Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kesilapan PALING BESAR : Claudia, Tunjukkan Gambar ?

Entri oleh sultanmuzaffar 12 March 2009

Saya harus akui Diari mala mini merupakan Diari yang agak menyeronokkan. Pertama sekali apabila penonton dapat melihat koreografi lagu Menuju Puncak. Agak menarik koreografi musim ini. Memang nampak ada perbezaan pada koreografi yang dicipta oleh Cikgu Aris. Dalam episod Diari malam ini koreografi lagu itu agak panjang berbanding episod sebelumnya.

Paling menarik apabila Cikgu Aris tidak rasa jemu untuk terus memberikan tunjukajarnya pada seorang peserta perempuan bernama Zizi. Sampai meleleh lah juga air mata Zizi yang cuba mendapatkan rentak tarian lagu itu. Agak susah lebih-lebih lagi bila gerak bukan pada lirik lagu tetapi pada in between beat.

Selain tarian Menuju Puncak, agak menarik untuk menonton sesi peserta di confession room. Ada suara yang menemani peserta yang mahu mengadu sesuatu di bilik tersebut. Idea mewujudkan confession room memang baik. Emosi pelajar boleh dimanipulasi dan dieksploitasi sepenuhnya dengan elemen tersebut.

Saya memang suka bila pelajar diberikan kesempatan untuk bercakap dengan kamera seperti program realiti yang lain contohnya Survivor. Pertelagahan banyaknya bermula dari situ. Pertembungan emosi boleh terjadi di dalam bilik tersebut.

Idea memang boleh datang mencurah-curah tetapi executionnya bagaimana ? Perlu kena dengan keadaan. Tone suara tidak begitu meyakinkan saya dan tidak membuatkan saya mempercayai apa yang cuba diselongkar.

Satu kesilapan PALING BESAR apabila pemilik suara meminta Claudia menunjukkan gambar anaknya ke kamera. Kameranya di mana ? Selalunya sekiranya pelajar mahu menunjukkan sesuatu mereka akan menayangkannya pada external kamera yang ada di dalam Akademi. Kalau musim lepas nama kamera itu Kutip dan Pungut.

Persoalannya sekarang, Claudia perlu menunjukkan gambar anaknya di kamera mana ? Mana dia nampak kamera dari kedudukannya ??? Seingat saya tiada external kamera di dalam confession room. Oleh itu, Claudia diminta untuk menunjukkan gambarnya di kamera di sebalik cermin. Claudia nampakkah kamera itu di sebalik cermin. Saya yakin yang Claudia tidak nampak kamera itu. Sebagai peserta yang berada di dalam Akademi, mereka sepatutnya TIDAK TAHU yang wujud kamera di sebalik cermin tersebut. Lebih-lebih lagi wujudnya kamera di confession room.

Siapakah yang telah membongkar rahsia yang wujudnya kamera di belakang cermin, kalau bukan pemilik suara di confession room. Kita sendiri yang memecahkan rahsia besar kita sendiri. Besar implikasinya kepada produksi. Sekiranya Claudia bijak, dia akan memberitahu kepada peserta lain yang sebenarnya wujud kamera di sebalik cermin itu di confession room. Harap-harapnya Claudia tidak menyebarkan cerita itu kepada peserta lain.

Sekiranya tidak, kesilapan tersebut akan menyebabkan peserta akan lebih berhati-hati di bilik tersebut. Mereka sedar yang perbuatan mereka turut dirakamkan di dalam bilik itu selain aduan mereka. Sayang sekali kesilapan yang dianggap kecil boleh merosakkan program tersebut.

Kesilapannya sama BESAR jika pengkritik menyebut “Saya melihat dalam Diari awak menangis hari tu….bla bla bla…” Pengkritik amat dilarang untuk memberikan bayangan apa yang mereka tonton dalam Diari sekaligus membuatkan peserta membataskan pergerakan mereka dan tidak menjadi diri mereka sendiri dalam program tersebut.

Saya semakin seronok melihat sebuah produksi program yang sering menjadi minat saya menghasilkan kerja mereka. Saya mahu melihat transformasi yang ingin mereka lakukan tanpa mengira mereka pasukan produksi atau pun barisan tenaga pengajar.

Saya akan terus menjadi diri saya.














14 komen

  1. Elle Syeila Says:
  2. of courselah diaorang dah ada kamera, no first time AF ada confession room ni. Dah boleh agak dahkan...

     
  3. kita yang menonton memang dah boleh agak.

     
  4. Anonymous Says:
  5. suara tu..cam suara joe klubkidd
    niwei rasanye confession room ni cam tak perlu pon takpe..
    stakat 4 arini muka yg sama je ditunjuk..ramai yg tak ditunjuk cth. isma,aisyah,adila,qhaud n akim.

     
  6. Anonymous Says:
  7. Depa memang DAH TAHU punyalah (bukan setakat AGAK) ADA KAMERA di balik cermin confession tu.

     
  8. Elle Syeila Says:
  9. SM, kalau i jadi budak2 tue, i dah tahu mesti ada kamera kecuali pihak produksi promise cakap takda kamera ke hapa ke? kalau kita penonton boleh agak takkan diaorang pernah jadi penonton x boleh agak pulak. Well i don't think they stupid enoughkan?

     
  10. klubbkidd Says:
  11. SM : hanj ko kan! matilahhhhh!!! huahuahua. merasalah carutan nenek kebayan sangat.

    JM : tu la pasal.

    but anyway read something to enlighten you on my side to get an understanding.

     
  12. Ajami Hashim Says:
  13. pehhh! sekarang sapa yg 'terberak' plak? ahahaha!

    larrikkk!!!

     
  14. orang kalau dah biasa carutkan orang, skrg nih rasakan. nak sangat masuk team kan. huhuhuhu

     
  15. Pen_Merah Says:
  16. ada Pen Merah feedback pasal entri ni dalam blog PM.... kunjung2lah yer(blum ada hit pelawat... dah 4 ari dah ni... TT sob~)

     
  17. my$ARAbeLLa Says:
  18. wow SM is back..best2..mane the others?
    huhu
    dl musim2 af2 n af3 ramai yg dok refresh2 page ni..
    hehehe

    =))

    mysarabella is here!

    btw, xtau nk afundi siape ah..should i not afundi dis season?
    huh

     
  19. Gmart Kawen Says:
  20. ahaha..

    aku pon pernah jadi salah sorg yg refresh dulu! hahahah

     
  21. matilah ko. skrg ko kena refreshkan content website rasmi dulu...huhuhu

    matilah sila refresh skrg untuk live-blogging Diari Ep.5.

    Berani mati menggunakan live blogging utk episod kontroversi.

     
  22. klubbkidd Says:
  23. carut kalao berasas dan menggunakan intelek - bukan berkiblatkan buku cek nak tembak orang cover line mak hayam. matilah...

    *kibar mini skirt itam sambil larikan diri*

     
  24. miss cloudy Says:
  25. tak sukalah bila abg asrul dok tanya napa sidi down, napa sakit kepala,rindu isteri..bla bla.. mcm nampak sangat nak korekkk dari sidi... tang 'sakit kepala' tu mcm dia nak men-double meaning kan jekk...