Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 17 September 2007

Beban Yang Puas

Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih Akademi Fantasia

Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk. Sibuk menyiapkan diri untuk satu bidang serba baru. Minat yang telah bertaut sejak lima musim yang lalu nampaknya akan sampai ke penghujung.

Jika semua yang dirancang terlaksana, saya akan melangkah meninggalkan Akademi Fantasia. Dan Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5 mungkin akan menjadi program terakhir saya bersama Akademi Fantasia.

Sekarang, saya bekerja lima hari seminggu untuk Program Melayu dan dua hari yang tinggal sepatutnya menjadi masa untuk berehat terpaksa dikorbankan. Dua hari hujung minggu yang ada menjadi hari latihan untuk saya menyiapkan diri menghadapi tugas yang lebih mencabar.

Bukan mudah untuk mencari berita dan menyiapkan berita. Lebih payah apabila perlu menerbitkan berita dan kemudian menayangkan berita. Itulah serba sedikit tugas-tugas baru saya. Dunia menjadi semakin mencabar dan masa menjadi semakin pendek.

Pejam celik pejam celik sudah jam 3 petang. Pejam celik pejam celik sudah jam 10 malam. Saya sudah mula nampak prospek kerjaya yang lebih besar. Jika itu bukan matlamat anda bekerja, tidak kepada saya.

Saya mahu setiap perjalanan kerjaya itu berjalan dengan lancar agar perjalanan ke puncak menjadi lebih mudah. Saya perlu membuktikan, “it is not about communication, it is about guidance.”

Sudah dua hari minggu saya dihabiskan di tempat baru yang lebih dekat dengan tempat tinggal. Bermesra dengan workstation, bergurau dengan aplikasi baru dan beramah dengan rakan-rakan baru.

Tidak kekok, tidak betah kerana rata-rata mereka telah saya kenali sebelum ini. Saya mula menyesuaikan diri untuk menulis cara baru. Lebih pendek kali ini. Berita mana boleh yang panjang-panjang. Kena pendek dan padat.

Saya menjadi lebih bersemangat kerana aplikasinya mudah. Dalam masa dua hari, saya sudah boleh menggunakannya. Itu pun dengan bantuan ramai yang tidak lokek membantu.

Sebelum melangkah, proses-proses biasa mendapatkan pengganti perlu dilalui. Saya akan habiskan masa dua minggu untuk fasa serah tugas. Banyak yang perlu diajar dan saya sendiri yakin mereka mampu untuk melakukannya.

Image Hosted by ImageShack.us

Di penghujung sana ada cahaya,
Di kiri kanan ada cinta...ops

Jalan ke puncak tidak semudah yang disangkakan...

Nota : Ada 40 keping gambar Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5 dan akan disiarkan berperingkat-peringkat jika masa tidak mencemburui saya. :)