Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 25 September 2007

The Most Popular SM !

Image Hosted by ImageShack.us

Tahniah ! SM berjaya ke angkasa ! Syabas Dr. Sheikh Muszaphar ! Nampaknya nama Muzaffar akan terbang ke angkasa, menuju puncak ! Seorang lagi menuju puncak nampaknya. Anda boleh mengikuti pengembaraan ke angkasa melalui saluran Angkasa 1 di Saluran 588 Astro mulai Oktober ini. Blog Angkasawan juga boleh dilayar di www.angkasa.gov.my/blog atau ke Laman Utama di sini. Namun demikian, ia cuma harapan saya agar SM berjaya ke angkasa kerana keputusan pemilihan hanya akan dibuat di saat-saat akhir iaitu pada 10 Oktober depan. Calon pilihan lain ialah Faez Khalid.

Image Hosted by ImageShack.us

Komunikasi bersama angkasawan AS, Rusia
Oleh ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Orang ramai bukan sahaja berpeluang berkomunikasi dengan angkasawan pertama negara di angkasa lepas secara langsung setiap hari, malahan dapat berinteraksi dengan angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang lebih berpengalaman.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, stesen televisyen berbayar Astro yang dilantik sebagai pusat transmisi akan menyediakan rangkaian komunikasi dari empat lokasi iaitu Astana dan Baikonur, Kazakhstan; Moscow, Rusia serta Houston, AS secara serentak.

Jelasnya, ia merupakan pertama kali rangkaian sedemikian diwujudkan dan akan dipancarkan ke semua stesen televisyen tempatan.

Melalui rangkaian ini, penonton boleh mengemukakan soalan dan para angkasawan itu akan menjawab segala kemusykilan.

Kita sudah uji rangkaian ini dan ia ternyata berjaya,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran saluran Angkasa1 di sini hari ini.

Angkasa1 merupakan saluran baru di Astro yang akan memulakan siaran pada 8 Oktober ini iaitu dua hari sebelum pelancaran angkasawan pertama negara ke angkasa lepas hingga angkasawan itu pulang ke bumi pada 21 Oktober ini.

Saluran baru itu akan menggunakan bahasa Malaysia dan boleh diakses melalui saluran 588 Astro.

Selain pelancaran dan kepulangan angkasawan negara, saluran tersebut juga akan menyediakan program- program menarik lain secara langsung.

Antaranya sesi komunikasi dengan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS); temu ramah bersama Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; temu ramah dengan ibu bapa angkasawan serta saintis Program Angkasawan Negara.

Menurut Jamaluddin, program- program yang disediakan itu seharusnya tidak dilepaskan oleh golongan muda khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk mendalami bidang aeroangkasa.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Rohana Rozhan.

Utusan Malaysia, 26 September

Pejabat Baru Sekadar "Persinggahan"

Kemas Barang

Parking Sebelah Office

Cool !