Sebelum apa-apa berlaku, saya paparkan lagu pilihan saya dari album Hadiah Daripada Hati oleh Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin ramai yang bertanya kenapa ambil masa yang lama untuk meletakkan pilihan saya. Jawapannya cuma satu. Saya agak sibuk dengan tugas di Astro AWANI. Itu saja alasannya.
Alasan lain mungkin saya mengambil masa yang agak lama untuk menyukai lagu-lagu dalam album Siti kali ini. Jika pada pendengaran kali pertama, saya katakan album ini adalah album biasa dari Siti Nurhaliza, setelah mendengar beberapa kali saya dapat dengar sesuatu yang matang dari Siti Nurhaliza. Matang dari segi vokalnya dan begitu juga dengan penghasilan lagu-lagunya.
Saya lebih puas dengar nyanyian Siti dalam album ini kerana lagu-lagunya. Mungkin juga kerana banyak lagu balada terkandung dalam album ini. Kalau dilihat daripada senarai, hanya lagu rancak iaitu Ku Mahu sahaja yang menarik perhatian saya. Dua lagu di bawah merupakan lagu yang kurang saya gemari.
Untuk tidak menghampakan, saya paparkan dulu pilihan saya.
Pilihan sultanmuzaffar
1. Melawan Kesepian (Pongky Barata)
2. Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
3. Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
4. Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
5. Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
6. Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
7. Tanpa Kalian (Taufik / Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
8. Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
9. Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)
10. Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
11. Sutramaya (Aubrey Suwito / Tinta S)
Jika dilihat dari senarai di atas nampaknya saya suka ciptaan komposer Indonesia, diikuti dengan komposer Singapura dan hanya lagu ketiga barulah lagu yang dihasilkan komposer Malaysia.
Kenapa saya katakan album ini antara album terbaik Siti Nurhaliza ? Saya menyukai kematangan vokal Siti yang mana nyata berbeza sewaktu album Transkripsi berbanding album ini. Bagi yang tidak menyukai album ini pastinya mengharapkan vokal Siti sewaktu zaman sebelum beliau berkahwin. Zaman tersebut albumnya dipenuhi dengan lagu-lagu mendayu dan yang tinggi-tinggi capaian vokalnya. Tidak hairanlah jika ada yang kecewa kerana dalam album ini vokal Siti lebih kasar tetapi membesar matang selari dengan kematangan dirinya. Orang Malaysia memang terlalu taksub kepada nyanyian jerit-jerit yang bernada tinggi.
Kalau mahu dibandingkan nyanyian Siti dalam lagu Kau Kekasihku dan Melawan Kesepian memang nada tinggi seperti itu kurang dalam album ini. Saya tidak anggap ia sebagai satu kelemahan Siti sebaliknya melihat ia satu kematangan. Sampai bila nak bernyanyi jerit-jerit dan melihat orang Malaysia bertepuk kegembiraan mendengar nyanyiannya itu ? Cukup-cukuplah.
Tak perlu membandingkan jauh, cukup sekadar membandingkan lagu Ku Mahu dan Destinasi Cinta. Nyata satu perubahan yang besar telah berlaku kepada nyanyiannya dan itulah keunikan album ini. Matang dari segi vokal.
Kalau anda ingin melihat perubahan Siti Nurhaliza, inilah albumnya. Matang. Satu perkataan sudah cukup menggambarkan apa yang saya rasa mengenainya.
Bukannya tiada lagu yang bernada tinggi seperti yang selalu diharapkan pendengar Malaysia. Ada. Lagu Hati contohnya. Bukan saja lagu itu agak tinggi tetapi juga lagu itu berjaya meresap semangat patriotik. Ia antara lagu terbaik yang ada dalam album ini. Terbaik di kalangan komposer tempatan...
Melawan Kesepian harus saya katakan lagu tipikal Siti Nurhaliza. Ia lagu yang sesuai dan begitu sinonim dengan Siti Nurhaliza. Saya sukakan lagu tersebut kerana nyanyiannya selain keindahan melodi lagu tersebut. Memang sukar untuk menyaingi lagu Biarlah Rahsia yang akan menjadi lagu malar segar Siti sampai bila-bila, tetapi penyampaian Siti untuk lagu tersebut saya kira sampai ke hati saya.
Kalau diikutkan hati "kecewa" saya, seboleh-bolehnya saya tidak mahu meletakkan lagu Cintamu di antara tempat teratas kerana lagu tersebut ditujukan untuk Dato' K. (ketawa) Tetapi saya tidak boleh mengelak kerana melodi lagunya selain liriknya yang sedap didengar.
Mulanya Cinta tidak perlu saya pertikaikan. Saya fanatik P.Ramlee The Musical dan lagu itulah yang membawa Siti ke pentas teater. Walaupun saya lebih menyukai versi "live" di teater tersebut, versi album tidaklah begitu mengecewakan. Jika album runut bunyi P.Ramlee The Musical dipasarkan kelak, pastinya versi tersebut menjadi pilihan saya.
Rasanya cukuplah sekadar beberapa lagu yang saya gemari saya ceritakan apa yang saya rasa tentang lagu-lagu tersebut. Bercerita tentang kulit albumnya, saya harus katakan yang kulit album juga menampakkan visual-visual yang lebih matang dari Siti sendiri. Kematangan itu terserlah dari imej klasik dan berada di kelasnya yang tersendiri. Warna hitam menjadi latar kepada albumnya kali ini. Diusik kata-kata hitam itu menggambarkan kesedihan, Siti pantas menyatakan hitam itu bukannya kesedihan, sebaliknya lebih klasik dan "classy". Cepat benar kita mahu melihat sesuatu terarah ke unsur negatif walaupun telah lama dimomokkan dengan kenyataan "hitam itu menawan..."
Sempat juga berbicara bersama Pengurusnya yang ditemui di Istana Budaya sewaktu pementasan P.Ramlee The Musical berlangsung. Katanya, rakaman memang dilakukan dalam waktu-waktu terluang Siti. Adakalanya malam, adakalanya siang. Walaupun pihak pengurusan lebih gemarkan Siti merakamkan vokalnya pada waktu malam.
Jika dulu saya pernah menyatakan kenyataan yang berbeza dengan ulasan pada hari ini, mungkin juga saya masih mahu dan mengharapkan vokal Siti sama seperti dahulu sekaligus menidakkan usia setiap manusia pasti meningkat dan kematangan kita akan bertambah setiap hari.
Lama juga saya mengambil masa untuk menerima kematangan Siti Nurhaliza dan hari ini kematangan itu saya terima dengan tangan terbuka untuk melihatnya lebih berjaya di masa akan datang. Cuma berharap sesuatu boleh dilakukan kepada penataan imejnya yang saya lihat seperti ada yang tidak kena. Oh ya ! Ini imej sewaktu pelancaran album ya, bukannya imej sekembalinya beliau dari Tanah Suci.
Dapatkan album Hadiah Daripada Hati, Dato' Siti Nurhaliza di pasaran untuk anda nilaikan sendiri kematangan vokalnya.

0 komen