Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

26 Februari, Ulangtahun Ke 8 Blog sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 26 February 2010 11 Comments
Hari ini, 26 Februari 2010 merupakan Ulangtahun ke 8 blog sultanmuzaffar. Selama lapan tahun beroperasi, banyak cabaran dan kenangan yang telah dilalui bersama. Paling menarik, sedar tidak sedar entri ini merupakan entri yang ke 2000. Sudah 2000 entri saya nukilkan di alam siber ini. Sama ada ia memberi perubahan atau pun telah membuat perubahan itu bukan soalnya. Saya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya sedar beberapa bulan...
Dubai Marina Walk waktu malam menyaksikan gemerlapan cahaya dari bangunan pencakar langit yang telah siap dibina mahu pun yang sedang dibina. Berhampiran bangunan pencakar langit terletak marina, lokasi paling strategik untuk jutawan-jutawan dunia menyewa petak pakir bot dan kapal layar mereka. Lokasi itu menjadi lokasi mencuci mata menikmati pemandangan yang tidak ada di Kuala Lumpur sambil dihembus angin dingin. Itinerari di...
Kenangan 6-16 Februari 2010 di Abu Dhabi, Dubai, United Arab Emirates dan Musandam dan Hatta, Oman. Menjelajah pelbagai dunia dan iklim, dari padang pasir ke pantai, dari dasar laut ke salji. Semuanya berlaku dalam tempoh 10 hari di bumi UAE dan Oman berselang-seli pelbagai pertemuan rasmi mahu pun tidak rasmi. Koleksi gambar ini hanya secebis dari kenangan tersebut yang sukar untuk dilakar dalam bentuk tulisan. Namun, saya akan cuba siapkan...