Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 05 May 2007

Benarkah Ada Kejutan Di Konsert 08?

Di bawah ini adalah Persembahan Pilihan Rehearsal SM :

1. Heliza - Kesal
2. Mila - Aku Takkan Bersuara
3. Aswad - Korban Cinta
4. Candy - Perhaps Perhaps Perhaps
5. Dafi - It's Gonna Be Me
6. Ebi - Kisah Kau Dan Aku
7. Shawal - Kaulah Segalanya

Sebarang kejutan boleh berlaku jika anda tidak melakukan tanggungjawab anda.

Persembahan Pelajar Konsert 08

Dafi - It's Gonna Be Me

Image Hosted by ImageShack.us

Secara jujur, saya tabik dengan tarian Dafi. Memang sharp habis. Kalau nak dibandingkan dengan persembahan Dafi minggu lepas, memang lagi best minggu lepas lagi. Lagu yang sepatutnya jadi makanan Dafi tidak begitu menyerlah dari aspek vokal. Menag agak terkejut juga Dafi tersingkir, kerana sokongan untuk Dafi datang dari satu Malaysia termasuk Brunei. Maklumat ini adalah berdasarkan sokongan kelab peminat yang besar untuk Dafi.

Vokal : 2/5
Showmanship : 4/5

Mila - Aku Takkan Bersuara

Image Hosted by ImageShack.us

Persembahan Mila disokong oleh kumpulan Jari Jemari. Inisiatif membawa kanak-kanak Jari Jemari ke skrin TV memang bagus. Sekurang-kurangnya bakat mereka turut diketengahkan. Dulu pernah sekali menonton persembahan Jari Jemari bersama Konsert sulung Siti Nurhaliza di Bukit Jalil. Sekurang-kurangnya ada tanggungjawab stesen TV terhadap sosial terutamanya golongan yang kurang bernasib baik. Mila merupakan taruhan utama saya untuk bergelar Juara Wanita Pertama AF ! Saya nak Mila jadi JUARA ! Vokal Mila dah semakin menyerlah. Dah semakin keluar. Mila memang layak dapat empat biru.

Vokal : 4/5
Showmanship : 4/5

Ebi - Kisah Kau Dan Aku

Image Hosted by ImageShack.us

Mujur Ebi dapat kembalikan magiknya minggu ini. Kalau grafnya semakin menurun, saya sendiri tidak tahu nak cakap apa. Gaya Ebi menyanyikan lagu Kisah Kau Dan Aku memang gayanya yang tersendiri. Vokalnya juga bagus dan sedap di dengar cuma masih belum keluar sepenuhnya. Ebi malang kerana pilih lagu-lagu yang bagus pada minggu-minggu awal kerana semangat Ebi belum kukuh untuk meneruskan pencapaiannya ke minggu-minggu hadapan. Saya mahu melihat Ebi seperti Al-Jannah dan Kasihnya Laila. Ebi yang hilang harus dijelmakan kembali. Klip video Kak Yam dan Nila Kurnia memang lawak.

Vokal : 3/5
Showmanship : 3.5/5

Candy - Perhaps Perhaps Perhaps

Image Hosted by ImageShack.us

Candy telah memberikan satu persembahan yang menarik. Satu perkara yang menarik tentang Candy, berilah apa lagu sekali pun dia akan bawa dengan gayanya yang tersendiri. Candy nampak begitu berkeyakinan. Memang puas hati tengok persembahan Candy. Menarik apabila dapat melihat Safura tampil ke pentas AF berwatak Rokiah Ronggeng yang merupakan watak sinonim padanya. Tiga orang penonton yang dikenakan oleh Aznil juga amat sporting sekaligus terasa AF menjadi Macam-Macam Aznil. Aznil juga turut dikenakan oleh Safura yang menggelarkannya Jantan Kabaret.

Vokal : 4/5
Showmanship : 3.5/5

Shawal - Kaulah Segalanya

Image Hosted by ImageShack.us

Secara jujur, saya tidak suka persembahan Shawal. Latihan sewaktu sesi rehearsal lebih baik daripada persembahan yang sebenar. Walaupun persembahan rehearsal pun tak lah baik mana pun. Memang kemunculan Razak Mohaideen dan krewnya mengganggu mood Shawal. Dia nampak panik dan teragak-agak. Tetapi sebagai seorang pelajar yang dah tahu perjalanan rutin AF, kejutan adalah sesuatu yang biasa dan perlu ditempuh dengan penuh yakin. Shawal ada vokal yang baik tetapi nyanyian masih sumbang.

Vokal : 2.5/5
Showmanship : 2.5/5

Heliza - Kesal

Image Hosted by ImageShack.us

Itulah Heliza yang saya mahu lihat dalam Diari tetapi angkara kamera Heliza masih tidak mahu keluar dari kepompongnya. Saya boleh menerima Heliza seperti yang ada di atas pentas walaupun untuk skrin tv. Heliza agaknya kena lagu yang rancak-rancak untuk membenarkan dirinya ditulenkan biar jauh-jauh pergi dari imej Datuk Siti Nurhaliza. Heliza memang layak dapat empat biru. Minggu depan Heliza kena buat lebih baik kalau mahu ke Konsert Akhir. Drama Rempit yang dilakonkan oleh Farid Kamil dan Norlia memang best. Kalau sedar, tiba-tiba heliza jadi kontrol balik bila berlakon drama tersebut. Nak tegur balik pun malu-malu.

Vokal : 4/5
Showmanship : 5/5

Aswad - Korban Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Persembahan Aswad memang bagus. Cemerlang habis. Tapi sampai bila Aswad hanya mampu untuk mendendangkan lagu sebegitu ? Sekali-sekala tidak menjadi salahnya, tetapi untuk menjadi seorang Juara kena jadi seorang yang versatile. Ini telah terbukti, empat juara AF yang telah dilahirkan adalah Juara yang versatile. Aswad dapat empat lampu biru kerana vokalnya, bukan kerana simpati minggu lepas yang dibawa ke minggu ini.

Vokal : 4/5
Showmanship : 4.5/5

Joget Lambak
Puas hati dapat tengok Heliza menggedik dalam lagu Joget Lambak. Tapi dalam Diari kita tak dapat tengok tu, hanya bila dapat lagu tertentu sahaja. Vokal Heliza dan Mila antara yang menyerlah dalam lagu ini. Lagu Joget Lambak bukanlah lagu yang begitu susah untuk dinyanyikan.

Vokal : 3.5/5
Showmanship : 4/5

Wajah Rahsia Hati
Memang agak frust lagu Wajah Rahsia Hati ini dibawakan oleh pelajar lelaki. Kalau berduet pun lagi best. Tapi persembahan vokal pelajar lelaki tidak begitu mengecewakan. Memang best. Bila dah tinggal empat orang, vokal mereka sudah boleh mula dinilai oleh penonton.

Vokal : 4/5
Showmanship : 4/5

Dafi Tersingkir : It's Gonna Be Me !

Image Hosted by ImageShack.us

Terkejut ! Tidaklah terkejut sangat. Kuasa rakyat telah melebihi kuasa rupa. Lebih baik tersingkir dari dikeji masyarakat. Kalau sebelum ini rata-rata peminat tidak menyokong keputusan AFMASUK, sepatutnya selepas penyingkiran Dafi janganlah pula ura-ura AFMASUK diungkit semula. Patutnya ditimbus dalam-dalam. Dafi akan lebih berjaya di luar sana kalau kena pakejnya. Ramai yang sudah menunggu untuk mendapatkan Dafi. Orang Malaysia sama ada nak mengaku atau pun tidak akan tetap memandang rupa. Kualiti belakang kira. Jadinya bila dah masuk alam realiti, Dafi sudah melangkah satu tapak ke hadapan berbanding yang lain. Cuma, buktikan saja !

Ucapan dari Kak Ning Baizura di Kota London di blog Manager Ning Baizura yang akan datang akan jadi Manager Dafi. :)

Persembahan Pilihan Konsert 08 SM

1. Heliza - Kesal (8.5/10)
2. Mila - Aku Takkan Bersuara (8/10)
3. Candy - Perhaps Perhaps Perhaps (8/10)
4. Aswad - Korban Cinta (7.5/10)
5. Ebi - Kisah Kau Dan Aku (7/10)
6. Dafi - It's Gonna Be Me (6.5/10)
7. Shawal - Kaulah Segalanya (6.5/10)

Kedudukan % Undian Selepas Konsert

1. Aswad 20%
2. Mila 16%
3. Ebi 15%
4. Heliza 14%
5. Candy 12%
6. Shawal 12%
7. Dafi 10%

Kalau dilihat dari ulasan berdasarkan persembahan sewaktu rehearsal, memang tidak jauh beza. Saya rasa saya sepatutnya meletakkan ranking tersebut untuk minggu-minggu akan datang. Sepatutnya ia diletak lebih awal lagi kerana saya dapat merasakan ianya memberikan sedikit impak kepada pembaca internet. Walau tak banyak, ada juga yang tercuit dengan provokasi yang dijalankan, walaupun ianya dibuat dengan jujur tanpa rasa bias. Kutukan-kutukan yang diterima tidak bisa melunturkan semangat saya. Normallah tu. Bila apa yang diperkatakan benar, mulut-mulut busuk yang mengkritik pada mulanya, akan terus busuk tidak mahu mengakui kebusukan mereka itu. Normallah tu ! :)

Dalam Trek Selebriti, Dekna telah memperkenalkan tunangnya. Memang berani mati Dekna ! Tapi sebagai seorang yang yakin dan tidak merasa bimbang dengan statusnya, keputusan Dekna seharusnya kita hormati. Tidak pernah berlaku pelajar AF memperkenalkan tunangnya sebelum ini. Memang saya tabik Dekna !

Untuk Anda Minggu Depan
Lewat sedikit pulang selepas konsert kerana berbincang sedikit berkenaan lagu-lagu untuk minggu depan. Minggu depan, akan ada lagu duet antara pelajar. Lagu tugasan seorang sebuah. lagu bonus lagi dan lagu Menuju Puncak. Ada tiga lagu yang perlu dihafal seorang. Ada banyak lagu-lagu yang best untuk minggu depan. Ada lagu Erra Fazira, ada lagu Rossa, ada lagu Siti Nurhaliza dan macam-macam lagi.

Aznil Nawawi
Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang persaraan Aznil Nawawi dari Akademi Fantasia.