Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 February 2007

Mi MAGGI Tabik Anda!

Siapa yang tak pernah makan Mi Maggi? Saya pernah ! Anda tentu pernah ! Apa pengalaman yang menarik pernah anda lalui sewaktu makan Mi Maggi. Sekarang anda boleh berkongsi pengalaman tersebut dalam satu peraduan – Mi Maggi Tabik Anda!

Saya masih ingat waktu zaman sekolah menengah. Makan Maggi di asrama. Makan Maggi dalam locker hanya kerana takut kena pau. Ada yang makan sorok-sorok. Masak Maggi pun sorok-sorok. Yang paling best bila masak Maggi guna heater. Kita dulu sedar yang heater memang diharamkan di asrama. Tapi pasal nak masak air panas untuk makan Maggi, curi-curi buat juga.

Salah seorang cikgu Bahasa Inggeris saya, Encik Azly Rahman yang satu MRSM dengan Roslan Aziz telah masak Maggi dalam baldi. Ya ! Dalam baldi dan makan Maggi ramai-ramai. Pengalaman saya tidaklah seteruk itu. Saya masak Maggi dalam Tupperware.

Yang paling tidak boleh saya lupakan ialah sanggup lompat pagar untuk makan Maggi di luar sekolah. Waktu malam ! Saya pernah dengan beberapa kawan lompat pagar semata-mata kerana nak makan Maggi. Mujur tak kantoi dengan warden.

Kalau boleh saya rakamkan pengalaman tersebut dalam bentuk video seperti yang telah dihantar oleh peserta-peserta peraduan tersebut tentunya lebih menarik. Merakam dengan kamera video memang kerja yang merumitkan dan saya tabik kepada peserta yang dapat menghasilkannya. Sekarang sudah ada telefon bimbit yang bervideo dan kerja jadi lebih mudah. Teknologi semakin menyenangkan hidup kita. Eh ! Rewan tak nak masuk ke peraduan tu ? Bukan senang untuk mendapatkan gelaran Pengarah !

Yang termampu saya hasilkan hanyalah pengalaman saya hijack sebuah restoran dan minta kebenaran untuk guna dapur mereka dan masak Mi Maggi. Maggi saya sediakan. Ramuannya seperti telur…hmmmm satu butir, udang….hmmmm enam ekor dan sayur…hmmmm sawi kot telah disediakan oleh mereka. Terima kasih kepada pemilik Restoran AJ di Pekeliling yang sudi membantu.

Kalau ikut storyboard asal, saya mahu pergi ke tujuh restoran dan masak Mi Maggi di restoran mereka. Kemudian saya akan edit setiap satu dan gabungkan menjadi satu. Di penghujung video saya letak satu caption bertajuk "7 Hari 7 Malam Bersama Mi Maggi !" Jika ada peserta yang ingin menambah-baikkan idea ini dalam bentuk video yang sebenar, amatlah dialu-alukan. Video yang saya siapkan telah dirakam hanya dengan menggunakan video dari telefon bimbit. Letih seharian mendapatkan shareware untuk edit dan gabung video dari format 3gp.

Saya patut menambah tentang Maggi yang saya masak untuk tetamu yang tidak diundang yang telah bertandang ke rumah saya minggu lepas. Maggi itu lagi sedap. Maggi Udang Galah ! Kalau-kalau Maggi mahu perasa yang baru, boleh lah ambil perisa Maggi Udang Galah dari saya !

Anda tentu mahu berkongsi pengalaman anda bersama Maggi dalam Mi Maggi Tabik Anda ! Saya telah memberanikan diri melakukannya, berkongsi sedikit pengalaman dalam bentuk video. Anda pasti mempunyai pengalaman yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama. Tidak sukar. Ada telefon bimbit yang bervideo, anda sudah layak digelar pengarah ! Jom berkongsi pengalaman dalam Peraduan Mi Maggi Tabik Anda !


Jom serta Mi Maggi Tabik Anda !