Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 12 September 2007

iTalk Buddy Dari Perspektif Pelajar Sekolah

Dengan tagline “Speak. Share. Sync. Services”, iTalk Buddy menawarkan beberapa perkhidmatan yang memudahkan untuk anda berkongsi dan bersuara di dalam dunia siber. Bukan sahaja untuk golongan pengguna tegar Internet, tetapi juga untuk golongan pelajar.

Jarang benar ada aplikasi servis yang membolehkan anda melakukan setiap aktiviti dalam satu aplikasi. Saya melihat penggunaan aplikasi ini kepada golongan pelajar. Dengan kemudahan yang ada, anda kini boleh menulis blog pada bila-bila masa. Berkongsi pendapat anda tentang pelajaran yang telah anda pelajari di sekolah dan kemudian berkongsi ilmu tersebut di Internet.

Saya kira aplikasi “Mobile Blogging” telah banyak memudahkan proses mengemas kini blog. Dengan satu telefon bimbit, anda kini boleh melakukan aktiviti blog anda pada bila-bila masa. Rata-rata golongan pelajar di sekolah dalam bandar turut memiliki telefon bimbit untuk memudahkan perhubungan.

Selain daripada itu, aplikasi ini turut memudahkan para pelajar untuk berkongsi skrin. Seorang pelajar di Kuala Lumpur boleh membantu rakan sibernya di Kuala Kangsar dalam pelajaran Geografi. Gambar rajah pergerakan angin monsun boleh ditayangkan kepada rakan-rakan yang kurang memahami subjek tersebut. Penguasaan minda pelajar generasi kini tidak hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi mampu melangkaui sempadan. Ia secara tidak langsung turut membuka ruang penggunaan teknologi Internet yang lebih positif lagi.

Tidak cukup dengan itu, pelajar boleh berinteraksi menggunakan teks ataupun secara video. Ia lebih kurang sama dengan menggunakan YM atau pun MSN. Perbincangan tidak hanya terhad kepada penggunaan aplikasi sahaja tetapi juga boleh menggunakan forum yang telah sedia ada untuk pengguna aplikasi ini.

Komuniti pelajar boleh dibentuk di dalam forum tersebut untuk kemudahan golongan pelajar. Dengan adanya penglibatan guru sebagai fasilitator di forum tersebut tentu memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Penggunaan aplikasi ini tidak hanya terhad untuk digunakan di rumah, sebaliknya boleh juga digunakan di sekolah-sekolah. Bayangkan anda berada di dalam satu kelas yang dilengkapi dengan kemudahan wifi, dengan adanya aplikasi ini ia akan memudahkan anda berinteraksi di antara rakan sekelas anda sambil bertukar-tukar nota pengajian.

Salah satu kekurangan aplikasi ini ialah penggunaan webcam. Kalau aplikasi ini membenarkan penggunaan webcam tentunya lebih memudahkan pelajar untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Kini teknologi Internet mampu untuk merubah pemikiran golongan pelajar jika mereka diberikan didikan yang terbaik untuk membuat perubahan pada diri mereka sendiri. Aplikasi iTalk Buddy merupakan jawapannya.

Speak. Share. Sync. Services !