS yang suruh saya menonton program tersebut.Sejak dari episod pertama, saya tidak pernah berpeluang dan peluang hanya muncul setelah musim AF tamat. Orang...
Entri oleh sultanmuzaffar 20 September 2006 0 komen
Sidang Media Pelancaran Ziarah di Astro RIAMacam yang anda tahu, Isnin hingga Rabu merupakan hari yang agak sibuk. Memang terasa penat bila ada "staff" yang menghabiskan cuti mereka dalam minggu-minggu yang sibuk macam minggu ini. Apa pun halangan, kerja masih perlu aku teruskan. Macam tadi berlangsung Sidang Media Pelancaran Ziarah. Aku memang puas hati dengan perjalanan majlis. Kurang dari 12 jam sebelum majlis, aku perlu memikirkan hiasan...
Entri oleh sultanmuzaffar 17 September 2006 0 komen
Monolog Seorang PenagihAku bangun sekitar jam 9 pagi. Aku capai handphone dan terus online 3G. Itulah hidup aku seorang penagih 3G. Lewat malam aku tertidur kerana keletihan menonton drama bersiri The Triangle. Ada marathon semalam. Dari jam 7 petang sampai jam 11.30 malam. Sampai tertidur-tidur aku dibuatnya kerana drama tu memang boleh buat kepala pening.3G telah pun aktif dan aku buka laman web Utusan. Entah mengapa. Laman web Utusan memang akan menjadi santapan harian utama aku. Aku lihat kalau-kalau ada mesej yang ditinggalkan...
Entri oleh sultanmuzaffar 15 September 2006 0 komen
Ziarah Menjelma, Puasa Kembali, Tiba Masa Untuk Hibernasi Masa banyak dihabiskan bersendirian hari ini. Baik di pejabat, mahu pun di rumah. Geng ofis pun bercuti. Geng rumah pun bercuti. Masa juga dihabiskan dengan menyiapkan kerja-kerja yang ada. Orang ingat lepas habis Akademi Fantasia, saya pun kembali ke tempat asal. Tapi balik-balik muka ini ada lagi. Bersabar sajalah mengadap. Ada dua acara yang agak penting perlu diuruskan minggu hadapan. Satu hari Isnin, satu lagi hari Selasa. Back-to-back !Acara pada hari Isnin melibatkan...
Entri oleh sultanmuzaffar 13 September 2006 0 komen
Konsert Nur, Istana BudayaKonsert Nur merupakan persembahan yang menggabung muzik tradisional dan moden, dalam usaha untuk menyanjung nilai-nilai positif Islam, sejajar dengan konsep Islam Hadhari.Konsert ini turut mempersembahkan satu koleksi pilihan kerohanian muzik dalam pujian ke atas Allah dan akan dipersembahkan dengan alat-alat muzik Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah.Tampil menjayakan persembahan barisan artis-artis seperti Mawi...
Entri oleh sultanmuzaffar 12 September 2006 0 komen
Malaysian Futures 01 : Fantasia CrossoverAnda boleh mendapatkan majalah Off The Edge keluaran bulan September segera di pasaran. Sesekali beli Off The Edge, apa salahnya. Paling tidak, singgah di gerai mamak dan minta pinjam barang seminit. Kalau selama hari ini kita hanya mendengar The Edge, akhbar mingguan yang terbit seminggu sekali berkenaan kewangan dan pelaburan. The Edge Daily pula merupakan laman web sokongan kepada akhbar tersebut...
Entri oleh sultanmuzaffar 09 September 2006 0 komen
Anugerah ERA 06 : Nikki & Zahid Merosakkan Malam Gemilang Mawi !Untuk Ramalan yang tidak seberapa saya, sila klik sini. Sekilas pandang, saya terpegun dengan rekabentuk pentas AE06 pada tahun ini. Benar-benar terpana dengan skrin LED raksasa yang menjadi latar pentas tersebut.Tidak sabar rasanya mahu menonton persembahan rapsodi Drama Ning Baizura yang koreografinya amat mengagumkan !Ulasan lanjut akan disiapkan secepat mungkin. Perlu...
Entri oleh sultanmuzaffar 06 September 2006 0 komen
Permulaan Masa Depan Yang GemilangCerita permulaan masa depan yang gemilang ini sempat dikongsikan bersama beberapa orang sahabat yang sabar menjadi telinga yang setia. Terima kasih Dream, Izreen, Tanty, Fiebie dan Mr.Manager.Bila tiba masa yang sesuai, saya akan berkongsi permulaan masa depan yang gemilang itu di sini. Semangat saya semakin garang mahu membuktikan sesuatu. Usaha saya makin rakus mahu merealisasikan sesuatu. Langkah saya makin pantas mahu mengejar sesuatu. Minda saya makin lapang mahu merancang sesuatu. Moga...
Entri oleh sultanmuzaffar 03 September 2006 0 komen
Mukhsin Dan Angkasawan Bakal Menjelajah DuniaMukhsin nampaknya belum apa-apa akan menjelajah dunia apabila terpilih ke San Francisco International Film Festival. Sebelum itu, Mukhsin dan Gubra akan bertandang ke Tokyo International Film Festival. Tahniah !Dalam perkembangan lain, satu ketika dahulu Sepet pernah dilabel sebagai filem yang tidak menonjolkan elemen-elemen Malaysia dan tiada jatidiri Malaysia hanya kerana menggunakan Bahasa...