Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Muallaf

Entri oleh sultanmuzaffar 17 December 2009




Filem Muallaf menjadi filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang dapat ditayangkan di seluruh Malaysia. Akhirnya. Pagi tadi merupakan tayangan media untuk filem tersebut dan ia merupakan kali keempat saya menonton filem kontroversi arahan arwah. Dua kali saya tonton di pejabat arwah di Leo Burnett, sekali di Singapura sewaktu lawatan ke sana. Bezanya, tontonan yang terbaru ini tanpa Yasmin untuk saya ucapkan syabas. Suasana suram menyelubungi sekitar sidang media.

Tengoklah poster yang bakal digunakan untuk filem tersebut. Paling atas merupakan poster rasmi manakala poster di bawah merupakan poster teaser. Cukup mengejutkan tetapi mampu menguja dan sekali-sekala menjentik rasa.

Ulasan penuh filem Muallaf akan saya karang secepat mungkin. InsyaAllah.

105:1 Hast thou not seen how thy Lord dealt with the owners of the Elephant ?

108:3 Lo! it is thy insulter (and not thou) who is without posterity.

24:31 And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands' fathers, or their sons or their husbands' sons, or their brothers or their brothers' sons or sisters' sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigour, or children who know naught of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed.

16:41 And those who became fugitives for the cause of Allah after they had been oppressed, We verily shall give them goodly lodging in the world, and surely the reward of the Hereafter is greater, if they but knew;

2:62 Lo! Those who believe (in that which is revealed unto thee, Muhammad), and those who are Jews, and Christians, and Sabaeans - whoever believeth in Allah and the Last Day and doeth right - surely their reward is with their Lord, and there shall no fear come upon them neither shall they grieve.

4:43 O ye who believe! Draw not near unto prayer when ye are drunken, till ye know that which ye utter, nor when ye are polluted, save when journeying upon the road, till ye have bathed. And if ye be ill, or on a journey, or one of you cometh from the closet, or ye have touched women, and ye find not water, then go to high clean soil and rub your faces and your hands (therewith). Lo! Allah is Benign, Forgiving.

24:37 Men whom neither merchandise nor sale beguileth from remembrance of Allah and constancy in prayer and paying to the poor their due; who fear a day when hearts and eyeballs will be overturned;

2:286 Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk.

104:3 He thinketh that his wealth will render him immortal.

109:6 Unto you your religion, and unto me my religion.

110:1-3 When Allah's succour and the triumph cometh / And thou seest mankind entering the religion of Allah in troops, / Then hymn the praises of thy Lord, and seek forgiveness of Him. Lo! He is ever ready to show mercy.

Di atas merupakan terjemahan ayat suci Al-Quran yang hanya diperjelaskan dalam filem Muallaf menerusi nombor surah dan ayat, sama seperti penganut agama Kristian biasa merujuk ayat-ayat dalam kitab Injil. Mungkin kepada mereka yang malas untuk mengkaji mereka akan mengatakan yang nombor-nombor itu merujuk kepada kitab Injil kerana kebiasaan tersebut. Saya tidak menyalahkan mereka, walaupun mereka malas untuk mengkaji atau pun mendalami makna nombor ayat-ayat tersebut.

Ia merupakan satu kenyataan sinis yang penonton Malaysia sememangnya penonton yang malas untuk berfikir jauh sekali mengkaji. Mereka hanya suka melihat pada permukaan tetapi tidak mahu mendalami ke dasar. Apabila sesebuah filem seperti Muallaf cuba untuk mendasari sesuatu isu, mereka tidak gemar. Sayang sekali itu terjadi pada penonton filem Melayu.

Awal pagi Krismas saya dikacau mesej BBM yang berkhutbah panjang tentang filem Muallaf. Tambah sedih apabila yang berkhutbah ialah jenis manusia yang hanya gemar melihat kecantikan luaran tetapi tidak faham kecantikan dalaman. Menjelang tengahari Krismas saya diganggu dengan persoalan isu yang biasa kontroversinya. Maka benarlah telahan saya yang manusia itu lebih gemar melihat kecantikan luaran tetapi tidak pernah faham dan mahu mengkaji kecantikan dalaman.

Saya menonton filem Muallaf dengan gaya penontonan yang berbeza kerana setiap persoalan keampunan mahu pun kemaafan yang dipaparkan dalam filem itu saya lihat dengan cara yang berbeza kerana pembikinnya telah tiada.

Ulasan lain :
Ajami Hashim

blog comments powered by Disqus