Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 22 February 2007

Kena Tag !

Kena tag ni apa maknanya ya ? Jujur. Saya sendiri pun tak tahu apa. Sekadar mengisi kekeringan idea untuk blog. Saya turutkan juga. Saya sendiri pun tak tahu samada ada di kalangan pembaca yang mahu tahu apa yang mereka tak tahu. Kalau ada pembaca yang mahu, saya perlu tulis enam perkara menarik yang pembaca tidak tahu mengenai saya.

1. Swiss Military


Jam tangan yang saya pakai sekarang, Swiss Military telah saya gunakan sejak 10 tahun yang lalu. Jam tangan tersebut dibeli pada tahun 1997 sekitar bulan Oktober ketika saya sekeluarga bercuti di Eropah, sewaktu singgah di Luzerne. Orang kata pembuat jam yang terbaik adalah orang Switzerland. Jadi tidak mustahillah bila jam yang saya ada kini masih bernyawa sampai sekarang. Seingat saya baru sekali saya tukar bateri. Maknanya bateri yang sulung tahan lebih dari 6 tahun. Sudah hampir 10 tahun jam itu bersama saya. Terasa macam mahu saja tukar angin.

Luzerne ialah sebuah Bandar peranginan di Switzerland. Masih lagi segar dalam ingatan, gambaran sebenar lokasi kedai jam tempat di mana jam tersebut dibeli. Sebuah kedai jam yang terbaik di Luzerne pada zaman tersebut. Zaman ? Terasa sepuluh tahun memang cepat berlalu. Harap-harap bulan April nanti jam ini akan bertukar.

2. BASIC
Budak-budak zaman sekarang hanya kenal computer game. Mereka tak pernah didedahkan dengan BASIC. Pertama kali saya kenal komputer sewaktu berumur sembilan tahun. Pertama kali memiliki komputer sewaktu berumur dua belas tahun. Dari situ saya mengenal LOGO walaupun pada waktu tersebut kanak-kanak lain sibuk dengan LEGO. Saya mula belajar BASIC dengan serius bila masuk Tingkatan Satu. Di sekolah asrama, budak-budak asrama kena pergi kelas komputer. Bukan untuk berbangga, ramai juga pelajar yang tiru jawapan peperiksaan saya jika ada exam komputer. Kadang-kadang saya pelik juga, kenapa program BASIC yang semudah itu pun mereka tak boleh jawab. Berlagak tak ? Tapi budak yang tiru dulu sekarang dah ada Doktor depan nama dia. Pakar tulang pulak tu. Memang komputer mainan saya sejak kecil. Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan bila aturcara komputer yang saya reka telah digunakan untuk Sistem Pemarkahan satu Temasya Sukan Antara Universiti, saya tidak ingat tahun bila. Yang bestnya bila berlaku kesilapan dalam keputusan menentukan pemenang kerana kesilapan formula pengiraan. Terlalu banyak makan Maggi mungkin. :)

Ada sesiapa yang boleh jawab soalan di bawah ?

10 INPUT "What is your name: "; U$
20 PRINT "Hello "; U$
30 REM
40 INPUT "How many stars do you want: "; N
50 S$ = ""
60 FOR I = 1 TO N
70 S$ = S$ + "*"
80 NEXT I
90 PRINT S$
100 REM
110 INPUT "Do you want more stars? "; A$
120 IF LEN(A$) = 0 THEN GOTO 110
130 A$ = LEFT$(A$, 1)
140 IF (A$ = "Y") OR (A$ = "y") THEN GOTO 40
150 PRINT "Goodbye ";
160 FOR I = 1 TO 200
170 PRINT U$; " ";
180 NEXT I
190 PRINT