Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 September 2007

Al-Fatihah Nurin Jazlin

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apakah dosa yang dilakukan oleh Nurin Jazlin sehingga beliau diperlakukan sedemikian rupa ? Apakah manusia sudah tiada harga diri dan hilang pertimbangan akal seorang manusia ? Tragedi yang menimpa keluarga Jazimin Abdul Jalil seharusnya telah lama membuka mata rakyat mahu pun kerajaan. Sudah banyak kali tragedi sebegini menimpa orang awam lebih-lebih lagi seorang kanak-kanak yang belum mengenal apa-apa. Apa masalah mental yang dihadapi oleh penjenayah tersebut ? Ada masalah keyakinan untuk berdepan dengan wanita ? Sehingga tergamak memperlakukan sedemikian rupa terhadap seorang kanak-kanak Tahun Dua ? Sampai bila lagi ? Sudah banyak undang-undang yang digubal, tidak kurang juga lagu yang dicipta untuk memperingati mangsa. Apakah itu sudah cukup ? Semoga penjenayah yang terlibat mendapat hukuman yang setimpal dengan kebinatangannya baik di dunia mahu pun di Akhirat kelak.

Al-Fatihah...semoga abadi di Sana...

Pautan : Blog Nurin Jazlin