Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Transformasi Akademi Fantasia Musim 7

Entri oleh sultanmuzaffar 10 February 2009

Tandatanya barisan tenaga pengajar dan pengacara Akademi Fantasia yang bakal mengemudikan program realiti nyanyian paling popular itu akhirnya terjawab. Setelah masuk musim ketujuh Akademi Fantasia beraja di hati rakyat Malaysia (AF lebih sesuai berbanding Sultan dalam waktu-waktu sekarang), program realiti itu dikhabarkan akan melakukan transformasi besar musim ini.

Saya harus akui Akademi Fantasia musim ketiga merupakan yang terbaik setakat ini setelah memahkotakan Mawi sebagai Sang Juara. Puteri Gunung Ledang juga berada di tahap yang terbaik di musim yang ketiga. Apa pula yang telah terjadi apabila program realiti itu masuk musim keempat, kelima, keenam dan tahun ini musim yang ketujuh.

Apakah transformasi yang akan dilakukan oleh pasukan produksi tahun ini ? Melihatkan kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang, pastinya bekalan bajet yang diagihkan untuk program itu semakin berkurangan.

Namun demikian ia tidak mematikan semangat peserta ujibakat tahun ini yang dikatakan amat luar biasa. Mungkin benar, zaman gawat memberikan harapan kepada mereka untuk menjadi jutawan segera seperti Mawi. Lebih-lebih lagi promo program realiti itu sudah dikeudarakan sejak berlangsungnya perkahwinan tahun ini di pelbagai saluran Astro. Ia secara tidak langsung memperluaskan lagi kesan promo tersebut bukan sahaja kepada penonton setia Astro bahkan penonton yang sekadar mahu menonton perkahwinan tersebut.

Idea untuk promo tahun ini juga agak menarik apabila menampilkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkesan dengan program tersebut. Surirumah, peniaga waima hakim turut terkena tempias Akademi Fantasia. Itu tidak saya nafikan.

Sejauh mana transformasi yang dilakukan bakal mencorakkan program realiti itu untuk terus menjadi program realiti yang paling melekat di hati penonton. Kita sama-sama nantikan.

Pastikan anda terus melekat di blog ini sekitar jam 3 petang untuk mengetahui barisan tenaga pengajar dan pengacara yang bakal mengemudi program realiti Akademi Fantasia !


Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger