Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kenyataan Rasmi Gangguan Perkhidmatan Celcom

Entri oleh sultanmuzaffar 24 September 2009 2 komen
(BAHASA MALAYSIA)KENYATAAN AKHBARKenyataan rasmi berkenaan gangguan perkhidmatan Celcom di seluruh negara pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam, 24 September 2009.____________________________________________________________________Merujuk kepada perkara di atas, Celcom (Malaysia) Berhad ingin memaklumkan bahawa para pelanggan Celcom di seluruh negara telah mengalami gangguan perkhidmatan menerima dan membuat panggilan...

Kampung Yang Jerebu

Entri oleh sultanmuzaffar 19 September 2009 2 komen
Perjalanan balik ke kampung hanya mengambil masa kurang dari satu jam. Cuti Hari Raya Aidil Fitri ini saya hanya pulang ke Pelabuhan Klang. Jika orang lain tersekat dalam kesesakan jalan raya, saya tidak.Namun, udara yang disedut sepanjang tiga hari bercuti ini sama sahaja kualitinya dengan udara Kuala Lumpur. Penuh jerebu. Itu bezanya saya dengan mereka yang pulang ke kampung.Setelah lebih dua bulan mengumpul bahan, esok di Hari Raya Pertama...

Laporan Khas : Istana Budaya Terus Rancak

Entri oleh sultanmuzaffar 18 September 2009 0 komen
(ANCHOR)Sejak sepuluh tahun yang lalu, Istana Budaya menjadi titik temu bagi setiap penggiat dan khalayak seni pentas di Malaysia.Pelbagai produksi tempatan mahu pun antarabangsa dipentaskan di situ. Sempena Ulang Tahun ke 10 Istana Budaya, ikuti laporan khas yang disediakan wartawan Astro AWANI...Muzaffar Mustapa.(VT)Istana Budaya, gedung kesenian pentas di Malaysia meraikan ulangtahun ke 10 penubuhannya 15 September lalu.Sehingga kini, Istana Budaya dipayungi lima Ketua Pengarah bermula Tuan Hj Sufiat Mukri, Norliza Rofli,...

ISTANA BUDAYA 10 TAHUN

Entri oleh sultanmuzaffar 15 September 2009 0 komen
ANCHORMenerajui seni pementasan di Malaysia, hari ini Istana Budaya menyambut ulang tahunnya yang ke sepuluh.Berkat harapan warga seni Malaysia sejak tahun 1971, maka tersergam indah kompleks Istana Budaya yang mula dibangunkan pada tahun 1995.VTDengan kos pembiayaan sebanyak RM210 juta, Istana Budaya yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21 ribu meter persegi, dibanggakan sebagai panggung pertama di Asia yang memiliki mekanisme pentas tercanggih untuk pementasan teater.Majlis perasmian disempurnakan oleh...

Jom Beraya Gaya Mamee

Entri oleh sultanmuzaffar 04 September 2009 1 komen
Musim raya datang lagi. Semua orang tahu bila tiba musim raya, rumah akan dibuka sebukanya bagi meraikan tetamu yang datang berkunjung. Amalan Rumah Terbuka telah berlaku sejak dulu lagi. Amalan berkunjung ke rumah teman sempena hari raya sudah menjadi satu kemestian. Bagi mewujudkan kelainan pada musim raya ini, pastinya anda ingin merasai nikmatnya.Kali ini Rumah Terbuka anda akan dijayakan oleh Mamee Sllrrrp bersama Juara Akademi Fantasia...

Zero Gravity Dengan Kerusi Urut Elektrik Ogawa

Entri oleh sultanmuzaffar 02 September 2009 0 komen
Memiliki kerusi urut elektrik di rumah dan digunakan sewaktu menonton televisyen adalah satu impian yang mudah untuk direalisasikan. Saya kira kerusi urut elektrik menjadi begitu popular ada satu jenama yang menaja hadiah pemenang Akademi Fantasia musim 3. Saya mula kenal tentangnya dan barang keperluan itu kini tidak dianggap barang mewah.Keluarga saya ada memiliki sebuah dan saya juga menanam impian untuk memilikinya juga. Alangkah indahnya...