Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

26 Februari, Ulangtahun Ke 8 Blog sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 26 February 2010

Hari ini, 26 Februari 2010 merupakan Ulangtahun ke 8 blog sultanmuzaffar. Selama lapan tahun beroperasi, banyak cabaran dan kenangan yang telah dilalui bersama. Paling menarik, sedar tidak sedar entri ini merupakan entri yang ke 2000. Sudah 2000 entri saya nukilkan di alam siber ini. Sama ada ia memberi perubahan atau pun telah membuat perubahan itu bukan soalnya. Saya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan.

Saya sedar beberapa bulan kebelakangan ini saya agak jarang mengemaskini blog ini dengan berita hiburan terkini. Tiada yang menarik untuk diperkatakan. Lebih-lebih lagi apa yang saya idamkan lima tahun dahulu telah berjaya saya genggam. Pengalaman sebagai wartawan hiburan Astro AWANI melengkapkan perjalanan seorang sultanmuzaffar. Berbeza pandangan saya sebagai orang luar dan orang dalam industri hiburan. Menjejak kaki ke dalam industri sudah cukup buat saya kenal dengan dunianya.

Bukan hits yang menjadi sasaran saya, lebih kepada menjadi kredibiliti dan pengaruh. Itu yang lebih bermakna dari semua itu. Tiada parti atau keraian bagi melengkapkan hari ini, cukup sekadar berterima kasih kepada mereka yang berada di sekeliling saya sebagai seorang blogger. Harapan saya mahu melihat dunia seni pentas tempatan menjadi lebih cemerlang untuk tahun-tahun yang akan datang.


Dubai, 7:21am, 14 Feb 2010



Nampaknya musim membeli-belah masih belum dan baru bermula untuk Pengguna Xpax! Xpax big freekin’ sale is back! Antara produk yang ditawarkan adalah :

1. Diskaun 50% untuk setiap muat turun di Channel X sepanjang hari. Antara item dalam muat turun Channel X adalah Music(muzik), CMT, Games(permainan) kecuali aplikasi seperti IMX, Defender 1.0 dan lain-lain. Setiap daripadanya mendapat potongan 50% dengan kandungan yang berharga RM3, bakal bernilai RM1.50 sahaja!

2. Juga terdapat 3 tempoh Happy Hour iaitu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, 1 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam. Sewaktu Happy Hour, pengguna yang memuat-turun salah satu kandungan yang ditawarkan dalam tempoh Happy Hour bakal mendapat satu lagi kandungan secara PERCUMA.

3. Rebut peluang tersebut di www.channelx.com.my atau pun mendail *118#. Belanja RM5 atau lebih setiap hari untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk MacBook Air, PSP Go, iPod Touch, Blackberry Curve 8520, Celcom USB Modem dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila ke : http://channelx.com.my/mdp/got_big_freekin_sale.jsp

blog comments powered by Disqus