Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 19 July 2007

Enam Hari Tanpa Internet

Bagaimana rasanya bila seorang blogger hidup selama enam hari tanpa internet ? Jawapannya mudah. AMAN ! Hidup tanpa internet dan dalam waktu yang sama menghabiskan masa bercuti adalah satu yang paling menyenangkan.

Jarang sekali berpeluang untuk bercuti dan enam hari cuti yang diambil hanyalah dari sepuluh hari yang mana saya bekerja selama 10 minggu untuk Akademi Fantasia. Masih ada lagi 8 hari cuti tanpa rekod yang boleh diambil sempena Raja Lawak Astro dan 4 hari lagi dari Akademi Fantasia 5. Cuti tahunan masih belum terusik walaupun sudah masuk pertengahan tahun.

Enam hari saya melakukan proses nyahtoksik ion-ion negatif dari badan. Lega. Kembali ke pejabat walaupun kerja tetap menunggu, hati kembali tenang. Memang puas hati. Jejak saja ke Kuala Lumpur, saya cari internet. Hahaha.

Hah ! Siti Nurhaliza kena pukul ? Hah ! Ning Baizura nak bertunang ? Hah ! Helikopter Nuri terhempas ? Hah ! Anak Gemilang Malaysia dapat perhatian bloggers ? Macam-macam yang berlaku sepanjang enam hari saya tiada dalam negara. Betul kata Ted, bumi akan terus berpusing. Kita buat sajalah apa yang patut kita buat.

Cuti tersebut memang telah dirancang sejak awal. Dirancang antara IKON Malaysia Separuh Akhir dan IKON Malaysia Akhir juga di antara ruang kosong Potret Anak Gemilang Malaysia dan pengumuman Top 10 Tokoh Anak Gemilang Malaysia. Tak sangka pula ruang kosong itu dikejutkan dengan entri-entri blog yang berbicara tentang program tersebut.

Tidak dinafikan ada kebenaran komen-komen tersebut, ada juga komen-komen yang tersasar. Sekurang-kurangnya mereka turut memberikan perhatian mereka kepada program tersebut khususnya dan impak yang akan berlaku secara amnya.

Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menghasilkan program seperti Anak Gemilang Malaysia. Impaknya besar. Macam-macam boleh berlaku. Persepsi masyarakat terhadap pelbagai perkara boleh berubah jika langkahnya tidak teratur.

Kota Beijing

Penerbangan ke Beijing dari KLIA tertangguh selama 2 jam angkara aerobridge yang jatuh dari pesawat. Penerbangan ke Beijing mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Mendarat di Beijing tepat jam 5 petang. Hari pertama di kota Beijing agak meletihkan kerana kesuntukan masa. Cuaca di Beijing agak panas dan lebih kurang cuaca di Kuala Lumpur sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us
Lapangan Terbang Utama Beijing

Image Hosted by ImageShack.us
Restoran Muslim di Beijing

Image Hosted by ImageShack.us
Restoran Muslim di Beijing

Image Hosted by ImageShack.us
Pertunjukan Akrobatik

Walaupun dalam keadaan takut-takut merakamkan gambar di atas kerana peraturan tidak membenarkan rakaman gambar dibuat semasa persembahan, terhasillah gambar seperti di atas. Aksi pemain akrobatik sedang melayangkan badannya agak sukar dirakamkan dengan sebuah kamera yang tidak canggih.