Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 05 July 2007

Memoir Untukmu Malaysia (Bhg.1)
Di Mana Anda Berada Ketika...?

Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk Malaysia. Sudah masuk 50 tahun kemerdekaan negara kita. Apa yang telah kita sumbangkan kepada negara kita ? Apa pula sumbangan negara kepada kita ?

Saya tergerak untuk menulis tentang apa yang telah berlaku di negara kita setelah 33 tahun saya menghuni di bumi ini. Walaupun ramai yang kini sedang sibuk mengail atau menuba ikan di laut, saya lebih gemar untuk menggoyang kaki (OK lah, kadang-kadang menjahit !). Saya pegang pada satu prinsip. Jika mahu betul-betul melawan gelora, biarlah lawan kita itu seekor jerung dan bukannya seekor ikan bilis.

Saya telah menghirup udara Malaysia selama 33 tahun. Sepanjang tempoh tersebut tentunya banyak cerita yang telah berlaku di sekeliling saya. Anda masih ingat bila kali pertama anda membaca surat khabar ? Saya masih ingat. Masa saya kecil-kecil dahulu, keluarga saya hanya membeli surat khabar New Straits Times. Saya tidak pernah mahu baca. Sampailah pada satu ketika heboh tentang pembunuhan Datuk Mohd Taha Talib menjelang Pilihanraya Umum tahun 1982. Tatkala bermulanya perbicaraan yang turut melibatkan seorang menteri tersebut, saya mula membaca akhbar Utusan Malaysia dan kadang-kala NST. Memang seronok membaca prosiding mahkamah. Sekarang pun saya baca juga. Ikut-satu persatu. Dengan membaca akhbar ketika itu, bermacam-macam cerita boleh kita tahu secara terperinci kerana semuanya diselongkar kepada umum. Zaman dulu-dulu seorang Menteri pun boleh dihadapkan ke mahkamah. Tidak seperti sekarang yang sistem tersebut sering dicabar dengan pelbagai macam halangan.

Itu kisahnya bagaimana saya berminat untuk membaca akhbar. Hari ini setiap hari saya akan meluangkan masa untuk membaca akhbar-akhbar yang ada. Bukan satu, bukan dua tetapi tujuh. Semuanya kerana tugas. Saya ada Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Malay Mail, The Star dan mStar. Mana pergi NST ?

Menariknya bila hari ini akhbar-akhbar tersebut turut memberikan fokus kepada prosiding perbicaraan yang berprofil tinggi. Mungkin juga minat saya terhadap akhbar lebih mendalam bila adanya prosiding-prosiding mahkamah seperti hari ini. Saya masih ingat lagi waktu perbicaraan Mona Fendy dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar masih memainkan peranan yang penting walaupun gelombang blog sedang melanda Malaysia. Dalam akhbar saya masih boleh membaca setiap perkataan yang diperkatakan di mahkamah berbanding dengan membaca blog.

Itulah kisahnya...

Nota : Apa lagi agaknya cerita yang boleh dikongsi bersama untuk entri-entri akan datang ? Saya akan mengimbau kembali kenangan sewaktu Reformasi (berhadapan dengan FRU), Sukan Komanwel 1998 (bangganya jadi rakyat Malaysia), Peristiwa Memali (menonton Combat secara langsung di TV Malaysia), Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 (permulaan kepada Sukom 98), Wawasan 2020 diperkenalkan (apa itu wawasan?), satu Malaysia bergelap (study guna lilin), Y2K (berjaga depan PC), Tower 2 Twin Tower (September 11), Tsunami atau apa saja yang ingin anda ceritakan. Mana tahu kalau-kalau ada yang anda ingatkan...

Seminar Blogs
"Friends or Foe"

Tarikh : 22 Julai 2007
Hari : Ahad
Masa : 2 petang
Tempat : Shah's Village Hotel PJ (sebelah A&W, PJ)
Stesen LRT Taman Jaya
Peta di sini

Panel :
1. Soon Li Tsin (Malaysiakini)
2. Jemeriah Foo (Best Chinese Blog)
3. sultanmuzaffar (boleh ke aku cakap English ni ?)

Jom makan FREE !!

Anjuran : Blog Bugs
Tajaan : Friedrich Naumann Foundation