50 Sebab Mengapa Saya Suka Cinta : Panahan Cinta Terus Ke Hati
2. Cinta memaparkan cerita tentang manusia bertemu cintanya.
3. Cinta menuntut pengorbanan dan perpisahan adalah salah satu daripadanya.
4. Cinta perlu berani untuk diluahkan dan bukan sekadar dizahirkan.
5. Cinta tidak sekadar untuk orang muda, orang tua juga perlu memiliki cinta.
6. Cinta bukan pada suami orang.
7. Perpisahan kerana cinta bakal mengundang derita untuk anak.
8. Rahim Razali “hero tua” yang masih menyengat. Siapa kata "hero tua" tiada tempat di Malaysia ?
9. Fatimah Abu Bakar pelengkap watak Rahim Razali (Cikgu Elyas). Sekadar lambaian kecil sudah cukup imejnya untuk terus terakam di minda.
10. Eizlan Yusof boleh berlakon rupanya. Selama hari ini Eizlan digambarkan sebagai pelakon kayu tetapi berbeza dalam Cinta.
11. Gandingan Rita Rudaini dan Rashidi Ishak benar-benar menyentuh perasaan. Cerita Cinta paling berkesan.
12. Pelakon kanak-kanak yang berlakon sebagai anak pasangan ini menyentap hati dan dengan deras air mata mengalir membasahi pipi.
13. Adegan "I’m sorry, I’m sorry, I’m sorry" oleh Rita Rudaini menyerlahkan keterampilan lakonannya.
14. Eizlan sebagai Azlan agak meyakinkan memandangkan lakonan Eizlan sebelum ini tidaklah begitu memberangsangkan.
15. Fasha Sandha sebagai Azura tidak begitu melengkapkan dalam cerita mereka. Emosi kasihan padanya tidak begitu sampai.
16. Lakonan Pierre Andre benar-benar ada karisma. Dalam dirinya ada diri Taufiq. Pemalu tetapi mahu.
17. Sharifah Amani tenggelam di sebalik bintang ibunya, Fatimah Abu Bakar. Kata-kata lucu di sebalik lakonan Amani, oleh kerana most of the time in this film dia bercakap Bahasa Melayu, so she sound and look so stupid. :)
18. Mungkin Amani harus berani menukar imejnya. Beliau sudah begitu sinonim dengan imej rambut panjangnya. Mana tahu, rambut pendek lakonannya boleh nampak berbeza.
19. Que Haidar merupakan bintang remaja yang perlu diberikan perhatian. Lakonannya sebagai pelukis jalanan, adik kepada Dyan (Nanu) begitu berkesan dan dibantu dengan baik oleh Sofi Jikan, pemuzik jalanan.
20. Dyan bercinta dengan suami orang dan mendapat tentangan adiknya. Emosi dalam lakonannya disampaikan dengan begitu baik. Nanu semacam membawa wataknya sendiri ke dalam filem ini.
21. Ngasrizal Ngasri sebagai cucu Cikgu Elyas menambahkan perisa pada cerita cinta warga emas. Sofi Jikan menjadi penawar duka untuk cerita cinta adik-beradik. Vanidah Imran pula membawa sinar kebahagiaan untuk Rashidi Ishak.
22. Watak paling jahat dalam filem ini digambarkan dengan pelakon yang paling kayu. Kekasih kepada Amani (Khalif) betapa tidak pentingnya digambarkan dalam filem ini. Macam dalam teater asal Lantai T.Pinkie, Gunjoloh penculik Pinkie diangkat tanpa mempunyai apa-apa dialog. 23. Sepuluh (10) bintang dalam satu filem. Malaysia ada bank pelakon yang mantap dan perlu diasah untuk menjadi pelakon yang serba-boleh. Yang kurang ialah pengarah yang berkaliber untuk duduk di kerusi Pengarah. Pelakon paling hebat dalam Cinta : Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rashidi Ishak.
24. Setiap cerita ada keunikan masing-masing dan berdiri teguh di atas paksi ceritanya. Pilihan cerita ikut turutan saya ialah Rahim/Fatimah, Rashidi/Rita, Nanu/Que, Pierre/Amani dan Eizlan/Fasha.
25. Elemen kebetulan dalam Cinta tidak dibuat-buat dan boleh diterima akal. Tidak seperti elemen kebetulan dalam filem Hindustan atau sesetengah drama Melayu.
26. Imej urban kota metropolitan Kuala Lumpur digambarkan dengan cukup baik.
27. Kuala Lumpur ada sisi gelap dan ada sisi indah. Setiap cerita dalam Cinta ada keindahan dan kegelapan masing-masing.
28. Sinematografi untuk adegan Rashidi Ishak membawa lakaran banglo barunya yang luntur dibasahi hujan melengkapkan adegan tersebut.
29. Adegan di hospital di antara Dyan dan Dhani juga menyentuh perasaan.
30. Dialog-dialog satu baris yang lucu. Kata Rahim Razali kepada Rubiah, “Paku ini dah tak boleh guna lagi.”
31. Kenangan Dyan digambarkan semula dengan pertukaran babak yang cukup berkesan.
32. Sinematografi digambarkan sedikit gelap pada beberapa adegan. Jika ditafsir semula, adegan-adegan tersebut melibatkan kekosongan hidup Rashidi Ishak dan Nanu Baharuddin pada adegan yang berlainan.
33. Adegan di dalam KL Express ke KLIA begitu keterlaluan. Keterlaluan yang melampau dalam sesebuah filem.
34. Lima cerita dalam Cinta diadun dan digarap menjadi satu cerita Cinta yang berkesan. Cinta tidak bergelora dengan suntingan yang caca-marba. Cinta melunsur dengan lancar menjadi satu cerita Cinta.
35. KL Sentral menjadi titik pertemuan antara Cinta Eizlan/Fasha dan Pierre/Amani, titik perpisahan untuk Rita/Rashidi.
36. Kubur dan kedai merupakan pengakhir cinta untuk Nanu/Que dan Rahim/Fatimah.
37. Banglo Harris yang masih dalam pembinaan terbengkalai kerana cintanya terputus di tengah jalan. Terbengkalai kerana Cinta.
38. Adegan paling cantik bagi saya ialah adegan sewaktu Harris kecewa ditinggalkan oleh Airin. Harris berdiri keseorangan memandang ke atas. Hujan turun. Pandangan dari sisi Harris mendongak sambil hujan membasahi mukanya begitu cantik. Selepas itu, lakaran banglo barunya luntur.
39. Setiap shot dalam Cinta ada makna yang tersendiri. Sampah yang jatuh dari atas. Siling yang jatuh dari atas. Banglo yang terbengkalai. Paku yang tidak boleh guna.
40. Adegan imbas kembali saat-saat manis Harris dan Airin dibuat terlampau manis. Imej di bawah selimut begitu manis dan mampu membuatkan bibir tersenyum.
41. Kerja kamera yang dilakukan oleh Madnor Kassim amat baik. Shot yang diambil bersesuaian dan penuh makna.
42. Lagu baru bertajuk Perpisahan oleh Anuar Zain pasti meletup selepas Cinta.
43. Pada permulaan, saya tidak menggemari muzik yang digunakan dalam Cinta. Lama-kelamaan, emosi itu dibangunkan dan kemudian muzik latar Cinta merupakan muzik-muzik yang popular yang mampu menangkap pendengaran dan terus ke hati. Muzik filem Cinta dibuat oleh Pacai.
44. Poster filem ini sahaja sudah membuatkan saya mahu menonton filem ini. Begitu juga dengan laman webnya. Laman webnya terlalu sarat dengan senarai anugerah-anugerah yang pernah diperolehi oleh 10 bintangnya.
45. Cinta memaparkan imej urban yang tidak meminggirkan imej kampung.
46. Cinta bukan Salon. Dunia mereka berbeza. Saya sendiri kecewa dengan Salon, tetapi bangga dengan Cinta. Selepas menonton Salon, saya lari dari Dhojee. Keluar ikut pintu lain.
47. Cintanya saya rasa. Dari hujung kaki ke hujung rambut. Tubuh saya menggeletar kerana Cinta.
48. Mahu kelainan cinta, inilah filemnya.
49. Tanpa perlu berfikir panjang, Cinta berjaya memanah hati saya.
50. Tontonlah Cinta. Jika Cinta melepasi kutipan RM2 juta, bos saya kena belanja saya minum kopi.
Filem Cinta akan menemui penonton pada 30 November ini. Dengan barisan pelakon mantap Malaysia seperti Dato' Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rashidi Ishak, Rita Rudaini, Pierre Andre, Sharifah Amani, Que Haidar dan Nanu Baharuddin, filem Cinta bakal menggegarkan pawagam tanahair.
Arahan : Kabir Bhatia
Lakon Layar : Mira Mustaffa & ARA
Lakonan/Watak :
Rita Rudaini (Airin) Rashidi Ishak (Harris)
Sharifah Amani (Arianna) Pierre Andre (Taufiq)
Rahim Razali (Cikgu Elyas) Fatimah Abu Bakar (Rubiah)
Fasha Sandha (Azura) Eizlan Yusof (Azlan)
Que Haidar (Dhani) Nanu Baharuddin (Dyan)
Ulasan Lain :
KY
Suanie
Fireangel
Fadz
Budiey
Mimpi Pari
Lyana
Muid
Ted
Cosmic
Dunia Vovin
Sinaga Naga
Kash
Salam Bro!...
mngkin dah terlalu terlambat...
saya baru tgok filem ini...
memang btol kata bro..
Bro!... boleh x tolong explain reason ke #39 bro...
aper maknanya???