Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 11 August 2007

50 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia

Saya terpanggil untuk merealisasikan perkara nombor 49 yang telah disenaraikan oleh blogger Jeck Hong. Dan jika anda berani untuk merealisasikan perkara nombor 49 yang disenaraikan oleh saya, hadiah akan diberikan untuk anda !

Sebelum anda baca senarai yang ada, tonton iklan Merdeka oleh Petronas untuk tahun ini yang telah dihasilkan oleh Leo Burnett kelolaan Yasmin Ahmad. Bangsa MELAYU khasnya dan rakyat MALAYSIA amnya, sila dalami dan fahami makna mendalam yang terpapar dalam iklan tersebut.

1. Pandu ke kawasan Tasik Titiwangsa dan naiklah Eye Of Malaysia dan menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur dari atas.
2. Makan di Restoran Berputar Sri Angkasa di puncak Menara KL.
3. Berikan bunga berwarna merah kepada orang yang paling anda kasihi. Bukan ROS, berikan BUNGA RAYA.
4. Membeli belah di KLCC dan nikmati keunikan seni bina Bangunan Berkembar Petronas.
5. Bila anda membeli-belah, Beli Barangan Buatan Malaysia.
6. Jogging dari satu hujung ke penghujung Jambatan Pulau Pinang. Tidak kira subuh atau tengah hari atau petang.
7. Pergi ke Tugu Negara, baca tulisan yang tertulis di tugu tersebut dengan kuat dan bertafakur selama 50 minit. (atau 50 saat jika cuaca terlalu panas)
8. Tiru ”patung manusia” yang terdapat di Tugu Negara tersebut dan ambil gambar.
9. Tampal, paku Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di atas kereta anda.
10. Lawat Muzium Negara dan belajar sejarah Malaysia di sana.
11. Isi minyak kereta anda dengan minyak Petronas.
12. Bersihkan tandas awam yang terdekat dengan tempat anda tinggal.
13. Pakai jersi pasukan bola sepak negara untuk satu hari.
14. Daki Gunung Kinabalu dan pacakkan Jalur Gemilang di puncaknya. Jika anda terlalu malas, pergi saja ke Bukit Bendera dan lakukan yang sama.
15. Lawat mercu tanda bangsa yang lain. (contoh : Cina melawat ke Batu Caves, Melayu melawat ke Kek Lok Si, India melawat Masjid Negara)
16. Lafazkan Rukun Negara dengan penuh bermula dengan ”MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar...”
17. Tulis kembali lirik lagu kebangsaan (Negaraku) tanpa merujuk mana-mana. Lagu Negaraku bukan Negarakuku.
18. Berdiri tegak bersama kawan-kawan anda dan nyanyikan lagu Negaraku dengan penuh perasaan bangga.
19. Cari di manakah lokasi Bapa Malaysia melaungkan ”MERDEKA” 50 tahun dahulu dan kira berapa kali
20. Pergi ke lokasi di mana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah melaungkan ”MERDEKA” dan laungkan dengan ton, gerak tubuh dan jumlah yang sama,
21. Hidangkan makanan kegemaran ramai Malaysia (contoh Nasi lemak, Roti Canai, Bak Kut Teh, Putu Mayam dan lain-lain)
22. Makan HANYA makanan Malaysia. (Bukan Fish & Chip, Beef Steak, Tom Yam)
23. Buat Teh Tarik sepanjang 20cm. (Kalau ada keupayaan, buat 50m)
24. Cari kebocoran yang ada di rumah anda. Jangan baiki, cari sahaja.
25. Tulis esei dalam Bahasa Malaysia (Bukan Bahasa Melayu, MALAYSIA) tidak lebih dari 350 patah perkataan bertajuk “Mengapakah Kerajaan Malaysia Adalah Kerajaan Terbaik di Dunia?”
26. Pergi ke puncak bukit atau gunung (Bukit Bintang / Gunung Ledang pun boleh), dan jerit “Malaysia Boleh !” sebanyak 50 kali.
27. Cari makna dan hafal maksud-maksud di sebalik warna-warna Jalur Gemilang.
28. Cari dan hafal apakah nama bintang yang terdapat pada Jalur Gemilang dan dapatkan maknanya sekali.
29. Lukis Jalur Gemilang dengan sempurna. (Kalau boleh lukis bintang 14 segi dengan tangan lagi baik)
30. Muat turun mp3 Jalur Gemilang dan nyanyikan lagu tersebut. (Ya, Jalur Gemilang ada lagunya yang tersendiri yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Siso Kopratasa)
31. Belajar menyanyi lagu ”Keranamu Malaysia”. Tapi itu lagu tema tahun lepas. Tahun ini belajar menyanyi lagu ”Malaysiaku Gemilang”.
32. Belajar menyanyi lagu ”Sejahtera Malaysia”. Lagu ini bukan lagu kegemaran saya, lagu ”Setia” nyanyian Francesca Peters merupakan lagu kegemaran saya. Sebelum Berita Perdana mesti ada lagu ini.
33. Belikan secawan kopi untuk pasukan polis sebagai tanda anda menghargai usaha dan dedikasi mereka menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
34. Pandu Proton Saga sejauh 50km. (jika anda tiada Proton Saga, sila gunakan teksi Proton Saga)
35. Tonton sekurang-kurangnya SATU filem P.Ramlee. (beli yang original atau tonton Astro PRIMA)
36. Beli album Siti Nurhaliza dan dengar kesemua lagunya. (BELI, jangan muat turun)
37. Jangan tonton siaran televisyen antarabangsa seperti CNN, HBO & ESPN untuk satu hari. Hanya tonton saluran televisyen tempatan (Astro RIA & Astro PRIMA sahaja…hahaha)
38. Cari dan hafal nama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri. Juga dapatkan dari negeri mana mereka berasal.
39. Senaraikan nama-nama Yang di-Pertuan Agong dan dari negeri mana mereka berasal bermula dengan Tuanku Abdul Rahman (Nota : Ada perbezaan antara Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman. Mereka berkongsi nama yang sama)
40. Lukis bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong. Jika anda tidak tahu kewujudannya, sila cari. Pergi ke Istana Negara)
41.Lawat tempat permakaman 3 bekas Perdana Menteri Malaysia. (anda boleh ke Makam Pahlawan berdekatan dengan Masjid Negara untuk melawat Tun Razak dan Tun Hussein Onn tetapi anda perlu ke Makam Diraja Langgar untuk melawat Tunku Abdul Rahman).
42. Hanya untuk SATU hari sahaja, panggil ibu bapa dengan panggilan “Malaysia” kerana anda ANAK MALAYSIA.
43. Pakai pakaian yang ada warna-warna kebangsaan. Anda juga boleh mengecat muka anda dengan warna-warna tersebut.
44. Gunakan Bahasa Malaysia untuk SATU hari sahaja.
45. Senaraikan kesemua model Proton bermula dengan Proton Saga dan diakhiri dengan Satria NEO. Tidak lama lagi ada lagi satu yang baru. Orang cakap Proton Persona.
46. Tulis senarai ahli Kabinet Malaysia bermula dengan Perdana Menteri.
47. Cari dan fahamkan fungsi Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
48. Siapkan dan bakar satu kek dan letakkan 50 lilin berwarna merah,pitih,biru atau kuning dan nyanyikan lagu Happy Birthday to Malaysia. Ops ! Allah Selamatkan Malaysia !
49. Tulis kembali senarai-senarai ini dalam tulisan Jawi. Siapa boleh, saya bagi hadiah ! Serius nih ! (Asal : Terjemah senarai ini ke Bahasa Malaysia)
50. Senaraikan lagi 50 perkara yang boleh anda lakukan untuk menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia.

Kita sudah ada PEMENANG !! Frizdan ! Tahniah ! Sila muat turun link untuk lihat hasil kerja yang telah dilakukan oleh Frizdan.