Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 09 September 2007

Anugerah ERA 2007 - Lelaki Ini Memukau !

Segalanya sudah pun selesai. Setiap anugerah telah pun ada pemenangnya. Setiap penonton pastinya terpukau dengan persembahan mantap dari Anuar Zain dengan lagu Lelaki Ini. Tidak kurang hebat ialah Diddy dengan lagu Hilangnya diiringi oleh Nikki dengan vokal sopranonya.

Saya pula lebih terpukau dengan persembahan Akhbar dan Tukang Kata dengan lagu Manusia Lupa. Mengakhiri persembahan dengan iringan air mata adalah sesuatu saat persembahan yang sukar dilupakan. Saya benar-benar terpukau dengan persembahan mereka. Lebih menarik apabila persembahan tersebut turut diiringi oleh barisan Feratik yang melompat-lompat menonton persembahan mereka. Mereka juga lupa agaknya. :)

Lebih menjadi anti-klimaks apabila Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Singa AF ditugaskan menjadi pengkritik untuk persembahan tersebut ala Akademi Fantasia. Mungkin tidak menonton persembahan tersebut, Ogy mengatakan persembahan Tukang Kata tidak cukup gali. Mana mungkin tidak cukup gali jika beliau sendiri sudah mengalirkan airmata. Persembahan tersebut sudah cukup malah terlebih gali. Orang kata "ada ubi ada batas, ada hari boleh balas", Ogy pula dikenakan oleh Kak Fatimah Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengkritik persembahan Ogy bersama Urban Method. Ayat "gali kuboq sendiri" sungguh klasik dan akan menjadi antara saat yang diingati dalam penganjuran Anugerah ERA.

Persembahan pertama kali antara Ogy dan Urban Method dengan lagu Wajah Rahsia Hati juga menarik. Dengan gaya selamba walaupun bertudung, Ogy mampu untuk menarik perhatian saya untuk menonton persembahannya. Memang puas hati.

Berbalik semula kepada lagu berhantu Lelaki Ini dendangan Anuar Zain memang meremang bulu roma. Kekuatan utamanya adalah iringan muzik orkestra yang diketuai oleh Ramli MS. Memang dapat dengar segala instrumen yang ada di atas pentas tersebut. Memang sedikit kurang puas hati bila penonton pada tahun ini kurang memberikan tenaga kepada keseluruhan produksi walaupun Anuar Zain telah memberikan persembahan yang hebat.

Persembahan vokal Diddy menjadi malam tersebut dan vokal Nikki telah melengkapkan persembahan tersebut. Lagu Hilang dendangan Dayang Nurfaizah turut disertakan dalam segmen tersebut. Sewaktu lagu Hilang didendangkan, klip video beberapa selebriti yang telah meninggal dunia telah dipertontonkan. Yang peliknya hanya ada Tan Sri P.Ramlee, Sudirman Haji Arshad, Hani Mohsin Hanafi dan Izi Yahya. Mana yang lain ? Mungkin lagu Hilang agak pendek dan tidak muat untuk diletakkan semua klip video mereka yang telah meninggal dunia.

Mengimbau kegemilangan filem Gila-Gila Remaja, kumpulan Kristal ditugaskan untuk membawa lagu Memburu Impian yang dipetik dari filem tersebut. Gimik motor yang telah ditunggang oleh pelakon asal filem tersebut, Faizal Hussein meriuhkan Arena All Stars. Makin menggamatkan dewan tersebut bila Faizal Hussein menjemput Kazar, penyanyi asal lagu tersebut untuk naik ke pentas menyanyi bersama Kristal. Ramai budak-budak sekarang mungkin ingat lagu tersebut merupakan lagu Kristal, padahal lagu tersebut telah pun popular sejak tahun 1984 lagi. Sekurang-kurang generasi kini telah pun tahu yang Kazar dulu merupakan seorang penyanyi. Kazar dulu antara peserta Bintang RTM. Seangkatan siapa saya kurang pasti. Sama ada finalis atau pun semi finalis pun saya kurang pasti.

Vince selaku Juara sulung Akademi Fantasia manakala Mila selaku Juara terkini Akademi Fantasia tidak menghampakan apabila menyampaikan lagu-lagu finalis Vokal Lelaki Pilihan dan Vokal Wanita Pilihan. Dah lama Vince tidak muncul di kaca TV, sekali sekala muncul Vince nampak lebih bersedia kali ini. Bercakap tentang bersedia, nampaknya ada mulut busuk yang telah menyampaikan kepada pihak tertentu tentang blog saya tentang Konsert Reunion AF5. Yang pelik bila hanya gambar yang dipos tetapi mengikut sumbernya mengatakan saya telah bercerita buruk tentang Konsert Reunion. Mungkin yang diceritakan itu berdasarkan sembang-sembang kosong dan bukannya yang telah ditulis di blog. Tak tulis apa pun. :)

Apa lagi ya. Persembahan sudah. Senarai pemenang pun sudah. Lepas habis majlis anugerah, saya bergerak ke Post Party. Buat PR sikit. Jumpa Kak Fatimah Abu Bakar dan team Yassin dan beberapa lagi. Makan 5 ketul "chicken wing" dan kemudian saya kembali ke Kuala Lumpur pagi itu juga.

Belum puas komen lagi...Ada lagi...:)

Lelaki Ini - Anuar Zain

Lelaki Ini - Anuar Zain

Mawi

Mawi

Mawi

Kenapa lelaki sebelah Ella tu terkejut ?

Adam

Sarimah Ibrahim

Dato' Siti Nurhaliza

Dato' Siti Nurhaliza

Akhbar & Tukang Kata

Mila AF5

Aizat

Farah

Ebi

Dafi

Farhan

Vince

Que Haider

Mawi

Gaun Kontroversi Linda Onn...Ops...Silap pasangan

Linda Onn & Fahrin Ahmad

Ning Baizura & Omar Sharif

Nikki

Nana bersama Ning Baizura & Omar Sharif

Diddy

Adam - Joget Lambak

Mila - Finalis Vokal Wanita Pilihan

Dato' Siti Nurhaliza menang Vokal Wanita Pilihan untuk kali ke berapa entah !

Ogy & Urban Method - Wajah Rahsia Hati

Diddy ft. Nikki - Hilang

Pemenang Anugerah Era 07

Kategori Artis Harapan Pilihan
Pemenang: Mila AF5

Kategori Vokal Wanita Pilihan
Pemenang: Datuk Siti Nurhaliza

Kategori Vokal Lelaki Pilihan
Pemenang: M.Nasir

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
Pemenang: Jamal Abdillah/Mawi

Kategori Band Pilihan
Pemenang: Spider

Kategori Irama Global Pilihan
Pemenang: Nafas Cahaya – Misha Omar

Kategori Lagu Nasyid Pilihan
Pemenang: Al-Jannah – Mawi

Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan
Pemenang: Point Blanc/Jaclyn Victor

Kategori Lagu Rock Pilihan
Pemenang: Mahakarya Cinta – Faizal OIAM

Kategori Lagu Pop Pilihan
Pemenang: Persis Mutiara – Mila AF5

Kategori Pilihan Kaki Wayang
Pemenang: Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production

Kategori Video Muzik Pilihan
Pemenang: Langit Biru – Mawi

Anugerah Seni Era
Pemenang: Alleycats

Anugerah Carta Era
Pemenang: Kenangan Terindah (Samsons)

Anugerah Nada Dering Pilihan Hotlink
Pemenang: Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) Jinbara

Sofa Hotlink
Pemenang : Mashita Sham

Saat ERA Hotlink
Pemenang : Nur Aniqah Abdul Qahhar

Bukan di sini saja ada gambar, di sini-sini juga ada. Klik blog Budiey, Badrul, Izham, MrManager, KlubbKidd, dan Faidhi yang turut berada di Genting Highlands.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger