Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Tenaga Pengajar dan Pengacara Akademi Fantasia Musim 7

Entri oleh sultanmuzaffar 10 February 2009

Hasrridz Murshim Hashim (Acis) - Pengarah Muzik
A.Aris Kadir - Guru Koreografi
Ida Nerina - Guru Persembahan Lakon
Siti Hajar Ismail - Guru Vokal
Fatimah Abu Bakar - Perunding Motivasi & Guru Bahasa Inggeris
Syafizawati Sharif - Guru Vokal
AC Mizal - Pengacara Konsert
Sarimah Ibrahim - Pengacara Diari

Seperti yang dijangkakan AC Mizal dan Sarimah akan terus mengemudikan program Konsert dan Diari seperti tahun lalu. Walaupun pelbagai cemuhan dan kritikan di blog, akhbar mahu pun online forum diberikan kepada AC Mizal sewaktu dia mengacarakan program itu, pihak produksi masih mengekalkannya. Pastinya mereka mempunyai sebab tersendiri. AC Mizal mula mendapat tempat di hati penonton setelah menguasai pentas Puteri Gunung Ledang The Musical lalu diberikan peluang untuk mengacarakan program bual bicara AC Di Sini. Dari situ dia meniti popularity sehingga terpilih sebagai pengacara program realiti itu selepas Aznil Haji Nawawi melepaskan jawatan itu pada musim kelima.

Sarimah Ibrahim sekali lagi ditugaskan mengacarakan Diari. Sememangnya dia lebih gemar untuk mengkaji personaliti pelajar di dalam Akademi. Di situlah personaliti pelajar dapat dikaji dengan secara menyeluruh kerana setiap aktiviti pelajar diperhatikan oleh kamera yang bertugas. Saya kira Sarimah menyukai tugas yang telah diamanahkan untuk beliau.

Walaupun tiada perubahan drastik dilakukan dalam soal pengacaraan tetapi sebaliknya berlaku untuk barisan tenaga pengajar. Walaupun ramai penonton yang mengharapkan yang sebaliknya dengan Sarimah mengacarakan konsert dan diari, tetapi ianya tidak berlaku.

Paling mengejutkan bila pada musim ini nama Pengetua tidak diumumkan dan hanya akan diumumkan dalam program Diari episod pertama. Namun melihatkan barisan tenaga pengajar sudah pasti penonton boleh menjangkakan siapakan personaliti yang bakal terpilih sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim ketujuh.

Muka baru yang terpilih untuk musim ini ialah A.Aris Kadir yang akan menggalas tugas sebagai Guru Koreografi menggantikan Linda Jasmine yang kini sibuk menjalankan tugasnya sebagai isteri pastinya bila AF bersiaran awal bulan Mac depan.

Linda Jasmine yang cukup sinonim dengan jenama Akademi Fantasia terpaksa mengundurkan diri setelah enam musim bersama program itu. Pastinya kelainan sekali kepada penonton yang tertarik melihat kemantapan gerak tari serta keindahan alam yang tiada gantinya. 

A.Aris Kadir merupakan graduan Aswara dan jika tidak salah merupakan salah seorang penerima Anugerah Seni Negara. Dia banyak melibatkan diri dalam pelbagai persembahan tarian baik di dalam negara mahu pun di luar negara.

Turut digandingkan dalam pasukan musim ini ialah Ida Nerina, seorang pelakon yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Layar Lara dan anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Sepet dan Mimpi Moon. Dia pernah terlibat beberapa kali sewaktu sesi ujibakat musim-musim yang lalu. Ida Nerina pastinya akan menggalas tugas sebagai Guru Seni Persembahan.

Apabila disebut nama Hasrridz Murshim Hashim pastinya ramai yang tidak mengenalinya, tetapi apabila disebut nama Acis pastinya ramai yang mengenalinya. Acis, bekas ahli kumpulan Gersang bakal mengemudi tugas sebagai Pengarah Muzik. Di sinilah letaknya klu paling besar dalam Akademi Fantasia musim ini. Walaupun tidak diperkenalkan mungkin ramai yang sudah boleh mengagak. Namun setiap keputusan masih belum muktamad.

Selain mereka, muka lama yang terpilih ialah Siti Hajar Ismail, Syafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar yang masing-masing menggalas tugas sebagai Guru Vokal dan Perunding Motivasi.

Akademi Fantasia Musim 7 akan memulakan siarannya pada 7 Mac depan dengan Tirai Akademi Fantasia. Manakala Diari AF episod pertama akan bermula pada 9 Mac depan. Pastikan anda terus melekat di skrin televisyen anda pada 14 Mac depan untuk Konsert AF7 minggu pertama.

10 komen

  1. Yaniez Says:
  2. wah dah diberitahu siapa pengajarnye...

    kebykannya orang baru... good... huhu

     
  3. AZ at Work Says:
  4. sheila majid lah maknanya pengetua tu kan SM. huhu

     
  5. Ajami Hashim Says:
  6. oh! tidakkk!!!

     
  7. emm...
    kita sama2 bg pluang kat ac mizal...
    everyone hve their own style rite?

     
  8. miss ziziey Says:
  9. well,whatever it is.the important thing is the quality of their performance right???

     
  10. Anonymous Says:
  11. Tolong la...tak nak ac mizal,dia buat af jadi macam program sampah ngan lawak tak menjadi dia.plz la...paling tak pon ambik roslan shah ker...tp tolong la ac mizal....dia tak sesuai langsung!

     
  12. Unknown Says:
  13. Love Ida Nerina acting, dia memamg pelakon yang hebat! The first Amazing Race Islam yang menyebut Bismillah dan Terimaksih Allah loudly in the program. Acis is great!!

     
  14. kakJAHku Says:
  15. Roslan Shah..euwwww????baik kekalkan AC..ok je JAH tgk cara dia..lama2 ok lah tuh..

     
  16. jeremytuah Says:
  17. SM.... siapa pengetua AF7 nie??? arghhhh... langsung tak de clue la... bgi clue lar ckit..

     
  18. jeremytuah Says:
  19. and one more thing.. AF should really consider on their decision on retaining AC mizal as concert's host.. he's okay but not up to the standard left by our very own Aznil... He looks stupid as AF host but look brilliant as AC Dimana host.. why er??

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger